Thursday, December 17, 2009

Ezam Mohd. Nor

Bila tengok Ezam, aku belum ada jawapan dalam persoalan “kenapa dia masuk umno sedangkan ketika itu umno BN hilang sokongan”.

Dalam intro klip video dia dalam medan info, “ bukan kerana kebendaan, bukan kerana satu sen, bukan kerana satu ringgit, bukan kerana satu juta, bukan kerana 10 juta… bukan kerana pangkat…. Tapi kerana prinsip saya sebagai orang Islam”.

Hermm…. Dia orang politik… masakan kita boleh percaya apa yang dia kata. Tapi dia berani menyebut nama ALLAH.?................. ermmm..... aku tidak ada jawapan ataupun nak komen. Mungkin juga apa yang dia cakapkan memang betul.

Semua orang dalam politik mahukan tempat dan ganjaran. Tak kisah parti mana sekalipun, pasti ganjaran dunia akan dikejarnya. Kalau selama ini umno yang kena tuduh…. Pemimpin Pas sekarang pun apa kurangnya. Kalau orang umno tak keje tapi boleh hidup berkereta sana sini…. Ramai juga orang politik Pas tak berkerja. Kalau orang umno sering dituduh berebut jawatan…. Pas Kelantan sekarang kucar kacir pun sebab berebut jawatan.

Ezam..~~! bukan nama kecik dalam dunia reformis politik Malaysia. Dia merupakan orang kuat Anwar Ibrahim selain Azmin Ali. Politik dia dalam PKR sebenarnya amat cerah kerana dia orang muda yang mempunyai watak yang cukup mengkagumkan.

Dia masuk umno selepas PRU. Samada dia dicalonkan atau tidak dalam pilihanraya aku tak tahu, tapi setahu aku… dia tidak tewas atau menang. Maknanya dia tidak menjadi calon dalam PRU08. Adakah kerana kecewa dia masuk umno semula..?? entah…. Tanyalah orang PKr kenapa dia tidak dicalonkan sedangkan MP dari PKR semuanya hancus jika dibandingkan dengan dia.

Tidak dicalonkan kerana ada krisis dengan Anwar..? krisis apa..? songlap duit PKR.? Kes songlap duit aku rasa, bukan dia tapi orang lain. Apa2 je la…. Mana aku tahu. Aku bukan orang PKR. Kes songlap duit pun…. Kalau orang AMK sendiri redha duit dikebas… so takde sebab aku tak puashati. Aku bukan orang Pkr pun.

Orang Pas atau Pkr yang mengutuk orang umno sebab “ semua kerja perlu ada bayaran ”… aku rasa itu lebih baik dari asyik menderma untuk parti….. tapi pemimpin parti kekenyangan. Orang yang derma naik komuter….. orang yang dapat derma naik Lexus…. Hahahhaha…….

Apapun…… sehingga kini, aku belum nampak Anwar paku Ezam. Adapun sipi2 je…. Kenapa Anwar tak hentam Ezam sedangkan boleh tahan gak Ezam ini mencabar Anwar untuk kenakan dia..?

Teringat cabaran Ezam kepada Anwar….. kalau Anwar berani lawan dia…. Dia akan dedahkan siapa Anwar. Dan sehingga kini Ezam tidak mendedahkan apa2 tentang Anwar…. Ermm.. berprinsip gak dia ni.

/me Dalam kepala ni ada dua persoalan tak logik yang membuatkan aku seakan percaya kepada tuduhan kepada Anwar.

No comments:

Post a Comment