Monday, August 31, 2009
ambang merdeka
Jika malam ini malam diambang merdeka, mungkin juga malam ini malam yang sesuai untuk melihat kembali kisah sebenar disebalik wajah orang politik.
Kerisauan aku satu ketika dulu seakan menjadi nyata. Melayu yang ditekan pasti akan tunduk dengan tekanan. Tekanan selepas PRU yang lalu bukan sebarang tekanan. Tekanan oleh kaum sendiri sebenarnya menjadi virus yang sedikit demi sedikit mengkakis keutuhan negara ini.
Saat Anwar mengoferkan kepentingan melayu aku terpaku. Memang benar apa yang aku fikirkan tentang dia ini. Dia akan melakukan apa sahaja untuk kepentingan peribadi. Dan….. aku juga tahu dia akan berjaya dengan misinya.
Aku tak pasti cerita Anwar kawin lari. Tapi kalau tak silap aku, dulu semasa Pak Su cerita, “ sekarang dia dah jadi menantu aku, kita tolonglah menantu aku tu, buruk2 pun menantu sendiri”.
Anwar memang licik orangnya. Dari muda dia sudah memasang startegi. Adakah cinta Anwar kepada Wan Azizah cinta sejati.?
Argg…. Siapa aku untuk mempersoalkan cinta Anwar kepada Azizah. Gile.!! Tapi… sebagai manusia biasa, kadangkala aku bersikap prejudis juga. Mungkin juga Anwar kawin semata-mata untuk memegang cpu kerajaan.Siapa Wan Ismail ayah kepada Azizah ketika itu..??
Itu langkah pertama Anwar dalam politik.Hebat bukan. Orang lain berpolitik dari bawah tapi Anwar boleh bermula terus dari atas. Dia banyak mendapat keistimewaan berbanding dengan orang yang lebih senior dari dia. Aku tak mempertikaikan. Itu kelebihan dia. Tapi…
Mengapa kau menolak kepentingan melayu.? Apa kehendak kau sebenarnya..?
Kalau aku duduk bersembang bersama orang pakatan, aku tahu apa yang mereka ingin bicarakan. Mereka akan terbyiahkan aku dengan istilah demokrasi yang sebenar. Tidak cukup kalau tidak dibacakan hadis untuk menghalalkan cerita itu. Dan kalau aku menolak kefahaman mereka, aku akan disimpulkan sebagai orang yang berfikiran sempit dan jumud. Mentaliti aku belum terbuka kerana aku hanya membaca sebelah pihak.
Sebelum aku dikatakan aku buta dalam menilai, bukankah aku nyatakan, Anwar akan berjaya membawa misinya untuk meliberalisasikan melayu.? Bodohkah aku dalam menilai.?
Dengan gagasan 1Malaysia atau Malaysia Malaysia, semua rakyat sama, itulah dasar sama rata yang dibawa oleh Anwar. Melayu cina India atau sesiapa sahaja punya hak sama. Biasiswa, isu tanah atau apa sahaja yang selama ini dikatakan kepentingan melayu akan dikongsi bersama oleh semua rakyat.
Kalau Anwar tidak mati dalam masa yang terdekat pasti ideologinya akan berjaya. Dengan sokongan yang padu daripada DAP dan dana yang besar disumbangkan dari pihak luar, ia umpama mesin yang pemotong yang ganas.
Mesin ini tidak mungkin musnah dalam misi menebang perisai melayu. Kalau ada sekalipun, mungkin hanya calar balar atau sekadar mengalami kerosakan yang tidak memberi kesan. Ia akan terus mengkakis perisai melayu satu demi satu. Kerana apa mesin ini tidak rosak..?
Semuanya kerana melayu itu sendiri.Orang melayu merasakan dirinya sudah bijak, tapi sebenarnya mereka bodoh. Mereka inilah sebenarnya menjadi perisai yang untuk Anwar dan konconya terus bergerak membuang perisai2 melayu.
Tidak pentingkah kepentingan melayu.?
Andai sama rata.. logic kah ada tanah yang dilabel sebagai rizab melayu..? kenapa perlu rizab sedangkan semua rakyat sama..? betul bukan.?
Kalau tidak ada tanah rizab melayu…. Hahhahaa…. Akan datang, siapakah tuan punya tanah2 di negara ini..? kalau jawab melayu akan menjadi tuan…. Memang anda seorang yang ego dan bodoh. Ego tidak bertempat.
Aku mengambil satu perkara. Perkara ini mungkin mustahil. Tapi bagi aku tidak mustahil ia akan berlaku. Malah aku jangkakan….. mungkin dinasti raja juga akan terhapus.
Di ambang merdeka seperti ini. Marilah kita kita cuba untuk meruntun jiwa seketika. Apa sebenarnya yang kita cari dalam politik.
Dalam mencapai kemajuan, perlukah kita merubah budaya..?
Sunday, August 30, 2009
kepala lembu punya hal
ntahlah... Tanyalah alim ulama.
Tak ramai yang berdemo, mungkin sebab itu pada mulanya isu bantahan tidak diendahkan. Apa orang kata, macam takde apa je. Ye la kan, Kalau yang datang takat 50 orang, Pak Khalid sengih je la.
Lain padang lain belalang. Nak tembak pasal kuil tapi diri sendiri ditembak. Tu la, yang hang usung kepala lembu tu pesal. Then ko pijak plak kepala lembu tu... adoi....
Kalau aku sebut melayu, orang kata aku racist, tapi kuil ni melayu ke agama..? Dalam isu kuil ini menandakan, melayu sudah takde apo. Sebab apa..? Untuk sokongan undi, melayu sendiri mahukan Hindu setanding dengan Islam.... so nak wat pe bising2.. on je la.
Aku..? ikut lah... dah ramai yang setuju kuil tu... nak wat camne. Orang Pas yang dikatakan Islam ke syurga pun menyokong, ok lah tuh. Mana la tau, kot2 orang Pas boleh bawak orang hindu tu ke syurga. Bagi aku, mereka ini nampak sangat takde akal untuk berpolitik.
Sekarang mereka pandai cerita tentang negara majmuk. Dalam hal ini sebenarnya aku tergelak besar. Sebab selama ini Pas memang tak sedar pun akan hakikat ini. Tapi kerana mengikut si Nuar, agama pun Pas sanggup gadai.
Isu kepala lembu..? Kalau lembu binatang suci India, melayu boleh berduyun membela hindu. Ttapi kes surau di UM yang dilempar daging babi tu camne..? Ada orang politik yang kisah ke? Kenapa semua melayu mendiam kan diri..? Bacul..? kata nak mati syahid. Awat takut cari siapa punya kerja..?
Kalau umno penganjur salahkah..? Surau dan kuil bersebelahan, satu azan satu lagi bunyikan kling kling... bila hati dah marah, kang ada yang kepala pecah dikerjakan. Nak ke jadi camtuh.? Fikir la bang..... jangan main taram.
Sekarang umno atau BN memang akan tewas pun dalam pilihanraya akan datang. Alang2 nak kalah belasah je la. Sekarang pun bukannya Tamil sokong BN. Apa ada hal. Tapi kalau benar ia angkara orang PKR sendiri camne..? Bagi aku, kot siapa pun nak membela ISLAM, aku akan sokong.
Agama bukan berpaksi pada parti atau kaum. Mungkin inilah sebenarnya yang dikatakan Islam itu tidak berpuak atau mengikut kaum.
"Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar assabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang mati kerana assabiyyah"[HR Abu Dawud]
Kalau negara arab memang banyak menekankan kaum walau sesama Islam. Mereka sanggup berbunuhan sesama Islam kerana menegakkan kaum sendiri. Di Malaysia, ada ke jawanes bergaduh dengan kelantanse atau suku2 lain.?
Bukankah menegakkan Agama Islam itu satu kewajipan.? Pernah dengar kerajaan melarang penduduk lain untuk menganut agama masing2..? Yang menyedihkan, hadis seperti ini diguna pakai untuk kepentingan politik. Huh.
Apapun, walau ia sekadar 50 peserta, demontrasi itu kira berjaya. Bukankah tujuang demontrasi itu hanya untuk perhatian umum. Kena pada caranya, mampus ko pakatan.
/me geleng kepala
own goal
Adat permainan kan, walau tak puas hati macam mana sekalipun, dah kalah kena la terima hakikat kekalahan. Apapun, Arsenal main tetap cun compare MU yang main tunggang langgang. Bola ni kekadang ikut nasib, apa orang kata.... Bola tu bulat..?
/me tahun memalukan bagi MU.
Saturday, August 29, 2009
gula O gula
Apa rasa air panas tanpa gula.? Apa tanggapan orang kalau di dapur tiada gula dalam balang? Kesian pada orang Kelantan, kalau biasa masakan mereka manis, tapi semenjak tiada gula rakyatnya tidak lalu nak makan.
Pada pak montori, susah sangat ke nak selesaikan masalah gula.? Nak buat apa simpan gula bertan2 dalam gudang.? Kalau sekadar nak paparkan banyak stok tapi tak diedarkan, apa ertinya Datuk Ismail Sabri oii.....
Selalu kedengaran, kat paper kat tv, seludup gula sana sini, tapi yang anehnya tak dengar pun mereka ini kena dakwa. Macam ada yang tak kena je. Penyeludup kautim ke dengan pegawai pendakwa..?
Cuba kita tengok apakah kesan kalau dalam sebulan je, kedengaran pula penyeludup gula kena penjara kena rotan 100 kali. Kompem siapa yang simpan gula akan cepat2 tabur di pasar raya.
