Wednesday, October 6, 2010

Galas << Pas takut kekalahan >>

Nik Aziz melatah lagi. Bila Nik Aziz melatah pengikutnya pun melatah. Penyokong tegar memang camtuh. Tak mampu nak berfikir sendiri. Waala tak mengikut tempat.

Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul.

Apa yang tak betulnya. Salah ke bertanding di peringkat Dun..? Dan sejak bila politik ikut darjat..? Bukankah beliau juga bertanding di Dun..? Sejak bila Nik Aziz hormat kerabat..? Raja sendiri pun tak hormat. Nampak sangat takde idea politik...

Kalau orang umno mengulas, kita akan lawan habis-habisan. Takde la ulasan seperti ini. Dan kenyataan kedua oleh MB tak nak turun tahta bahawa Pas sebenarnya takut kalah.

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 4 November nanti.

Mengharap Ku Li tidak bertanding..? takut kalah kan..? buktinya awal-awal lagi PAS membuka langkah dengan menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Sejak bila Pas nak perpaduan orang melayu.? Bukankah mereka yang memperlekahkan melayu..?

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz, berkata PAS tidak akan memberi kemenangan percuma jika Tengku Razaleigh menjadi calon dalam pilihan raya kecil itu.

hahhaa.... mengapa perlu ada istilah kemenangan percuma..? Bukankah ia ayat untuk pihak yang memiliki kekurangan sokongan..?

Maka kemungkinan orang asli dipertaruhkan. Alasan lain aku tak nak dengar. Sebab aku tahu, ia tidak ubah untuk menutup malu jika berlaku kekalahan. Bukankah Pas selalu menyalahkan orang lain jika berlaku kekalahan..? Bukankah apa jua isu, Pas akan terus menuding umno.? Pernah dengar Pas muhasabah atas kekalahan.?

Kedua, penyokong pembangkang akan spin isu memperlekehan umno dan Ku Li. Bertanding dengan orang asli. Kalau orang asli itu berpendidikan aku boleh terima... kalau tidak..? Pas seperti memperbodohkan orang Galas.

Begitu juga kes Anwar. Logik ke alasan Anwar untuk menggugurkan kes liwatnya..?

PEGUAM KANAN Karpal Singh menggesa Peguam Negara mengunakan nolle prosequi (hentikan pendakwaan) ke atas kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikutan percabangan antarabangsa seperti yang dinyatakan oleh usahawan Britain, Sir Richard Branson.

Fikir la sendiri, Karpal mulut berbelit pun dah tak tahu camne nak putar lagi. Kalau dah salah, alasan tak munasabah pun jadi la.

/me Pas seperti ayam berak kapur.

No comments:

Post a Comment