Sunday, September 20, 2009
Esok Hari Raya
10 tahun dulu, ketika gemesut bergiat aktif, banner raya akan dipasang seluruh tempat yang startegik. Walau banner itu hanya tidak sehebat banner orang politik tapi banner itu memberikan seribu kenangan. Banner dari hasil tangan sendiri adalah lambang persahabatan sesama ahli.
Tapi sekarang, tiada banner2 dari Gemesut. Ketika ini banner yang mewarnai wajah kampung kebanyakan dari parti politik. Bila terlihat banner2 yang tergantung, aku senyum sendirian. Dulu, aku dikecam kerana membuat kerja gile. Kerja yang tidak memberikan faedah. Raya aku jadikan seperti perang poster. Hakikatnya sekarang, banner adalah wadah untuk ucapan kepada semua orang.
Jam menunjukkan 2.34 pagi. Anak-anak lena awal dek kepenatan bermain bunga api. Sedangkan aku masih disini menghadap laptop untuk check fantasy. Kecewa aku bila aku tak save changes. Aduhai… lalai sungguh aku ini.
Esok jadual seperti raya seperti selalu. Akan tawaf seluruh kampung. Kebanyakan orang kampung adalah sepupu sepapat. Kalau aku tak pergi beraya, mesti kena sound sinis. Untuk mengelakkan, kalau boleh aku akan menghadirkan diri untuk merapatkan hubungan yang semakin lama semakin jauh.
Ketika arwah ada, rumah aku tidak lekang dengan sanak saudara. Anak buah akan datang silih berganti. Sampai ada ketikanya…. Hermmm… tak lalu nak melayan… aku layan tido.
Kini, suasana tidak seperti dulu. Rumah kampung ini akan sunyi. Tidak semeriah dulu. Yang ada hanya adik beradik kesayangan aku. Kami masih bersama walaupun tidak lagi berayah dan beribu. Insyallah, esok pagi aku menziarah puasara mereka.
Argg… katak yang bersiul ini mengarahkan aku tido. Sepanjang malam semalam aku tidak melelapkan mata. Mata semakin layu, semakin stim dan akhirnya aku publish…..
/me Selamat Hari Raya.
Saturday, September 19, 2009
“Bennie Zie Fauzi.”
Penulisan..? hahaha, sejak bila aku baca tulisan dia..? kalau ada pun anggap aku tersesat membaca artikel dia. Bukan memperli, tapi aku ni bukan jenis orang yang mementingkan nama tapi lebih memilih kepada kekuatan sebuah penulisan.
Aku rasa dia hebat. Mengapa aku kata begitu..? yela, kalau tidak hebat mengapa dulu Anjung Seri pernah mencapai tahap box office. Sebab tu sekarang dalam berita harian topik tentang cermin pun mendapat rating bacaan yang tertinggi.
Untung Berita Harian kerana mendapat seorang staff yang berkaliber. Opss,... samada Berita Harian yang bijak atau sememangnya Anjung Seri yang…. Arrgg.. malas aku nak sambung… pssttt.. bahaya bahaya…..
/me …… hanya dalam hati…….
susupan selepas subuh
Nampak sangat selama ini Pakatan memperbodohkan rakyat. Yang aku berbulu bila melihat orang yang percaya pada cerita2 ceramah. Mereka ini merasakan dirinya pandai, mindanya sudah terbuka setelah diterbiyahkan dalam ceramah. Mereka perasan diri mereka hebat, tak sedar rupanya mereka ini sebenarnya diperbodohkan bulat2.
Aku sebenarnya geli hati mendengar luahan hati YB ni. Walau aku bukan Yb tapi aku sedar kerja Yb bukan senang. YB yang baik bukan sekadar pandai bercakap tapi YB dihormati ialah YB yang “ bijak” menolong rakyat.
Untung jadi orang Pakatan. Tak kisah la mereka sekadar penyokong PR atau yang bergelar YB. Mereka ini tak payah bersusah payah untuk berkerja. Umno tunggang langgang melayan masalah masyarakat, mereka dok kedai kopi dok mencanang ini salah ini tak betul.
Dah 2 tahun perintah kawasan, satu program habuk tarak. Alasan amat mudah. Duit tarak. Sebab apa duit tarak…. Khir Toyo dah sebat. Inilah cerita di Selangor. Umno perintah berpuluh tahun tak mengeluh ini baru sekerat penggal dah nak guna wang zakat.
Aku tak faham kenapa MSO dok mempromosikan kenaikan elaun. Sebelum ini Pas begitu berbangga dengan potongan gaji tapi kali ini plak mahu kenaikan. Hahahha… Pandai Pas berpolitik.
Aku akui, seorang yb perlu dibekalkan peruntukan yang secukupnya dalam membangunkan kawasanya. Bukan aku tak setuju, tapi janganlah bila ia dibangkitkan oleh orang umno, pembangkang sibuk mensensasikan.
Kalau umno buruk kerana kumpul harta…. Macam mana dengan dakwaan ini.
Beliau juga mempertikaikan tidak banyak untungnya kawasan balak diberikan kepada kroni kerana mereka tidak menyumbang kepada parti. Masing-masing himpun duit untuk membeli Mercedez dan buat rumah baru saja.mso
/me orang Pas berkroni halal..?
Friday, September 18, 2009
ole-ole AMK
Aku labelkan misi kumpulan ini sebagai misi orang bodoh. Tujuannya bukan membantu tapi hanya memperbodohkan orang. Sepatutnya sebagai ketua gagasan yang dikatakan berwawasan akalnya kedepan tapi rupa-rupanya akalnya hanya sejengkal.
Memang politik memperbodohkan orang, tapi kot ye pun berpada-padalah. Bawalah isu yang lebih berkualiti. Isu yang boleh menjana idea penambahbaikan dan bukan isu murahan.
Kalau lah makcik ni Rosmah hadiahkan tanah, bagi kemewahan agak2 apa kata pembangkang..? Mesti terpapar dalam suara keadilan, kroni rosmah tido beralaskan harta rakyat. Ini bukti umno korup dan inikah yang wajah 1Malaysia yang mementingkan kerabat keluarga. Tak gitu wahai orang pakatan..?
Ala.... tak payahlah cakap, AMK bukan memperjuangkan untuk kemewahan tapi AMK untuk membantu. Kalau ini tujuannya boleh baca orang ulasan orang gua ni.
Realitinya kalau ingin membantu tanpa ada asas politik, mengapa tidak sahaja menggesa Kebajikan Masyarakat membantu..? Kalau umno tidak buat kerja, dimana peranan AMK Negeri Sembilan. Hanya tahu melalak macam anjing..?
Kalau isunya Rosmah lupa daratan, tidak jenguk mereka.... aku nak tanya kat bos AMK ni. Setiap tahun cukup dia tawaf menziarahi kaum keluarganya.? Kalau aku kata hari2 biasa.. argg jangan buat lawak la...... tengok diri sendiri. Kekadang kita sendiri pun 3 bulan baru nak jengok omak kat kg.
Padan muka makcik ni. Kalau aku pun... pegi jalan la. Over sangat. Kalau ikhlas nak jumpa takpe... tapi yang aku nampak memburukan orang. Kan makcik ni kata Rosmah lupa daratan.... so, wat per nak terkedik2 jumpa Rosmah.?
/me bolayan la orang macam ni....
Keris Si Taluk Jagat
Thursday, September 17, 2009
"burung murai"
Hari ini aku tak lalu nak berbuka. Bukan sebab aku berbuka sorang, tapi aku teringat kat anak2 aku. Kerana bear aku marah. Entahlah... aku rasa bersalah plak. Walau anak aku kecik lagi tapi bukankah aku perlu memberikan yang terbaik.
Itulah, bukan mudah membesarkan anak. Kecik kita timang tapi bila dah besar ramai anak yang melupakan orang tua. Tapi kekadang mungkin juga sikap ibubapa yang mendidik anaknya begitu.
Baru-baru ini, ada seorang member yang bertanya. “salah ke aku tak tegur ayah aku.?” Terkedu aku. " Memanglah salah, dosa besar tu. Kenapa..? "
Cerita punya cerita, rupanya dia ada adik tiri. Semasa kecik ayahnya sering melupakan mereka. Tapi setelah ibu tirinya meninggal baru ayahnya mengambil berat terhadap keluarganya. Kerana kisah silam ada dendam dalam hati. Sukar baginya melupakan apa yang dilakukan oleh ayahnya.
Apa yang aku nak katakan. Aku faham. Senang berkata, seburuk-buruk ayah, dia tetap ayah kamu. Sedih hati mendengar sedih lagi orang yang mengalaminya.
Apa yang aku mampu katakana, hari baik yang akan datang ni... ko fikirlah. Buang yang keruh. Dia ayah ko. Sekurang2nya ko masih ada ayah, ada ibu. Kalau yang yatim piatu camne..? bukankah ia lebih hiba dari kisah ko.? Terpulanglah kat ko...
/me nko ada mak ayah lagi..? membiarkan perosalan berlalu begitu....
Wednesday, September 16, 2009
Isa faktor kemenangan
Dari riak Mad Hassan semalam kelihatan dia tegas dalam memberikan kenyataan. Umno Telok Kemang DIARAHKAN memberi nama lebih dari seorang. Biasanya umno terpaksa menyenarai pendek calon kerana ramai yang ingin bertanding tapi di Telok Kemang mereka sebulat suara menyokong satu nama.
Mengapa harus lebih satu nama..? Jawapan politik amat mudah. “itu prosedur biasa ”.
Bagi orang politik, mereka tahu jawapan itu sebenarnya mahukan orang lain selain Tan Sri Isa. Umno pusat dikatakan tidak mahu masalah calon berulang. Persoalan, adakah kredibiliti calon menjadi faktor utama kemenangan.?
