Friday, June 11, 2010

modal insan

Modal insan mendapat peruntukan yang besar dalam budget RMK-10. Bila sebut tentang modal insan maka pendidikan ialah peranti utama dalam menjayakan perancangan tersebut. Dalam akhbar hari ini, umur persekolahan dipendekkan. Aku tak pandai komen tapi apa yang aku nak cakap ialah adakah ia umur persekolahan menjadi perkara utama.?

Kalau tanya aku, aku kata tak walaupun aku setuju kerana aku sedar orang sekarang lebih bijak. Tentang perkara itu, aku ketepikan kerana ia merupakan hasil jangka panjang. Apa yang aku nak cakap ialah kejayaan jangka masa pendek.

Aku kira sepatutnya, kerajaan menaik taraf semua institusi pendidikan dalam negara. Contoh, politeknik dinaik taraf untuk menjadi kolej universiti seperti di kebanyakan negara maju. Sekarang ini graduan Poly di Jepun, UK atau US di iktiraf kerajaan setara dengan graduan universiti. Maka, kalau kerajaan mengiktiraf poly setanding keluaran U... mengapa kita sendiri tidak menjadikan poly kita setanding mereka.?

Kedua. Adakah dengan meliberalsasikan dasar-dasar khusus di universiti membuatkan graduan kita lebih cemerlang akibat persaingan sesame sendiri..?

Kalau dulu UPSI terkenal dengan pendidikan, tapi kini UPSI seperti universiti lain. Aku kira ia bukan langkah yang bijak.

Sekarang ini, India ramai tenaga IT yang mahir. Mengapa India mampu mengeluarkan atau terkenal akan perkara seperti itu.? Adakah kerana mereka mempunya beratus juta penduduk..?
Sebenarnya, pengkhususan banyak membantu akan sesuatu. Sebagai contoh, kalau kita orang yang competent dalam Gas, kita akan dibayar dengan mahal. Tak kisah la samada kita seorang AGT atau sebagainya, yang penting kalau kita punya kepakaran dalam sesuatu bidang kelebihan itu bukan sahaja terus kepada orang tersebut malah aku kira ia akan menambahkan kepakaran dalam negara.

Malaysia majmuk, sama juga pendidikan. Semuanya dimajmukan. Adeh.... pendidikan yang caca merba.

Dulu kerajaan ingin menjadikan pendidikan atau guru satu kerjaya seperti peguam atau akauntan. Bagus cadangan itu. Then aku perli cikgu-cikgu “ untung la nanti, boleh mintak gaji lebih”.

Sebab..? kalau peguam dibayar gaji mahal kerana lesen... takan cikgu yang juga ada lesen mengajar gajinya sama seperti penjawat awam yang lain. Lecturer gaji mahal.... sudah semestinya guru2 ini pun nak demand.

Apapun, kebanyakan VC universiti kita tidak cergas. Mereka jarang berfikir di luar kotak. Yang mereka laksanakan adalah untuk hari ini dan esok. Perancangan untuk lusa mereka ini.... blurrrr..

Kalau kerajaan ingin melihat modal insan berjaya, kaji semua perkara dari pendidikan asas sehingga ke peringkat univeristi. Jangan jadikan pendidikan satu bahan eksperimen. Ramai pakar2 akademik dalam negara. Kumpulkan dalam satu payung, buat kajian secara menyeluruh. Kalau kita ikhlas... pasti kita akan berjaya.

Kepada orang atas, jangan malu kita turun. Kalau tak mampu buat, berikan kepada yang orang yang lebih berkelayakan.

/me pandai cakap.... ekekekke..

Friday, June 4, 2010

semuanya sama je..

Bukan tak wajar tapi rasa bodoh kalau aku komen KSSB bebas dari rasuah curi pasir. Sendiri bikin, sendiri dakwa, sendiri jadi hakim. Anak aku yang setahun pun tahu jawapanya. Kalau nak disamakan pendakwaan dengan Anwar atau kes2 dalam makamah, aku rasa jauh perbezaan. So kita tak boleh nak bandingkan pendakwaan di makamah dengan SELCAT.

Dulu, pembangkang cakap... “ esok kita menang, esok kita akan dakwa BN”. Hebat betul pembangkang ketika itu. Sekarang dah 2 tahun memerintah, mana dia kes curi pasir Khir Toyo.? 1 pun tak terdedah. Sekarang ni siapa yang terdedah, yang terlondeh..?

Sendiri fikir la... dulu melaung rasuah itu ini, curi pasir sana sini. Sekarang..? Bolot pasir satu negeri. No need to comment la.... Bodoh je kalau aku percaya. Semuanya temberang bangak. Yang aku amat geli, bila orang menghalalkan isu ini. Kot ye pun nak menyokong, apa la salahnya guna akal. Aduh...

Lagi satu... Apa kerja menteri..? sain je ke. ? Takan tak baca paper gula dah habis. Ke nanti menteri kata, “ saya tak tahu, kat rumah saya ada je gula ”.

Sepatutnya, perkara remeh camni tak berulang. Menteri sepatutnya lebih proaktif. Bukan dah terjadi baru nak melatah. Aku kira menteri ini juga gagal. Tak buat kerja punya menteri. Apa jua alasan, aku tak leh terima..? Sorok gula ke.? Kilang tak proses ke..? apa lagi.? Sorok..? perkara yang bagi aku amat melucukan. Kerana...??

