Friday, January 29, 2010

Mahathir lecture Series

Kekayaan atau kemiskinan adalah satu dugaan untuk menguji kita samada kita beriman kepadaNYA ataupun tidak. Aku sambungkan dugaan ini kearah politik. Dulu, orang Pas tidak terdedah atau berpeluang untuk mengenali apa itu kemewahan *(ambik yg umum ),tapi selepas ramai pembangkang menjadi MP atau YB kecik..... maka ramailah yang mengintai untuk mecari kemewahan.

Mungkin dulu Nik Aziz menjadi symbol kesederhanaan... tapi secara peribadi aku mengatakan, *Husam mencebik kenyataan itu *. Husam anak didik Nik Aziz kan... takan la Husam tak tau apa yang ada dibelakang Nik Aziz. Aku tak mengutuk ulama itu, cuma aku terkilan, bila Allahyarham Tun Ghafar Baba lebih pokai dari Nik Aziz.

Jadi, aku rasa tergelak bila isu cah keting ditimbulkan. Kalau Nik Aziz boleh makan besar.. kenapa yang lain tak boleh nak makan besar.? Kalau anak2 Nik Aziz boleh berjaya, aku rasa orang politik macam Nik Aziz juga mahukan anak2nya berjaya. Politik tetap politik beb. Takan nak duduk atas sampai akhir hayat..? mesti orang merah mata... isk isk...

Ini hanya sekadar hiasan. Malas aku nak menulis cerita yang sepatutnya kita boleh fikir sendiri. Tak perlu bila orang cakap baru nak terbeliak biji mata. Mereka kata, team umno yang jolok Nik Aziz. Apakah bangang orang itu. Orang Pas tapi team UMNO..? yang dapat busuk ialah umno..? kenapa tak salahkan orang itu yang bersengkongkol dengan umno.? Salahkan orang itu dan tak perlu nak mengutuk umno. Dalam politik siapa yang bijak, dialah duduk atas. Jadi nampak sangatlah orang-orang Pas mudah dipergunakan.? Isk isk......

Bayangkan kalau Presiden dan Timbalan Presiden PAS dicop orang umno. Tak malukah orang-orang Pas mengutuk umno macam2 tapi Presiden sendiri menyokong umno.? Hahahaha.. aku rasa nak tergelak bila orang menulis atau menyokong dengan tidak menggunakan akal. Carilah isu yang berat skit atau isu dikupas dengan terperinci.

Aku anggap isu di Kelantan sebagai... buat anak tapi menuding bini main dengan orang. Aku naik heran, mengapalah susah sangat orang2 Pas nak mengakui kelemahan diri. Asik nak menyalahkan orang je. Kalah Pru salahkan orang, parti sendiri bermasalah pun nak salahkan orang. Ermmm..... mentarbiyahkan orang bapak punya hebat tapi diri sendiri tak ada rasa rendah diri...

Ingat nak satu perenggan rupa2nya dah panjang berjela. Hhahaha... . Banyak mulut arrr aku ni......

Camni..... hari tu bosan2 sambil telan asap dunhill 14, aku terfikir... apakah perubahan kemajuan yang dibawa oleh Pak Lah dan Najib..? kerana malas nak clik clik.... aku biarkan je. Then pastu Mahathir menyatakan, kita harus bersedia dengan zero FDi.

Pagi ni, aku jeling kat paper, Najib tekad transformasi kerajaan dan ekonomi. Ermmmm.... ek...?? No komen aku. Aku tak reti apapun, kena plak bab ekonomi. Kot aku pandai ekonomi, sure ekonomi aku sendiri tak gawat setiap bulan. Tapi, apa yang aku rasa itu yang aku cakap.

Kunci kejayaan Mahathir ialah FDi. Yepp... memang hanya FDi... tapi kena ingat, nak tarik FDi bukan mudah. Disinilah kunci kedua kejayaan Mahathir disamping menyerlahkan kebijaksaan dia menguruskan bab membangunkan negara.