Orang luar akan mengata Isa rasuah, Isa orang sudah luput. Itu pandangan orang orang luar tapi orang Bagan Pinang, Isa dianggap mentor dan Isa adalah tempat bergantung. Setahu aku, sesibuk Isa menjadi MB beliau tidak pernah meminggirkan orangnya sendiri. Hampir setiap minggu beliau akan berada di Bagan Pinang walau hanya sekadar makan tengah hari.
Kalau Anwar Ibrahim boleh menang kerusi Permatang Pauh, bagi aku apa kurangnya Isa. Kalau di Permatang Pauh jasa Anwar dijadikan alasan, adakah selama ini Isa goyang kaki..?
Bagi aku kalau Isa menjadi calon, harapan untuk menang itu ada tapi seandainya orang lain mungkin tentangan begitu sengit. Silap haribulan menang sekadar 1 undi.
Isa dimata Hindu.?
Isa antara MB yang banyak berkrompomi dengan hindu. Kekadang orang umno sendiri tidak selesa dengan keterbukaan beliau. Malah ada ketika pembangkang mengutuk Isa sebagai Abg Besar hindu. Kerana apa..? tanyalah orang Telok Kemang.
Sepatutnya umno memantau undi tentera. Dari kajiselidik yang dijalankan undi tentera yang banyak didokong oleh seorang dua bergelar mejar. Oleh yang demikian, sewajarnya umno memandang serius akan hal ini.
Bagi aku, jangan mengharap Zahid Hamidi menyelesaikan isu undi tentera ini seorang. Aku masih menganggap beliau orang Anwar. Kalau Pak Lah sengaja membunuh Isa, ada kemungkinan juga Zahid akan melakukan tikam belakang pada pihak umno.
Aku bukan orang Isa. Tapi bagilah peluang kepada Isa. Demi kemenangan umno aku tidak menyokonga mana2 puak. Jangan persengketaan politik umno dihukum.
/me Isa dilihat saingan Muhuyiddin..?
perjuangan
Berita Harian kolum mutakhir, 5 anggota JI dibebaskan. Nordin Mat Top Terbunuh, itu plak tajuk paper lama kat depan aku ni. Nampak macam sama, tapi sebenarnya ia berbeza. Satu mencegah satu lagi mengubati.
Aku percaya, pembebasan ini lebih bermakna dengan persiapan hari raya keluarga mereka. Kalau dulu mungkin anak itu boleh ditimang, tapi sekarang kalau nak timang, maunya patah pinggang.
Aku hormati pendirian mereka. Mereka ada perjuangan. Mereka kata perjuangan mereka suci. Aku tak berani untuk menidakan. CUma... kalau benar suci.. maka perjuangan Nordin juga suci dan jihadnya juga benar.
Kalau Malaysia ini kejam, bagaimana dengan Indonesia yang bertindak lebih agresif.? Bukankah mencegah lebih baik dari merawat..? Sekurangnya dalam pencegahan, mereka diberikan peluang kali kedua.
Aku bukan tidak bersimpati kepada keluarga tahanan, tapi simpati aku dalam bentuk bagaimana..? Kalau aku simpati, aku harus juga simpati kepada keluarga Nordin. Sekarang mereka mampu memeluk cium keluarga sendiri.. tapi anak2 Nordin macam mana..?
Siapa yang peduli kepada mereka..? bukankah perjuangannya juga sama. Yang membezakan Nordin sudah dikategorikan orang yang sudah berjaya. Sebab itu dia diburu serata dunia. Adakah kita boleh labelkan Nordin sebagai pesalah dan bukan pejuang Islam..?
Aku tidak memperkecilkan perjuangan mereka semua.Bagi aku perjuangan atau jihad boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk atau cara. Aku ambik konteks perjuangan satu kumpulan yang dikatakan extream. Apa perjuangan kumpulan ini sebenarnya..?
JI berjihad menegakan undang2 Allah. Menolak yang rosak. Ok aku terima. Tapi memusuhi yang bukan Islam dan membunuh itu sebagai Jihad adakah diredhai oleh ALLAH..? Aku tak berani nak jawab jihad atau tak. Agama aku cetek. Kalau Pas boleh anggap kafir itu lebih mulia dari umno, mengapa kita harus mengebom diri sendiri.?
Undang2 boleh dilihat sebagai milik kerajaan. Maka disini kita ada pilihan dalam berjuang. Samada dalam kekerasan atau kecerdikan. Dalam Islam, bukankah kekerasan atau peperangan sebagai jalan terakhir..?
Kalau kita boleh merdeka tanpa peperangan, mengapa mereka tidak menggunakan dalam perjuangan mereka..? Kekadang jalan politik itu lebih baik dari peperangan atau keganasan.
Apapun, semoga mereka dapat mengecapi Aidilfitri ini dengan keluarga yang tersayang.
/me pilihan hidup di tangan masing-masing.
Tuesday, September 15, 2009
politik najib
Dari keputusan pilihanraya kecil, adalah mustahil Najib mendapat bintang. Di bawah Najib, BN gagal merampas satu kerusi pembangkang malah Umno sendiri telah hilang satu kerusi parlimen.
Jika kita melihat kesihatan politik umno pula, parti ini juga belum sembuh sepenuhnya. Kemelut Terengganu memberi gambaran bahawa umno masih lemah dalam menguruskan parti. Kalau ribut di Perlis Md Isa Sabu mampu meredakan ternyata Hishamuddin gagal dalam menjayakan tanggunjawabnya.
Semalam seorang perwakilan MIC menghina Mahathir dengan memberi ucapan kalungan selipar. Sebelum itu, Samy Vellu sendiri menempelak ucapan perasmian Najib. Kalau MIC sudah berani kurang ajar, politik cina pula kelam kabut.
Jika ini dijadikan ukuran, ternyata KPI politik Najib masih dibawah paras 1. Paras ini menandakan Najib gagal dalam menangani isu2 politik negara. Walau Najib banyak berkerja, mengapa Najib masih gagal untuk membawa Barisan ke landasan kemenangan..?
Najib oh Najib. Walau gagal dalam membina iklim politik matang, hakikatnya kau berjaya mengawal keadaan. Secara peribadi, hari ini aku nampak kau berkerja keseorangan. Kaulah pencatur kaulah penggerak, kaulah pemimpin di atas kaulah pemimpin dibawah. Yang aku nampak, semua menteri, semua ketua bahagian layu dibawah kaki pembangkang.
Bagi Perak seminggu kau berjaya tawan. Sebulan pegang Selangor, Shah Alam dah bergegaran. Anwar yang dulu jadi sanjungan, kini rakyat sudah mula mempertikaikan. Kalau dulu, pakatan kelihatan suci, sekarang dosa-dosanya setanding Barisan.
Dalam politik kita mesti tahu kata kunci. Kalau kita gagal dalam mencari kata kunci maka slogan 1Malaysia akan ditukar kepada Malaysia-Malaysia.
Rakyat tidak mahukan intan berlian. Rakyat juga tidak terkejar rumah agam tapi rakyat mahukan aman dan tenteram. Tenteram bukan hanya kepada keselamatan tapi tenteram pada hati itulah kata kunci yang dicari.
Sekarang ini, kuasa membeli rakyat rendah . Gaji tidak sepadan dalam keperluan harian. Hari ini gaji, esok habis membayar hutang. Bila hutang keliling pinggang, hati geram kerajaan akan dipersalahkan.
Seringkali kedengaran, kakitangan awam didahulukan sektor swasta dibelakangkan. Andai ia berterusan, aku yakin Najib akan kecundang pada Pru akan datang.
/me langkah Najib belum kelihatan sumbang.
sakit hati
Benarkah dakwaan kerajaan BN menindas kaum lain..? Tidak adakah kuil di Malaysia.? Tidak ada cuti perayaan untuk kaum India..? tidak ada sekolah aliran India.? Tidak ada india yang kerja di sektor awam.? Tidak ada India yang belajar di Universiti..? Kesimpulanya adakah kehidupan India disekat.? Ada ke..??
Bodohnya melayu2 ini. Mengapalah kita harus menjadi hero kepada bangsa kaum lain, agama lain. Mundurnya India salahkan melayu. India banyak menjadi penjenayah, umno yang dipersalahkan. Silap2 kes dadah anak Mahfuz itu juga umno yang dipersalahkan. Apalah bangangnya melayu yang menyokong.
Aku tidak pernah ke Kelantan, aku tidak tahu majunya Kelantan. Aku tidak pernah kerja dengan kerajaan, sebab itu juga aku tidak tahu benarkah dakwaan Pas tidak pernah membuat satupun masjid. Kalau benar, aku amat kesal sangat.
Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini?. Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Dun31
Ramai penyokong pakatan membaca dalil. Salahkah member bantuan sebagai kerajaan yang adil. Bukankah Islam itu adil. Alahai... semuanya Islam dijadikan cagaran.
Orang tidak mempertikaikan kerajaan Pas memberi sumbangan, tapi orang pertikai, kalau untuk masjid Pas bagi sambil lewa, tapi untuk kaum lain kerajaan berkemampuan memberi sumbangan. Aku nak tanya, kalau Pas semua memberi sumbangan sama rata, apakah ertinya Islam agama Rasmi..?
“ BN atau pakatan semuanya sama, aku yang kerja dengan kerajaan aku tahulah. ” ayat ini selalu diguna pakai oleh orang Pakatan. Memanglah tang rasuah sama, kroni sama dan segala macam keburukan sama, tapi yang tak sama umno tidak menyamakan Islam dengan agama lain.
Thinking orang aku memang tak faham. Mengapalah dungunya untuk berfikir. Kalau dulu BN dihentam kerana banyak kuil sekarang umno dihentam kerana tak bagi dirikan kuil. Hebat betul keterbukaan Pas ini. Cayalah Khalid... kaulah idola semua hindu di Malaysia.
Monday, September 14, 2009
team 3A
Sudah beberapa kali Anwar menyelinap masuk ke Sarawak. Tapi usahanya seringkali menuju jalan buntu. Dengan anlisis kumbang, aku percaya Sarawak akan jatuh juga di tangan pembangkang.
