Saturday, October 3, 2009

lain kali aku angguk

Malam ni aku kena kritik. Yela uss... aku terima kritikan nko. Mungkin betul kot apa yang nko kata. Kalau aku cakap... semuanya aku nak menang.... menang dan menang. Aku terima kritikan ko. Aku harap, lain kali aku tak kritik sape2 lagi. Itu harapan aku pada diri aku sendiri.

Bukan niat aku nak kondem, jauh sekali nak mengutuk. Aku hanya bagi contoh yang jelas. Deme kata, selalu teman cakap merapu, tak masuk dek akal. Then bila teman bagi contoh yang jelas, teman plak dicop suka kondem. Apa boleh buat. Kekadang, walau ia kenyataan, kita tak leh berkata benar. Aku faham tuh. So, jalan selamat, biar aku luahkan disini. Inikan tempat permaian aku.

Dulu aku cakap, dasar ekonomi perlu diubah. Kalau dulu kita mengharap pelabur, sudah tiba masanya kita harus menjadi pelabur. Bila aku bersembang akan hal itu, huh... aku dinobatkan raja lawak.

Kalau tak silap aku, kelmarin Mahathir ada memberi kenyataan, untuk mencapai wawasan, kita tidak boleh mengharap FDI. So dia buat lawak gak ke..?

Soalan,....... kita melalak, kita tahu ke apa sebenarnya yang terjadi.?

Aku tak pernah fikir hal itu. Jarang aku fikir. Kot fikir pun, sekadar gitu2 je. Tak pernah lebih 2 minit. Kerana apa.? Politik itu terlalu besar. Kalau aku nak buat tesis master, mungkin la kot aku ambik tahu.

Jalan cerita politik ini sama, kot umno rasuah, masakan parti lain tak rasuah. Kalau umno menipu, hari ini perisik kata, Pas menipu. Kalau aku kata Pas menipu, orang pakatan kata aku ni suka fitnah. Tak gitu.? malas aku nak link2.... cari la sendiri posting perisik hari ni.

Yang membezakan politik, hanyalah perancangan dan hasil apa yang dirancang. Kalau tidak pandai merancang, tidak adalah pembangunan. Bila tidak ada pembangunan, macam mana rakyat nak sejahtera. Pas kata, pembangunan fizikal di Kelantan tak penting. Tapi bila umno rasuah jambatan di Manek Urai, Pas dah bergoyang.

Nik Aziz lebihkan Islam berbanding Hadi yang bersikap kebangsaan.

Cerita Kodi tentang kebaikan Nik Aziz itu ini. Kita tak kenal dia tapi kita selalu mengutuk Nik Aziz.? Hahaha.... aku hanya tergelak. Tergelak sebab susah aku nak terangkan camne. Nik Aziz tak boleh dikritik, tapi Hadi boleh, Pak Lah pun boleh dikutuk.

Kenapa terjadi camtuh..? Hadi tu ulama palsu ke..? oOO.. Hadi bukan taraf ulama... Pak Lah pun bukan ulama... sebab tu boleh dikutuk.

Aku memang tak kenal Nik Aziz, sekali atau 2 kali je aku jumpa. Aku pernah dengar ceramahnya. Bab agama aku tak campurkan dalam politik. Ala.... memang la agama perlu dalam politik, tapi politik itu ialah bab politik. Kalau tak tahu membezakan agama dan politik.... susah la nak cakap. Kalau camtuh, akal tak cukup untuk menilai la tuh.

Apa yang aku kritik ialah bab politik. Politik kena bijak. Kalau politik bodoh, semuanya mampos la. Sebagai contoh, kalau Anwar berjaya membawa katak2 dalam misinya 16 Sept, dimanakah letaknya kerusi Pas dalam pentadbiran negara.?

Pas dapat kerusi TPM..? hahahha... dengan hanya berlabelkan TPM , Pas mampu untuk menubuhkan kerajaan Islam..? itupun kalau betul dapat TPM, kalau Hadi Awang sekadar Menteri Kesihatan camne..? Bukankah jawatan TPM Anwar merancang untuk diberikan kepada Anifah Aman.... lupakah kita rasuah Anwar kepada Anifah..? Dato Seri Anwar...saya nak tanya ni... bila nak saman Anifah? Tak nak duit juta2 ke.?

Kekadang kita fikir secara overall. Kumulatif untuk mencari titik terbaik. Dr. Asri pernah cakap, orang yang kuat agama tapi tidak pandai berpolitik, tidak pandai untuk mengurus, pun tak guna. Kalau aku cakap, aku dah mengutuk... so biarlah aku petik kata orang yang ada nama dalam ilmu agama.

/me Nik Aziz suci segalanya..

No comments:

Post a Comment