/me KPI apo camni.... kalau isu gula pun tak leh nak selesaikan.
kedai tengah alam
Ada yang menyatakan cukup makan minum dan pakaian. Untuk menyedapkan hati, cukuplah seadanya. Tapi bila kita berselisih dengan orang berkereta besar, kita tak lari dari menjeling. Bila lah agaknya aku mampu seperti kamu..?
Pada orang yang beriman, material untuk kehidupan bukan ukuran kejayaan. Andai kita berpegang kepada iman, bersyukurlah dengan rezeki yang Allah beri. Kisah pengajaran untuk aku, rajinlah mengaji... Insyallah segala kekurangan akan ditampung dari zikir yang kita bacakan setiap lima waktu.
........... aku termenung sendirian.......
Untuk berjaya bukan sekadar berkata-kata. Tapi kekadang dari kata-kata akan menjadi pemacu untuk kita terus ke depan. Pendidikan bukan surat jaminan kekayaan, tapi pendidikan adalah asas kepada seseorang yang mengecap nikmat kehidupan.
Kemana arah hidupku..? adakah hidup aku hanya mengikut arus..?
Oh tidak... kekadang arus juga menyesatkan. Aku adalah nakhoda kapal. Masakan aku membiarkan hidupku belayar tanpa talian kompas.? Apa akan jadi kalau arus itu menuju ombak besar..?
Aku harus melihat kanan kiri dan keadaan sekeliling. Andai orang lain boleh membuka bazaar, membuka kedai tengah alam, menjual bundle yang pesat berkembang, mengejar Dr. untuk menjadi pengurus besar.... mengapa aku sekadar menjadi pemerhati kepada kemajuan..?
Ya Allah. Berikan aku petunjuk, arah mana sebenarnya kehidupan aku. Benarkah kata-kata ini..... andai orang lain boleh, mengapa kita harus tercicir..?
/me meniti hari-hari usang
Friday, August 28, 2009
raya edisi lama
" anak abah memang cantik. Ni malam2 nak pergi mana..? " abah ni, Atin nak raya la.... "
aduh... budak 3 tahun tau ke erti raya..? mungkin la kot dia tau, kalau tidak masakan dia excited nak raya. Raya...? ala.... sekarang raya macam dah hilang seri. Dulu, orang kata baring tengah jalan kat kl pun boleh.... tapi sekarang silap la buat camtuh. Kot baring gak, mesti kena lenyek.
Sekarang ni, kampung atau bandar sama je. Orang kampung pun bukan beraya sangat. Semuanya nak duduk rumah layan astro. Alih2 semua orang beraya kat rumah sendiri.
Kalau dulu2 raya.... aduhai.... serba serbi indah. Bunyi meriam sana sini. Senang citer malam tu ayam itik yang tak kena sembelih sure tak leh nak tdo. Ada mercun, tapi mercun limited edition la. Mana ada mercun macam sekarang. Bunga api pun bunga api batang besi, then baru keluar bunga api yang warna merah.
Then suasana raya tu, malas aku nak kenang. Aku rasa, aku antara generasi akhir yang merasa nikmat raya ala2 Malaysia. Aku masih merasa lagi, bulan puasa bertukar juadah berbuka. Aku masih rasa beraya berbasikal beramai2. Aku masih rasa lagi filem2 box-office ditayangkan. Sekarang semua filem dah kena rompak. Tak gitu..?
Tapi kini..? raya hanya seperti cuti2 malaysia. Masa raya la nak pergi bercuti..... nak mandi di pantai, nak lepak kat genting. Segala macam program direka untuk menghabiskan cuti raya. Wajarkah cuti raya untuk program seperti itu...?
Yang berlalu adalah kenangan. Kenangan itu hanya mampu dibingkaikan di dalam hati. Kenangan ini hanya mampu dikongsi bersama oleh orang yang pernah merasa apa itu hari raya ala2 Malaysia.
/me kita sendiri yang membuatkan raya seperti cuti hujung minggu.
petang2
Sesetengah orang, berbuka sorang2 ni macam tak lalu nak makan. Sedih semacam. Aku sendiri jarang berbuka sorang2. Tapi hari ni entah kenapa, aku membatukan diri. Malas nak cari kawan makan kat luar.
Untuk Aduka inilah jawapan, kenapa di barat gereja dan masjid bersebelahan tapi masyarakat disana tak banyak soal. Kita ini orang Islam tapi bangsa kita MELAYU. Di barat dia juga Islam tapi bangsa dia eropah. Jiwa orang melayu lembut jiwa orang eropah mana ada hal. Buntut pun dia sebat.
Kalau ia terjadi di Singapura, nak wat camne.... tanah dah takde. Lagipun kat sana melayu ada power ke..? Kalau banyak soal....habuk pun tarak. Kalau di Indon..? Apa nak diherankan kalau di sana, kristian dan Islam boleh kawin... so apa nak diherankan nye.
Adakah surau dan kuil bersebelahan ini lambang sama rata...? ye la... kalau sekarang Islam agama rasmi negara, mungkin zaman pakatan, Hindu setanding dengan Agama Islam.
/me bijak banyak makna.
umno perlu berani
Politik ini terlalu licik. Apa yang terjadi sekarang kekadang tidak menggambarkan secara benar. Pemecatan Chua Soi Lek usah dipandang remeh, sebenarnya ia memberi impak yang besar kepada BN. Andai Soi Lek menganggotai Keadilan... maka kukuhlah PKR dengan sokongan orang cina.
Cina ini bijak dalam manipulasi. Melayu pun apa kurangnya.... tapi sayang sekali, sekarang melayu tidak ada generasi seperti Tunku atau Datuk Onn. Mahathir juga antara legasi pemimpin lama. Bijak mengatur stategi dan penuh wawasan. Sekarang, yang ada Anwar Ibrahim..... tapi.... Anwar tidak ubah seperti Farid Kamil dalam Sarjan Hasan. Menjadi tali barut untuk tujuan peribadi. Kemelut yang dicipta semuanya adalah kerana kerakusan mengejar Perdana Menteri. Orang kata dia pejuang tapi bagi aku dialah petualang.
Adakah benar benar teori boomerang...? Najib membiarkan isu PKFZ dan Chua berterusan..? Najib membiarkan isu berjalan sendirian agar pembersihan dapat dilakukan..?
Andai Chua menjadi rakan Pakatan, hanya ada dua kemungkinan. Samada Pakatan secara pasti akan merampas kerajaan persekutuan atau melayu akan membuat u-turn menyokong barisan..?
Sudah pasti, dalam PKR melayu akan berkurangan, cina dan india akan bermain politik secara diam2. Pas akan tertekan dan akhirnya melayu akan ke pangkal jalan..?
Cina seperti ini.... chiliriver
Berani letak calun melayu dikawasan majoriti Cina? Kalau ada sesiapa yang nak jadi calun dikawasan majoriti cina, silakan. Manalah tahu kot boleh menang. Bukankah kita sekarang mengutamakan hak kesamarataan dan keadilan sejagat tanpa bersikap perkauman?.
Tapi saya jangka, 99.9999% akan menempuh kekalahan.Tetapi kaum Cina berani mencalunkan dirinya dikawasan majoriti melayu.Satu bukti keikhlasan melayu bila berjuang bersama dalam satu barisan.
Umno perlu satu refomasi..... majoriti melayu kerusi harus diberikan kepada orang melayu. Mungkin dengan ini, kejutan pada pakatan akan memihak kepada Barisan. Selama ini, MIC dan MCA memang berselidung di belakang melayu, bila dah kenyang..... sekarang melayu nak ditelan. huh.....
/me kerana berebut kerusi orang umno melarikan undi.... sekarang giliran parti bertindak lebih berani.
Pas di abad ini
Agak2 kalau keahlianya dibuka kepada bukan Islam.... boleh ke Pas dipanggil Parti Islam SeMalaysia..?
Dulu, masa aku sembang2 dengan orang Pas, aku ada menyatakan..... kenapa Pas tidak membuat pakatan seperti BN..? Kalau kita nak menang, kita kena buat pakatan dengan parti lain. Negara kita majmuk.
Terus aku ditempelak, mana boleh... kita tak boleh menyokong orang Islam sebagai pemimpin kita. Ko tengok umno, kerusi bagi kat cina..... kita disuruh undi cina. Nko tau, haram undi cina.
Itu dulu, zaman aku masih mengintai apa itu politik. Oleh kerana Umno berganding dengan MCA dan MIC, umno dilabel sebagai kafir. Masa tu aku hanya menanti apakah ada perubahan, masa berganti waktu..... Pas masih seperti katak. Pemimpin mereka hanya syok sendiri. Tidak pandai memimpin..... yang mereka tahu, hanya menuding salahkan orang lain tapi diri sendiri sibuk bersembang di kedai kopi. Mengata umno buat judi..... tapi bila ada kaki ekor datang, aku kirim no ni... aduhai...
Walau aku muda, tapi aku mahukan perubahan. Aku bukan sekadar orang hanya tau duduk bersembang dan mengharap pelangi indah. Aku mahukan tangan2 ini bergandingan untuk memajukan kawasan. Politik hanya permainan dan jangan disebabkan politik.... kampungku akan jauh ketinggalan.
Pucuk dicita ulam mendatang. Secara tidak sengaja, gerakan membawa perubahan menemui jalan yang terang. Walaupun aku sudah tinggalkan kampung halaman, Alhamdulilah.... sekarang banyak perubahan. Akan tetapi..... yang menyedihkan,,, ibarat kata paneh miang.
Sembahyang dua imam di masjid yang sama di Kampung Gong Pasir, Terengganu (Jun-Julai 1982) atas alasan sembahyang yang diimamkan oleh Imam yang dilantik oleh Kerajaan BN adalah tidak sah.