Bukan susah untuk menumbangkan BN di sana. Sebenarnya, penduduk yang terdiri dari pelbagai kaum lebih mudah huru hara dari negeri terdiri satu kaum. Aku yakin, Anwar akan menggunakan kelemahan ini sebagai senjata untuk menumbangkan kerajaan Sarawak.
Anwar akan membuat pelbagai keraguan kepada kaum2 yang ada. Jika timbul sikap saling tidak percaya, maka Anwar akan membenih kebencian rakyat kepada pemimpin. Bila keadaan ini terjadi, ruang itu terbuka untuk pembangkang melancarkan dakyah kepada semua kaum.
Inilah sebenarnya taktik yang digunakan oleh Anwar hari ini. Anwar tahu, umno terlalu gah untuk ditumbangkan. Sebagai langkah permulaan, dia melumpuhkan parti kompenan dengan membuka ruang untuk kaum lain berkuasa. Hapuskan DEB untuk melayu dan beri kepada cina dan india. Dalam hal ini mengapa melayu beku tidak melawan..?
Anwar orang yang bijak berpura2. Dia tahu, melayu ini mudah diperdaya. Oleh itu, untuk memperbodohkan melayu, dia sajikan seribu cerita bagi melekakan mereka daripada berfikir. Walhal sebenarnya semua isu yang dibawa adalah isu yang tidak matang.
Anwar membawa isu rasuah. Adakah rasuah itu terhad kepada umno..? Kalau dia menuduh Khir Toyo Jutawan, apa kurangnya dia..? dia miskin ke..? rumahnya hanya beratapkan rumbia..?
BN yang sudah lama memerintah senak perut untuk melayan prk tapi parti keadilan yang baru memerintah beberapa negeri kelihatan begitu bersahaja. Kalau kantong BN semakin lama semakin menipis, dimana pakatan mendapat budget pilihanraya..? Duit free turun dari langit..?
Apapaun, Anwar bijak berpolitik. Dia berjaya kerana dia mampu menghidu kelemahan melayu Pas. Pas sebenarnya terlalu bodoh untuk berpolitik. Bertahun2 ditubuhkan, alih2 Pas hanya menjadi pengikut kepada parti yang setahun jagung.
Kelemahan orang melayu ini, aku sandarkan kepada 3 nama. Pak Lah lembab, Nik Aziz yang huru hara dan Anwar pengkhianat. Kalau orang nak marah, marahlah. Hakikatnya kalau bukan mereka bertiga ini, melayu tidak hancur seperti sekarang.
/me Mengapa Anwar tak nak serang Perlis.?
Sunday, September 13, 2009
bantu
Melihat situasi itu aku jadi sedih. Walau dia cina, sepatutnya kerajaan melalui apa saluran sekalipun dia perlu dibantu. Mengapa aku katakan dia harus dibantu. Walau dia miskin tapi aku kagum dengan usahanya.
Jam 3 pagi dia bersengkang mata mencari rezeki yang aku kira hasilnya tidak seberapa. Dia tidak duduk berharap rezeki datang bergolek. Dia tidak termanggu didepan pintu menanti jabatan kerajaan datang membawa subsidi. Tua bukan dijadikan alasan untuk dia mencari sesuap nasi. Huh… aku amat simpati pada mereka yang seperti ini.
Topik Bantu yang menjadikan aku geram dengan segelintir sikap masyarakat. Mereka suka menadah daripada beruasaha. Bantu inilah yang dijadikan topik pembangkang tempat aku. Mereka mudah menuding kerajaan tidak membantu rakyat.
Rata2 orang yang perlu dibantu ialah ibubapa yang dipinggirkan anak2. Yang aku kecewakan mereka ini sepatutnya mempunyai hasil tanah untuk menampung hidup. Tapi kerana sikap anak2 yang tidak bertanggujawab, tanah diambil ibubapa diabai. Alasan anak2 sudah mempunyai tanggungjawab lalu ibubapa ini terbiar menjadi isu politik.
Andai ini dijadikan ukuran, adik aku juga perlu dibantu. Adik aku kategori yatim piatu. Andai terbiar, adik aku mesti dalam senarai pengemis jalanan. Menadah tangan di bulan Ramadhan untuk dia belajar. Tapi adik beradik aku tidak membiarkan ia terjadi. Adik aku ialah amanah arwah ibubapa aku. Aku mesti menjaga sebaiknya walaupun poket ini kosong.
Kecil ditimang bila besar menyusahkan mak ayah. Susahkah kita menjaga ibubapa kita..? Lupakah kita hidup ini seperti putaran roda. Yang muda pasti tua. Andai anak kita melakukan sedemikian rupa, adakah kita baru tersedar bahawa itulah balasan untuk kita yang telah mengabaikan tanggujawab sebagai anak.
Sama seperti bantuan kerajaan yang lain. Seringkali menadah tangan memohon subsidi sedangkan kita tidak pernah berusaha ke arah kejayaan. Bantuan diberi sebagai tongkat, rupa2nya tongkat dijual untuk bahagia sementara.
/me tak guna ada anak kalau sekadar menyusahkan.
Saturday, September 12, 2009
hidup kerana isu
Aku berasa aneh sedikit. Kehidupan yang semakin banyak dalam talian tapi minda rakyat kita masih terkunci. Kalau pembangkang sering menyalahkan kerajaan dalam dimensi keterbukaan mengapa pihaknya juga berperangai seperti itu.? Bukankah itu menandakan rakyat kita masih bodoh dalam menilai sesuatu isu..?
Isu kroni..?
Isu yang berkulat namun kita masih menerima isu lapuk ini. Orang menuduh
kerajaan mengamalkan kroni dalam pemilihan tender. Sekarang ini adilkah kerajaan Selangor atau Penang dalam memberikan projek kerajaan kalau untuk aktiviti orang Islam sendiri diberikan kepada cina.?
Kalau dulu, pembangkang mencanang Adun BN cepat menghabiskan duit yang diperuntukan, hari ini mereka akan kata Ronie Liew cekap dalam memberikan peruntukan. SELCAT telus ke menyisat kaum sendiri..?
Kroni sebenarnya tidak terhad kepada politik. Dalam hal kerajaan memberikan kerja kepada melayu, pembangkang juga akan menyatakan kroni. Walhal kerajaan membantu orang melayu untuk mereka menikmati hidup dengan lebih baik.
Bukankah rekemen kenalan sendiri sudah menjadi tabiat orang kita. Aku rasa orang yang menyatakan kroni ini juga mengamalkan budaya kroni. Tapi kerana mereka ini golongan orang yang jahil, mereka ini tidak ada sikap cermin diri dan bermuhasabah diri.
Adakah orang yang menyokong isu ini mahu melihat kaum lain hidup yang lebih selesa tapi kaum sendiri hidup merempat..?
Isu sebat.
Aku rasa, pembangkang dan tuan punya badan sendiri yang memusing isu ini, Aku tak nampak pun akhbar atau blog pro kerajaan mensensikan isu ini. Akhbar hanya yang menyatakan yang benar tapi pembangkang mengulas isu ini lebih kepada politik. Sendiri pusing sendiri sensasi alih2 tuduh kerajaan yang mensensikan isu tersebut. Kenapa pembangkang hanya memetik kenyataan Sharizat tetapi kenyatatan Dr. Lolo dipinggirkan..?
Sebenarnya aku tidak berminat nak sebut isu politik Aku lebih senang bercerita tentang kehidupan. Hari-hari kita bermain dengan politik walhal sebenarnya politik itu tidak lebih kepada wadah dalam membentuk hidup yang lebih cemerlang.
Dalam membentuk negara ke depan, aku rasa isu2 primitif ini sebenarnya tidak perlu dilayan. Kita seharusnya membincangkan isu2 yang jauh ke depan dengan membentuk landskap politik yang lebih matang disamping membudayakan masyarakat yang lebih bertamadun.
/me jalan ke depan bukan ke belakang.
johore
Kalau sebelum ini Johor kebal kerana semangat Datuk Onn, tidak mustahil Pru akan datang wajah2 muka Dap akan mewarnai Dun Johor. Secara rambang aku mengenali rakyat johor, aku katagorikan rakyat johor amat taat kepada rajanya.
Carilah melayu johor yang berperangai Nizar atau Khalid Ibrahim. Kompem takde. Kalau ada, pasti dah kena nyah dek orang johor sendiri terutama orang lama Segamat. Kalau tak keris terbang, mungkin Khalid akan bertambah gagap.
Onn pengasas Umno. Di Johor maka lahirnya semangat melayu untuk merdeka. Orang Johor juga tidak mudah diperdaya oleh pembangkang. Di Johor, wajah2 melayu bersatu padu di bawah payung raja. Di Johor juga pembangkang tidak mudah menabur dakyah. Sebab itu, orang kata Johor kubu Umno.
Tapi ianya mungkin akan menjadi sejarah. Johor akan dirobek oleh pembangkang sedikit demi sedikit. Di Johor, pembangkang sukar menggunakan melayu sebagai senjata. Aku yakin, pembangkang akan menggunakan kelemahan MCA sebagai agen perang saraf.
Kemelut MCA andai tidak ditangani akan mengundang bahaya di Johor. Pembangkang akan menggunakan Jui Meng sebagai proksi untuk menarik undi cina. Kekalahan Jui Meng dalam pemilihan MCA yang lalu sebenarnya bukan gambaran kelemahan beliau.
Kenapa Chua Soi Lek menang kerusi Timbalan Presiden.?
