Sunday, October 17, 2010

Bar council

Aku kurang pasti status bar council. Setahu aku ia badan bebas. Walau kenyataan mereka banyak menyokong pembangkang, aku tak boleh kata mereka pembangkang. Memang aku ada baca majlis peguam dan banyak lagi persatuan kristian memberikan surat sokongan kepada Anwar ketika pru yang lepas. Tapi aku masih cuba untuk mengelakkan majlis ini adalah pro pembangkang.

Apa motif Bar council menggantung banner seperti ini.

Kalau ia badan bebas mereka tidak seharusnya menggantung banner yang boleh membuat sebarang provokasi terutama kepada kerajaan. Bar council amat penting kepada negara kerana majlis ini yang menguruskan pengamal undang-undang negara.

Kalau mereka terlibat dalam politik, mereka tidak lagi bebas dalam menegakkan undang-undang. Disini aku setuju dengan pandangan Perkasa bahawa badan ini harus diletakan dibawah kementerian Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga kepentingan awam.

Selama ini Bar council bebas menjalankan aktiviti mereka. Mereka seperti kebal untuk dikenakan tindakan undang-undang. Lihat bagaimana pembunuh Sosilawati. Hanya kerana suspek utama adalah peguam maka polis terpaksa mengambil masa yang lama.

Selalunya orang yang mempunyai kabel politik dan atau duit yang banyak akan terlepas daripada undang-undang. Orang seperti aku biasanya akan teraniaya. Inilah beza orang putih dengan kita. Rasuah sana sini. Bukan sahaja kerajaan, pembangkang juga tidak lari dari budaya ini. Siapa orang yang dikatakan lelaki kemeje kotak merah seperti yang dikatakan oleh Mso..? Bukankah Husam orangnya yang cuba merasuh polis Indonesia..?

Rakyat tidak kisah akan hal ini. Tapi sebenarnya ia perkara penting untuk diuruskan. Kalau pengamal undang-undang terlibat dalam politik atau cuba menyebelahi sebelah pihak, maka undang-undang negara adalah milik mereka.

Adilkah kita sebagai rakyat. Sana sini ditindas. Kerajaan perlu membetulkan keadaan ini. Jika tiada undang-undang yang berkaitan untuk meletakkan majlis ini dibawah kementerian kerajaan, maka undang-undang negara perlu digubal.

Senang cerita, kalau mereka boleh untuk bias mengapa kerajaan tidak boleh..?

/me anti jenayah

No comments:

Post a Comment