Barah seperti ini semakin serius. Ada sekali, di khalayak ramai Tok Bilal menyerang seseorang..... ko menyokong umno, nko kafir. Aduhai....... senangnya menyatakan sedemikian.
Kalau benar Pas jujur dalam memperjuangkan Islam..... mengapa Pas membiarkan persepsi semakin membesar..? Adakah memang benar Islam yang dianuti oleh orang umno itu menyesatkan..?
Kalau benar, mengapa tidak berbincang mencari apa yang membuatkan Islam umno itu pincang..? Adakah hanya sekadar tidak melaksanakan hudud lalu dilabel kafir kepada penyokong umno..? Adakah hanya kerana bersama MCA dan MIC umno itu sesat dan tersimpang..?
Kalau dua perkara ini benar..... kafir la si NIZAR dan Hasan Ali kerana mereka ini menolak hudud dan penubuhan negara Islam. Kalau bersama MCA dan MIC menjadi kafir...... mengapa sekarang PAs bersama DAP..? Tidakah mereka ini juga kafir..?
Kalau dulu umno menyatakan, MCA dan MIC sekadar wakil parti dibawah tapi diatas pemimpin negara ialah Islam... mengapa PAs tidak boleh menerima..? Sekarang, Pas dibawah.... DAP diatas..... adakah ini perjuangan Islam Pas..?
Lihatlah..... Lunas keluar parti, exco diberikan kepada cina... kerana apa..? Adakah cina itu lebih mulia..? Kalau benar kata Nik Aziz, cina lebih mulia...... maka, diakhirat, kafir sebagai kayu api adalah dongeng semata2.
Apapun, sekarang sesama umat sudah berpecah. Cina dipuja tapi jiik memandang sesama saudara. Inikah sebenarnya kemahuan Pas.... Pas for all.
/me kerana kuasa, mengapa Islam diperlekehkan..?
Thursday, August 27, 2009
MCA tak boleh pakai
Apa motif MCA kali ini..? Aku garu kepala kejap. Aku bukan menyokong orang yang pernah ada skandal..... tapi aku bingung sekejap.
Kalau hujah Lembaga Presiden sekadar Soi Lek memalukan parti, kenapa bukan dari dulu lagi setelah beliau mengaku bahawa dia empunya badan dalam video tersebut..? Krisis PKZ tidak memalukan MCA ke..? Aku rasa sepatutnya Ong Tee Keat digantung daripada bertugas atau meletak jawatan dan bukannya Chua Soi Lek.
MCA MIC semuanya parti tak boleh pakai. Sepatutnya memperbaiki imej parti dan bukan menjadi liabiliti...... semuanya macam gampang.
/me era kegemilangan barisan sudah lenyap. Selamat tinggal BN.
Wednesday, August 26, 2009
hati malaya
Tuesday, August 25, 2009
mari jual melayu
Jangan katakan di Permatang Pasir, di semua tempat bukan melayu memang menyokong Pakatan. Ini salah satu sebab mengapa sampai sekarang BN mengalami kekalahan di pada setiap piliharaya.
Pakatan begitu riak dengan sokongan yang diberikan oleh bukan melayu. Semua orang politik mengakui keadaan ini dimana sekarang kaum bukan melayu menjadi undi penentu hampir di setiap tempat.
Keadaan ini sebenarnya memberikan kesan buruk kepada melayu kerana mereka cina atau india akan demand yang keterlaluan dalam memenangi hati masyarakat tersebut. Oleh sebab itu, jika dilihat ketika ini orang bukan melayu sudah berani menujah kepala orang melayu bahkan kadangkala kedaulatan raja berpelembagaan berani dipermainkan.
Andai keadaan ini berlarutan, tidak mustahil satu hari nanti, raja berpelembagaan akan menjadi bahan sejarah bagi generasi akan datang.
Berapa lama lagi umno mampu bertahan menjaga kepentingan melayu..?
1Malaysia sebenarnya, sudah menandakan ciri2 dimana kepentingan orang melayu sudah terhakis. Konsep 1Malaysia,... melayu pembangkang menyatakan umno parti yang menggadaikan kepentingan melayu...... aku sebagai salah seorang melayu akan mentertawakan melayu itu sendiri. Padan la nko melayu...... kenapa nak melalak..... bukan itu yang nkorang nak...?
Mengapa aku kata Melayu Pembangkang..? Ada dengar ke cerita Bukan Melayu dari pembangkang yang menolak 1Malaysia..?? kerana apa..?? ada akal.... lu fikir la sendiri.
Melayu pembangkang menyatakan umno yang menggadaikan melayu...... hahahaha.... nkorang nak kutuk camne sekalipun, benda dah terjadi. Kepentingan melayu perlahan2 tergadai dan takde guna nkorang nak bercakap atau mempertikaikan.
Aku rasa, 1Malaysia sejajar dengan laungan Pakatan. Hak sama rata diantara semua kaum. Pakatan selalu kata, umno perkauaman..... so konsep 1Malaysia mampu memenuhi citarasa mulut pembangkang.
Berani Pakatan menolak 1Malaysia dimana hak sama rata menjadi landasan..?
Sekarang ini umno masih berani membela orang melayu. Umno akan membantu penduduk seksyen 23 untuk membawa isu kuil ke makamah. Disini aku melihat umno terpaksa, tidak dibantu.... orang sendiri, agama sendiri..... dibantu maka hilanglah sokongan dari bukan melayu.
Lama kelamaan perkara seperti ini akan diketepikan malah umno akan mengikut rentak Pakatan..... jual melayu sokong hindu. Tak cukup dengan kuil, masalah seperti kampung Buah Pala akan menjadi keutamaan.
Andai trend pengundi bukan melayu berterusan di Permatang Pasir..... yea... mungkin umno akan swing kepada bukan melayu. Kalau Pakatan berani menjual melayu, mengapa umno tidak.? Bukankah sudah ada hadis yang menyebut....... pemimpin perlu berlaku adil kepada semua kaum..? Kalau hadis ini menjadi panduan orang Pakatan...... mengapa umno nak tunggu lagi..?
Ayuh umno.... lakukan apa yang sepatutnya. Usah kau terlalu racist..... kalau pembangkang berani buat mengapa kau terlalu bacul..?
/me terlajak perahu boleh ditarik... terlajak segalanya.... menangis la ko melayu.
Monday, August 24, 2009
suara hati..?
Seperkara yang akhir-akhir ini sangat merisaukan YB Razhi ialah apabila ada persepsi timbul seolah-olah PKR khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya sudah mula dikongkong oleh sekumpulan mereka yang mempunyai agenda tersendiri yang boleh menghakis dan mencabar kedudukan Islam dan bangsa Melayu.
Hal yang dibangkitkan bukan cerita kosong, tapi topik ini sebenarnya menuntut keikhlasan pemimpin melayu dalam menjaga kepentingan masa depan kaum dan keamanan negara. Samada suka atau tidak, kita harus menerima kenyataan bahawa, kestabilan negara selama ini adalah kerana kepentingan melayu samada dari segi agama, kedaulatan dan keluhuran perlembagaan masih tersimpul rapi.
Bagi YB Kulim, Sebaris kata2 Yb semasa persidangan tempohari sebenarnya memberikan jawapan yang tepat siapakah sebenarnya pengkhianat itu.
" Bila saya berkata sebegini, saya seolah2 bercakap di pihak sebelah sana dan tidak mencerminkan di sebelah sini. "
Ayat ini sebenarnya, YB mengakui bahawa apa yang YB katakan di sidang Parlimen adalah perbuatan pembangkang sendiri. Apa maksud Yb sebenarnya..?
/me moto pembangkang "Call a spade a spade".
panas di permatang ribut di lunas
Dalam isu lompat ni, aku campak soal intrigriti. Kerana apa..? sebab aku masih ingat lagi edisi 16 September. Dulu kalau projek ini sukses, pembangkang mesti merestui. Kalau tidak, masa kan bila Adun Bota melompat pembangkang menyambut beliau dengan pukulan kompang..?
Adakah ini versi Pembangkang boleh Barisan tak boleh..?
Soal Adun Lunas ada masalah peribadi dan diugut dengan SPRM..? Sekarang ini macam2 cerita yang dikeluarkan oleh pembangkang. Semuanya tentang keburukan YB tersebut. Aku cuma bantai gelak je la.....
Pembangkang lupa ke dulu Adun ni parti mana..? Kalau Adun ni penuh dengan taik, inikah contoh Adun yang dikatakan telus, takde rasuah, takder kroni atau berkerja untuk rakyat..? Baru 2 tahun jadi exco, cerita busuk dah setanding dengan umno yang dah memerintah 50 tahun. huh..
Aloo..... kalau tak salah, apa nak takut dengan SPRM..?? hermmm....
/me pembangkang dah cuak..... hahhahaa....
Sunday, August 23, 2009
bila samy nak mati ni.
Selepas Pru yang lepas, semua parti gabungan BN tidak banyak melakukan perubahan. Kalau Umno menurunkan Abdullah Badawi dari kerusi presiden tapi kenapa dalam kepimpinan MIC, Samy Vellu buat masih muka selamba.
Umno tahu, MCA dan MIC tidak ubah seperti talibarut tapi kerana umno sendiri belum kukuh umno tidak bertindak. Apapun, sepatutnya umno sudah memberikan kata dua, tiada istilah kuota menteri dari komponen parti. Itupun kalau Barisan Nasional mendapat mandat........
Kalau dilihat dari suasana sekarang, keadaan seperti 50-50. Pengundi melayu secara purata menyokong Barisan sementara bukan melayu menyokong Pakatan. Kerana apa..?
