Friday, January 8, 2010

Selamat Tahun Baru

Aku senyum kosong.... telahan aku apa yang akan terjadi sudah menampakan bibit2 kebenaran. Sebelum aku “ malas” nak clik2 keyboard... aku ada menyentuh tentang keselamatan. Dulu sejurus aku menulis, sudah ada bom di sebelah timur. Hari ini... sudah ada yang berani menyerang gereja. agagaggaa....

Susah sangatkah untuk kita menilai kenapa semuanya boleh terjadi.? Mengapa ia terjadi adalah kerana kita terikut orang yang mementingkan puak politik dari kepentingan generasi yang akan datang. Kita khayal bahawa keamanan sekarang ini akan kekal selamanya. Kita lupa, walau negara banyak jenayah, namun jika diukur secara total... kita telah menikmati keselesaan dari keselamatan yang hampir maksimum.

Generasi sekarang hanya memikir secara pendek. Ibaratnya, anak mengajar bapa erti kehidupan. Segalanya kerana mereka diasuh atau dididik oleh orang yang hatinya busuk. Lalu anak2 ini mengatakan ayahnya itu lapok.

Adakah ayahnya tidak boleh berfikir..? bukankah ada pepatah yang mengatakan pengalaman membezakan segalanya.

Mengapa kita sanggup mentelaah kitab2 hadis semata2 untuk meluluskan bahawa “ ALLAH” itu untuk semua.? Mengapa kita sanggup menggadaikan ayat2 itu semata2 untuk memberi laluan kepada agama lain..? Inikah cara terbaru kita berdakwah. Alahai......

Kita hanya fikir diri kita. Kita tidak berfikir perangai orang lain. Kita berfikir tidak secara kolektif. Kita berfikir tidak sampai ke seberang. Ulama sekarang hanya bijak dari ilmu agama yang diwarisi. Tapi tidak bijak untuk mempraktikkan.

Sebagai contoh. Ilmu mempunyai darjat yang tinggi. Kerana ketinggian ilmu itu, seseorang akan dipanggil ulama. Kerana ilmu itu juga Allah akang mengangkat darjat seseorang sehingga 70,000 darjat. Sebab itu, apabila seseorang itu mati, antara 3 perkara yang membantu seseorang itu ialah ilmu yang bermaanfaat. Kalau tak silap aku.... Allah tak sebut ilmu agama... tapi ilmu yang bermaanfaat.

Kenapa aku sebut perkara ilmu. Macam tak relevan bukan. Semasa Kedah di tangan BN, kerajaan negeri dibawah anak syarikatnya telah membuat satu penyelidikan dan ianya telah berjaya sehingga mampu menarik pelabur luar. Apabila kerajaan bertukar tangan, projek itu diteruskan tetapi hanya bersikap sementara lalu diberhentikan. Setelah projek itu diambil alih oleh syarikat lain, sekarang ianya dalam proses membuat plant dan ia dijangka membuat keuntungan jutaan ringgit.

Ermm... apa yang aku maksudkan, ilmu atau kepakaran seseorang adalah berbeza. Sebab Allah menjadikan manusia berpasangan. Ulama agama yang hebat tidak semestinya bijak mengurus atau bijak berpolitik. Orang yang bijak berpolitik tidak semestinya pandai dari ilmu matematiknya. Jadi... setiap orang itu ada kelebihan dan kekurangan walaupun ia ilmu agamanya tinggi. Ulama adalah pewaris Nabi atau Rasul dan meraka sudah semestinya tidak maksum dari dosa dan pahala.

Apa yang aku maksudkan kebanyakkan ulama gagal membentuk konsep praktikal ilmu. Ulama sekarang hanya mementingkan ilmu akhirat. Sedangkan Allah lahirkan seseorang itu dengan kelebihan masing2. Ilmu dunia juga penting, sebab itu Allah berfirman, “ lihatlah bintang2 dilangit”.

Kalau kita banyak ilmu akhirat tidak semestinya kita berjaya diakhirat. Mungkin kerana kita gagal menjadi khalifah yang baik kerana kita menolak ilmu dunia.

Kes kalimah “ALLAH” aku hanya ringkaskan.... Qunut itu tidak wajib pada solat Subuh, Walaupun tidak wajib, mengapa kita sanggup berdakwah kepada orang ramai untuk meninggalkan bacaan Qunut itu sedangkan ia tidak melanggar syarat sah sembahyang. Mengapa kita sanggup bersusah payah untuk meninggalkan perkara yang baik..?

Segalanya terpulang. Agama dipolitikan. Parti politik yang dikatakan berlandaskan Islam itu sendiri hanya berkias dalam memberi kenyataan. Segalanya kerana untuk menjaga hati rakan2 dalam gabungan. Malah, orang dalam parti itu sendiri ramai yang menyokong dan ramai yang menyatakan “ tak kisah”.

Aku...? hehhehe...... siapa aku untuk berkata2..?

Kalau nak isu politik.. bukan susah. Salam 1Malaysia..? Apa benda tuh..? aku tak faham... Salam agama apa tuh..?

/me menyokong atau menolak, yea atau tidak. Kan terang dan jelas. Mengapa harus berkias..?

No comments:

Post a Comment