Friday, October 8, 2010

Serambi Mekah

Program Bulan Sembahyang.

NIk Aziz sewajarnya meletak jawatan. Beliau sepatutnya malu terhadap diri sendiri. Memerintah Kelantan 20 tahun tapi tiada sebarang kemajuan di banggakan. Pembangkang sering melihat kuman di seberang, tapi bau bangkai gajah di hujung hidung sanggup dihidu.

Pembangkang seringkali melalak “ 50 tahun memerintah, apa ada pada Malaysia.?” Bukankah mereka ini orang yang angkuh. Berkereta besar sana sini tapi bertanya apa kemajuan Malaysia. Negara lain bersaing untuk membuat litar lumba tapi kita sudah lama memiliki.

Bayangkan kalau negara ini diperintah oleh Nik Aziz.?
Malaysia akan jadi negara Islam dan menjadi contoh kepada negara lain..? Siapa nak tengok kalau Bandar kita seperti pekan koboi.? Kalau Pas sering menuduh umno gagal membina ummah, bagaimana dengan Pas..? Berjayakah mereka.?

Sementara itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita apabila hanya 31 peratus masyarakat Kelantan cukup solat lima waktu sehari mengikut satu kajian yang dilakukan tahun lepas.

Menurutnya, daripada jumlah 1,740 pelajar luar bandar yang dijadikan responden, hanya hanya 50 orang atau 2.8 peratus sahaja mengaku solat lima kali sehari.

“Kajian itu juga merumuskan hanya enam peratus rakyat Kelantan yang mengimarahkan masjid untuk solat berjemaah,” ujarnya.


Menurutnya juga perkara seperti itu malangnya berlaku di Kelantan yang dikenali sebagai Serambi Mekah

Data ini bukan dari utusan tapi dari Harakah. Adakah harakah berbohong.? Perlu ke aku mengulas.?

Adakah Kelantan tidak ada masalah sosial.?

KOTA BHARU – Buruh binaan berusia 21 tahun dipenjara 18 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merogol adik kandungnya di Pasir Puteh, 22 September lalu.

Hakim Rofiah Mohamad memerintahkan hukuman terhadap, Muhamad Rosli Rosdi berjalan mulai tarikh tangkapan 26 September lalu.

Muhamad Rosli mengaku salah melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Wakaf Lanas, Pasir Puteh, pada jam 10 malam, tarikh berkenaan.


/me benci orang hiprkrit

No comments:

Post a Comment