Sunday, January 10, 2010

sekolah

Gula naik, teh tarik yang tak guna gula pun naik. Aku tak faham peniaga Malaysia ni. Naik 20 sen sekilo tapi rege teh" O" naik 20 sen secawan. Nampak sangat peniaga hanya ambik keuntungan atas angin. Kalau rege kuih naik, mungkin ada rasionalnya... tapi kalau air secawan, brape sudu je guna gula daa....

Last week aku tertarik dengan berita tentang pentadbiran pendidikan. Dari kuasa guru besar memecat guru sampai yang terkini KPI sekolah. Rasa macam yoyo atau tidak profosional dalam mentadbir kementerian ini. Dan yang lebih menarik bila USM memasuki dunia premier football.

Guru besar diberi kuasa memecat guru.? Bukankah ia memberi ruang guru besar menyalahgunakan kuasa.? Aku malas nak mengulas.... tapi aku tahu, ada certain2 GB yang memilih bulu atau menggunakan kuasa mengikut selera sendiri kerana mereka ada talian hayat di PPD. Mungkin untuk menambah baik pentadbiran sekolah ialah dengan KPI. Tapi aku tengok KPI sendiri masih tidak diurus dengan baik.

Contoh yang aku maksudkan ialah... dalam isu KPI, kita mencari ketelusan untuk meningkatkan kecemerlangan. Tapi kalau isu KPI sendiri seperti dipolitikan.... susahlah aku nak cakap. Cuba, KPI sekolah related dengan KPI semua guru. Aku rasa tujuan KPI diwujudkan mampu mencapai sasaran.

GB setiap sekolah perlu merancang program dan membentuk satu benchmark. Jika GB gagal mencapai sasaran, GB itu secara sendirinya gagal dalam mentadbir sekolah. Guru2 pula diberikan kpi masing2 mengikut prestasi murid2. Tapi... tidak adil kalau guru2 hanya diadili dengan pencapaian murid2. KPI setiap guru, GB atau sekolah perlulah dibentuk mengikut pecahan faktor. Disini ia akan kelihatan KPI itu akan menjadi panduan semua pihak untuk mencapai sasaran.

Kalau sasaran terjun longkang, maka sekolah itu terjunlah longkang. Kalau sasaran itu untuk mencapai kecemerlangan, aku yakin prestasi sekolah akan meningkat, walaupun peningkatan itu hanya 10%.

Sebenarnya, apa yang kita buat perlu ada ketelusan. Sebagai contoh, kalau kpi itu dinyatakan nama setiap penilai, aku yakin... keputusan kpi itu tidak tepat. Untuk kita meningkat, kita tidak perlu takut dengan kritikan. Kalau kita cemerlang, aku yakin... orang yang menilai akan memberikan keputusan yang baik utk kita. Jadi timbul isukah Guru Besar takut dengan keputusan KPI..?

Usm masuk dunia bola..? agagagaga..... lawak betul la.

Inilah sikap kita, bila duit banyak. 1 Billion disia2kan oleh universiti. Alasan untuk menarik penuntut kepada sukan..... aku campak je alasan itu dalam jamban. Dengan keadaan bola kita baru hendak bernafas.... aku kira, pelaburan Usm itu amat2 membazir. Dengan modal yang sedia ada, sepatutnya USm meningkatkan R&D dengan membina jaringan universiti2 lain. Tapi.... Usm kerek dengan statusnya. Sewajarnya.... NC usm letak jawatan dengan keputusan ini.

Kalaulah Usm memberi kenyataan balas dengan menyatakan keputusan penuntut USM akan lebih meningkat untuk tahun2 akan datang.? Aaggagaggaa.... memanglah bang.... kalau semua pelajar yang masuk semuanya memang yang pandai2. Dah selected la katakan.

Pemerhatian aku, UIA ada asas untuk menjadi universiti yang gemilang. Dengan berbekalkan student luar yang pelbagai.... aku kira UIA perlu diberikan ruang untuk maju ke depan. Kalau pihak kerajaan melihat UIA tidak memberikan feedback yang baik yang baik dalam penilaian universiti Apex... aku kira, kerajaan harus mengkaji semula kedudukan VC UIA. Silap2 bukan UIA sahaja.... tapi kedudukan VC semua universiti terutama UKM yang aku nampak sedikit goyang.

KPI adalah satu kaedah penilaian yang bagus. Tapi aku masih belum melihat kejayaan KPI pada agensi kerajaan. Semuanya kerana mereka berpendapat... kedudukan kakitangan awam terjamin. Aku belum dengar lagi pemansuhan ujian PTK. Jadi.... yang mana kerajaan nak buat..? PTK atau KPI atau kedua2nya diadun untuk menambahkan lagi perisa kejayaan..?

/me Muhyiddin seperti gagal dalam menjaga kementerianya.

No comments:

Post a Comment