Tidak siapa menyangkaa beliau mampu memenangi kerusi itu walau perwakilan tahu beliau mempunyai skandal peribadi. Dalam pemilihan parti yang lalu, dua Chua ini bukan dari team Tee Keat. Oleh itu berkemungkinan penyokong Jui Meng memberi sokongan yang penuh kepada Soi Lek atas alasan mereka ini dari golongan kelompok yang di anaktirikan oleh pemangku Presiden. Faktor mereka datang dari negeri yang sama juga kadangkala dalam politik di ambil kira. Maka tidak hairanlah Soi Lek mampu memenangi kerusi timbalan Presiden. Apapun, kelemahan Tee Keat mentadbir sebenarnya menjadi kekuatan dua Chua.
Bayangkaan apa akan jadi pada MCA andai mereka ini bergabung tenaga.? Adakah Umno Johor mampu menyerap tekanan dari 2 Chua sedangkan umum mengetahui Umno Johor sendiri mempunyai puak2.?
/me BN adalah gabungan, satu rebah... semuanya akan tersembam.
Friday, September 11, 2009
bijakah tentera kita..?
Benarkah dakwaan mereka..?
Aku ada sepasang sepupu di salah satu kem tersebut. Selepas PRU yang lepas, aku ada bersembang dengan mereka. Bercerita bagaimana kerusi Parlimen Telok Kemang yang sebelum ini mempunyai majoriti 22K mampu berubah tangan dengan majoriti yang agak besar.
Kalau sebelum ini, bak cerita dongeng kerusi Telok Kemang tidak mungkin di tawan pembangkang, aku kira semuanya dusta. Cerita2 yang menyatakan tentera dipaksa mengundi BN itu juga hanya dakwaan sahaja. Kalau bukan tentera mengundi pembangkang, tidak mungkin Kamarul Baharin menang bergaya.
Kalau sebelum ini, tentera mengundi pembangkang, aku harap dalam situasi sekarang mereka membuat pertimbangan yang sewajarnya. Mengapa tentera perlu mengundi pembangkang sedangkan pembangkang memandang mulia terhadap komunis.
Wahai tentera.. tidak malukah kamu bila pembangkang memperlekehkan kamu..? Kalau kerusi Bagan Pinang jatuh kepada pembangkang kerana undi kamu.... maka benarlah kamu ini seperti apa yang pembangkang perkatakan. Kemerdekaan ini hasil daripada komunis dan bukan kerana kamu yang makan gaji buta.
Pembangkang membuat perkiraan undi dengan cara yang mudah. Jika mereka berjaya mendapat separuh undi tentera aku aku yakin Pas akan berjaya dalam misinya menawan kerusi Bagan Pinang. Dengan mengambil kira undi bukan melayu memihak kepada Pas, ternyata kekalahan umno akan berterusan.
/me kalau bagan tewas ternyata tentera sealiran komunis
Thursday, September 10, 2009
Calon Bagan Pinang..?
Walaupun Isa mempunyai rekod yang buruk dalam parti tapi bukan pada pandangan penduduk Bagan Pinang. Penduduk Bagan sudah sebati dengan kepimpinan Isa. Beliau sebenarnya ahli politik yang menyenangkan jika dibandingkan dengan pemimpin politik yang lain termasuklah Mohammad Hasan sendiri.
Walau Isa ditolak dalam pemilihan parti, sebaliknya Umno Negeri mahukan beliau bergiat aktif bagi memulihkan situasi umno yang semakin goyah. Memang benar, kepimpinan Mohammad selaku ketua perhubungan negeri ditolak oleh ramai pemimpin bahagian kerana sikapnya yang suka mencari musuh daripada bersahabat.
Di bahagian Teluk Kemang, sokongan tidak berbelahbagi akar umbi terhadap Tan Sri boleh dijadikan kayu pengukur dalam menentukan calon. Jentera pilihanraya yang kuat ini, aku rasakan mampu menjadi pelicin kemenangan kepada Barisan Nasional.
Andai timbul isu, umno menengahkan calon yang korupsi. Tapi bukankah Tan Sri sudah menerima hukuman yang sewajarnya. Kita orang yang dianggap sebagai berfikiran terbuka, susahkah kita menerima orang yang sudah menerima balasan kesalahanya..?
Andai kesalahan lalu menjadi pertikaian, aku ingin bertanya, mengapa penyokong pembangkang masih menyokong Anwar yang penuh dengan muslihat dan dakwaan makamah.? Kalau penyokong Anwar menyatakan semuanya fitnah, kenapa Anwar mengelak untuk dibicarakan.?
Andai pembangkang menyatakan makamah akan menyebelahi pihak kerajaan, mengapa mereka tidak sahaja memilih orang lain yang lebih bersih daripada Anwar.? Bukankah itu lebih baik daripada menyokong orang yang penuh kontroversi..?
Sebenarnya umno mempunyai ramai calon di Bagan Pinang jika dibandingkan dengan parti lawan. Seringkali kita mendengar calon menjadi kriteria penting, namun sebenarnya ia hanya berupa pada permainan persepsi.
Aku yakin, ramai penduduk Telok Kemang tidak mengenali siapa Kamarul Baharin. Dia dipilih sebagai ahli parlimen hanya berlandaskan logo pembangkang. Ketika ini, kalau pembangkang letakan lembu sebagai calon, aku yakin pembangkang juga akan menyokong lembu tersebut sebagai MP mereka.
Apapun, prk Bagan Pinang ini dirasakan akan sengit kerana bilangan undi bukan melayu yang ramai. Umumnya mengetahui, bukan melayu tidak menyokong barisan ketika ini. Isu nasional seperti kepala lembu akan dimainkan di Sua Betong manakala pergolakan MCA akan melemahkan jentera parti.
tang lembu bising tang babi diam...?
Apakah rasionalnya 12 orang ini didakwa.? Salahkah kita memijak kepala lembu.? Kalau salah, mungkin kita juga salah kerana menambat binatang suci kaum hindu itu. Bukankah ini juga dikategorikan sebagai menghina.?
Tidak adil kalau aku menyatakan pendakwaan akan berjaya sedangkan proses pendakwaan sedang berjalan. Hati aku bertanya. andai mereka ini berjaya didakwa, apakah hujah hakim untuk menjatuhkan hukuman.
Mungkin pendakwaan atau hakim menggunakan tujuan demo itu diadakan. Dalam bahasa, tujuan sama erti dengan niat. Disini, pendakwaan akan mempunyai asas yang kuat untuk menyabitkan kesalahan.
Andai aspek ini dijadikan tajuk asas, hakim juga sebenarnya tidak boleh mensabitkan kesalahan kerana niat itu bergantung kepada hati masing2. Kalau mereka ini menyatakan niat mereka mengusung kepala lembu itu sebagai symbol kebodohan 2 Khalid, maka hanya 2 Khalid itu sahaja yang boleh menyaman mereka. Bukankah itu lebih rasional.?
Kalaupun, mereka ini menipu dalam menyatakan niat mereka, seharusnya hakim terpaksa menerima juga niat mereka. Hakim mana yang mampu mengetahui niat seseorang.? Bukankah hanya Allah yang Maha Mengetahui.?
Isu lembu itu sebenarnya bukan isu perkauman apatah lagi menghina agama lain. Secara peribadi aku tidak setuju mereka memijak kepala lembu itu namun aku sedar,apapun boleh terjadi ketika kita dalam kemarahan.
Kepada melayu..? puashatikah jawapan Hishamudin..??
Kalau cakap soal kepala lembu, ada insiden kepala babi tapi tak ada tindakan langsung, saya tak boleh umum sekarang, kita cari siapa sebenarnya yang letak kepala babi dalam kotak dengan dibalut bendera Umno.

"Kita tak tahu pun siapa (lakukan)...hanya kotak ditinggalkan di depan bangunan Umno dan (kes baling kepala babi dalam masjid di sebuah universiti) kecualilah ada kamera litar tertutup (CCTV) depan masjid, kita tahu ada orang buat dan akan ambil tindakan," katanya.
Tidak malukah kita pijak kepala lembu kita didakwa tapi masjid yang dilontar babi kita berdiam diri..? Kita sebut nilai toleren tapi orang permainan agama kita, kita masih diam diri.
Kalau 12 orang ini didakwa menghina hindu, mengapa Loke siew Fok yang secara terang2 menghina Islam tidak didakwa..? bukti di depan mata, ramai orang yang menjadi saksi, tapi mengapa peguam negara diam macam ayam betina..?
Memang semua haram jadah.
/me mengapa.. mengapa.. mengapa melayu..?
Wednesday, September 9, 2009
Apaabila Malaysia menjadi Malingsia


Salam Kebangsaan Untuk Seluruh Pemuda-Pemudi Republik Indonesia dimanapun berada, baik yang sedang berada diantara Sabang Sampai Merauke atau yang sedang berada diManca Negara. Salam Persaudaraan, Jangan kita biarkan negara manapun untuk mengusik aset kebudayaan kita, karena bagaimanapun itu adalah milik negara kita yang harus kita pertahankan. Cinta Tanah Air Sebagian Dari Iman.... Satu Nusa Satu Bangsa Satu Bahasa Kita…
Tuesday, September 8, 2009
Cuti pembantu rumah tak wajar
Sebagai seorang yang telah menggaji hampir 10 pembantu rumah Indonesia secara silih berganti sejak tahun 2000, saya berpendapat bahawa keputusan tersebut amat tidak wajar dan perlu dikaji semula. Ini kerana ia akan mengundang pelbagai masalah kepada kedua-dua pihak, majikan dan pembantu rumah berkenaan.
Pembantu rumah bukanlah pekerjaan formal seperti bekerja dengan perusahaan majikan yang berasaskan perniagaan, sebaliknya bekerja di rumah persendirian.
Apakah mereka ini mendapat cuti rehat semasa bekerja sebagai pembantu rumah di negara mereka sendiri?
Sebagai pembantu rumah, mereka disediakan makan minum, tempat tinggal, kemudahan asas (air dan api) secara percuma oleh majikan masing- masing.
Ini tidak termasuk kemudahan lain yang tidak dapat diperincikan berbanding pekerja sektor formal yang terpaksa menanggung sendiri hampir segala-galanya.
