Monday, October 5, 2009

perangai orang gua

Mula aku dok rumah ni, SQ10 aku rasa selesa. Terasa seperti dalam dunia baru. Hilang semua masalah melayan ragam manusia. Masa aku dok rumah lama, aduhai pening kepala aku layan kerenah orang. Dari gangguan bising sampai la masalah orang kencing merata... huh.,bila difikirkan, macam tak logik masih ada orang kencing merata.

Tapi setelah kawasan rumah ni dibuka untuk orang luar, budaya itu kembali bersemi. Jangan kata merokok dalam lift, enjin moto dalam lif pun tidak dimatikan. Kalau dulu, jarang ada sampah sarap tapi sekarang, lift pun penuh dengan sampah. Kena lak hujung minggu, cleanner takde, aduhh.... nape la busuk sangat lif ni.... takde otak betul la. Susah ke kalau buang sampah.... pastikan air licit tak menceceh keluar... bahalol betul la.... ingat lif ni dia sorang je guna.

Itu aku baru cerita lif. Belum cerita tong sampah kosong tapi letak sampah di luar tong. Bila sampah kat luar, mula la lalat membiak. Takan tak leh fikir, bila ada lalat mula la semua penyakit datang. Inilah contoh budaya orang kita. Orang kata budaya rumah flat. Sory to say la.. aku dok rumah flat gak... lagi bayar murah dari sewa rumah flat. Tapi mentaliti otak aku takde la mentaliti orang dalam gua.

Aku menghina orang flat..? aku menghina ke kalau aku berkata benar. Kalau tidak, mengapa masyarakat memandang penduduk rumah flat sebagai orang yang low class..? Aku rasa, low class bukan kerana harga rumah, tapi low class punya mentaliti. Sebut flat je... dalam kepala otak mesti fikir benda yang terbarai.

Kalau ada flat yang ada lif, mestilah cepat jahanam. Sape yang merosakan..? samseng2 luar yang merosakan..? mestilah orang situ gak yang berperangai bangang. Lift ada diketuk2, bila dah rosak.. salahkan kerajaan.

Kalau sebut mentaliti ini, sama la kalau kita guna tandas awam. Kalau pam rosak, aku boleh terima, tapi kalau tandas cukup sifat tapi tapi tak flush, huh... memang aku tak faham dari mana asal usulnya mahluk ni. Ada akal kah..? malu la oiii.... barang sendiri dibuang merata. oitt.. ingat ini cerita tandas lelaki je..? tandas perempuan pun tak terkecuali la. Sendiri mau ingat la........ perempuan pun 2 x5 la.

A.Kadir Jasin ada menulis agar ia sebagai KPI kerajaan. Adakah perkara seperti ini boleh dijadikan kpi...? Sebenarnya perkara remeh seperti ini adalah tanggujngawab masyarakat manakala kerajaan sebagai pemangkin. Tapi kalau bab pengangkutan awam.... aku setuju ia dijadikan satu KPi kerana aku rasakan bas mini lagi bagus dari Rapid KL.

/me bukan pengguna pengangkutan awam

No comments:

Post a Comment