Saturday, July 24, 2010

Keagungan PAS

Ayat yang best kalau sembang dengan penyokong Pas ialah ulama sebenarnya yang patut memimpin negara. Dia akan cerita la bla... bla… bla… Dan kalau kita menyangkal… dia akan kata, ko nak melawan ulama ke..? adehh…. Guna firewall plak dah…

Yang ironinya…. Kalau kita melawan pemimpin Pas… mereka akan kata kita melawan ulama. Tapi kalau penyokong dia melawan mufti dihalalkan. Sebab pada mereka…. Mufti negara ini tak boleh pakai.

Ini ke Islam yang diterapkan oleh PAS..? Adakah Pas memang menterbiahkan penyokongnya PAS sama dengan ISLAM..? kalau benar Pas sama dengan ISLAM…. Agak2 siapa nak dipersalahkan.? Siapa nak bertanggunjawab atas dosa ini.? Apa taraf PAS sampai boleh kata kata mufti tak boleh pakai..?

Member aku nak dendangkan cerita. “ aku dah buat kajian pemimpin itu perlu datangnya dengan ulama. Dulu masa Nabi ulama la yang memimpin “.

La… NAbi itu bukan takat level ulama. NABI Muhammad itu pesuruh ALLAH. Nabi Muhammad itu kekasih ALLAH. Nabi Muhammad itu maksum. NAbi Muhammad hatinya bersih. Sunnahnya perlu di ikuti. Takan ulama2 Pas itu sehebat Nabi.

Apa yang dikatakan ULAMA..? aku rasa aku pernah cakap. Ulama itu orang yang berilmu. Sebab itu untuk menjadi pemimpin kita perlu ada ilmu. Camni la…. Kenapa pembangkang menghalalkan calon pilihanraya mereka dikalangan orang yang tidak ada ilmu.?

Kalau PRU12.. semua orang tahu… kebanyakan YB Keadilan ialah orang macam aku. Ilmunya hanya sejengkal. Siapa YB Manek Urai.? Kenapa mereka tidak mempersoalkan dari segi ketinggian ilmu mereka ini..? Hanya kerana mereka ini pembangkang lalu mereka buat tak kisah.?

Hahhaa… bias. Tidak menyatakan yang benar. Cakap berbelit macam ular. Tapi sembang tentang agama macam bagus. Merosakkan agama. uh....Bila selar Nik Aziz maka kita dicop anti ulama. Apa ingat Nik Aziz tu Malaikat ke..?

Weii.... kalau nak dibandingkan Nik Aziz dengan Harussani... aku tabik lagi Harussani. Sekurang2nya Harussani bercakap tidak kerana politik tapi kerana agama. Aku nak tanya, agak2 ulama keluaran Pas bercakap kerana agama atau politik..?

Kerana apa kita perlu ada ilmu. Dengan ilmu kita boleh kuat. Dengan ilmu kita tidak boleh ditipu. Cuba Fikir, kenapa Pas menafikan kenyataan Harussani.? Takut dengan DAP..? Takut dengan NIK AZIZ..? hahhahha… lawak2.

Ada akal fikir la sendiri. Kalau ini gayanya… tak sampai 5 tahun lingkup. Macam mana tak lingkup…. Kalau exco ekonomi boleh cakap hapuskan cukai 5 tahun. Kelentong kuat… tapi bercakap tentang ISLAM. Cehh…. Orang2 seperti inilah yang member persepsi buruk pada ISLAM.

Kalau berbalik zaman Nabi… silap2 dah kena pancung sampai mamposs…
Seburuk2 BN memerintah takde la tersergam besar gereja ini. UHhh...



Friday, July 23, 2010

Rais.. Raiss....

Aku nak tulis tapi si mummy rokiah dah tulis. Takpe la.. aku luahkan apa yang aku rasa perlu luahkan.
" Rais rasa terhina dengan bantahan bla bla.. "

Dalam isu ini, aku rasa memang sepatutnya David Teoh dan Ahmad Idham tak layak menduduki kerusi lembaga pengarah FINAS. Aku tahu filem mereka semuanya meletup tapi tidak semestinya ia dijadikan sebab untuk mereka duduk dalam kerusi lembaga pengarah.

FINAS aku rasa ialah badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan industri filem. Mereka berdua ialah pembuat filem dan finas diberi lesen untuk menguruskan filem negara termasuk beberapa perkara.

