Saturday, September 5, 2009

terima seadanya


Kelmarin dulu, ada member tanya, penerimaan jeans dalam masyarakat melayu. Aku cuma cakap, tengok la tempat, keadaan,umur dan mentaliti perseorangan. Apapun jeans sudah diterima oleh masyarakat tapi belum dianggap sebagai salah satu pakaian budaya melayu.
Kenapa plak bukan budaya sedangkan semua orang memakai jeans..? lorr.... agak2 skit, itu budaya memakai dan pakaian budaya adalah berlainan. Agak2 la kan..... apa perasaan kau kalau mak kau kat kampong pakai jeans..?? lorr..... ko gelak kan.... kenapa..? ko jawab la sendiri.
Ini adalah salah satu contoh dimana permainan persepsi atau tanggapan. Sekarang ini seks bebas seperti tidak berlaku, namun jika kita jujur pada diri, kita akan mengakui ia sebenarnya ia menghampiri kepada status budaya remaja kita.
Kenapa ia berlaku..? aku tahu banyak faktor tapi aku hanya mengambil satu faktor yang jarang disentuh oleh ramai orang. Faktor Lelaki menerima perempuan seadanya.Ini salah satu punca tersembunyi yang menghalalkan amalan itu.
Kalau dulu, perempuan akan takut melakukan seks kerana mereka khuatir tidak ada lelaki yang akan menerimanya. Ditakuti bila dah kantoi dengan suami, yang malu ialah keluarga sendiri. Sebab itu mereka akan menjaga kehormatan sebaik mungkin.
Aku tak nak komen penerimaan lelaki terhadap perempuan yang seadanya. Segalanya bergantung pada individu itu sendiri. ' kau sayang aku, aku sayang kamu.... aku terima kau seadanya. Mudah prinsip cinta sekarang ni.

Entahlah, aku tak nak komen lebih lanjut. Tapi disekeliling aku, pertama jumpa, body steady.... tapi tahun berikutnya nampak body mula mengembang, mantap. Dan ada sesetengah gadis, dada mengembang macam anak dua tapi masih menjadi buruan lelaki. Apa yang diburu aku juga tidak perlu komen. Citarasa masing2.
Kaku ungkaikan perkara ini pun untuk apa. Peredaran zaman. Aku kena terima keadaan itu. Kalau dulu bohsia jadi santapan kawan, banyak kes terjadi bohsia itu jadi isteri pada kawan. Bukan dia tak tahu.... tapi kerana cinta dan sayang, terimalah seadanya.

Aku tak kisah fenomena terima seadanya. Itu bagus kerana hatinya ikhlas. Tapi, baguskah kalau ia merosakan agama dan keturunan..?
/me lelaki yang berprinsip.

No comments:

Post a Comment