Monday, September 27, 2010

parti suci

Umno yang dikatakan bobrok takde la sehina Pkr. Pemilihan Pkr kali ini menunjukkan sebenar wajah sebenar parti yang dikatakan suci. Terima Kasih para perwakilan kerana kamu semua membuka topeng siapa diri kamu, bos kamu dan parti kamu yang kamu anggap parti masa akan datang.

Dakwaan Anwar main belakang dalam menentukan siapa layak menang dalam pemilihan adalah bukti bahawa Parti Keadilan adalah parti Anwar Ibrahim dan keluarga. Parti ini bukan parti untuk rakyat. Dakwaan parti ini mengamalkan demokrasi adalah omongan semata-mata. Ini dibuktikan dengan kenyataan Zaid Ibrahim sendiri dalam isu ini.

Kalau tidak masakan ramai sangat yang menarik diri dalam saat akhir.? Bukankah ada tangan kotor yang memainkan peranan.?

Pemilihan Pkr kali ini dipenuhi dengan pelbagai masalah. Dari pergaduhan mulut, bertumbuk, buang kotak undi dan mesyuarat digantung. Tapi ini semua tidak mengejutkan aku… kerana aku tahu kebanyakan penyokong Pkr sememangnya. berperangai sebegitu.

Itulah hasil didikan yang diberi oleh Anwar. Didikan jalanan.

Ramai nama besar tewas dalam pemilihan kali ini. Salah satu daripadanya adalah Kamarul Baharin MP Teluk Kemang. Dulu aku kata MP ini tak boleh pakai, dan hari ini orang Pkr sendiri yang menolak beliau.

Apapun aku melihat disebalik kekalan beliau kepada M.Ravi Adun Port Dickson. Ini menandakan kemungkinan MP Teluk kemang akan di isi oleh bukan Melayu. Kalau benar telahan aku, ada pro dan kontra dalam hal ini terutama desakan Umno untuk mengambil kerusi dari MIC.

Mengapa Kamarul kalah..? ting tong ting tong….. penyokong melayu bersorak di luar gelanggang sedangkan orang India sudah bergerak ke depan.

Opss…. Dua perkara penting untuk aku membuktikan bahawa bukan sahaja umno perkauman tapi pembangkang itu sendiri masih dalam perkauman.

Pertama ialah majoriti pengundi Parlimen Teluk Kemang adalah melayu. Tetapi harus di ingat, kawasan Bagan Pinang dan Teluk Kemang adalah kawasan melayu dimana kawasan ini dikuasai oleh umno.

Oleh itu penyokong Ravi adalah terdiri dari Port Dickson dan kawasan sekitarnya dimana kawasan ini adalah kawasan bukan melayu. Jadi…. Masakan mungkin orang bukan melayu akan mengundi orang melayu..?

Kedua dan teramat penting ialah bukti melayu akan kehilangan kuasa. Jika ditakdirkan pembangkang menang dalam Pru akan datang, undi kaum mana akan menang.?

Opss…. Aku tahu. Aku cerita Teluk Kemang dan aku tak boleh nak samakan dengan tempat lain.

OK la camni. Apa yang aku fikir ialah jika Mahathir gagal membuka mata orang melayu, pembangkang akan menang atau negara akan dibentuk dengan konsep kerajaan campuraan.

Bayangkan apa akan jadi kalau semua MP bukan Melayu bergabung.? Adakah PAS mampu mengawal keadaan.? Tolonglah… Dap akan jadi parti dominan kerana mereka akan menang di setiap kerusi.

Fikirlah, bila PM atau MB negeri diperintah oleh parti bukan dominan. Alkisah Nizar lembu di cucuk hidung akan berulang. Jangan harap Anwar. Bila2 masa dia akan kena tendang. Politik macam-macam boleh berlaku.

Apakah nasib melayu..?

Hakikat pada satu kenyataan ialah apa yang terjadi pada pemilihan Pkr kali ini ialah trajedi perebutan kuasa. Bukan kuasa dalam politik sahaja…. Akan datang ialah kuasa segalanya.

Terpulang pada melayu. Kalau jalan gelap yang dipilih…. Maka lubang hitam kita hadiahkan untuk anak cucu kita.

/me perintah 2 negeri huru hara…. Kalau perintah negara.?

No comments:

Post a Comment