/me Orang bukan melayu lebih bijak dari orang melayu.
Saturday, August 22, 2009
saje nak letak video
Apa yang dia ni cakap aku setuju. Aku pun pernah dengar ceramahanya pasal murtad. Aku rasa apa yang dia cakapkan, semuanya didokong oleh Pakatan iaitu parti dia sendiri. Pada tuan Yang Berhormat, sejak bila kestabilan politik terganggu..? Bukankah semenjak YB menjadi Yb PKR...?
Siapa yang menyokong perkataan Allah..? Bkn bos Yb sendiri ke..? Siapa yang menyokong majlis peguam..? Bukan Saudara dah tua bangka tu ke..? Siapa yang menurunkan tulisan jawi dan rumi..? Bukan Dap kawan pada parti sendiri ke..? Siapa yang mempermainkan Islam dan Melayu..? Bukan ke ianya dipelopori Anwar then Dap membantu sambil Pas jadi balaci..?
Parti mana ni..? Napa salahkan kerajaan kalau pihak tuan sendiri yang jolok..? Ada akai kah..? sendiri buat pastu salahkan orang..?
Pakatan semua telus
Menurutnya, sekiranya beliau tidak diselamatkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu yang meredakan keadaan, beliau yakin akan menimpa nasib yang sama seperti Setiusaha Politik Kerajaan Negeri Selangor Teoh Beng Hock. Gb
Betul tak hebat si Ronnie ni.... Polis yang dikatakan ganas oleh pembangkang pun takut dengan Ronnie. Huh.
Kalau tak silap aku, Gobala memang sengaja membuat provokasi. Babak Wong Sungai Pelek aku kira dimainkan semula oleh Tamil sekor ni. Tapi kali ni, Tamil ini betul2 hebat, boleh tampar polis pastu dia kata polis Malaysia ni ganas.
Weii tambi.... pergi jahanam la ngan nko. Nko ingat, nko YB boleh buat suka hati..? Pada melayu yang menyokong ini pun sama.... bengap. Aku selalu mencari point, kenapa melayu2 ni begitu taksub dengan pakatan sampai semua perkara nak dihalalkan.
Yang terbaru, kes pemuda pas..... Rohaizat ada bini lain..? hahahha..... mentaliti kerak nasi la ketua pemuda Pas ni. Politik2 gak, yang nko nak merosakan rumahtangga orang tu kenapa..? ni la namanya politik binawir walhal ramai kuncu2nya pun sama.....
Kalau kata umno ini bobrok, aku rasa pakatan pun bobrok gak. Rasuah..? Pakatan tak buat ke..? aku tengok sekarang ni ramainya puak2 ni pakai kereta dan rumah besar.? tak rasuah tapi meniaga.? abis.... orang Pas je yang pandai berbisnez..? apa bukti umno rasuah..? semuanya main tuduh..... kalau main tuduh semua orang boleh tuduh. Aku pun boleh tuduh orang Pas ambik rasuah. Nak bukti..?

Dulu mengata BN main hantu2.... sekarang mereka pun dah pandai main2 hantu..? huk huk.... orang Pas yang buat.? dalam peperangan semua cara dihalalkan. Itu untuk Pas.... kalau umno semua tak boleh. Itu tak berlandaskan Islam. Hahahhahaa.... memang Pas ni jual agama betul la.....Sejak bila plak boleh bercampur gaul camni..? Kalau orang Pas je semua buat halal..? pegi jalan la.....
/me Pakatan rakyat atau Penipu rakyat..?
Friday, August 21, 2009
sory la pull.... aku emo.
Tanah yang bagi kat hindu tu ko kata BN luluskan, then kes buah pala ko kata BN gak.... Tanah yang tamil2 tu duduk memang haram, then kerajaan negeri halau ko kata BN yang salah..... sebab hindu tu tak bersyukur....... hilang akal ke ko salahkan BN. Selama ini, itulah masalah yang dikatakan BN menindas rakyat. Sama la, pemaju guna polis untuk merobohkan.... yang kena BN gak..... walhal kerajaan NEGERI PULAU PINANG itu kerajaan PAKATAN. NKo FAHAM...??
Then ko cakap, duit zakat 60 Billion. Aku tanya zakat negeri mana 60 Billion..? Nko kata semua sebab ko ada member kerja LHDN. Ooo... patut la 60billion ek... Aku dah cakap info ko cakap tu salah, zakat dengan LHDN tu lain..... zakat tu kerajaan negeri yang pegang. Tapi nko nak gak aku dengar hujah nko. Camne aku tak berbulu..... aku bukan bodoh sangat nak kena kapur. Nko boleh la.... apa orang cakap angguk je....
Then,..... bila nko cakap, semua sama... pakatan atau Bn semua sama... aku cuma sokong Pas. Loor.... itu yang aku nak berdiri sebab nak tulis white board kat belakang....... tapi sebab kerusi aku kan besar dan boleh berpusing, aku pegang cam nak terjatuh. Tangan aku baru sapu dettol la bro... tu yang licin tuh.
Aku berbulu la dengan mentaliti orang yang dangkal, aku tak sokong pakatan tapi aku sokong Pas. Aku rasa orang tu cam takder akal je. Nko skolah tinggi, tapi nape tak leh fikir, Pas tu kan ahli gabungan Pakatan. Kalau nko guna hujah Pakatan belum didatarkan, aku no komen la...... tapi ibaratnya hujah tu macam sial. Nak menghalalkan puak nko je.
Nko tuduh aku, aku baca utusan je.... tak baca harakah.... kalau sekadar baca harakah, tak payah la nko nak X ngan aku, geli bulu ketiak aku dengar hujah nko tu. Sebab baca harakah lah mungkin otak nko dah tak jalan. Dibebalkan oleh Harakah oleh Suara keadilan. Nko baca Posting Anwar, orang2 dia pun baca Utusan dan Berita Harian silap2 dia sendiri pun baca. Yang anehnya, dia suruh orang boikot tapi dia baca. hermm....... bukankah dia memperbodohkan orang..?
Selangor duit habis disalahkan Umno..... sebab kata umno dah perhabis. Selama ini Selangor diperintah umno takde pun kata Selangor kehabisan duit. Kita ni ada akal yang tak pandai, jangan la nampak kita ni macam bodoh. Aku tahu ko pandai cuma nko ni cepat percaya pada orang. Fikir la dulu....
Apapun sory la atas apa yang terjadi. Kalau nko datang lagi, mungkin dewan boleh bersidang lagi. Adiguss....
/me kalau umno salah aku tak kata betul..... yang salah tetap salah.... bukan pakatan yang hiprokrit.
Thursday, August 20, 2009
suara kebenaran
Malas nak komen. Tunggu je la babak seterusnya.
/me pemerhati tak bertauliah.
Sri Gersang
Memang..... dulu masa minum petang2, aku ngan Ocul biasa la dok sakat dia,.... dah Ocul sakat, takan aku patner nye dok diam..... ikut je la buat modal cuci mata. Aku pun tak faham nape Ocul dok suka kaco dia ni..... yela kot... mungkin sebab tetek dia yang besar tu..... aku pun suka gak perempuan yang tetek besar tapi aku ni memilih skit..... daripada dia atau mazni, aku lebih suka budak vietnam tuh...... macam patung lawanya.
Sebab tu masa Mie S cakap aku mintak no telefon dia.... aku bantai gelak. Masakan mungkin aku mintak kat budak sedangkan aku pernah berpeluang berdua yang aku rasa..... hermmm... kot aku nak... aku boleh dapat. Memang aku tak bercerita tentang hal tuh..... sebab aku rasa itu aib aku,.... aku tolong ikhlas tapi sebab aku hanya berdua..... timing plak tak kena, kang orang kata aku ni macam2. Kalau nkorang nak tau, yang mencabarnya, teteknya..... aduhai.... memuaskan.. Siapa?? tak yah la nak kabor ngan nkorang. Kang 7 keturunan tak habis ko kutuk aku.
Yang aku bersungguh nak dapat no hanya seorang je..... itu aku dapat dan berkawan sampai sekarang. Sekarang ke..? cam dah bertahun aku tak emel kat dia..... malas aku nak kontek bini orang, kang jadi kes plak. Apapun aku masih ingat senyumanya..... hahahahahaha...
Dulu aku angkut Tinit, pakcik depan rumah Sri Gersang dah pandang slack kat aku. Walhal, aku cuma tolong selamatkan dia je. Aku dikatakan yang berebut,..?? hahhahhaa.. aku yang mengangkut aku yang kena berebut...?? gilo ko.... aku yang bawak, kot aku nak, biar aku je yang kerjakan. Sampai sekarang kalau orang bunyi cerita Tinit, berbulu je dengan ayat tu.... macam gampang. Orang lain yang nikmat aku plak yang dapat palat.
hermm..... ikut nkorang la.... malas aku nak menegakkan. Rasa takde sebab aku nak buat camtuh. Sebab tu bila nkorang cerita aku biarkan je...... kang nkorang takde point nak kenakan aku..... Sebab apa..?? aku ni kan abg blues.....
/me blues untuk aku
Wednesday, August 19, 2009
untuk pakatan semua boleh
Dalam Pakatan, pemimpin mereka ada yang tidak bermoral atau tidak berintrigriti, tapi mereka2 ini terus dipuja dan mendapat tempat. Inilah sebenarnya permainan persepsi oleh pembangkang.
Semalam aku ada baca blog sape entah, dia menerangkan secara terperinci situasi rohaizat berserta dengan surat yang menyatakan rakannya yang bernama.... argg.. lupa plak aku.... boleh mengeluarkan duit syarikat.... hermmm...