Bayangkanlah apa akan terjadi jika seorang pembantu rumah diberi cuti sehari. Sudah pasti dia tidak akan mahu tinggal bersama majikannya pada hari cuti rehat, sebaliknya akan meminta kebebasan untuk membuat apa sahaja, sama ada di rumah atau di luar rumah.
Majikan tidak boleh melarang. Mungkin dia akan keluar rumah awal pagi dan pulang lewat malam. Semasa di luar rumah, dia pasti akan terdedah kepada pelbagai bentuk gejala. Jika berlaku sesuatu musibah di luar rumah, siapakah yang akan bertanggungjawab?
Bagaimana pula nasib pembantu rumah rakyat tempatan? Adakah mereka juga akan diberi cuti rehat sama seperti pembantu rumah Indonesia?
Mengenai kebenaran untuk menyimpan pasport sendiri, ia juga akan mengundang padah. Untuk menggaji seorang pembantu rumah Indonesia bagi tempoh dua tahun, seorang majikan perlu membayar terlebih dahulu lebih kurang RM8,000 dalam bentuk fee dan bayaran pendahuluan sebelum pembantu rumah dihantar kepada majikannya untuk bekerja.
Di samping itu, majikan akan membayar gaji bulanan minimum RM550 selama tidak kurang daripada 18 bulan berjumlah RM9,900. Ini bererti seorang majikan pembantu rumah Indonesia di negara ini perlu membayar RM17,900 untuk menggaji seorang pembantu rumah Indonesia selama dua tahun, suatu jumlah yang tidak sedikit.
Jika pembantu rumah Indonesia dibenarkan menyimpan pasport sendiri, pihak majikan akan menghadapi risiko dan akan mengalami kerugian jika mereka memilih untuk lari daripada majikan sebelum tamat tempoh perkhidmatan.
Sedangkan pasport dalam simpanan majikan mereka boleh melarikan diri, apatah lagi jika menyimpan pasport sendiri.
Dalam pada itu, keluarga majikan akan menghadapi pelbagai trauma yang sukar untuk diperjelaskan akibat pembantu rumah lari. Antaranya, majikan terpaksa menghadapi risiko seperti anak-anak kecil ditinggalkan begitu sahaja berseorangan di rumah.
Bagi majikan yang bekerja, tidak semestinya mereka bercuti pada hari pembantu rumahnya bercuti. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan bukan satu cerita rekaan.
Pada hakikatnya mereka diambil bekerja untuk membantu isteri kita, sama ada yang bekerja atau tidak.
Setakat ini tiada sesiapa pun terfikir supaya para isteri kita, terutama keluarga yang tidak mempunyai pembantu rumah, diberi cuti sehari dalam mengurus rumah tangga.
Jadi di manakah letaknya keperluan untuk memberi cuti sehari kepada pembantu rumah yang tidak pun ditakrif sebagai pekerja di bawah Akta Kerja 1955, kecuali di bawah satu bahagian dalam akta itu.
Selain isu-isu tersebut, sudah ada pula ura-ura untuk menetapkan gaji minimum untuk pembantu rumah.
Dalam keadaan ini, mungkin jawatankuasa berkenaan akan menimbangkan pula pelbagai faedah lagi untuk mereka seperti KWSP, cuti am, kerja lebih masa, cuti bersalin, gaji berganda kerana bekerja pada hari cuti umum, bonus tahunan atau mungkin faedah pencen dan faedah yang lain.
Sekiranya terdapat kecenderungan sedemikian, adalah wajar untuk kita mengkaji semula keperluan pembantu rumah Indonesia untuk bekerja di negara ini. forum utusan
Jangan tunduk gesaan untuk gaji minimum
Dalam mana-mana proses rundingan, prinsip sama-sama untung adalah teras kepada persetujuan. Perlu diingat, tidak ada sejarah dalam dunia gaji bulanan ditentukan oleh pekerja. Semua gaji dan kelayakan bekerja ditentukan oleh majikan baik di Malaysia mahupun Indonesia.
Isu gaji pembantu rumah Indonesia sebenarnya telah dijadikan 'alat tawar-menawar' dalam situasi di mana wujudnya pelbagai isu dua hala antara Malaysia dan Indonesia, bermula konfrontasi 1962 sehinggalah isu Tarian Pandet.
Malaysia tidak perlu tunduk dengan permintaan tersebut. Kedua-dua pihak perlu mencari jalan penyelesaian. Jika tidak, hentikan sahaja pengambilan pembantu rumah dari Indonesia dan cari alternatif lain.
Gaji minimum bulanan pada masa kini sekitar RM600 (baru dinaikkan oleh Indonesia) wajar dikekalkan. Pada tahun 2000, gaji minimum yang dibayar adalah RM400. Gaji RM600 adalah setimpal kerana ia adalah gaji bersih dan bukannya dipotong dari segi tempat tinggal, makan dan minum, tambang pergi dan balik, kemudahan air dan elektrik dan semua kos bagi pengambilan pembantu rumah.
Pekerja Malaysia sendiri yang bekerja di sektor kerajaan atau swasta perlu menanggung kos penginapan, makan dan minum, kemudahan air dan elektrik.
Jika dibandingkan dengan pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Indonesia, gaji pembantu rumah Indonesia di Malaysia boleh diibaratkan sebagai 'jutawan'. Inilah dikatakan Malaysia sebagai 'lubuk emas', tidak kira mereka yang datang bekerja secara halal atau haram sehinggalah yang datang untuk melakukan jenayah.
Jika gaji minimum bulanan RM800 dipersetujui, maka pembantu rumah perlu mempunyai kelayakan dan kemahiran seperti berikut:
n Perlu mempunyai tahap pendidikan setaraf Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus ujian kecekapan Bahasa Melayu. Ini kerana rata-rata pembantu rumah Indonesia adalah mereka yang berpendidikan rendah, kurang pemahaman, kurang cerdik dan tidak faham Bahasa Melayu.
Perlu mempunyai Sijil Kelayakan Pembantu Rumah. Ini kerana terdapat pembantu rumah yang tidak tahu untuk melakukan kerja rumah. Kerajaan Malaysia dan Indonesia perlu mewujudkan satu mekanisme di mana calon pembantu rumah perlu mengikuti kursus intensif tiga hingga enam bulan bagi memahami budaya, jenis pekerjaan dan sebagainya. Sijil tersebut pula perlu diiktiraf oleh Malaysia.
Perlu menanggung semua kos pengambilan (RM5,000), kos levi (RM445) dan pemeriksaan perubatan Fomema (RM190).
Perlu membayar sewa bilik (RM150 sebulan), makan dan minum (RM100), air dan elektrik (RM50).
Perlu membayar wang deposit bekerja (RM1,000). Ini kerana terdapat pembantu rumah yang lari dan ada yang mencuri harta majikan. Wang tersebut akan dipulangkan setelah tamat kontrak.
Majikan juga bertanggungjawab dengan menyenaraikan tugas dan kerja yang perlu dilaksanakan, memberikan cuti sehari seminggu dan menanggung tambang pergi dan balik sekali dalam tempoh kontrak.
Kerajaan Indonesia juga perlu mewujudkan tempat penginapan bagi pembantu rumah yang bercuti ini dan memastikan hanya pembantu rumah yang mempunyai kelayakan dan kemahiran boleh bekerja sebagai pembantu rumah.
Manakala kerajaan Malaysia juga perlu membuat penguatkuasaan dan pemeriksaan kerana kemungkinan kemasukan pembantu rumah secara haram. Ini kerana tidak semua majikan mampu untuk menggajikan pembantu rumah dengan gaji RM800 dan ini mendorong mereka mengambil secara haram. Selain itu, memberi bantuan kewangan kepada majikan yang mempunyai lima orang anak ke atas bagi mengurangkan bebanan kewangan.
Sebenarnya Malaysia tidak perlu lagi bergantung kepada pembantu rumah dari Indonesia atau dari negara lain. Keperluan pembantu rumah timbul kerana kadar yuran di tempat jagaan kanak-kanak dan rumah transit adalah tinggi.
Justeru kerajaan perlu menetapkan kadar yuran tersebut. Kerajaan juga mungkin boleh mewujudkan institusi yang membekalkan pembantu rumah rakyat Malaysia yang boleh bekerja secara harian.
Setelah mengambil kira perkara di atas, gaji minimum bulanan RM600 bagi pembantu rumah Indonesia wajar dikekalkan. forum utusan
Kita diam ‘diganyang’ Indonesia?
Saya tinggal di Johor dan berpeluang untuk menonton siaran beberapa stesen televisyen dari Indonesia.
Saya terpanggil untuk menulis di ruangan ini kerana berasa tersinggung dengan sikap rakyat negara jiran (Indonesia) terhadap beberapa isu bersangkutan dengan negara kita. Dahulu semasa kecoh isu pembantu rumah, rata-rata majikan di Malaysia dituduh sebagai pendera.
Baru-baru ini, saya menonton berita dari negara tersebut yang mempaparkan mengenai Malaysia menciplak beberapa budaya dari negara tersebut.
Antaranya ialah lagu Negaraku, tarian tradisional dan nama-nama tempat di Malaysia. Dalam berita itu dipaparkan demonstrasi bantahan rakyat negara itu terhadap Malaysia. Mereka menghina Malaysia dengan mengoyakkan bendera Malaysia.
Mereka mendakwa lagu Negaraku diciplak daripada lagu mereka. Saya meminta Kementerian Kesenian dan Warisan ambil perhatian tentang isu ini.
Yang sangat menyakitkan hati saya ialah kenyataan yang dinyatakan oleh penyampai itu ialah ‘Malaysia ketandusan budaya’. Turut dipaparkan ialah sambutan Hari Kemerdekaan negara kita. Imej-imej yang sengaja ditunjukkan ialah air muka mereka yang hadir seolah-olah sedang berkabung serta tidak bersemangat.
