Wednesday, September 8, 2010

republik malaysia

Sayu je bila tengok gambar Kampung Permatang Tepi Laut dalam utusan. Satu lagi kampung bakal terkorban di atas nama pembangunan. Satu persatu kampung melayu dihapuskan. Tak ubah seperti penghapusan etnik.

Aku tak nak komen apa yang dibuat oleh guan eng. Sebab dia dah dipilih oleh rakyat termasuk la orang melayu itu.

Nik Aziz bukan saingan Guan Eng. Walau Nik Aziz sudah memerintah 20 tahun tapi rakyatnya bertempiaran lari mencari rezeki. Guan Eng orang Dap dan tugas Dap hendak menghancurkan melayu. Itu falsafah mereka.

Kalau dulu orang cina hanya diberi Kg Baru, sekarang giliran cina pula bagi taman perumahan baru kepada melayu. Mungkin itu dendam mereka. Secara lembut mereka akan merampas apa yang melayu ada. Apa yang ada pada melayu hanya satu... kuasa.

Andai hilang kuasa, maka bumi dipijak milik orang. Merempat la anak-anak aku dibumi sendiri.

Pembangkang terutama orang Pas berlagak seperti mereka anti racis. Walhal merekalah puak yang mengkafirkan orang kerana pemerintah berkerjasama dengan bukan Islam. Walau Pas lebih besar dari Pkr tapi dari segi politik, Pas tertinggal jauh dibelakang. Pas hanya menjadi parti penumpang dan bukan parti utama.

Mengapa aku bengang dengan Nik Aziz. Dia dilabel ulama. Tapi macam mana seorang ulama boleh bercakap berbelit semata-mata untuk kepentingan politik. Dulu dia hentam umno dan mengkafirkan umno kerana berkongsi kuasa. Tapi kini mengapa beliau pula yang melukut di tepi gantang dengan Dap. Sama la isu arak. Dulu kata tak boleh... haram katanya hasil negara ada arak. Tapi bila dia meluluskan premis arak, hadis ‘penghalalan” dikeluarkan. Uh...

Guan Eng akan terus memerintah Penang untuk jangka panjang. Guan Eng bukan keseorang dalam menjaga Penang. Semua bisnesman orang cina. Masakan orang cina akan membiarkan kepentingan dan masa depan yang lebih gemilang bagi bangsa dia tidak dijaga..?

Apa jua alasan, Nik Aziz gagal dalam memerintah Kelantan. Seperti yang aku kata dulu, Umno terpaksa menarik Gerakan dalam BN kerana kepentingan negara. Jika diteliti, Umno kerap kali hilang suara pada Gerakan. Kalau dulu Gerakan mampu menjana penang walau ia parti pembangkang, mengapa ekonomi Kelantan tercungap-cungap..?

Penyokong Pas sering melaungkan negara Islam, tapi sedarkah mereka bahawa itu hanya gimik politik untuk Pas menarik penyokong.? Aku percaya pemimpin Pas sedar bahawa mereka tidak mampu melaksanakan negara Islam tapi kerana kepentingan politik mereka sengaja mendiamkan diri. Lupakah kita dengan apa yang dikatakan oleh Nizar dalam dewan..? Mengapa Pas tidak meminda perlembagaan bahawa penubuhan Islam sebagai tujuan penubuhan Pas.?

Siapa Nurul Izzah.? Budak mentah tapi berbicara tentang perlembagaan negara baru.? Bapak borek anak rintik. Mungkin Dap ada membicarakan pada Anwar “ Perdana Menteri ” itu kecik... apa kata Anwar jadi Presiden Malaysia..?

Mereka semua ini merosakan negara. Semua ini agenda peribadi. Orang melayu dimomokan dengan pembangkang dengan ayat-ayat seperti fitnah, kroni, korupsi dan segala macam ayat-ayat yang membingitkan telinga rakyat. Walhal... isu ini isu basi. Bukan umno sahaja yang membuat perkara buruk, pembangkang cakap tak serupa bikin. Anwar, Azizah, Nurul Izzah... ini semua parti anak beranak. Bukan kroni ke namanya..?

Apa yang melayu nak sehingga semua perkara hendak digadaikan.?

/me indahnya suasana di kampung....

No comments:

Post a Comment