Saturday, July 24, 2010

Keagungan PAS

Ayat yang best kalau sembang dengan penyokong Pas ialah ulama sebenarnya yang patut memimpin negara. Dia akan cerita la bla... bla… bla… Dan kalau kita menyangkal… dia akan kata, ko nak melawan ulama ke..? adehh…. Guna firewall plak dah…

Yang ironinya…. Kalau kita melawan pemimpin Pas… mereka akan kata kita melawan ulama. Tapi kalau penyokong dia melawan mufti dihalalkan. Sebab pada mereka…. Mufti negara ini tak boleh pakai.

Ini ke Islam yang diterapkan oleh PAS..? Adakah Pas memang menterbiahkan penyokongnya PAS sama dengan ISLAM..? kalau benar Pas sama dengan ISLAM…. Agak2 siapa nak dipersalahkan.? Siapa nak bertanggunjawab atas dosa ini.? Apa taraf PAS sampai boleh kata kata mufti tak boleh pakai..?

Member aku nak dendangkan cerita. “ aku dah buat kajian pemimpin itu perlu datangnya dengan ulama. Dulu masa Nabi ulama la yang memimpin “.

La… NAbi itu bukan takat level ulama. NABI Muhammad itu pesuruh ALLAH. Nabi Muhammad itu kekasih ALLAH. Nabi Muhammad itu maksum. NAbi Muhammad hatinya bersih. Sunnahnya perlu di ikuti. Takan ulama2 Pas itu sehebat Nabi.

Apa yang dikatakan ULAMA..? aku rasa aku pernah cakap. Ulama itu orang yang berilmu. Sebab itu untuk menjadi pemimpin kita perlu ada ilmu. Camni la…. Kenapa pembangkang menghalalkan calon pilihanraya mereka dikalangan orang yang tidak ada ilmu.?

Kalau PRU12.. semua orang tahu… kebanyakan YB Keadilan ialah orang macam aku. Ilmunya hanya sejengkal. Siapa YB Manek Urai.? Kenapa mereka tidak mempersoalkan dari segi ketinggian ilmu mereka ini..? Hanya kerana mereka ini pembangkang lalu mereka buat tak kisah.?

Hahhaa… bias. Tidak menyatakan yang benar. Cakap berbelit macam ular. Tapi sembang tentang agama macam bagus. Merosakkan agama. uh....Bila selar Nik Aziz maka kita dicop anti ulama. Apa ingat Nik Aziz tu Malaikat ke..?

Weii.... kalau nak dibandingkan Nik Aziz dengan Harussani... aku tabik lagi Harussani. Sekurang2nya Harussani bercakap tidak kerana politik tapi kerana agama. Aku nak tanya, agak2 ulama keluaran Pas bercakap kerana agama atau politik..?

Kerana apa kita perlu ada ilmu. Dengan ilmu kita boleh kuat. Dengan ilmu kita tidak boleh ditipu. Cuba Fikir, kenapa Pas menafikan kenyataan Harussani.? Takut dengan DAP..? Takut dengan NIK AZIZ..? hahhahha… lawak2.

Ada akal fikir la sendiri. Kalau ini gayanya… tak sampai 5 tahun lingkup. Macam mana tak lingkup…. Kalau exco ekonomi boleh cakap hapuskan cukai 5 tahun. Kelentong kuat… tapi bercakap tentang ISLAM. Cehh…. Orang2 seperti inilah yang member persepsi buruk pada ISLAM.

Kalau berbalik zaman Nabi… silap2 dah kena pancung sampai mamposs…
Seburuk2 BN memerintah takde la tersergam besar gereja ini. UHhh...



No comments:

Post a Comment