Media negara itu sengaja memburukkan hubungan kedua-dua negara dengan mensensasikan isu-isu bersangkutan Malaysia.
Selain itu, media itu mempaparkan nama-nama beberapa tempat di Malaysia terutamanya di Johor yang sama dengan nama tempat di negara itu. Saya terkilan dengan apa yang dipaparkan. Adakah mereka lupa yang kita adalah serumpun?
Adakah mereka lupa bahawa rakyat negara itu sejak berkurun lamanya tidak henti-henti membanjiri negara ini sejak zaman Tanah Melayu sehingga zaman Malaysia ini?
Suatu ketika dahulu, bangsa mereka jugalah yang berhijrah untuk menikmati kekayaan negara dan ramai yang terus menetap di sini terutamanya di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Budaya dan manusia mana boleh dipisahkan. Sudah tentulah mereka yang datang ke sini suatu ketika dahulu membawa budaya mereka bersama mereka. Keturunan mereka juga terus berkembang di Tanah Melayu. Rakyat mereka terus berbondong-bondong datang mencari rezeki buat keluarga mereka yang masih dibelenggu kemiskinan di negara mereka.
Di sini saya ingin mencadangkan agar stesen televisyen mengurangkan import program dari negara tersebut. Saya tidak pernah melihat satu pun program dari Malaysia yang ditayangkan di stesen televisyen mereka.
Kenapa kita perlu memenuhkan tayangan televisyen negara kita dengan sinetron serta cerita tahyul mereka.
Pada pendapat saya, program sebegini tidak membina minda penonton. Jalan cerita yang dipapar sungguh klise; temanya ketamakan merebut harta serta pengkhianatan.
Orang kaya bermewah-mewah serta bermegah dengan pangkat keturunan dan kebanyakan suka mencerca sesuka hati. Jika itulah realitinya dalam masyarakat Indonesia, perlukah kita ikut? utusan
/me kita terlalu berlembut.?
amahku bakal jutawan
Kelayakan apa yang membolehkan amah indon ini dibayar setinggi ini.? Adakah mereka ini lulusan kolej untuk melatih seseorang menguruskan isi rumah secara profosional.?
Kos untuk mendapatkan amah ini bukan murah. Kerajaan mengenakan levi yang tinggi disamping peraturan yang ketat untuk mendapatkan seorang pembantu rumah. Apakah asasnya untuk pembantu rumah mendapat gaji yang tinggi jika semua kos hidup ditanggung oleh majikan.?
Majikan selalunya banyak mengalami masalah dengan karenah pembantu rumah. Samada bil telefon melambung tinggi, barang kemas dilarikan, membawa lelaki masuk rumah dan yang menyedihkan apabila anak yang patut dijaga diterajang seperti bola. Maka, aku tidak nampak rasionalnya kerajaan Indonesia menetapkan gaji sebanyak itu.
Sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semua keperluan mengimport amah indon ini dan bukan menggubal akta kerja 1955 untuk amah2 ini menikmati kehidupan yang selesa dengan memberikan cuti, bonus ataupun mengikut cuti am kerajaan.
Kalau amah ini memohon potong kwsp atau pencen macam mana..? huh....
/me wanita akan kembali ke dapur..?
negara kebajikan
Secara peribadi, keraguan aku adalah berlandaskan dengan janji2 tersebut. Mana mungkin kerajaan mampu memberikan subsidi kepada semua aspek kehidupan. Aku amat kagum dengan teori negara kebajikan, memberikan subsidi kepada semua lapisan rakyat merangkumi bayi yang baru dilahirkan sehinggalah kepada nenek tua yang tidak berkeupayaan.
Kini, janji itu hanyalah sekadar janji piliharaya. Aku tidak mengharapkan pakatan menunaikan janji ehsan wang ringgit kepada suri rumah tapi memadailah dengan pentadbiran pakatan memberikan keselesaan kepada rakyat.
“Kita cuba la sekali pakatan memerintah. Kita bagi peluang mereka mentadbir .” Ini slogan kepada mereka yang di atas pagar. Walau aku turut dalam golongan ini, sebenarnya aku punya sebab sendiri mengapa aku membantu pakatan untuk mencuri kuasa.
Menggelarkan diri sebagai pakatan rakyat. Berslogan memperjuangkan hak rayat. Tapi setelah berkuasa, mengapa kamu hanya memperjuangkan hak sesetegah kaum. Bukankah sepatutnya pakatan memperbaiki kualiti hidup rakyat.
Selangor mengisytiharkan penduduk yang bergaji 1,500 sebagai miskin. Kagum mendengar kenyataan MB baru yang begitu prihatian dengan masalah rakyat sebenar. Akan tetapi, dalam memaklumkan kadar purata kemiskinan, mengapa kerajaan negeri tidak memberikan kaedah untuk menyelesaikan masalah tersebut.?
Andai RM1,500 dijadikan garis kemiskinan, berapa ramai rakyat negeri Selangor tergolong dari kalangan itu.? Adakah semua kakitangan kerajaan negeri tidak ada yang terlibat.? Kalau ada, mengapa kerajaan tidak memberikan insentif atau elaun tambahan..? mungkin pepatah pandai cakap tak pandai buat slogan yang sesuai buat Pakatan Rakyat.
Walau Barisan memerintah penuh dengan drama keburukan, tetapi rakyat Malaysia sepatutnya perlu bersyukur seperti kata depakata.
/me bukan mudah untuk memuaskan hati semua
Monday, September 7, 2009
dua khalid
Persoalan, cerita siapa yang benar.? cerita versi kerajaan pakatan atau versi bantahan penduduk yang terlibat.?
Bagus Khalid Samad. Dia tak kisah kalau kalah pada Pru akan datang asalkan dia cuba untuk berlaku adil. Beliau wajar dijadikan pemimpin contoh. Tapi, untuk dijadikan contoh, aku syorkan baik tuan letak jawatan. Baru orang akan pandang tuan seperti tuan mahukan.
Sekarang ini, tuan hanya menyakitkan hati orang sahaja. Untuk masa akan datang, tuan juga tidak akan dikenang sebagai “ raja India” yang berlaku adil. Tuan tetap akan dikenang sebagai perosak. Kalau Xavier menyuruh Hishamudin letak jawatan, aku kira tuan juga gagal dalam menjalankan amanah. Bukankah selayaknya tuan meletak jawatan..?
Semalam, dalam perjalanan ke Bagan Lalang memberikan aku satu makna. Berhampiran pekan Sungai Pelek kelihatan satu kuil besar. 100 meter di hadapan, ada kuil lagi walau tak besar tapi aku tengok keluasannya aku kira cukup besar. Malah lebih besar dari surau kampung aku sendiri.
Yang lebih menariknya, diseberang jalan yang sama juga ada kuil lagi. Pening kepala aku fikirkan. Berapa banyak kuil hindu ini mahukan. Kiri kanan depan belakang didirikan kuil. Kang bila dirobohkan marahkan kerajaan. Walhal, buat kuil ikut suka hati dia.
Kalau pemerintahan umno kejam, masakan kuil itu boleh dibina..? Kalau penduduk setempat ramai aku kira ada logiknya. Setahu aku, populasi hindu dikawasan hanya beberapa kerat sahaja. Mereka yang menghuni taman sekitar dan estate berhampiran. Itupun di kawasan penempatan estate tersebut ada juga kuil.
Andai ini dijadikan senario, kejamkah pemerintahan kerajaan Barisan..?
Mengapa penduduk sek.23 marah..? masakan tak marah, kalau hanya untuk memenangi hati penduduk hanya sekitar 50 keluarga keselesaan majoriti penduduk tercalar. Bayangkan, kalau ada pembinaan kuil di Bangi, kompen 2 Khalid ini mati dipijak. Adakah di Bangi takde hindu yang tinggal.?
Ada akal fikir la. Cari tempat yang sesuai. S.alam dan Bangi ini contoh Bandar melayu. Memang la melayu marah. Sensetif la skit. Bukan ikut hati bila guna kuasa. Kebiasaanya, kalau kawasan setempat di monopoli satu bangsa, tempat itu akan jadi kawasan bangsa itu. Tidak mungkin bangsa lain mampu mengambil alih.
/me mereka ini pandai cakap tapi tak pandai buat.
Bagan Lalang
Dalam menikmati hening petang dan senja nan indah, deretan chalet yang memanjang ke dalam laut membuatkan hati aku terdiam dan akalku berlegar. Untuk siapa chalet itu..? menjana ekonomi.?
Dulu, pantai itu milik semua. Kini setelah adanya chalet itu, pantai yang dulunya milik semua kini menjadi milik peribadi. Milik kepada orang yang punya kuasa wang. Tubuhnya syarikat, majukan tanah setempat maka sebahagian pantai itu sudah menjadi kawasan larangan.Kenapa rakyat dihukum begini. Pantai Allah berikan percuma tapi kerajaan mengenakan bayaran.
Mengapa.? Tidak salah kalau pantai dimajukan tapi biarlah kena pada caranya. Kalau chalet didirikan mengapa tepian pantai juga diberikan hak milik..?Senario ini bukan sahaja di Bagan Lalang. Kalau dulu pantai PD memanjang untuk semua orang bersantai, kini sudah ada had2 kawasan larangan. Dimana pantai ada hotel tentu pantai itu juga milik hotel. Bayangkan PD yang penuh dengan hotel, berapa banyak pantai dijajah..?Aduh.. malangnya.
Begitu juga di sungai congak. Aku naik confuse memikirkan. Tanah kategori hutan ada tanda kawasan persendirian. Sesiapa yang ingin melalui kawasan, bayaran dikenakan mengikut kepala. Kalau tak silap aku, begitu juga dengan Sagil. Mengapa bayaran itu mengikut kepala..? bukankah membebankan. Bayangkan kalau keluarga itu besar.? Berapa banyak kos ditanggung untuk membawa anak-anak bersiar.?
