Wednesday, October 7, 2009

rasuah rasuah rasuah

Walau menu yang ada tak seberapa, aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya jamuan raya tahun ni perut aku kekenyangan. Dan yang penting tahun ini takde kutipan derma. Semuanya ikhlas dari pihak pengurusan.

Itulah kenyataan hari ini dan esok ia akan jadi kenangan. Kenyataan yang tidak boleh diubah atau dipadam walaupun dengan masa. Sebab tu, jangan la sia-sia kan masa yang berlalu. Kala ini, masa begitu cepat berlalu pergi. Inilah salah satu tanda kiamat kecil. Sebut pasal kiamat, diakhir zaman ayat2 Al-Quran akan dijual. Adakah isu Gobala menyebut ayat Al-Quran boleh dikategorikan sebagai dijual..?

Orang kafir menyebut ayat Al-Quran dalam ceramah bukan satu isu. Tapi ia lebih menjurus kepada sudut kepentingan politik semata-mata. Yahudi juga menyebut… Yahudi juga mengkaji Quran… tapi mereka tidak masuk Islam. Kenapa.? Kerana tujuan mereka bukan nak menghayati Islam… tapi tujuan mereka adalah untuk mencari kekuatan Islam. Bukankah Al-Quran itu ibu segala kitab dunia dan akhirat..?

Jika diteliti dari sudut tujuan, apakah tujuan Gobala..? Pas kata, ia untuk menguatkan hujah..? hahhaha.. macam mana nak menguatkan kalau beliau sendiri tidak percaya pada Al-Quran. So aku kategorikan beliau sebagai penipu. Ulama Pas kata boleh..? itu Parti Pas… Pas selalu menipu. Yang kata tak menipu, orang yang taksub dengan Pas je. Sebab tu, mereka tidak boleh berfikir. Memberi derma membabi tuli kepada parti walaupun pemimpin mereka sudah berkereta besar. adehhh...~~

Menyedihka bila hindu diberi lesen untuk menipu orang Islam. Kalau betul yakin dengan ayat Al-Quran sila la jadi saudara baru. Dan kalau berani aku nak tengok Gobala petik hadis untuk kaumnya. Ada brani.?

Cuba fikir… orang nak jadi peguam perlu ada kelayakan. Orang nak jadi dokter pun perlu bedah mayat. Ini terang2 takde kelayakan boleh menterbiahkan orang. Camne tuh…..

Hakikatnya… kerana politik semua perkara hendak dihalalkan. Tidak kisah la samada umno atau Pas… semuanya nak berebut jawatan. Kalau tidak…. Masakan orang Johor ke sanggup ke Kelantan, orang Penang sanggup Kelantan. Semua gara2 hendak jadi YB. Pemimpin tertinggi parti semuanya nak cari tempat yang selamat. Lepaskan diri untuk mendapat jawatan. Kalau polisi kapal… kapten orang terakhir menyelamatkan diri… tapi Politik Pas…. Pemimpin selamat, kaum sendiri mati kelaparan. Huh…

Kenapa merek sanggup pergi ke tempat orang untuk bertanding..? Tidak boleh kah bertanding tempat sendiri..? kalau satu negeri aku boleh terima…. Ni kalau nun jauh merentasi banjaran… apa kes..? kejar jawatan YB kan…. Cett…… pangkat juga dikejarnya…. Pirahh…..

Kerana apa aku membebel..? masa makan sedap2, saje je panaskan line. Aku diam. Malas aku nak berceramah. Kang orang kata aku tak nak mengalah. Lagipun, isunya tetap sama. Dari saat penamaan sampai la ni..... semua isunya remeh. Umno rasuah.. rasuah... Buat sekolah pun rasuah gak.

Baca isu blog… kempen umno mewah... hahhaha… cam gampang.. macam la pakatan tak mewah. Pirahh….. kot nak jadi penyokong tu…. Biar la fikir dengan akal….. jangan fikir dengan lutut. Kot mereka datang dengan kereta proton saga cam aku, duduk hotel sekadar untuk lelapkan mata mungkin la kot dikatakan sederhana. Tapi kalau datang dengan kereta hitam berkilat, made in Jerman.... tak yah la gebang pemimpin pakatan sederhana...... yang kata sederhana orang yang hatinya buta je.

Kot nak cakap tentang budget umno besar, gunakan kenderaan kerajaan atau luluskan projek berjuta... apa aku tak kisah. Rasuah rakyat dengan buat sekolah apa ada hal. Yang guna skolah ramai dan sekolah penting untuk rakyat... apa nak kecoh.

Di Permatang Pasir Anwar rasuah rakyat dengan menyatakan Salleh Man akan dilantik pengarah maipp. Ada pembangkang bunyi.? Mesti tadah tangan bersyukur. Walhal.... itu bukan takat rasuah, tapi menguntungkan Salleh Man sendiri. Yb dapat, gaji pengarah pun dapat. Sape yang untung..? rakyat untung ke YB Pas yang untung. Pusing keliling Salleh Man tapaw. Rakyat total diperbodohkan.

Ketika tu, surat perkenan Agong untuk jawatan pengarah maipp baru dah keluar tapi kerana politik ia disimpan. Then dengan muka penipu, ditipu rakyat Salleh Man akan diangkat. Macam mana tuh..? Yang hebatnya, Anwar yakin permohonan mereka akan diperkenan Agong. Ke Anwar lebih hebat dari dari Agong..?

Jangan tanya aku... aku tak tahu. Aku bukan blogger nak korek cerita. Memang la TM ada tulis, ipar Anwar ada jawatan dalam Istana. Betui ke tidak tanya la dia sendiri. Kot tak puas hati.... selidik sendiri. Kot nak suruh aku cari.....senang je aku jawab. buang masa aku je... baik aku chatting.... ada gak faedahnya.... agagagagga.....

/me bodoh jangan diperhabiskan....

No comments:

Post a Comment