Sunday, October 11, 2009

Jadilah pengundi yang bijak.


“kalau nak pergi, nek motor. Jam la Bagan Pinang. Diorang letak kete suka-suka dia je. ” Mulanya aku fikir ia hanya masa berkempen, tapi bila ada yang menyatakan esok mereka akan membuat traffic menggila sebagai senjata terakhir.

Andai taktik ini berjaya, aku yakin ia akan memberi kesan kepada BN, samada kekalahan atau mojoriti yang sedikit. Pada mereka yang disana, mereka tahu tapi tidak menyatakan, pengundi bukan melayu kebanyakannya akan menolak BN. Maka, kira-kira mudah boleh dicongak.

Pas sudah mendapat undi tentera dalam 30%, mereka mendapat undi bukan melayu 90% dan pengundi melayu 40%. Jika dicongak, mereka sebenarnya sudah memberi tentangan sengit. Oleh itu dengan mengadakan kesesakan, mereka mampu menurunkan undi umno sekitar 10-20%. Kerana apa..?

Pengundi umno amat manja. Mereka tidak mahu berhujan atau berpanas. Mereka mahu dilayan bagai raja sehari. Oleh itu, kesesakan yang berlaku akan menjadikan mood mereka untuk mengundi akan hilang dan secara tidak langsung umno akan kehilangan undi. Tapi bagi pengundi Pas, pengundi mereka amat tegal dengan cabaran yang datang. Bukan hujan sahaja sanggup dilalui... banjir sekalipun mereka akan tetap diredah. Inilah perbezaan pengundi Umno dan Pas. Sebab itu dikatakan jika peratusan tinggi pengundian maka BN berpeluang cerah untuk menang.

Awal-awal lagi Pas sudah merasakan mereka akan kalah di Bagan Pinang. Dengan sambutan yang dingin dan ditambah dengan kempen BN yang jitu, Pas sebenarnya amat terdesak. Kalau sebelum ini mereka berhadapan bahagian Umno yang bermasalah, tapi di Telok Kemang jentera Umno dari Bahagian adalah sangat kuat.

Lepas aku tengok gambar mamat bangang ditetak, aku turun makan. Masa makan aku terfikir. Pas sudah mula untuk melakukan provokasi dan melakukan taktik kotor. Masa tu, aku belum baca pun blog pro umno yang mengesan penipuan itu. Komen Senjaliza pun belum ada. Kalau tak silap aku, Perisik yang mula mensensasikan cerita kartun itu.

Setelah Sms jihad dikeluarkan, barulah rancangan mereka jelas untuk ditafsir. Isu setempat yang lemah dan sambutan yang dingin dari pengundi amatlah tidak baik untuk kesihatan Pas.

Dengan cara kotor ini mereka dapat memanggil orang luar disamping mereka dapat menghangatkan suasana pilihanraya. Tapi yang menyedihkan bilamana, orang luar yang datang kantoi dengan polis kerana membawa senjata. Apakah motifnya..? membuat hura-hara untuk melengahkan tarikh pilihanraya.?

Adakah dengan membuat provokasi sedemikian, Pas telah melakukan kesilapan..? Sepatutnya ia, tapi sekarang ini sebenarnya tidak. Orang yang mengundi Pas sebenarnya adalah golongan orang yang totok. Kata apa saje tentang Pas.... mereka tetap akan mengundi Pas. Sebab itu, jentera pilihanraya mereka tidak peduli apa yang orang ramai katakan... kerana mereka yakin... pengundi mereka adalah golongan yang bangang.

Apapun, lawak Isa tentang sodomy. "Memang sodomy berlaku, tapi tarikh tak ingattt. Macam mana nak ingat, kalau dah berkali2 dan bertahun2.."

/me pengundi cina adalah pengundi yang bijak.

No comments:

Post a Comment