Tuesday, September 8, 2009

negara kebajikan

Memang gempak manifesto pakatan rakyat dalam memperjuangkan hak rakyat. Ia alternatif kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang lebih cemerlang berbanding dengan kerajaan yang sedia ada. Kalau dulu aku menolak pakatan pembangkang atas dasar tidak yakin terhadap kemampuan menunaikan janji2 pilihanraya, memang benar tanggapan aku ada asasnya.

Secara peribadi, keraguan aku adalah berlandaskan dengan janji2 tersebut. Mana mungkin kerajaan mampu memberikan subsidi kepada semua aspek kehidupan. Aku amat kagum dengan teori negara kebajikan, memberikan subsidi kepada semua lapisan rakyat merangkumi bayi yang baru dilahirkan sehinggalah kepada nenek tua yang tidak berkeupayaan.

Kini, janji itu hanyalah sekadar janji piliharaya. Aku tidak mengharapkan pakatan menunaikan janji ehsan wang ringgit kepada suri rumah tapi memadailah dengan pentadbiran pakatan memberikan keselesaan kepada rakyat.

“Kita cuba la sekali pakatan memerintah. Kita bagi peluang mereka mentadbir .” Ini slogan kepada mereka yang di atas pagar. Walau aku turut dalam golongan ini, sebenarnya aku punya sebab sendiri mengapa aku membantu pakatan untuk mencuri kuasa.

Menggelarkan diri sebagai pakatan rakyat. Berslogan memperjuangkan hak rayat. Tapi setelah berkuasa, mengapa kamu hanya memperjuangkan hak sesetegah kaum. Bukankah sepatutnya pakatan memperbaiki kualiti hidup rakyat.

Selangor mengisytiharkan penduduk yang bergaji 1,500 sebagai miskin. Kagum mendengar kenyataan MB baru yang begitu prihatian dengan masalah rakyat sebenar. Akan tetapi, dalam memaklumkan kadar purata kemiskinan, mengapa kerajaan negeri tidak memberikan kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut.?

Andai RM1,500 dijadikan garis kemiskinan, berapa ramai rakyat negeri Selangor tergolong dari kalangan itu.? Adakah semua kakitangan kerajaan negeri tidak ada yang terlibat.? Kalau ada, mengapa kerajaan tidak memberikan insentif atau elaun tambahan..? mungkin pepatah pandai cakap tak pandai buat slogan yang sesuai buat Pakatan Rakyat.

Walau Barisan memerintah penuh dengan drama keburukan, tetapi rakyat Malaysia sepatutnya perlu bersyukur seperti kata depakata.

/me bukan mudah untuk memuaskan hati semua

No comments:

Post a Comment