Monday, September 6, 2010

melayu sememangnya lembut

Hanya memerhatikan isu sekeliling. Apa yang aku fikirkan sudah memperlihatkan bayang-bayang. Agak mengejutkan dan aku rasa tidak pernah terjadi ialah iklan raya TV3 yang mempaparkan isu Santa Claus.

Respon dari blogger atau akhbar amat slow. Aku dah baca posting satu blog beberapa hari lepas selepas beberapa jam ia ditayangkan. Tapi isu ini hanya dispin pelbagai pihak semalam. Dan akhirnya TV3 memohon maaf dalam bulletin3 malam tadi. Yang agak pelik ialah respon dari blogger pakatan yang aku rasa lagi slow. Mungkin mereka hanya berminat menumbangkan kerajaan.

Kedua ialah isu seorang guru besar di Johor. JPA akan membuat keputusan tindakan dikenakan atau tidak selepas hari raya. Isu ini aku agak terkilan kerana Ketua Pemuda sendiri yang mengepalai isu ini. Sepatutnya ia mempertahankan tapi apa yang terjadi ialah sebaliknya. Amat-amat malang Umno ada ketua pemuda yang berperangai khianat.

Sebenarnya, apa yang dikatakan oleh Guru tersebut.? Ada dia maki2 cina macam Nawamee memaki melayu ke.?

“ Adik beradik MELAYU ditahan dan didakwa kerana cuba membakar gereja. Kes ini polis telah membuat siasatan dan tangkapan dengan begitu cekap. Tapi sebaliknya, apabila kes 3 orang cina membaling botol arak disurau, kes ini di siasat dan aku rasa tiada tindakan susulan. Yang pasti, kariah surau tersebut telah mengadakan majlis untuk memaafkan perbuatan 3 orang cina tersebut.”

Berbalik kepada kes cikgu, kalau cikgu tersebut boleh digantung jawatan atau diberhentikan, adilkah kepada guru MELAYU tersebut.? DIa dikenakan tindakan kerana perkauman, tapi kenapa si CINA Nawee masih bebas..? hanya siasat dan siasat..? tidak cukupkah video yang disebarkan satu dunia itu sebagai bukti..?

Kenapa MCA, Gerakan dan DAP berdiam diri bagi kes Namewee..?

ISu cina masuk surau. Sekarang macam-macam hadith dipetik oleh semua jenis ulama. Ada yang kata boleh dan ada yang kata tak. Aku yang agak naïf dalam bab agama ini semakin keliru dan terus keliru. Aku membiarkan kekeliruan itu agar tidak terus keliru.

Pendapat aku isu ini agak mudah. Mengapa kita beriya2 menjemput cina yang sememangnya kafir memberi tazkirah didalam surau dan orang yang mendengar ceramah tersebut orang Islam dan orang yang bergelar imam.? Adakah kita terkedik2 hanya kerana RM500.?

Alasan menghalalkan isu tersebut, mereka kata “ ia untuk menyemarakan Islam dimata pemimpin DAP ”. Sewaktu zaman Nabi juga orang bukan Islam memasuki masjid.

Aku tak berani nak cakap peristiwa zaman Nabi. Tapi kalau nak komen alasan itu, kalau mereka ingin melawat dan ingin mempelajari Islam aku rasa alasan itu ada benarnya. Tapi situasi ini berbeza kerana mereka datang berlandaskan politik serta dijemput dan yang mungkin lebih aib bila mana pihak surau inginkan derma dari mereka. Yang aku nampak bukan kita akan memperlihatkan keagungan ISLAM tapi ia lebih merupakan merendahkan martabat ISLAM itu sendiri.

Mereka datang berucap dan bagi derma. Ibaratnya mereka seperti pemimpin agung dan kita umpama ummah yang haprak. Argghh.. nampak sangat mereka lebih hebat dari kita.

/me imam menterbiahkan si kafir dan bukan sebaliknya...

No comments:

Post a Comment