Mengurus dan pemain aku rasa perkara yang berbeza. Aku tidak nampak sebab yang kukuh mereka ini duduk dalam kerusi FINAS. Yang aku nampak hanya satu.... ialah salah gunakuasa yang berleluasa.

Contohlah.. kalau kita nak jual produk.... agak2 produk sape yang nak dijual dulu.? produk orang atau produk kita sendiri..?

Kita ni kekurangan ke orang yang mahir bab2 filem.? Aku rasa ramai akademik yang boleh dilantik untuk memajukan filem negara.

Mengapa mereka ini dipilih oleh Rais..? Menteri semua tahu..? menteri semua hebat kan... yo la.

/me sebab tu ke filem2 mereka semua lepas..? uhh....

Friday, July 16, 2010

pergi jahanam la

Ada aku kisah kalau aku undi pembangkang harga minyak akan turun.? Ada aku peduli kalau aku undi pembangkang negara akan hancur..?

Nape.? Nak cakap aku tak sayangkan negara..? mintak maaf bang... sebelum bagi ceramah kat aku tolong ko bukakan hati ko luas2. Ada kat dunia ni orang fikir masalah orang.? Ada orang ambik berat masalah kita..? Dari atas sampai la ke bawah.... semua pentingkan tembolok sendiri.

Kalau setakat menguruskan kompeni atau negara guna kaedah cut cost.. anak aku pun boleh buat. Kalau aku cakap masa zaman Mahathir negara boleh dalam keadaan yang selesa... kenapa Pak Lah atau Najib tak boleh.?

Alasan harga minyak tak macam dulu..? memang la. Sape suruh tak buat perancangan jangka panjang. Sibuk cerita negara pendapatan tinggi tapi sebenarnya nak buat mempapakan rakyat.

Aku ambik contoh, adakah dengan menawarkan pelajar asing dengan memberi kerayatan kepada mereka itu satu cara yang bagus..? memang diakui banyak negara macam Canada membuat kaedah seperti itu. Itu Canada bukan Malaysia.

Apa ingat orang Malaysia ini bodoh2 ke.? Korang tak rasa ke kerajaan buat macam itu sebab rakyatnya bodoh.? Kalau ko setuju bermakna korang memang mengaku ko bodoh...~!!!.

Kenapa India boleh memacu teknologi IT..? kenapa tak cakap halt u.? Kenapa tak ambik kaedah macam tu. Sebab Malaysia ini diperintah dengan melaksanakan program jangka pendek dan bukan jangka panjang. Sepatutnya dari awal lagi negara sudah mengjangka FDI akan tepu bila negara sudah mencapai tahap akhir negara membangun.

Tak faham kan... contoh macam inilah. Ambik contoh Proton. Sepatutnya sekarang kualiti proton sudah meningkat jauh, tapi kualiti proton tetap sama. Kenapa aku kata sama. Ikut peredaran zaman la. Kalau teknologi proton sudah maju kereta orang lain pun sudah maju. Jadi standard kereta proton macam tu je la. Tak naik mana pun.

Korea ada Samsung, ada Hyundai tapi Malaysia ada apa.? Kalau alasan mereka sudah maju... itu dalih dan bukan jawapan yang tepat. Kalau situasi sekarang ini, ada 10 tahun akan datang negara ada produk yang nak dibanggakan..? ada ke..? meh habaq kat aku.

Ini semua sebab pendidikan kita tidak dirancang dengan bagus. Kalau nak digubal pun semua nak ikut cakap menteri dan bukan ikut cakap pakar pendidikan. Menteri kata ubah kita ubah. Kajian tolak tepi. Alih2... semuanya macam bangang. Agak2 la... yang nak ubah umur anak ke sekolah, nak tutup upsr... adakah itu penyelesaian yang bagus.? Ada kajian.? Ada ke.????

System pendidikan kita sebenarnya yang silap. Dari KEMAS sampai la ke U. Semuanya sama. Kita tolak tepi akan unsure mencipta. Kita lebih suka menciplak daripada kita membuat sesuatu yang baru. Kita lebih suka ambik fracaiskan produk orang daripada kita membuat francaiskan produk kita sendiri..

Siapa belajar U.? Aku bukan graduan. Aku hanya SPM je. Tapi bila aku tengok final year project budak U... alahai... up skit je dari projek budak poly.... uh..... malas nak kabar.

