Friday, October 22, 2010

dianiaya tapi digelar Pak Pandir

Pandir ditipukan oleh Zaid. Memang Pandir tidak layak untuk memerintah negara. AKu nak tanya pada Mso, kalau Pandir tidak boleh memerintah negara layak kah seorang penipu itu memerintah negara..?

Kalau selama ini pembangkang menyatakan institusi kehakiman dikongkong oleh Umno, sudah pasti Zaid sudah masuk ke dalam. Oleh kerana umno Kota Baharu percaya akan Zaid maka semua dokumen hak milik di serahkan kepada Zaid.

Dalam kes ini, Zaid adalah orang yang pecah amanah sementara Pas ialah seperti orang yang membeli barangan curi. Itu sudah jelas. Bukan Pas tidak tahu akan hal ini. Ketamakan dunia membutakan mata mereka. Malah mereka begitu bangga membeli barangan curi.

Zaid tidak ubah seperti pembunuh Sosilawati. Kepercayaan diganti kemungkaran. Harapkan pagar, pagar makan padi. Memang shit....

Adakah pemilihan Kuli adalah kepandiran Umno atau Tok Pa.?

Aku kata tidak. Tapi ialah satu tindakan bijak yang dibuat oleh umno. Ini juga bukti kepimpinan umno lebih flexsibel dari pembangkang. Ini juga bukti bahawa umno mempunyai ramai orang yang berwibawa. Kalau orang Pas memerlukan title orang besar untuk menjadi pengarah tapi bagi umno, sesiapa pun boleh asalkan dia berkemampuan.

Kalau Mso mempertikaikan kenapa bukan Mustapa Muhamad sebagai pengarah Pilihanraya, itu adalah strategi politik masing-masing. Dalam pertandingan memerlukan pengurus yang hebat untuk menang. Kalau pilihanraya ini aku ibaratkan perlawanan bola sepak, salahkah pengurus pasukan menukar ketua pasukan mengikut keadaan semasa.?

Hakikatnya, seorang guru yang bagus tidak semestinya akan menjadi engineer yang bagus. Sama seperti Tengku Razaleigh. Mungkin dia bagus untuk umno Gua Musang tapi tidak semestinya dia bagus untuk Umno Kelantan.

Inilah yang dikatakan oleh Dr. Asri. Politik membuka kain orang. Parti sendiri tunggang langgang.

/me isu politik masih disajikan isu basi.

No comments:

Post a Comment