Dalam hal ini, aku tidak menuduh dan tidak menyokong, cuma sewajarnya umno memberikan penjelasan yang tepat kepada pengundi situasi sebenar Rohaizat. Dalam keadaan seperti ini, hanya rakannya itu sahaja mampu memberikan impak kepada kempen Barisan Nasional. Kalau tidak, kalah dalam tangan.
Adakah umno menyimpan rakanya itu sebagai senjata terakhir..?
Yang menariknya, pilihanraya kecil ini belum kedengaran lagi kerajaan memberikan durian runtuh kepada penduduk setempat. Mungkin umno sudah mengubah startegi tentang cara berkempen. Rugi besar la penduduk Permatang Pasir ini kali ini..... hahhahaahaha.....
Kalau benar cerita dongeng umno, maka aku bersimpati dengan Rohaizat. Kes sebegini sebenarnya banyak dialami oleh orang ramai. Tiada bersalah tapi terpalit dosa orang lain. Kes menjadi penjamin adalah cerita basi, namun kes seperti Rohaizat ini sepatutnya menjadi iktibar kepada semua orang.
/me orang lain makan nangka tapi kita yang mendapat getahnya.
terpulang la.
"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999. azli
Ilmu agama orang tua ini tahap tinggi. Mungkin ilmunya setinggi ilmu para wali sehingga orang biasa terkeliru apa yang dikatakan. Sebab itu kenyataan beliau kadangkala berubah hanya selang beberapa hari. Terbaru kenyataan beliau yang menyanggah TPM yang menempelak Anwar tempohari, jangan menyerang peribadi.
Betul la kata dia..... jangan menyerang peribadi. Tapi di Permatang Pasir apa sudah jadi..? Salahuddin mencabar Zahid berdebat tentang peribadi orang. Tidak ada isu panas yang kedengaran. Semua isu hanya berkisar kepada serangan peribadi. Ibarat kata Nobisha, dalam pilihanraya, kekadang elemen calon boleh jadi penentu.
Dari dulu aku sedar, Pas tidak pernah konsisten dalam membuat kenyataan atau perjuangan. Dalam politik, aku simpulkan, parti ini parti yang terkebelakang dalam perjuangan. Pemimpin mereka tidak pandai menguasai politik walau mereka sudah berpuluh2 tahun ditubuhkan.
Jika diteliti surat ini, ia ditujukan kepada majlis peguam. Kalau Umno berkonspirasi membuat salinan ini, masakan mungkin konpirasi BN kerana majlis peguam itu alat Pakatan. Sebab itu sehari selepas penamaan calon, Majlis Peguam membuat kenyataan tentang status calon BN.Mengapa majlis peguam menyokong Pakatan.? Siapa yang mewarnai majlis peguam..? Kalau puak Pakatan menyatakan undang2 dipolitikan..... mengapa majlis peguam secara terang2 menyokong pembangkang..? Sememangnya pembangkang ini lidah bercabang.
/me melayu perlu ada kewarasan... jgn sudah kehilangan baru nak merintih.
Tuesday, August 18, 2009
Melayu Islam
Yang tersurat semuanya semuanya jadi modal blogger untuk membuat posting. Orang politik membuat survival manakala blogger hayun cerita kuat2. Kalau cerita tabloid.... macam tu lagak si blogger. Hentam saja la labu...
Pas kata Islam sebagai landasan manakala umno kata mereka parti yang membela Islam. Hakikatnya mereka ini semua memperdagangan Islam dan akhirnya Islam itu sendiri tergadai.
Di depan kompeni aku, dulu ada satu kuil kecil. Kerana kelalaian kerajaan tempatan, lalu kuil kecil tadi menjadi kuil yang boleh tahan besarnya. Orang yang pro pakatan, inilah umno..... kuil dibesar2kan masjid diabaikan.
Aku rasa memang apa yang diperkatakan betul.... so masakan aku nak bangkang. Aku pun perapikan la. Ada undang2 tapi tidak dilaksanakan, itulah akibatnya. Aku tidak kata Malaysia tidak membenarkan pembinaan kuil..... tapi kalau 150M dari kuil itu, ada lagi kuil.... apakah jadahnya nak bina lagi.
Pembinaan kuil ini sensetif sedikit pada orang melayu. Dah la buat merata,.. asal ada pokok besar skit.... jadi la tempat memuja. Mula2 kecil, dibiarkan makin lama makin besar. Dulu isu kuil tidak la besar di Selangor jika dibandingkan dengan tempat aku. Dulu tempat aku, kuil tumbuh melata, tapi kerana usaha keras.... kuil2 itu pupus dan tidak tumbuh lagi.
Sayang seribu kali sayang. Selangor yang dulunya agak tenteram, kini isu kuil menjadi bualan. Masakan tidak..... kalau hanya sekadar melayan beberapa orang, kepentingan Islam tergadai. Majoriti Islam disogokkan dengan tanah kuil seluas hamparan. Mana melayu tak meradang kan......
Mana dulu melayu yang memperjuangkan Islam..? Kerana kawan dalam pakatan, arrgg... biarkan la asal parti aku menang.
Aku dalam umno, tidak pernah menghalalkan kuil tegak semegah kubah masjid. Memang ada, kuil besar.... tapi itu dalam kawasan mereka, masakan kita nak melarang. Besar...?? arggg nko ni... besar tu nko ingat besar macam masjid Shah Alam ko..?
Kita menangkan parti dari dari Islam itu sendiri. Kita kata, perjuangkan Islam... tapi kalau kita bodoh dalam perjuangan inilah akibatnya. Dalam diam, kafir menyerang. Mula2 berkawan, makin lama makan kawan.
Fikir la, kenapa si Gobala beraksi sedemikian sementara majlis peguam ada dibelakang pakatan.? Adakah mereka menyokong Islam sebagai agama anutan..? Adakah kuil itu melambangkan keterbukaan Pakatan.?
Inilah sebenarnya yang menyedihkan. Hudud dikatakan perjuangan.... di Perak tranksip parti dibogelkan sementara di Selangor hudud dewan harian tidak pernah memberi kenyataan. So kesimpulan..... Pas ini parti temberang.. hermmm...
/me inikah wajah negara Islam..?
Monday, August 17, 2009
kelambu rindu
Tak kisah la lagu indon ke apa..... asal lirik ini mampu membawa aku terbang ke taman yang indah.... aku akan terus memutarkanya dan terus memutarkanya. Seni tidak membezakan generasi......... dan dalam seni, benua negara bukan satu halangan...... anggaplah seni suara ini titipan untuk hati yang memerlukan belaian.
Ingin sekali aku memetik gitar ditepian pantai sambil bisikan angin mengiring jari jemariku..... hermmm..... indahnya saat itu aku duduk celahan batu...... pasti jiwa ini akan merentasi sempadan waktu. Mesti saat itu..... aku kelemasan dan terus lemas dilamun rindu...
Cinta itu indah..... tapi mampukah kita semua memiliki cinta.?
Cinta hadir hanya sekali dan tidak akan datang kedua kali. Kekadang, tanpa disangka, kita telah memberikan cinta walau dengan satu senyuman.... Tak pernah memiliki tapi merasa kehilangan.
Di dalam keramaian aku masih merasa sepi....... sendiri memikirkan kamu....... adoii... indahnya lirik ini hingga membuatkan aku termimpi. Curangkah aku pada orang yang sayangkan aku setiap saat dan waktu yang berlalu..?
Aku seperti di dalam kelambu rindu..... saat begini.... kenangan itu datang membayangai aku..... Walau kini aku punya dunia sendiri..... namun aku tak mampu memusnahkan rindu ini....... hatiku ada dalam hatimu.......
.............................................................
Sunday, August 16, 2009
kaca dikatakan intan


pengkhianat bangsa
Kenapa dia mahu mengekalkan secara demikian? Menurut seorang aktivis PKR, Perlembagaan PKR jelas menetapkan seorang Presiden hanya boleh memegang jawatan tersebut untuk dua penggal sahaja. unspinner
Patut la dia sekadar menjadi tuan penasihat, dan bukan presiden. Memang licik dia berpolitik untuk kepentingan diri. Anak beranak dipergunakan untuk agenda peribadi. Dulu mengata umno kroni tapi sekarang Pakatan politik anak beranak diterima oleh pembangkang. Bukankah namanya politik gampang.
Memang anwar melacurkan orang melayu. Dia sekadar merancang untuk menjadi PM dan bukan untuk membela melayu. Dalam perkiraan aku, dia hanya memikirkan untuk menjadi Perdana Menteri dan tak fikir pun selepas itu. Maksud aku, selepas dia jadi PM dia akan lepas tangan.... samada dia lari atau mati.
Apa akan jadi melayu selepas itu..?
Inilah sebenarnya kenapa bukan melayu berduyun2 masuk PKR. Parti ini memberi peluang kepada mereka menapak dan merompak harta melayu pada masa akan datang. Sekarang ini, melayu semuanya duduk dibawah..... jadi tukang angkat dan tukang sorak. Tak caye..... lihat la dalaman PKR..... melayu semuanya dibawah, yang dijulang semuanya import dari luar termasuklah Jui Meng Zahid Ibrahim yang sememangnya ditolak oleh melayu.
Aku tak pasti berapa lama Wan Azizah sudah menjadi Presiden, mungkin 2 penggal hampir sampai ke penghujung. Kalau benar PKR tidak membenarkan Presiden melebihi 2 penggal, maka siapakah yang akan menjadi proksi Anwar.
