Tuesday, September 15, 2009

politik najib

Berapa bintang harus aku berikan kepada kepimpinan Najib. Kalau aku bagi 3 bintang, orang umno akan marah kat aku. Mereka kata, aku samakan Najib dengan geng bintang 3. Kalau aku bagi 5 bintang, penganalisis politik kata aku ni bangang. Jadi, aku biarkan rakyat sahaja yang menjawab persoalan itu.

Dari keputusan pilihanraya kecil, adalah mustahil Najib mendapat bintang. Di bawah Najib, BN gagal merampas satu kerusi pembangkang malah Umno sendiri telah hilang satu kerusi parlimen.

Jika kita melihat kesihatan politik umno pula, parti ini juga belum sembuh sepenuhnya. Kemelut Terengganu memberi gambaran bahawa umno masih lemah dalam menguruskan parti. Kalau ribut di Perlis Md Isa Sabu mampu meredakan ternyata Hishamuddin gagal dalam menjayakan tanggunjawabnya.

Semalam seorang perwakilan MIC menghina Mahathir dengan memberi ucapan kalungan selipar. Sebelum itu, Samy Vellu sendiri menempelak ucapan perasmian Najib. Kalau MIC sudah berani kurang ajar, politik cina pula kelam kabut.

Jika ini dijadikan ukuran, ternyata KPI politik Najib masih dibawah paras 1. Paras ini menandakan Najib gagal dalam menangani isu2 politik negara. Walau Najib banyak berkerja, mengapa Najib masih gagal untuk membawa Barisan ke landasan kemenangan..?

Najib oh Najib. Walau gagal dalam membina iklim politik matang, hakikatnya kau berjaya mengawal keadaan. Secara peribadi, hari ini aku nampak kau berkerja keseorangan. Kaulah pencatur kaulah penggerak, kaulah pemimpin di atas kaulah pemimpin dibawah. Yang aku nampak, semua menteri, semua ketua bahagian layu dibawah kaki pembangkang.

Bagi Perak seminggu kau berjaya tawan. Sebulan pegang Selangor, Shah Alam dah bergegaran. Anwar yang dulu jadi sanjungan, kini rakyat sudah mula mempertikaikan. Kalau dulu, pakatan kelihatan suci, sekarang dosa-dosanya setanding Barisan.

Dalam politik kita mesti tahu kata kunci. Kalau kita gagal dalam mencari kata kunci maka slogan 1Malaysia akan ditukar kepada Malaysia-Malaysia.

Rakyat tidak mahukan intan berlian. Rakyat juga tidak terkejar rumah agam tapi rakyat mahukan aman dan tenteram. Tenteram bukan hanya kepada keselamatan tapi tenteram pada hati itulah kata kunci yang dicari.

Sekarang ini, kuasa membeli rakyat rendah . Gaji tidak sepadan dalam keperluan harian. Hari ini gaji, esok habis membayar hutang. Bila hutang keliling pinggang, hati geram kerajaan akan dipersalahkan.

Seringkali kedengaran, kakitangan awam didahulukan sektor swasta dibelakangkan. Andai ia berterusan, aku yakin Najib akan kecundang pada Pru akan datang.

/me langkah Najib belum kelihatan sumbang.

No comments:

Post a Comment