Dulu, kampung2 banyak kawasan padang. Di depan rumah aku sendiri ada padang bola untuk orang kampung menyepak bola atau bermain layang-layang. Kini, tanah begitu terhad. Tidak mungkin ada orang bermurah hati untuk tanahnya dijadikan padang bola. Mungkin juga mengapa kini kita ketandusan pemain bola. Mungkin…
Tapi, sesiapa duduk di Kepong, di Bangi, alhamdulilah. Masih ada kawasan free untuk masyarakat beriadah secara percuma, tanpa bayaran tanpa sekatan. Ops… di Bangi kawasan tasik adalah kawasan keras pada waktu malam. Tang mana yang keras..? adik dalam seluar ka..? huh..
/me indahnya ciptaan Allah.
Saturday, September 5, 2009
terima seadanya

Entahlah, aku tak nak komen lebih lanjut. Tapi disekeliling aku, pertama jumpa, body steady.... tapi tahun berikutnya nampak body mula mengembang, mantap. Dan ada sesetengah gadis, dada mengembang macam anak dua tapi masih menjadi buruan lelaki. Apa yang diburu aku juga tidak perlu komen. Citarasa masing2.
Aku tak kisah fenomena terima seadanya. Itu bagus kerana hatinya ikhlas. Tapi, baguskah kalau ia merosakan agama dan keturunan..?
Friday, September 4, 2009
10 adun gampang
Aku tak faham mereka ini. Apa tuntutan mereka sampai langsung tidak boleh bertolak ansur. Tuntutan mereka nak Deris tu jadi Menteri Besar. Kalau Umno ada kuasa untuk menggantikan MB mungkin ada logiknya. Kot Deris kemaruk dengan kuasa, pi jumpa sultan. Buat perangai macam Nizar. Kan senang.. tak payah berperangai macam monyet.
Sekalipun Terengganu jatuh ditangan pembangkang, itu lebih baik daripada menyimpan mereka yang bersikap parasit. Sepatutnya mereka menolong rakyat dan membantu parti dan bukan membebankan parti. Asyik2 memikirkan tembolok perut sendiri.
Kalau betul ada masalah dalaman, Ahmad Said makan sorang2, kenapa mereka ini tidak repot dengan Presiden parti. Menuduh Ahmad Said mengukuhkan kaki politik sendiri. Bodoh plak orang politik membuat statement camni. Bukankah sudah adat politik memang membuat kaki2. Yang korang dipanggil geng 10 bengong tu apa..? Bukan buat kaki politik gak ke.?
Aku harap, lepas dia masuk PKR, Sultan akan tidak memperkenankan Idris jadi MB dan salah sorang daripada geng 10 Adun biul ini menjadi exco. Baru padan pada mereka. Dan kalau nak game lebih menarik, dah lompat bubarkan dun..... memang gempak.
Apapun, geng 10 adun ni aku labelkan adun gampang.
/me memang patut pun umno ditolak....
anon yang bengap
Anonymous said...
nama u jean yer...patut la u tak tau pasai agama.....kumpulan majoriti (rakyat) tunduk pada minoriti (pemimpin)...kalu camtu time sembahyang pun kita kena lawan imam la ye sebab dia kan minoriti...sama jugak cam enam beradik melawan mak bapak mereka yer.....tp adik jin oi...jgn lak melawan tuhan yang satu yerk......
Ada akal kah orang seperti ini.? Tiba2 disebut pasal agama..? aku rasa dia ni bukan bodoh je... tapi dah bebal sangat. Kategori otak udang dah busuk. Apa kene mengena majoriti umat dengan imam.?
Imam kita lantik sebagai ketua ( wakil ) dan yang penting Islam sudah mensyariatkan bahawa sembahyang berjemaah memang camtuh. Kenapa anon sekor ini nak disamakan sembahyang dengan bab politik.
Sebab imam sorang ( minoriti ) manakala jemaah beribu (majoriti ) kenapa makmum boleh ikut.? apa la bahalnye budak ini. Kot ye nak hujahkan, biarlah berasas. Bukankah imam itu telah dipersetujui oleh makmum untuk mengetui jemaah ( gagasan.) Ia boleh diibaratkan sebagai wakil dalam makmum tersebut. Disini tidak timbul pun isu majoriti atau minoriti. Sebab apa..?
Kalau ini je akalnya tak payah la aku cakap. Bukankah setiap perbezaan mestilah adalah 2 perkara atau 2 benda. Kalau satu benda apa nak dibezakan. So sama juga dengan akan hal ini. Yang berada dalam jemaah itu semua muslim, mana boleh timbul soal majoriti atau minoriti. Semua sama kan....
Enam beradik melawan mak bapak sorang.?
Siapa anak untuk melawan ibubapa..?? Dalam agama, syurga itu dimana.? Sebab itu kalau anak melawan ibubapa dikatakan derhaka. Dalam hal ini perlukah ada istilah majoriti atau minoriti.? Takpe biar aku bercakap juga soal majoriti dan minoriti.
Sebelum jadi mak bapak kita sebagai apa..? bukankah sebagai anak kepada seorang mak bapak.? Aku ambik contoh, kalau bapa tadi juga terdiri daripada pada 6 beradik, bukankah ia juga melambangkan bapa tadi dari golongan majoriti.? Nampak je bapa itu sebagai minoriti, tapi sebenarnya bukankah bapa tadi juga lahir dari golongan majoriti..?
Kalau bapa tadi anak tunggal sekalipun, ia lahir dari golongan majoriti. Kerana apa.? Setelah lelaki berkhawin, bukankah lelaki itu dianggap pemimpin keluarga dimana pemimpin itu dianggap besar ( major ) kerana diangkat sebagai pemimpin oleh kedua keluarga lelaki dan perempuan serta disaksikan oleh masyarakat.
Adakah Nizar masih gila kuasa kerana tidak tahu majoriti dan minoriti. Sultan yang disokong oleh majoriti rakyat tetapi Nizar tidak tunduk pada majoriti..?
Yang peliknya, kenapa plak anon ni tak samakan YB sorang sedangkan rakyat dalam kawasan beribu orang atau seorang perdana menteri sedangkan rakyat berjuta dan negara besar.??
/me hebatnya bila dia kata.... patutlah tak tau agama.
geram
Kalau aku mampu menyeru melayu, aku dah suruh melayu tunjukkan siapa sebenarnya melayu. Apa nak jadi... jadilah. Asyik kerajaan je yang kena bertolak ansur. Kalau pakatan boleh berhimpun, kenapa plak penyokong kerajaan tidak boleh berhimpun.
Kalau selama ini polis dicaci dalam polisi penyuraian, biar kali ini rakyat pro kerajaan yang menyuraikan. Aku nak tengok siapa pemimpin pembangkang yang turun untuk dipijak. Kot aku ada ruang nak pijak.... aku pun nak pijak2 gak.
Sesama saudara bertempur..? dah itu kemahuan mereka nak buat camne. Selama ini mereka rasa mereka hebat sebab tiada tekanan. Berarak then mengutuk polis tiada kebebasan. Sekarang biar polis duduk tepi then kerja kutip orang mati dipijak. Sama2 berdemokrasi di jalanan. Semua orang ada kebebasan bersuara kan..?
Sekarang ramai melayu jadi jaguh2 orang hindu. Sanggup mati kerana hindu walau kepala berkopiah. Kalau dulu, Ahmad Bukit Bendera ditertawakan kerana menyokong melayu, tapi kali ini melayu bersorak disebabkan kaum sendiri diheret ke makamah kerana kepala lembu.
Kalau kuil tokong gereja nak sama bilangan dengan masjid dan surau, nah terus terang dengan rakyat. Lupuskan Agama Islam sebagai agama kebangsaan. Tak payah nak berselindung di sebalik kebebasan beragama.
Murtad salahkan kerajaan. Tapi bila bab untuk bible ditulis dalam bahasa melayu disokong. Apa motifnya mereka menulis dalam bahasa melayu..? Cina india tak faham bahasa sendiri ka.? Kalau tak faham, tak payah la tulis dalam blog atau bercakap sesama sendiri bahasa ibunda. Hapuskan bahasa asing selain melayu. Aku nak tanya, menuntut Bible ditulis bahasa melayu untuk siapa.?
Islam itu Adil, Islam itu Benar dan Islam itu tidak menindas agama lain. Ini hujah orang pakatan untuk menghalalkan agama lain setaraf dengan Islam. AKu takde iman kalau menafikan hakikat ini kerana aku yakin Islam itu lengkap dunia dan akhirat.
Kalau pembinaan kuil ini disokong oleh melayu dan para ulama, aku menyarankan agar ulama juga membenarkan agama lain berdakwah kepada orang Islam. Sebab apa, bukankah sekarang ini kerajaan melarang agama lain berdakwah kepada orang Islam. Bukankah ini sudah melarang hak asasi atau demokrasi.? Kerajaan ZALIM bukan..?
Kalau aku dicop sebagai tidak ada iman, ada imankah ulama ini berjuang untuk menegakkan agama lain..? Aku tak tahu la pulak dalam Islam ada membenarkan umatnya berjuang untuk agama lain atau Islam itu setaraf dengan Islam. Dapat mati syahid kot kalau mati memperjuangkan kuil tuh.
Melalak menyalahkan kerajaan apabila isu murtad. Tapi bila bab macam ini menekan kerajaan. Melalak menyalahkan kerajaan ekonomi tidak berkembang. Di belakang buat taik mensabotaj ekonomi sendiri tidak pula sedar. Ibarat si kitul dalam utusan, mengata majikan bukan2 tapi makan gaji dengan syarikat yang memberi makan. Bukankah gampang..
/me pakai la otak... berjuang bukan semestinya dengan senjata.
Thursday, September 3, 2009
level kita
Sedih bila aku mengenangkan kisah ini. Kalau pihak zakat boleh menaja perkhawinan orang, mengapa kes yang menuntut perhatian seperti ini terlepas pandang. Memang, kalau tiada maklumat atau laporan kes seperti ini pasti akan terjadi.
