Thursday, March 25, 2010

MeCd

Kerajaan tidak bercadang wujud semula MeCD

Dalam menilai sesuatu sebenarnya tidak la susah sangat. Kalau ini keputusan kerajaan, nak wat camne.... dah kita yang memilih mereka untuk memerintah. So kita kena terima keputusan mereka.

Aku tak pasti samada apa yang aku rasa betul atau tidak. Tapi bagi aku kewujudan Mecd banyak membantu masyarakat peniaga melayu beberapa tahun lepas. Kalau sebelum ini Ali cafe memonopoli pasaran tapi dengan wujudnya Mecd monopoli pasaran tersebut berjaya dipecahkan.

Alhamdulilah, sekarang produk keluaran melayu tulen banyak mewarnai pasaran. Tidak perlu untuk aku sebut nama, banyak syarikat telah berjaya membuat jenama. Dan yang terbaru ialah Hijjrah yang aku rasa memang kualiti barangannya amat bermutu.

Aku terdiam bila terdengar “ produk ini sudah 15 tahun di pasaran ”. Dah 15 tahun tapi orang tidak tahu tentang adanya produk tersebut. Dengan bantuan Mecd, perlahan2 produk tersebut mula mendapat tempat. Aku rasa, Mecd berjaya membawa tugasan yang diamanahkan.

Terdapat 11 agensi sebelum ini diletakkan di bawah MeCD termasuk Mara, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun), Bank Pembangunan, Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Lembaga Pembangunan Bandar (UDA).

UDA dulu memang menjadi penggerak . Tapi kalau tak silap aku, sejak pertengahan 90an, agansi ini seakan mati. Aku dengar dibubarkan..? Bila wujudnya Mecd..? entahlah.... malas aku nak check status UDA dan so on.... yang penting... TEKUN perananya gagal. Mara kalau bukan sebab pinjaman pendidikan aku pun agensi ini tidaklah sebagus mana. Buka gerai dari anak satu sampai ke anak cucu... orang yang sama je yang menopoli.

Ikut la.... aku nak layan mafia war......

No comments:

Post a Comment