Wednesday, December 9, 2009

tngah bosan

Walau jenayah semakin meningkat tapi secara amnya.. kita masih selamat untuk berada di mana2. Indeks jenayah meningkat aku rasa ia selari dengan kadar pertumbuhan penduduk. Semakin ramai penduduk maka statistik jenayah juga pasti akan meningkat.

AKu tak pasti samada peratus peningkatan jenayah diukur berdasarkan kes atau populasi penduduk. Bagi aku, ia lebih adil kalau indeks jenayah itu dipadankan dengan bilangan penduduk. Ia akan memberi gambaran yang lebih tepat tentang keselamatan kita sebagai rakyat.

Bukan nak sembang jenayah tapi aku nak bercerita tentang tahap keselesaan hasil dari keselamatan yang agak memuaskan. Cerita instructor tentang keselamatan di eropah. “masa saya jumpa queen, saya nampak sniper sana sini. Mereka orang putih memang mementingkan keselamatan. Paroid dengan bom.”

Kita…. Adakah kita selalu dengar letupan sana sini..? yang ada biasanya panggilan bom palsu. Tapi awas, kalau Molotov cocktail sudah ada pasti berita kejadian bom akan menjadi berita yang biasa kedengaran.

Boleh dikatagorikan, negara kita aman, takde la teruk sangat dari segi keselamatan. Adakah dengan keamanan ini kita lupa dan yakin bahawa kita akan selama-lamanya akan aman..?

Pembangkang sering menyatakan Umno perkauman, BTN perkauman, kerajaan mengamalkan perkauman,…. Adakah aku tidak setuju..? setuju.. kenapa tidak setuju. Memang betul apa yang mereka katakan. Tapi… soalan aku untuk pembangkang, “ sudah berapa lama kita tidak ada krisis perkauman.?”.

Bukankah dengan adanya DEB itu, Malaysia semakin stabil dari segi keselamatan social. Walau ia diskriminasi tapi pendapat aku, ia telah mencapai kejayaan. Sesiapa yang kata DEB tak berjaya, bagi aku otaknya bukan sahaja dangkal tapi hatinya penuh dengan kekotoran.

Mana mungkin sesuatu program takde cacat celanya. Ada ke yang sempurna. Ketirisan memang selalu berlaku. Itu memang tidak dapat dielakkan. Yang mampu kita buat, ialah mengelakkan.
Sebagai contoh, kenapa sampai sekarang Husam berdiam diri tentang balak di Kelantan.? Jangan tanya soalan bodoh kat aku boleh tak..? Kalau sebut bukti, memang la… pandai makan pandai la simpan.

Dan yang sedihnya, kalau benar kerajaan negeri tak pernah buat masjid tapi menyumbang dana untuk tokong….. alahai… sedihnya. Tak payah nak cakap apa2.. aku bukan bodoh sangat untuk berfikir.

Kenapa aku bercerita tentang ini..? sebab aku sedih. Mereka membuka ruang untuk melayu Islam diserang. Hari ini YB Tepeng mempersoalkan…. Lama2, gaduk naik junjung. Tapi nak buat camne….. dah melayu sendiri mempertikaikan ketuanan melayu.

Cerita tentang keselamatan tapi aku kait politik. Mengapa seseorang menjadi penjenayah. Biasanya penjenayah ialah orang yang di dalam terdesak. Jadi bila melayu terdesak kerana terasa tertindas… apa melayu akan buat..?

No comments:

Post a Comment