Saturday, October 16, 2010

budget rosmah mansur

Ada apa pada budget 2011.?

Walau sekadar saguhati Rm500 kakitangan awam masih perlu bersyukur. Sekurang-kurangnya ada duit untuk anak masuk ke sekolah. Tak cukup..?

Meh aku nak cerita. Percaya atau tidak, pemegang diploma pekerja swasta seperti aku masih bergaji seperti seorang pemandu kakitangan kerajaan. Itu hanya basic salary dan kalau diukur dari segi take home pay... uh.... kami jauh ketinggalan.

Ditempat aku, kami berjuang untuk mendapatkan pelarasan. Berjuang bukan mahukan elaun setinggi elaun kerajaan tapi cukup memadai dengan gaji yang setimpal dengan kemahiran yang dimiliki.

Bertahun dulu aku mendesak kerajaan agar mengkaji semula skim upah dan gaji di Malaysia. Opss.. macam la blog aku dibaca oleh orang. Bukan mendesak kerajaan tapi aku menjaja cerita ke sana ke mari.

Bila aku bangkitkan sehingga ke peringkat perwakilan kesatuan sekerja, semua member blurr dengan apa yang aku katakan. Melihat aku dengan pandangan sinis. Adehh... aku pulak yang dipandang serong. Aku tak salahkan mereka. Mungkin mereka tidak nampak apa yang aku nampak.

Akhirnya selepas 2 tahun kisah aku kena sembur di perwakilan sekerja, baru la pelarasan dibuat. Apa yang aku fikirkan sememangnya berlaku. Orang lama seperti aku dalam kerugian. Memang rugi besar. Jurang gaji aku dengan orang baru hanya setakuk. Kecewa tidak sudah......

Kesimpulanya.... Skim gaji tidak boleh dilengahkan kalau kita ingin melihat kesinambungan kemajuan negara.

Tiada yang istimewa dalam budget ini. Mungkin memang sesuai ia dinamakan budget Rosmah Mansur. Sepatutnya kerajaan membuat pemangkin pendapatan tapi aku tidak nampak pemangkin itu. Kalau ada sekalipun ialah pengurangan cukai jalur lebar. Selebihnya ia hanya budget seperti membeli keperluan dapur.

Budget teknologi hijau. Ermm.... sampai la ni aku tidak nampak hasil yang memberangsangkan. 1 Juta 2 juta 3 juta 4 juta diperuntukan untuk biodiosel tapi dimana perlaksanaanya.?

Selebihnya apa intipati budget 2011..? tower 100 tingkat..?

/me tak kisah hapus cukai telepon..... kawan pakai nokia 3310.

No comments:

Post a Comment