Friday, October 15, 2010

"Bapa Konspirasi"

Ini tulisan bukan dari utusan tapi blog pembangkang.

Jika sekali pandang ia memang ia sekadar tulisan biasa bagi seorang blogger. Tapi bagi mereka yang diatas pagar dan sering menghentam umno secara membuta tuli...... aku buktikan kenapa kita melayu perlu racis.

" Katanya, pencalonan untuk Naib Presiden terlalu ramai sehingga mencecah 30 calon atau lebih. Ini akan memberi ruang yang amat sedikit kepada beliau untuk menang.

"Saya dapat maklumat Tian Chua akan bertanding menggantikan Dr Lee Boon Chye dan undi kaum Cina akan memihak kepada Tian.

Manikavasagam juga akan turut serta dan undi kaum India juga akan memihak kepada beliau.

‘Manakala undi wanita sudah tentu akan memihak kepada Fuziah Salleh yang memperoleh pencalonan terbanyak untuk jawatan ini." jelas beliau.

Selain itu menurut Shamsul, pencalonan dari cabang Selangor yang merupakan saluran pengundi Melayu paling ramai juga tidak memihak kepada beliau iaitu sebanyak empat pencalonan sahaja."
Inilah basic perkiraan yang perlu diambil kira bagi seseorang calon. Ok mari kita lihat mengapa terjadi orang cina masih memihak pada orang cina dan orang India memihak pada orang India.?

Kalau selama ini mereka kata tidak racis... bukankah ini buktinya. Walau Pkr dianggotai oleh pelbagai kaum, tapi mereka masih dibelenggu dengan racis yang menebal.

Mengapa kita terhegeh-hegeh menggadaikan bangsa kita.? Apa kita nak jawab dengan anak cucu kita..?

Mari kita fikir lagi.

Aku tak pasti adakah Kuala Selangor sahaja pengundi Melayu yang ramai. Tapi jika diteliti kenyataan tersebut, mengapa dia masih mengharap lagi pengundi melayu.? fikirkan la. Kekadang seburuk-buruk adik beradik bila susah mereka jua yang kita cari. Bila kita susah, melayu juga yang tolong kita. Bukan bangsa asing tolong kita. Kalau ada sekalipun, mereka hendakan balasan.

Kenapa perlu ada " Anwar tiada halangan ".
" Ditanya mengenai apakah beliau telah memaklumkan kepada Ketua Umum, Anwar Ibrahim untuk bertanding mempertahankan jawatan, beliau berkata Anwar tidak memberi sebarang halangan. "
Anwar adalah seorang ditaktor. Pkr adalah parti Anwar sdn.bhd. Sepatutnya dalam pertandingan 'keizinan" tidak perlu dipinta. Semua terbuka pada ahli dan terpulang kepada mereka sendiri untuk menilai kemampuan masing-masing.

Kalau tidak silap aku, Nurul Izzah tidak layak bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden. Kenapa.? Aku ada terbaca kes pengundian perwakilan di Sibu. Mengapa ia lewat dihantar.? Bukankah ia dirancang untuk memberi laluan pada Azmin.?

Kenapa Anwar hendak Azmin menang..? Kenapa Anwar tidak mahu memberi laluan politik kepada anaknya sendiri.?

Lihat dengan mata hati. Kita akan lihat siapa sebenarnya Anwar karipap. Dia buat Pkr ini syarikat dia. Semua ahli mereka adalah boneka. Pengikut atasan mereka semuanya hanya untuk memenuhi poket masing-masing. Adalah mustahil si Samsul ini menarik diri untuk bertanding semata-mata keiklhasan. Bukankah niatnya hanya berkehendakan jawatan..?

Mereka akan kata, " umno dah kenyang, kali ini biar mereka pulak perhabis."

Ingatlah.... apa itu perhabis. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk menumbangkan umno. Lihat sahaja Anwar, siapa kawan-kawan mereka di Amarika..? semuanya adalah hantu-hantu untuk merosakan negara. Adakah dengan memburukan negara perkara yang baik.?

Seburuk-buruk umno, ramai juga melayu yang berjaya walaupun melayu itu lupa diri.
fikirkan la.... sebelum terlewat...... politik itu politik dan jangan sesekali kepentingan kita tergadai.

/me Anwar bapa konspirasi.

No comments:

Post a Comment