Alhamdulilah.. MAIS sudah menangani perkara ini dengan tangkas. Kiranya kes ini selesai tapi aku tahu banyak lagi kes-kes yang menuntut perhatian pihak berwajib masih banyak belum dilangsaikan.
Bagi aku, inilah sebenarnya contoh dimana kelalaian kita sebagai umat. Dalam sibuk melaungkan perjuangan Islam, kes terpinggir seperti ini kebiasanya akan keciciran.
Kita masyarakat melayu, khususnya orang Islam seringkali membuat enteng tentang perkara kemasyarakatan. JIka dibandingkan dengan kaum lain atau agama lain Islam, jauh ketinggalkan dalam aspek aktiviti sosial.
Lihat sahaja di Acheh kes tsunami, orang putih berpusu-pusu menghantar bekalan tapi kita orang Islam terkial-kial menghantar bantuan. Kekadang kedengaran, kita negara Islam baru nak tubuhkan pertubuhan bukan kerajaan sedangkan sudah berapa lama St. John ditubuhkan.
Andai budget dijadikan alasan, mengapa di kampung2 yang dulunya banyak aktiviti gotong royong kini ditelan zaman. Kalau dulu kenduri kawin diwarnai dengan gotong royong, kini unsur2 seperti seperti sudah mula hilang.
Di universiti, bangsa mana dan agama mana menerajui aktiviti sosial. Siapa yang banyak melakukan aktiviti itu..? tiada budget kah..? Bukankah budget hanya satu alasan.
Hakikatnya mentaliti kita perlu berubah.
/me aku juga seperti yang lain2.
Pas baru
Idea perpaduan MP Batu itu sebenarnya hanya sekadar mengacah Pas. Sebelum ini sememangnya ada desakan dari kelab bukan Islam Pas yang menyuarakan perkara ini. Namun hingga kini, Pas masih bersikap berdiam diri sebagai jalan selamat.
Samada cina atau india, waktu ini amat sesuai bagi mereka untuk menyerang melayu. Mereka telah berjaya manipulasi PKR sebagai platform serangan dan sekarang mereka cuba menyerang Pas secara senyap. Pas adalah parti dominon melayu dalam pembangkang, sebab itu mereka bukan melayu telah merancang politik jangka panjang.
Andai mereka boleh menguasai PKr dan separuh dari parti Pas, ia sudah cukup untuk mengawal perjalanan politik negara. Dalam menjayakan misi, ramai cina digalakkan menjadi ahli kelab Pas. Begitu juga cina Singapore yang sekarang ini berdiam diri daripada mengganggu Malaysia ketika ini.
Kerana apa mereka diam begitu sahaja sedangkan dahulu ada sahaja bagi mereka tidak kena dengan Malaysia.? Andai cina Singapore mencampuri hal ehwal Malaysia ketika ini, dikhuatiri melayu akan bersatu dan rosaklah rancangan PAP untuk membuka cawangan di Malaysia.
Andai pembangkang mengatakan parti berteraskan kaum sudah tidak relevan, maka sewajarnya Pas membuka pintu keahlian kepada bukan Islam. Ia adalah sejajar dengan laungan PAS FOR ALL.
Apa akan terjadi andai ia terjadi...?
Parti berasaskan kaum adalah kunci perpaduan. Andai kunci ini sudah rosak maka banyak kemungkinan terjadi. Sekarang ini, PKR adalah parti yang berasaskan pelbagai kaum. Kelihatan ia berjaya dan tidak memberi musibat kepada landskap perpaduan. Namun, andai diteliti, kebanyakan cawangan PKR di kampung2 masih dipelopori satu kaum.
Apapun kalau perubahan seperti ini yang dimahukan..... aku alu2 kan.. sila kan la...
/me dalam satu majlis akan ada doa selamat dan juga doa dari kafir... sama2 aminkan.
Wednesday, September 2, 2009
dunia ini untuk semua
Bukan susah dari mana datangnya mereka ini. Mereka ini semua ada disekeliling kita. Mungkin salah seorang dari mereka sudah menjadi keluarga kita. Fenomena orang tempatan berkahwin dengan orang asing bukan baru. Di semua pelusuk negara perkara seumpama ini sudah sebati.
Suka atau tidak kita terpaksa menerima keadaan ini. Semua orang ada kemahuan dan semua orang sudah ada takdir hidup sendiri. Siapa kita untuk melawan jodoh pertemuan.
Adakah keadaan ini memberik implakasi yang buruk..?
Aku bukan apa, cuma memikirkan begitu mudahnya orang asing diberi kerakyatan sedangkan mereka tidak kenal Rukun Negara dan tidak tahu pun menyanyikan lagu Negaraku. Sebab sekali mereka memperoleh kerakyatan, segala kemudahan kepada rakyat mereka turut menikmatinya. Mesintaip.
Adakah mereka ini ada jati diri.? Aku yakin, kebanyakan daripada mereka ini hanya mahukan kenikmatan hidup yang selesa di negara ini. Keyakinan aku, mereka yang memohon warganegara ini adalah kerana mereka beralasan berkahwin dengan orang tempatan sedangkan kalau boleh aku mahukan yang memberikan keuntungan kepada negara.
Bayangkan kebanyakan negara maju begitu liat untuk memberikan taraf warganegara kepada orang asing melainkan mereka benar-benar boleh memberi keuntungan kepada negara terbabit.
Aku tidak pasti, adakah kita begitu mudah untuk mendapatkan kerayatan negara lain dengan hanya perkhawinan.? Setahu aku, rata2 orang Malaysia yang mendapat kerakyatan seperti British atau Amerika adalah golongan profosional seperti saintis atau pereka fesyen yang sudah ada nama.
Jarang sekali aku dengar tukang cuci dari Malaysia yang mendapat kerakyatan disana. Mengapa.?
Mungkin aku tidak bersikap terbuka dalam hal ini. Mungkin aku terlebih patriotik atau aku pentingkan diri sendiri. Aku hanya mahukan negara aku, hanya untuk rakyat negara aku. Apapun bagi aku sebenarnya keadaan ini adalah tidak baik untuk negara aku.
/me ramai disekeliling aku yang memohon kerakyatan.
ali baba
Dimana-mana gerai atau kedai sememangnya dikelolakan sepenuhnya oleh warga asing. Usahkan gerai diluar, di tempat aku sendiri yang dikawal selia rapi oleh pihak pengurusan tidak lari dari perkara ini. Bayangkan, kedai mendapat kontrak berpuluh ribu tapi muka bos masih tidak kelihatan. Hermm…
Mengapa ianya terjadi.?
Banyak factor yang menyumbang kepada persekitaran sedemikian. Bermula dari factor tenaga kerja sehinggalah kepada factor kepercayaan maka situasi seperti ini semakin menjadi-jadi.
Samada kita sedar atau pura-pura tidak sedar, hakikat industri kedai makan banyak didukung oleh pekerja luar. Dari pengutip pinggan sampai kerja kaunter wak yang bereskan. Itu pemandangan biasa bukan..?
Ambik factor tenaga kerja. Sekarang ini untuk mendapatkan tenaga kerja tempatan adalah sukar. Tidak ramai orang tempatan sanggup berkecimpung dalam dunia kedai makan. Mereka rela, kerja 8 jam berkerja tanpa henti di kilang pembuatan daripada berkerja menjadi tukang cuci sayur.
Salahkan orang tempatan..? Jangan mudah membuat andaian tanpa kita melihat masalah ini secara mendalam.
Perkara pertama dalam menganalisa ialah dari segi faedah dan ganjaran. Bukankah setiap orang tajuk ini menjadi pertimbangan yang utama dalam memilih kerja? Ganjaran bukan sekadar gaji dan bonus.
Berapa gaji pekerja kedai makan berbanding syarikat pembuataan.? Hampir sama bagi orang yang tidak mempunyai kelulusan. Tapi kita harus ingat, bahawa kerja di bawah sektor pembuatan memberi banyak peluang kerjaya berbanding dengan berkerja di kedai makan. Faedah itu belum termasuk kenaikan gaji setiap tahun atau syarikat yang mempunyai kesatuan.
Itu hanya berkisar soal gaji sahaja. Andai dilihat secara mikro untuk aspek gaji ia banyak berkait rapat dengan keperluan kehidupan sekarang.
Semua pinjaman memerlukan slip gaji. Andai jawapan slip atau penyata gaji itu boleh diireka di kedai fotostat, lupakah kita bahawa pihak bank juga mahukan jaminan dari segi kesahihan atau kekuatan syarikat kita berkerja.
Jawap secara jujur. Boleh kita meminjam di bank dengan hanya menunjukkan penyata gaji yang dikeluarkan oleh sebuah kedai makan.?
Kalau jawapan pihak bank tidak akan meluluskan, adilkah kita menyalahkan orang tempatan tidak menyertai industri kedai makan.? Semua orang ada keluarga untuk dijaga, perlukan rumah untuk berlindung dan kekadang memerlukan pinjaman peribadi dalam keadaan yang terdesak. Jadi wajarkah kalau ada pihak yang menyalahkan orang tempatan dalam memilih kerja.?
Cerita penyata gaji sahaja sudah merumitkan keadaan. Belum lagi merungkai berapa nilai gaji yang patut dibayar, belum lagi cerita bonus untuk diterima dan belum lagi bercerita dengan faedah, elaun dan lain2. Mudahkah untuk diselesaikan.?
Dalam hal ini, semua pihak terutama kerajaan perlu duduk bersama. Berbincang untuk mengatasi dengan kadar segera. Perkara ini sebenarnya menuntut tindakan yang tepat kerana ia sebenarnya banyak menyumbang kesan buruk kepada sosio kehidupan masyarakat kita.
Jangan disamakan kita dengan warga asing kerana antara kita dengan mereka adalah jauh berbeza.
/me aku tidak mampu merubah keadaan. Siapalah aku….
