Saturday, September 25, 2010

Anwar Sdn.Bhd.

Walau tak mengubah tapi sedikit sebanyak suara Mahathir boleh membuka fikiran orang melayu. Itu yang aku rasa. Mungkin untuk mengukur perubahan itu secara simple ialah dengan melihat jualan akhbar utusan.

Selepas beliau membidas orang politik yang mahukan umno menolak Perkasa, aku rasa tidak kedengaran lagi suara sumbang yang ingin menjadi jaguh. Najib sendiri diam membisu bila disinis. Itulah Mahathir.

Bukankah melawan Perkasa seperti melawan Mahathir…? Siapa Mahathir dalam Perkasa.? Akal sama seperti Nazri Aziz. Semuanya untuk tekak masing-masing.

Tapi kan.. bila Mahathir membicarakan tentang kuasa, sekurang-kurangnya apa yang aku tulis bukanlah sesuatu yang mengarut. Kira akal aku waras untuk berfikir.

Nurrul Izzah mencabar Mahathir berdebat..? rasa lawak tahap cipan budak ini. Anak dengan bapak sama je. Hidup baru nak kenal dunia.... dah berlagak macam jasa menggunung. Cehh...

Mengapa orang melayu menyokong minah senget ni..? Mengapa orang melayu menerima idea menghapuskan keistimewaan orang melayu.? aku langsung tak faham. Orang Pkr tak sedar ke Pkr ini ialah parti ANWAR Sdn.Bhd.?

“Data ekonomi Melayu membuktikan bahawa bila-bila masa sahaja orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika Umno dibiarkan terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.”

Satu nak hapuskan kuasa melayu dan puak satu lagi menuduh umno.? Apa citerr.. bukankah memperbodohkan masyarakat. Untuk melayu kenyataan lain... dan untuk bukan melayu versi lain.

Sebenarnya, malas nak baca harakah. Kenapa.....

Keadaan itu, katanya, diburukkan pula dengan kerakusan parti perasuah mencari habuan untuk kepentingan peribadi termasuk merasuah sesama sendiri bagi mencari sokongan untuk berkuasa.

Inilah ayat-ayat untuk menjerat rakyat terpedaya. Semua ayat dalam harakah akan seperti ini. Walhal..... semua apa yang mereka cakapkan ialah diri mereka sendiri. Shit..

Cuba perhatikan.....

Beliau bagaimanapun yakin lebih ramai orang Melayu akan menyedari bahawa mereka menjadi mangsa penipuan Umno jika pendedahan data ekonomi Melayu menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.


"Pemimpin Umno sendiri yang mengakui bahawa data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu akan menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.

Lidah pembangkang semuanya sepesen dengan Mahpos ini. Kata umno selalu memfitnah... tapi diri sendiri yang memfitnah. Ok...... aku ungkaikan ayat ini untuk menyatakan dia memfitnah.

Dia kata “ menjadi mangsa penipuan, tapi kalau umno dah mengakui... boleh ke kita kata menipu.?

Wei.... Naib Presiden akal sejengkal. Kalau aku pembangkang, malu aku cerita pasal ekonomi. Silap2 melayu di Kelantan itulah penyumbang kegagalan melayu. Cerita FDI merundum, takde peluang pekerjaan.... macam dia la pakar ekonomi.

Ko menyindir Nik Aziz yea.... hahahhaa...

/me cari makan dengan tidak membelit orang

No comments:

Post a Comment