Dalam PKr tidak ramai melayu berkaliber. Jika diteliti, Pengerusi PKR Pahang juga bukan orang tulen mereka. Mereka import pemimpin mereka seperti mengimport pemain bola. Jika ia dijadikan ukuran, memang sah PKR hanya tidak ada kualiti untuk memerintah.
Dalam diam, sebenarnya melayu dalam PKR sudah dijajah. Ramai pemimpin mereka terdiri bukan melayu, yang ada mungkin hanya YB Kulim Bandar Baharu, itupun suaranya seperti sengau dalam parti.
Sekarang DAP sudah menyusun startegi, melayu diangkat untuk dijadikan proksi MB, tidak hairan la kalau satu hari nanti PKR akan dimonopoli oleh bukan melayu. Kalau harapkan PAs, argg.... aku rasa parti yang hilang akal yang tidak ada arah tujuan.
Kenapa masih ada melayu yang menjadi balaci..??
/me wajar dilabel pengkhianat bangsa.
Saturday, August 15, 2009
bebal
Ayat ini lebih kurang menyentuh tentang kebebasan media. Dulu pembangkang sibuk memainkan isu ini menjadi modal politik. Kalau diperdendangkan dalam ceramah, mesti bertempik bersorak orang2 dibawah. Yang tersenyum2 dan yang terhangguk pun ada.
Satu perasaan bagi mereka, selama ini kerajaan seperti memperbodohkan mereka. Mereka seperti tersedar dari lamunan. Utusan itu meloyakan dan harakah itu benar, suara keadilan itu perjuangan. Malam ceramah, esok pagi maka berduyun2 la membaca suara keadilan.
Siapa sebenarnya yang memperbodohkan dan diperbodohkan..?
Pernah baca harakah atau suara keadilan memuji kerajaan..? Blog yang tak berbayar pun tak pernah memuji inikan pula akhbar yang berbayar. Inikah yang dinamakan kebebasan akhbar.? Nampak sangat memperbodohkan rakyat, menipu orang.
Siapa yang diperbodohkan.?? mesti la orang yang datang ceramah dan berduyun2 beli akhbar pembangkang. Rasa diri bagus tak baca akhbar utusan, tak tahu sebenarnya diri diperbodohkan. Semuanya nak melariskan jualan akhbar dan membenih sikap benci kerajaan. Bukankah begitu..??
Tak payah la gebang tentang kebebasan..... puak pembangkang boleh la diperbodohkan. Dah banyak kali diperbodohkan, langsung otak tak pandai nak menilai. Ada ke patut, aku tak sokong Pakatan, aku sokong Pas. huh.... bebal tahap berapa tuh..??
/me Ronnie liu pun dikatakan lebai.......
license to kill
Aku tak nak komen la, sebab aku tak tengok.... cuma aku heran skit.... laju je si Ronnie turun Sungai Pelek tolong Wong. Kalau nak cerita prosedur penangkapan atau bidang kuasa SPRM aku tak leh nak komen.... aku bukan pakar undang2. Aku cuma tak puashati bila orang samseng diberikan kuasa.
Takder ke akta yang boleh menyabitkan kesalahan si Ronnie tu.? Kalau tak silap aku, ada undang2 yang menyatakan, adalah menjadi kesalahan orang menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Kalau ada, kenapa tidak guna pakai..? Seorang Adun tidak boleh didakwa ke.? masakan tidak kalau sultan pun diheret ke makamah kan..... ni kan pula sekadar seorang Adun.
Aku dah angin dengan perangai Ronnie ni. Macam mana la geng pembangkang boleh menyokong dia. Aku tak faham betul la. Aku tengok perangai dia macam samseng.... herdik orang sana sini, jalankan tugas exco macam "abang long " kongsi gelap. Aduhaii....... camne la aku nak cakap.
Adakah ini yang dinamakan penjenayah tapi ada lesen..?
Selangor tak ubah macam Perak. Kalau dulu diperintah dua kembar komunis, Selangor pula macam diperintah oleh suku sakat Dap. Semuanya macam negeri mak bapak dia. Kenapa orang Selangor berdiam diri ek..? Inikah perubahan yang diidamkan..?
Kalau ini dijadikan teladan, polis adalah tidak bersikap adil kepada perompak yang ditangkap dan aku mengesyorkan kepada keluarga penjenayah yang ditembak mati, agar mereka mohon memfailkan tuntutan makamah gantirugi kepada kelakukan pihak polis.
Kalau pemimpin pakatan boleh buat, kenapa pulak rakyat tak boleh..? APa, ingat negara ini mak bapak dia punya ke..? undang2 semua nak ikut cara dia. Kalau tak ikut, memberontak then salahkan polis. Kalau camni..... moh ramai2 rakyat Malaysia.... kita buat undang2 sendiri.
Besok sape nak merompak atau nak rasuah atau nak apa sekalipun, buat la..... apa ada hal. Orang lain boleh buat kenapa kita tidak..?? Apa, bodoh sangat kah kita ni..???
Weii.... pergi mati la....
/me Melayu Selangor takde telorr......
ikut umno
Pas berbelit
Dalam hal ini, mengapa orang Pas mendiamkan diri..? bodohnya Presiden parti bertampi2, sampai Anifah Aman diberi Timbalan Perdana Menteri dia tidak dapat menyedari. Yang anehnya, sampai sekarang saman Anifah Aman hanya sekadar bunyi. Itu tanda nyata, Anwar memang pernah berjanji..
Apa bukti Pas wadah perjuangan.? Di Selangor, Penang dan di kelantan semuanya tunggang langgang. Yang menyedihkan, raja dibangkang Dap dijulang.
Harus diingat, politik itu ialah kuasa. Bagi aku, Pas bodoh dalam mengejar kuasa. Aku tidak tahu mengapa Pas tidak mengambil peluang di depan mata. Walau Pas kurang kerusi sepatutnya dia menjadi leadar atas kapasiti Pas memegang kunci pakatan. Tapi amat malang, kedudukan Pas sekarang adalah dibawah kaki Lim Kit Siang.
Inilah sebenarnya Pas. Kalau dulu aku katakan, Pas perlukan pakatan untuk terus berjuang. Tapi setelah dalam pakatan, Pas melukut di tepi gantang. Alahai...
Aku tahu, kenapa sekarang Pas tidak boleh berbuat apa2. Pas sebenarnya dipegang oleh Nik Aziz dan bukan dibawah tangan Presiden. Presiden hanya sekadar tukang angguk. Hal ini dalam diam dapat dihidu oleh Anwar. Oleh sebab itu, Anwar tidak memandang tinggi pada Presiden tetapi Anwar lebih memuliakan Nik Aziz.
Sekarang ini, dilihat suara penyokong Nik Aziz dan Husam sahaja yang kedengaran. Suara2 presiden dan timbalan presiden sudah hilang dalam perjuangan. Golongan yang bersuara inilah sebenarnya yang menentukan hala tuju Pas sekarang.
Sebab itu, perjuangan Pas sudah tidak berada di landasan. Kerana kuasa, Pas lacurkan apa yang ada. Cuma saya yang aku terkilan dengan Nik Aziz... mengapa sanggup berpatah arang dengan umno tetapi tidak dengan Lim Kiat Siang..?
Seburuk2 umno, Kelantan dibangunkan... seburuk2 umno, rakyat kelantan tidak pernah dipinggirkan dan seburuk2 umno, rampasan arak tidak dikembalikan.... tapi kalau Dap.... Islam dihina Nik Aziz berikan lesen besar.
Kalau orang umno boleh muhasabah diri... mengapa penyokong Pas ini tegar. Dulu kata totok umno dan adakah golongan ini yang dinamakan totok Pas..? Otak tersepit dicelah-celah kelangkang Nik Aziz..?
/me politik ini berbelit tapi aku tidak mahu dibelit
Friday, August 14, 2009
terancam
Petang tadi, kebetulan aku sembang2 dengan pengerusi task force h1n1. Dalam banyak perkara yang dia sembangkan aku cuma ajukan persoalan " camne kita nak immediate pergi klinik kalau kita tak tahu siapa yang dijangkiti kalau pihak pengurusan masih menyembunyikan identiti mangsa."
Sebenarnya, inilah salah satu punca kenapa ia semakin merebak. Kawasan atau mangsa tidak didedahkan oleh pihak berkuasa. Walau apa jua alasan, sepatutnya ia didedahkan agar ia menjadi panduan kepada masyarakat. Sebagai contoh, kalau Melaka menjadi kawasan panas, ia patut diwarwarkan.
Dalam hal ini, tidak timbul isu merosakkan imej atau mensabotaj ekonomi. Kalau disembunyikan, berkemungkinan ramai yang akan berkunjung ke Melaka dan akhirnya pengunjung ini akan menjadi agen penyebar yang ganas.
Begitu juga dengan suspek atau mangsa yang disahkan. Kalau rakan sekerja atau adik beradik disyaki pengidap, maka secara tidak langsung mereka yang berjumpa mangsa akan mengambil tindakan yang lebih proaktif dengan mengambil langkah pencegahan awal. Tapi kalau identiti mangsa disembunyikan.... bagaimana maklumat ini dapat disampaikan..??
Perkara pokok dan yang paling penting ialah tentang kesedaran masyarakat. Mahathir pun seperti mempersoalkan sikap masyarakat yang mengambil mudah dengan wabak ini. Dalam merawat wabak, semua pihak harus berkerjasama dan bukan saling menyalahkan sesuatu pihak.
Tadi aku tanya kat sorang member yang menggunakan lrt yang penuh sesak. Aku tanya, ang pakai topeng dok..? tak pakai pun.... panas la, sesak sangat......