Aduh.. aku nak lepaskan perasan harga barang naik. Tapi dah melalut. Ermmm.. terus terang aku cakap.... kalau Najib tidak ubah dia punya pentadbiran... ko kena paham tu... pentadbiran dan bukan pemerintahan. Beza tu.....

Kalau dia tak ubah..... baik kita sama2 jahanamkan. Ko bayangkan... kalau dia antar orang untuk mengurus tapi merosakan tempat. Ada aku nak sokong..? sory beb... gua bukan tukang angguk.

/me kalau tak mampu letak je jawatan

Friday, July 2, 2010

try

anak kecil main api

Entah kenapa malas nak membaca ‘ anwar adik yahudi ’. Think simple, agak2 orang macam mana seseorang itu boleh ke whasington atau ke pentagon.? Kalau tak silap aku, Mahathir nak jumpa presiden pun kena bayar macam beli tiket wayang. Tapi sebaliknya anwar dapat laluan mudah. Kenapa..?

Puak mana yang menentukan politik AS..? kenapa orang yahudi sokong Anwar.? Sebab dia orang Islam ke.? Kata Pak Ali dalam madu tiga “ baek ada makna tu ”.

Penyokong pembangkang sibuk salahkan umno beli pemimpin mereka. Aisehh.. itu umno nak beli, kalau la kan.... pembangkang memerintah, mereka ini dibeli oleh orang yahudi camne..? uhhh....

Aku lebih suke perbalahan Khairy dengan Pak Berahim. Kenapa.?

Ada orang sembang lama dah. Dulu masa kerusi itu dipegang oleh orang lain, mereka tidak kisah sangat kuota biasiswa, mrsm and so on. Tapi kali ini, mereka nak isi sepenuhnya kuota itu. Mungkin sebab tu kot Pak Berahim marah.

Dalam kes ini, aku tak faham kenapa Khairy membuka gelanggang secara terbuka. Bagi aku dia tidak matang dalam suasana politik sekarang. Umno dulu2, untuk mempertahankan melayu... dia senyap2. Panggil orang itu suruh duduk diam. Tapi dilihat Khairy macam nak jadi jaguh. Dan akhirnya... yang untung ialah bukan melayu.

Umno ditubuhkan untuk membela orang melayu. Kalau 10 orang macam Khairy... ??

Orang cina sekarang tersenyum girang. Semuanya seperti yang dirancangkan dan sedang memasuki fasa kedua. Panjang aku nak ulas. Tapi peringatan orang melayu dan Islam... gaduh adik beradik, tetap darah daging sendiri.

Ekonomi siapa pegang.? Dan sekarang mereka banyak memegang jenis ekonomi fracais. Macam inilah... aku nak berterus terang secara mudah. Kita nak beli moto Honda. Moto tu siapa import.? Boon Siew kan.... so berapa banyak Boon Siew untung.? Dari kenderaan, software sampai la ke sekecil2 mentol, melayu nak beli kena melalui mereka. Kalau macam inilah.... agak2 macam mana melayu nak cari makan.?

Korang yang makan gaji macam aku memanglah tak kisah. Sebab kita makan gaji. Tapi jangan dilupa, hidup ini berantai. Saling bergantung satu sama lain. Andai seorang melayu jatuh... seorang lagi jatuh dan seorang lagi jatuh.... apa akan jadi..? kalau seorang itu bapa kepada 5 orang anak. Berapa melayu susah..?

Kita yang membuat DEB dan sekarang kita galak nak buka DEB. Kalaulah benar DEB ini dihapuskan, aku tak tahu la macam mana kompeni nak jadi pembekal. Jangan jadi seperti ini...

“ satu ketika dulu, menyokong dasar terbuka.” Bersaing dengan mereka dengan semua bidang termasuklah biasiswa. Alih2 sekarang bila biasiswa tak dapat... mulalah nak salahkan kerajaan. Itu biasiswa... kalau TPM bagi kat cina dan india.... alih2 PM pun mereka sebat.

Bayangkan kalau MCA, MIC DAP dan india cina dari PAS bersatu..? takan la orang Sabah Sarawak tak nak join mereka kot. Nik Aziz atau Hadi..? hahhahhaa.... jangan mimpi la nak dapat tempat.

/me anak kecil bermain api..