Dulu hingga sekarang rakyat dimomokan oleh kebankrapan negara. Negara pinjam duit sana sini. Walau ekonomi gawat, negara tak bankrap pun dibawah seliaan Mahathir. Sekarang aku no komen. Kerajaan macam takde duit nak berbelanja.... huhuhuhu..... adakah kerana hutang2 Mahathir..? hahahhaa... jawapan sekali imbas yea...... tapi pendapat aku berbeza.

Kalau 22 tahun memerintah, negara ok je nak membayarnya... malah dari kehidupan aku bertambah selesa. Tapi kenapa plak tiba2 negara tak mampu nak membayar atau menampung kos pentadbiran..? Kalau jawapan ; dulu boleh la ekonomi sekarang dah berbeza.. “ weii... menari ikut rentak music terkini la... bukan menari ikut satu irama sepanjang masa... hermmm..

Bagi aku berhutang takpe asal kita boleh membayarnya. Mahathir berhutang tapi dia yakin boleh bayar. Kerana apa..? setiap tahun KDNK negara 8%. Macam mana dapat 8%..? loorr... jangan la tanya aku... tanyalah pakar ekonomi. Aku bukan pakar pun... lainlah orang tu, bagi talk sana sini tentang ekonomi. Dah dilantik pun sebagai tuan penasihat... huhuhuhu..

Secara asasnya apa yang Mahathir buat. Mula2 dia tarik FDi. Bila ada FDi, ada peluang pekerjaan. Bila orang kerja, ada kuasa untuk membeli then bila ada kuasa membeli... disinilah Mahathir sudah menyiapkan apa yang patut.

Contoh... dia tarik Hitachi melabur. Orang kampong kerja kat Hitachi sebab lagi loaded dari menoreh. Bila orang kampong datang, perlu ada rumah kediaman. Takan orang kampong tu nak duduk kat bawah pokok kan. So dia buat bandar2 baru macam Shah Alam, Bangi dan lain2 tempat la.. so bila buat rumah dan ada orang beli, pastu rakyat loaded ada duit lebih.... buat proton, buat undang2 untuk kereta import..... dll la..... maka... ekonomi akan rancak dan seterusnya akan KDNK akan mencecah 8%. Bila negara ada duit... ada masalah ke nak bayar pinjaman..?

Kenapa nak pinjam dari negara luar.? Lorr... nak buat jalan, nak buat Bandar... semua pakai duit beb. Bila kita pinjam dari Jepun... dulu Mahathir baik dengan Niponga ni... maka pelabur2 dari Jepun tau, Malaysia pinjam duit nak bangunkan negara. ( takan aku nak tulis kerajaan buat roadshaw kat pelabur, fikir la sendiri ). Maka pelabur2 tu datanglah ke Malaysia. Jadi salahkah meminjam duit dari negara lain.?

Apa persekitaran ekonomi sekarang..? Mahathir urus negara macam kompeni sendiri. Pak Lah urus negara macam bapak yang suka berjimat. Najib plak urus macam CEO menguruskan syarikat yang suka cut cost. Mana yang lebih baik.?

Jawapanya ialah.... CEO yang berjaya ialah ceo yang boleh memberi kebajikan kepada pekerja dan memberikan bonus tahunan kepada pekerjanya kerana keuntungan yang besar dan bukan CEO yang suka cut cost untuk nampak kompeni ada untung ataupun berjimat sebab tak pandai cari duit. Huh...

Kerana apa aku kata camni. Aku tak nampak ekonomi yang mampan untuk masa akan datang. Adapun projek Pak Lah (projek Iskandar etc ) yang diteruskan oleh Najib. Itupun tindakan sampingan masih dalam keadaan kaku. Aku tidak nampak persediaan kita dalam menghadapi ekonomi baru. Silap2 orang luar yang dapat faedah itu. Patutnya kita dapat 90% tapi dikhuatiri kita hanya dapat 40% dari keuntungan projek tuh.. huh.

/me gst, elaun cola ditarik balik, kenaikan minyak, kenaikan barang... adakah kita merasa selesa..? jangan pak menteri pandai cakap berjimat... kalau diri sendiri naik kereta besar.

No comments:

Post a Comment