No komen... tapi, situasi camnilah virus ini merebak dengan lebih cepat. Aku tak salahkan dia atau pengguna lrt tu.... tapi menjaga kesihatan adalam tanggungjawab diri sendiri. Alhamdullilah, lrt atau pengguna pengangkutan awam lain belum lagi menjadi pusat pembiakan. Kalau ia sudah menjadi pusat pembiakan, mungkin angka 28 ribu rakyat terkorban akan tercapai.
Bayangkan piliharaya tanpa ceramah. Kompem sunyi kan tapi maki hamun. Aku tak dapat bayangkan keadaan selepas ini camne. Mesti keadaan bertambah parah dan mungkin diistihyarkan darurat kalau terpaksa.
Bayangkan..... Orang beribu2 dan berasak-asak. Harus diingat, mereka ini datang dari semua pelusuk tempat. Mereka datang dan mereka akan pulang. Kalau pergi free belum tentu balik tidak dijangkiti. Kalau perkara ini terjadi..?? huh... maka punah la negara. 1Malaysia tercapai H1 mencapai sasaran.

Satu persatu perhimpunan diadakan. Tidak terkecuali yang pro umno. Bagi aku ini mereka adalah golongan yang kurang akal. Memperjudikan nyawa dan menyusahkan keluarga. Tidak sedarkah bahawa H1 ini tidak terkawal dan amat berbahaya. Kalau lihat gambar.... alahai pakcik.... tolonglah... ini semua politik murahan. Semuanya memperbodohkan orang.
Masalah yang aku nampak ialah, pengamal perubatan atau hospital tidak dapat menampung pesakit yang semakin ramai. Pada mulanya, tidak semua hospital kerajaan dapat membuat ujian awal sementara klinik swasta tidak membuat saringan dengan berkesan. Bila dah merebak baru acah2 nak mencegah... arrgg... semuanya dah terlewat.
Wahai kerajaan, dengar la luahan aku ini. Bekukan la bengkel atau seminar. Tutup la sementara aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan. Perkara seperti ini banyak menyumbang kepada penyebaran. Konvo pun patut ditangguhkan dan apatah lagi kalau sekadar pertandingan bola.
Wahai Encik kerajaan. Mengapa kempen H1 tidak kelihatan. Tidak gentarkah dengan amaran awal Tuhan. Bahaya penyakit ini mampu menular walau hanya dengan jelingan. Usah nanti bila dah ramai yang terkorban butang kecemasan baru ditekan. Semuanya dah terlambat dan mangsa mungkin tidak dapat diselamatkan.
Mungkin aku ada cadangan. Istihyarkan darurat 3 hari tak keluar di tempat awam. Semua rakyat duduk dalam rumah dan hanya hospital, klinik dan kedai menjual makanan dibenarkan. Kalau setakat kedai makan dan pakaian, sila la tutup kedai. Andai ada kematian..... uruskanlah.... masakan jenazah tidak dikebumikan. aduhai... takan tak faham2.
Dengan ini, siapa yang demam atau batuk berterusan akan dikesan dan terus dikuarintinkan. Virus tidak merebak, negara aman ekonomi makin berkembang... huh.
/me h1 lebih bahaya dari senjata serangan.
malang
Pendedahan ini dibuat oleh parpukari. Perkara sebegini sudah menjadi lumrah dalam politik umno. Kebetulan, dalam pilihanraya yang lepas, orang kampung aku 3 orang jadi YB....... tolong skit ye... bukan kroni...... semuanya dari parti dan tempat yang berbeza.
Aku cuma nak cerita yb yang bawak logo BN. Oleh kerana aku kamcing dengan abangnya.... so aku dapat input yang agak tepat. Agak mendukacitakan, sabatoj last minit oleh parti sendiri. Agak menyedihkan kan..... patutnya bertanding melawan parti sendiri,.... tapi rupa2nya..... melawan parti sendiri.
Nak wat camne..... era pemerintahan Pak Lah politik memang kucar kacir. Aku tak salahkan mereka, sebab Pak Lah memerintah macam orang yang tidak berpengalaman. Kalau aku sendiri yang jauh kat bawah rasa terkilan..... inikan pula mereka yang berkepentingan.
Aku tidak terkilan keputusan PRU 12, tapi aku terkilan selepas BN gagal mendapat majoriti 2/3 pemimpin umno masih bersikap mementingkan diri. Kalau benar cerita parpu ini, adalah amat malang bagi penduduk Manek Urai mendapat ketua bahagian, kategori tak boleh pakai.
Lihat sahaja di Terengganu, Umno bercakaran sesama sendiri. Malang bagi Najib...... hulubalang yang dihantar masih tidak menampakkan kesan. Umno Terengganu kelihatan masih kacau bilau. Timbul persoalan, berkemampuankah Hishamuddin menenangkan buaya yang kelaparan..?
Jika diteliti, sebulan Najib pegang Perak,...... Perak berjaya ditawan, sebulan jadi ketua staff Selangor..... huru hara pentadbiran Selangor. Dengan itu, terjawab soklan aku..... Mengapa Najib sibuk2 nak pegang ketua perhubungan umno Selangor. Selangor yang maju adalah lambang kepentingan kerajaan.
Kalau Najib ada timbalan yang cemerlang, umno ada sedikit malang. Aku sendiri tak faham.... dimana perginya sayap kanan..... pemuda dikatakan bersuara lantang, tapi sekarang kecundang dalam gelanggang.
Aku tak sokong ataupun anti kj.... tapi mana perginya kelantangan beliau. Kalau dulu Husam disapu sekarang dah jadi ketua, dia plak kena penyapu... adehh....
/me siang2 Najib dah sembang... calon tak semestinya ketua bahagian.... faham2 sendiri la yea..
Thursday, August 13, 2009
Islam PAs
Nah ambik nko..... terkucil2 disergah Anwar. Suruh salam dia pun salam..... kot Anwar suruh tonggeng dia pun tonggeng la. Tak caye.... bacalah malaysiakini.
Aku agak terkilan..... Pas hanya berkata berlandaskan agama, tapi sebenarnya Pas mempermainkan agama. Kenapa agama dijadikan modal survival politik..?
Ajaran sesat bagai patah tumbuh hilang berganti. Terbaru di Seremban. Mengapa ia masih berlaku sedangkan banyak kisah yang boleh dijadikan pengajaran..? Itulah sebabnya lahirnya teori bila ada permintaan maka terjadilah penawaran.
Semua orang Islam akan cuba menjadi umat yang terbaik. Untuk menjadi terbaik, ilmu agama perlu dituntut. Tapi malangnya, niat yang murni itu diselewangan oleh orang yang berjiwa syaitan. Memesongkan akidah semata2 untuk kepentingan peribadi.
Samalah cerita politik Pas. Aku tak kata Pas itu sesat atau munafik. Aku cuma nak cakap Pas dari skop politik. Pas memomokan umno itu kafir dan Pas menjamin pengundi ke syurga. Kita sebagai orang Islam.... kekadang menjadi serba salah kerana takut dengan Allah.
Sebagai contoh,
BN calon cina dan Pas melayu. Mereka akan kata, kalau undi cina kau berkawan dengan kafir dan silap2 kau akan masuk neraka. Bila kenyataan ini dikeluarkan, memang betul apa yang dikatakan.,.... sebab kita ada pilihan dalam memilih calon.
Disini umno akan mengatakan, negara kita majmuk.... walau calon itu cina tapi kita (umno ) di atas dan akan mengawal mereka. Mereka ini hanya sekadar wakil sahaja. Pas tidak bersetuju dalam hal ini kerana bagi mereka, cina ini kafir dan kita orang Islam dilarang mengundi cina. Inilah salah satu sebab mengapa Pas mengatakan Umno itu kafir.
Dalam hal ini, pengundi Islam akan menjadi serba salah dan akhirnya ramai yang mengundi Pas kerana atas nama Islam. Dalam hal ini, bolehkah kita menyalahkan pengundi...? Kita kena ingat, semua umat mahukan yang terbaik untuk dirinya sebagai umat Muhammad.
Itu semua cerita dulu tapi sekarang Pas lebih liberal dari umno. Kalau dulu Pas kata majmuk bukan alasan untuk umno mengelak dari melaksanakan hudud, tapi sekarang Pas kata.... negara kita majmuk..... kita kena sama rata kepada semua rakyat. Kalau masjid ada 1, kuil dan tokong pun perlu sebuah.
Kalau dulu umno kata, negara kita majmuk kita kena adil dalam membahagikan kerusi..... Pas akan kata, itu semua alasan. Islam tidak boleh bertolak ansur. Itu semua DULU, tapi sekarang.... Pas bukan sahaja memberikan kerusi malah dalam kerusi exco penang, satu kerusi exco pun tiada.
Kenapa Islam Pas berubah mengikut citarasa sendiri...? Undang2 Islam ini berubah2 mengikut hati manusia ke...? Mengapa memperbodohkan umat Islam sendiri...??? mengapa agama perlu dijadikan senjata politik..?
Dimana hudud Pas sekarang..? Adakah hudud ini hanya 0.00001% daripada agama Islam lantas ia tidak perlu terburu2 untuk dilaksanakan...? kenapa dulu mengata umno tidak melaksanakan hudud tapi bila sudah ada sedikit kuasa.... hudud itu dipinggirkan..?? bukankah ia dinamaka agama dipolitikan..?
Aku memang kecewa dengan Pas..... kecewa bukan Pas bodoh.... tapi kecewa agama dihusung kesana kemari untuk agenda politik peribadi. Kalau tidak.... kenapa tunduk dengan desakan..?
