Monday, August 16, 2010

mulanya kelam itu...

perjalanan hari esok...

aku percaya... “ maka berakhirlah umno pada PRU13”. Aku tidak ada data, aku pun tak pernah hadir mana-mana mesyuarat yang berkaitan. Bila aku melihat sekeliling, minum sambil menjeling apa yang ada,.. kemungkinan apa yang aku rasa memang ada benarnya.

Masyarakat kita tidak seperti dulu. Kalau dulu hari raya kita akan menziarahi keluarga, tapi sekarang tahun demi tahun hari raya dianggap seperti cuti-cuti Malaysia. Kalau dulu kita sering dengar aktiviti gotong royong, tapi sekarang ia hanya tugasan subjek tamadun Islam. Dipendekan cerita, sekarang zaman siapa cekap dia akan songlap.

Inilah perubahan zaman yang perlu kita terima. Umno perlu revolusi, umno perlu nafas baru.... umno perlu apa lagi.? Buatlah apa jua perubahan itu... umno tetap gagal dalam PRU akan datang. AKu tahu, umno sedar hakikat ini, kerana umno sudah mengambil langkah dalam misi menawan Selangor.

Pendapat aku, Umno akan tetap gagal malah situasi Pru 2008 akan berulang kembali. Misi menawan Kelantan diakhiri dengan kehilangan 5 negeri. Tapi kali ini, misi menawan Selangor akan dibalas dengan kehilangan tampuk pemerintahan.

Melayu majoriti dalam populasi tapi melayu merupakan minoriti dalam senarai pemilih SPR. Dalam aspek pengundian, senarai nama pengundi adalah elemen penting. Aku rasa dalam hal ini kebanyakan negeri yang lebih majmuk seperti Selangor, N. Sembilan dan Melaka adalah dalam keadaan merah dimana peratusan pemerintahan bertukar tangan adalah tinggi.

Suka atau tidak, ketika ini BN bergantung harap kepada pengundi melayu. Ini dibuktikan dengan keputusan Prk sebelum ini. Kebanyakan parti gabungan BN sendiri mahu melihat BN tumbang untuk memberi laluan kepada pembangkang memerintah. Sebab..? pembangkang akan memberi banyak ruang kepada bangsanya merampas kuasa ditangan melayu.

Pengundi melayu.

Aku ibaratkan pengundi melayu 60-40. Dipecahkan kepada parti ia akan menjadi BN 50-50 dan kemungkinan besar ia akan melebar kepada BN 45-55 kerana kebanyakan melayu yang berdaftar adalah terdiri dari penyokong pembangkang.

Kalau BN mengharap undi melayu, macam mana BN nak menang kalau peratusan pemilih melayu sudah tidak memihak kepada BN.?

Sekarang ini, pemilih dari parti DAP akan 100% menyokong DAP. Pas juga tidak banyak kehilangan undi dari penyokongnya. Mungkin BN akan mendapat sedikit undi dari bekas penyokong PKR tetapi sebaliknya BN pula akan banyak kehilangan undi dari pemilih MCA, MIC dan Gerakan.

Jika keputusan dikeluarkan, maka bolehlah ucapan selamat tinggal diberikan kepada UMNO.

Selesai sahaja PRu yang lepas, DAP terus bergiat aktif dalam menjalankan ahlinya menjadi pemilih. Dan mungkin juga sekarang ini, senarai pemilih dari DAP sendiri sudah menyamai dengan pemilih BN.

Jadi..... adalah satu KEAJAIBAN APABILA ORANG DAP MENGUNDI BN.

/me melayu yang menentukan..

No comments:

Post a Comment