“ baru je balik dari imigresen, penat betul. Beratur dari satu kaunter ke satu kaunter. Alih2 hari dah petang. Habuk pun tarak. Kata kerajaan nak improve penyampaian kepada rakyat, tapi sebenarnya menyusahkan rakyat. Ko bayangkan, aku dah beratur panjang, lepas itu boleh dia kata, jumpa pengarah. Pengarah meeting, kena tunggu berjam lagi. Then pengarah tu kata “ tak perlu jumpa saya, kat kaunter pun boleh. Mana tak menyirap.

Hari kedua saya datang, boleh orang tu ckp... “ borang tak lengkap tak boleh nak proses, tapi tak tunjuk pun apa yang tak lengkap. Bila dah lengkap, beratur lagi. Bila dah beratur, dia buat tak layan. Dia layan kompeni yang besar2. Ko nak tahu kenapa..? dia dah bayar la. Then... dia akan layan runner. Macam mana..?

“ dia tanya orang kaunter, mana tong sampah..? pastu dia buang sampah. Tak lama lepas itu, nama dia dipanggil la.... sebab apa ko nak tahu..? yang dia buang memang la sampah. Tapi dalam sampah ada la duit. ”. memang la cepat. Kita tak hulur.... memang la dia tak layan kita. ”

Ko ingat cerita ini tak benar dan berasas..? terkejut ke Omar Osman cakap orang kerajaan ramai yang mengamalkan rasuah..? argg... kata orang, sekarang yang pakai kereta besar bukan orang swasta, kerani kerajaan pun dah boleh pakai Wish.

Jadi isu gula sorok ini tak memalukan ke..? ini ke yang dikatakan hebat..? ini ke yang dikatakan rakyat diutamakan bilamana, sorok je berlaku, kerajaan tak boleh bendung..... alih2 rakyat yang dibebankan dengan isu kenaikan.

Muakkk aku dengan perkara macam ini. Nak maju tapi semuanya... hebat bila bercakap berpolitik. Tapi untuk memacu kemajuan... kelempesss.... Hapuskan subsidi kalau kerajaan tak nak bankrupt. Cett..~~! Tarak guna punya menteri. Macam ini kerja menteri... aku pun boleh....

/me selalu dibohongi....

tuk aku je >> selcat, dan MB menipu .

Thursday, June 3, 2010

gantung..

Geleng kepala bila aku terbaca WADA melucutkan status doping antarabangsa di USM. Kerana kegagalan menjalankan dokumentasi..? macam mana ia boleh berlaku di institusi universiti yang berstatuskan APEX..?

Then... bila melihat keputusan ITEX2010, nama usm tidak la gah. Aku sedikit kecewa dengan prestasi usm. Dengan budget yang begitu banyak, tetapi prestasinya tidak begitu menyakinkan.

Andai jemaah pengurusan universiti memberi alasan, ia tidak memberi ukuran sebenar kerana pembangunan pendidikan tidak boleh diukur sebegitu cepat, aku faham kenapa mereka memberi alasan sedemikian kerana sekarang ini kampusnya didiami oleh pelajar cemerlang seluruh negara.

Semalam juga kerajaan mengumpulkan pakar-pakar dalam negara di dalam satu payung. Kerajaan akan mengguna pakai idea mereka untuk menjayakan negara “ berpendapatan tinggi ”.

Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan tinggi.? Untuk siapa..? rakyat seperti aku.? Yea kah.?

Kemungkinan jawapan aku tidak. Mungkin aku golongan yang tersepit dengan projek tersebut. Banyak sebab aku mengatakan sedemikian. Opss... aku dah lari tajuk. Cerita aku cerita USM.

Untuk menjadi status negara maju, kita sepatutnya sudah mengorak langkah dengan melaksanakan pendidikan yang berorentasikaan ‘creator’. Kita perlu menjadi negara pengeluar dan bukan negara pengguna atau pengimport.

Untuk ke arah itu, pendidikan sebenarnya yang memainkan peranan dalam membentuk masyarakat seperti ZUL Rawang. Bagi aku dia bapa kepada pereka. Berapa banyak ciptaan beliau.? Aku ulang... CIPTAAN.

Kebanyakan jurutera kita tidak berstatus pereka. Mereka boleh berkerja dan berilmu dari segi teori. Untuk mencipta.... amat payah sekali. Kerana apa.? Didikan dari sekolah sehinggalah ke peringkat U mereka hanya didedahkan kepada ilmu peperiksaan di atas kertas.

Berbalik kepada USM. Hampir 2 tahun projek Apex dilaksanakan. Berapa banyak ciptaan emas yang telah dipaternkan..? adakah USM tidak berminat dengan projek R&D.? Bukankah untuk menjadi status university dunia, R&D adalah elemen penting.?

Susah sangatkah USM memainkan peranan..? cerita banyak menyalahkan orang tapi kita tidak tahu masalah mereka. Kalau kerajaan tak bagi geran APEX camne.? tapi kalau tak bagi, ada pasukan bola sepak liga perdana.?

Entahlah.... yang penting, aku kira VC usm gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua. Kerajaan sepatutnya mengkaji status dan prestasi USM sejak awal lagi. Usah bila dah gagal baru nak melatah. Kita tidak mampu mengundurkan masa.

/me bukan senang dapat ilham.