Yang sedihnya, Presiden dah macam pepatung. Yang mereka tahu cakap dan memperbodohkan rakyat ialah.... menyalahkan BN. Ini semua undang2 BN yang terdahulu. Apa la bangang sape yang terhangguk2 dengan kenyataan tuh. YEA... aku kata bangang bin tolol la siapa yang percaya.

"Tiada apa lagi yang perlu dibangkitkan. Kita setuju dengan Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim)," katanya.
Kalau itu undang2 british, undang2 kafir kenapa nkorang nak ikut...?? bukankah bahalol kalau kita ikut benda yang salah. Yang lebih aku bengang.... dulu takde pun cerita2 yang menyedihkan tentang arak. Walau takde undang2 khusus, tapi kalau ada tentangan dari rakyat,.... mereka akan rampas...... rampas dan tidak memulangkan kepada peniaga. Tapi PAs....???? rampas dan kembalikan..?????? hahhahahhaha.........
Salahkan umno buat kilang arak..? hahhahaa.... tahu menyalahkan je la nkorang... itu je yang nkorang tahu.... buat tak reti. Kalau nko rasa salah.... tutup je la. Kalau takder undang2.... gubal la undang2. Dulu masa berkempen..... hari ini menang besok pagi tutup kilang arak. huh..~~!
Tapi rupa2nya..... jangan kata kilang arak tutup..... yang sulit patut ditutup tapi dibuka. Bila dah buka, muslimat simpati... walhal.... ramai lagi makjan yang perlukan simpati.Yang lawaknya, bila kata.... umno tindas wanita.... walhal... dalam parti hanya bertaraf tea lady. Cett.... porahhh~~!
/me selesai bila Islam digadaikan
Stem Cells.
Baguslah penemuan ini, teknologi bio ni menghasilkan penawar untuk masalah penyakit kritikal. Stem cells ni dah lama, tapi kenapa aku terlepas pandang..? kalau aku tahu, mungkin aku dah buat untuk anak2 aku. Tapi......
' benda ni dah lama la bang, dulu saya jumpa kompeni yang buat benda ni.... saya ada kontek number dia" huh... tu bini aku yang cakap. Dalam kepala aku dah ligat dah berfikir, aku kena kumpul modal ni....kalau aku dapat anak lagi... aku nak buat dan simpan untuk anak2 aku. Biarlah aku takde duit... sekurang2nya ada satu jaminan kesihatan untuk anak2 aku kan..... in case penyakit macam H1 ni pun boleh diselesaikan..... sekurangnya2 anak2 aku tak perlu risau.
Inilah keperluan teknologi. Penemuan demi penemuan ditemui untuk masa depan. Tapi yang menyedihkan...... ada bayaran untuk menggunakan perkhidmatan. Argg..... mana ada perkhidmatan yang percuma kan...?? yang penting jangan terlalu mahal dah la...... kalau boleh ia mampu dimiliki oleh semua orang. Kalau bolehhh.......
/me sedih juga... nak copy tak leh.... inilah orang kita..... kedekut ilmu. clik je la kat sini.
pembangunan itu pembaziran kah..?
Kalau sebut pembangunan, orang kelantan tak kisah. Bagi mereka, biar papa asal Nik Aziz memberi jaminan masuk syurga. Aku tak hentam Nik Aziz... siapa aku ni nak kutuk dia, dia dah la tua.... then alim skit la daripada aku. Aku kata alim skit, sebab dia alim politik.. huh..
Memang jalan2 atau kemudahan Kelantan tidak jauh ketinggalan, yang ketinggalan adalah dari segi perkapita pendapatan penduduk. Memang la tak ketinggalan sebab Kerajaan Perseketuan pump duit kat Kelantan tapi kerajaan negeri goyang kaki. Tak buat pembangunan camne nak pendapatan nak meningkat.
Tolong jangan jaki kat aku, Kelantan tak maju tak pe... harga barang murah. hermm.... memang la murah cik abg..... negeri tak maju masakan rege barangan mahal. Sape nak beli barang kalau mahal... kuasa membeli kompem takde. Kot betul nak murah, p duduk ngan orang asli kat hutan tu..... lagi murah.
Kenapa pembangunan penting. Topik ni pun aku ada sembang dengan sorang Dr. ir.... huh. Entahlah, skit2 aku sebut doktor.... macam poyo yo aku ni. Tapi nak wat camne kan.... dah memang betul. Mereka kenal aku sebab dia tahu, aku ni antara mulut laser dan kaki bangkang, sebab tu kalau takat bab nak membangkang tak payah la nak gebang aku..
Aku tak kata dia lebih Islam dari aku..... tapi bagi aku dia hanya Islam PAs. Sebab apa.... sebab caranya macam Nik Aziz..... tang dia je buleh.....tang orang lain tak boleh. huh.
Dia tak cebik tapi dia macam pandang sebelah mata..... aku pun naik pelik. Title Dr.ir tapi mentaliti masih ke belakang. Salah ke aku cakap, pembangunan penting..? Dalam Islam pembangunan tak penting ke..? huh...dia dah berubah wajah.... aku pun cuak gak... sebab aku malas nak berdebat...
Then.. dengan muka cool, aku cakap. Kita sibuk menyalahkan orang, tuding orang putih itu ini tapi kita tak pernah nak salahkan diri kita. Bila dia cipta virus kita marahkan dia. Then bila dia cipta antivirus kita beli mahal, kita pun salahkan mereka. Walhal, kita pun bersalah juga, sebab kita bangang dari dia.
Islam tak menyuruh umatnya bodoh, opsss... aku tahu perbezaan antara pembangunan dan bodoh. Jangan jadi bodoh la...... Aku kata bodoh sebab,...... jarang negara mundur atau miskin rakyatnya ramai yang bijak.
Camni la..... muhasabah diri, usah ikut emosi. Hidup ini berantai.... kot pembangunan tak penting, silap2 title Dr pun keje cuci longkang. Then,..... aku tinggalkan dia atas alasan aku ada kerja...... huh... memang cam sial aku ni..... ekekekekee..
/me kerana rakyat berkehendakan jambatan, umno dipersalahkan...... huh.... siapa yang buduh...?
Wednesday, August 12, 2009
Konspirasi babi
Mungkin ini info dari emel yang dihantar kepada orang ramai. Amin tak forward kat aku.... tapi hari tuh, dia galak bersembang kat aku. Aku tak tahu kenapa beriya2 meyakinkan aku. Mungkin aku ni kot, sambil lewa je bila dia isukan benda ni.
Aku bukan tak percaya, aku percaya konspirasi ini. Demi duit dan kuasa, orang akan berbuat apa sahaja untuk mendapatkan. Dalam hal H1N1, orang dok sembang, kenapa nak tak tembak babi.... senang cerita.
Yang jadi isunya, babi punca penyakit tapi pembawa virus tuh manusia. Takan nak tembak kepala manusia.? Kalau nak dibunuh, siapa yang nak dikorbankan..? takan nak tembak orang macam tembak babi....?
Ye la... sekurang2nya, nanti takde la penyakit baru dari babi...? huh.... mudahnya nak cakap. Fikirlah.... takan nak hapuskan babi di muka bumi ini.? logik ke..?
Bila sebut babi, aku teringat kisah aku sembang dengan kawan.... aku kata kawan sebab dia bukan level aku. Dia ada title Dr sedangkan aku sekolah je tinggi tapi sijil aku hanya cap ayam. Dia orang melaka, sebab tu dia berbulu dengan kerajaan melaka.
Orang mati H1 ni dah melata, tapi takder report yang menyatakan mereka semua mati dek H1. Aku tak tahu situasi di Melaka, tapi hari tu member aku datang, dia cakap.... kat Melaka, orang mati dah macam ayam mati..... orang melaka nak jadi kucing, sakit je makan rumput terus sembuh... huh..
Kenapa member aku bengang dengan kerajaan Melaka..? Selain dari dia orang Pas, dia bengang sebab Melaka negeri kecik tapi pengeluaran babi kedua terbesar dalam negara. Boom bam boom bam sembang, sampai la ke babi di Selangor.
Pastu aku tanya... salah siapa..? cina ke melayu..? BN ke Pakatan. Kalau kat Selangor.... tempat tu siapa pegang...? asyik nak menyalah je...... tapi tak nak bersatu. Selagi melayu tak bersatu, jangan harap babi dibuang.
Mengapa Malaysia tak macam Singapura.? rakyat banyak cina tapi kandang babi takde. Itulah cina....... kat mana2 cina memang pandai... Nabi pun pernah bersabda, 'tuntutlah ilmu sampai ke China ' Adakah sabda Nabi itu melambangkan jarak keluasan ilmu atau memang sebenarnya orang cina ini memang pandai....?
Berbalik pada isu babi, kalau negara bela babi sekadar keperluan negara, dari mata kasar memang senang, tapi nak melaksanakan bukan mudah. Melayu carca merba, camne tak kalah. Jangan kata di Selangor atau melaka, Kedah yang majoriti melayu pun punya lebihan babi. Camne...?
/me melayu raja sembang
bagi 10juta claim 1 billion
Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu. Mykini. Kalau benar apa yang dilaporkan oleh malaysiakini, Tee Keat patut meletak jawatan. Kalau tak nak lepas jawatan, Najib perlu guna kuasa yang ada. Jangan asyik nak mendukung biawak hidup.
Kalau Ceo dah berkata, betul la tu apa yang dilaporkan. Sprm apa lagi... nak orang report baru ambik tindakan..? janganlah camtuh.... nampak menjolok mata la..... alang2 isu dah panas..... apalagi...... serbu la.... kalau boleh, esok pagi bagun pagi semua akhbar dah sold out.
Sedekah 10 juta, claim balik 1 billion. huh.... cam gampang.
/me bersihkan sampah sarap yang ada.....


