Wednesday, October 7, 2009

aku malu

Aku malu kalau Tan Sri Isa kalah di Bagan Pinang. Aku malu seorang pemimpin besar jatuh ditempat sendiri. Lebih memalukan JIKA penduduk kampung sendiri memilih calon yang tidak kenal asal usulnya. Kalau profile calon terpaksa ditabur, apakah maknanya..? Patutlah seringkali nama calon tersilap eja.

Kamarul Baharin mengatakan Bagan Pinang Bandar Lalat. Lepas itu manifesto Pas untuk melaksanakan peparitan atau jalan. Yang aku hairankan, kenapa si Kamarul sengaja menceritakan celah kangkangnya penuh dengan lalat.? Dia tak sedarkah bahawa Bagan Pinang itu jajahanya. Kalau masalah lalat pun tak reti nak settle, inikan pula nak buat jalan yang makan berjuta2.

Kalau aku cakap Ahli Parlimen Telok Kemang tak boleh pakai, orang kata aku orang umno. Tapi kalau dalam blog sendiri dia tulis rumah penuh dengan taik, aku nak cakap apa. Dialah orang paling jujur tapi bodoh. Kalau di Selangor BN sebagai pembangkang boleh membantu rakyat, adakah alasan N.Sembilan diperintah dengan BN boleh diterima akal..?

Kerajaan Persekutuan masih diperintah oleh BN.? Ini mesti dari otak pembangkang. Walau BN putar sana putar sini, hakikatnya kerajaan BN juga yang membantu rakyat. Tapi putar alam pembangkang, rakyat diabaikan tapi perut pemimpin yang kekenyangan .

Ini pun satu hal. Dalam blog Anwar, Azmin Ali tak malu meraih undi tentera. Kalau dulu dia menyokong komunis, tapi kali ini dia seperti membela tentera. Tak cukup dengan pengaruh sendiri, nama ayah juga dijaja.

Saya juga tidak sunyi dari kehidupan keluarga tentera. Allahyarham ayah saya, Ali Omar atau lebih dikenali sebagai Ali Kupang ( kerana berasal dari Kedah ) berkhidmat selama 21 tahun termasuk dalam British Army dengan memakai nombor tentera 3443.

Kalau dia kata komunis itu pejuang kemerdekaan, apakah statusnya ayahnya.? Pengganas negara.? Kalau aku ada anak macam Azmin, dah lama aku sula. Bukan setakat merosakan negara, perjuangan bapa juga dihina. Ptuihhh...... macam lahanat.

Dan yang lebih2 memalukan.... bila nak kalah, Timbalan Perdana Menteri berkata, Pas mungkin meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan tempoh pilihan raya itu berikutan parti itu merasai tempoh berkempen mereka tidak mencukupi.

/me Banyak hikmah dalam PRK Bagan Pinang.

No comments:

Post a Comment