Tuesday, November 23, 2010

bersyukurlah

45.Oh Ya, sebelum itu, pegawai ISI tadi sempat menanyakan kawan saya mengenai Malaysia dan menyatakan kekaguman mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. tempur
Dunia luar amat menghormati Mahathir. Tapi dinegaranya sendiri, Mahathir dikecam hebat, dihina dengan pelbagai gelaran yang tak masuk akal. Walau pelbagai tomahan dilemparkan kepada beliau, Mahathir tidak berkecil hati apatah lagi menyaman rakyatnya. Tapi senario politik sekarang….. kena cuit skit, terus nak saman.

Baru-baru ini ramai pengarah imigresen yang ditukarkan atau didakwa. Tindakan ini agak lewat. Sudah terlalu banyak kawasan sudah ditawan oleh pendatang asing. Semua ini adalah gara-gara sikap tamak oleh sebilangan orang yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara.

Secara peribadi, hukuman lebih setimpal perlu dikenakan kepaada orang yang mengorbankan keselamatan negara. Tatkala perajurit berkawal menjaga keselamatan, kita orang yang berkolar putih bertindak menjadi bandit.

Kenapa aku tak nak pembangkang memerintah.?

Jika pembangkang memerintah, maka secara tidak langsung, Dap akan memerintah. Walau kuasa Atm ditangan oleh Duli, namun secara tidak langsung Dap akan mendapat sedikit akses maklumat akan kekuatan senjata atau startegi kita.

Aku bukan prejudis tapi pandangan aku bersikap iri hati tentang keselamatan. Dap dan PAP Singapore adalah seperti adik beradik. Jika maklumat penting bocor, maka keselamatan rakyat kita secara tidak langsung akan terancam.

Peperangan tidak semestinya dimenangi oleh pihak yang mempunyai bilangan senjata. Kekadang startegi yang bagus mampu menewaskan pihak yang berbekalkan senjata yang terkini.

Senjata Atm kita kecil jika dibandingan dengan negara lain. Setiap tahun, kebanyakan negara luar memperuntukkan sebahagian besar belanjawan negara ke arah keselamatan tapi sebaliknya terjadi Malaysia.

Ramai rakyat kita memperlekehkan Atm kita. Walau saiz senjata kita kecil, pengurusan ATM kita adalah yang terbaik. Mereka mempergunakan sepenuhnya sumber yang ada. Ibaratnya jika kita bermain game komputer, jet kita mampu menembak banyak musuh.

Inilah peperangan.

/me Bersyukurlah dengan kenikmatan yang kita ada.

Saturday, November 20, 2010

Pakatan Haprak.

Angkara politik melayu Penang tersepit. Aku tak salahkan melayu penang. Dalam Pru yang lepas, umno tak kalah. Parti kompenen BN yang kehilangan kerusi.

Situasi di Penang didorong sentimen politik seluruh negara. Pembangkang terutama Pas tidak berasa untuk membela melayu Penang. Mungkin kerana Pas beranggapan mereka hanya mempunyai satu kerusi di Penang, maka Pas merasakan mereka tidak bertanggungjawab ke atas Penang.

Kalau ini dijadikan iktibar, sememangnya Pas tidak boleh diharap. Parti mereka bukan untuk membela. Yang ada dalam kepala pemimpin mereka ialah merebut kuasa dari umno.

Pas bukan sahaja berdogeng tapi Pas telah menipu orang Islam. Mereka kata mereka hendak menegakkan Islam tapi sebaliknya para pemimpin tahu bahawa semuanya dusta.

Bagaimana hendak tubuhkan Islam kalau kerusi yang ditandingi jauh lebih kurang dari Pkr.? Alasan musyawarah dalam pakatan adalah tidak boleh diterima tapi sesuai dijadikan bukti sememangnya parti ini bebal dalam berpolitik dan dijadikan kaldai oleh Anwar.

Kuasa pembangkang mengikut tempat dan negeri. Sebab inilah mengapa Pas seperti kucing kurap di Penang. Jika ini dijadikan fakta, wajarkah Pas dianggap sebagai parti yang mampu menggantikan tempat umno..?

Diberitakan kerusi Pas kurang adalah disebabkan Dap mengatakan Pkr parti orang melayu. Butakah Pas dalam hal ini.? Berapa banyak Bala dalam Pkr..?

Aku tak perlu nak komen Pkr. Seharusnya orang sudah sedar isi dalam Pkr. Kalau Anwar boleh mengutuk negara sendiri apatah lagi watak orang bawahan mereka.

Slogan “merakyatkan “ bukan untuk rakyat. Tapi untuk tembolok mereka sendiri. Aku setuju dengan kenyataan Dr. Khr. “ dulu Bn tidak benarkan aktiviiti melombong pasir di tanah kerajaan. Kerajaan hanya mengenakan royalti kepada orang perseorangan yang menjalankan aktiviti tersebut.”

Kalau sebelum ini kerajaan BN Selangor mampu mengutip cukai 10 juta, aku kira jauh lebih baik dari sekarang. Tanah tergadai tapi untung tidak seberapa. Kalau tidak silap aku, untuk satu lori, KSSB hanya mengenakan RM10 sedangkan satu lori pasir dijual dalam 2ratus. Kalau sehari penjualan pasir boleh mencecah beratus2 lori.... siapa yang mendapat untung..?

Sebelum ini mereka mendakwa pendapatan penjualan pasir akan mencecah 100 juta, tapi untuk 6 bulan pertama mereka hanya berjaya mengutip 10 juta. Ermm… syarikat belum mendapat untung, pengarah sudah mendapat bonus 6 bulan…. Uh… merakyatkan ke..?

Masyarakat memerlukan perhatian, tetapi Pkr mengajak rakyat berpolitik sepanjang masa. Entahlah…. Hanya kerana seorang, Pkr sanggup berkumpul beramai-ramai mengutuk..? hahhaha…. Itulah sebenarnya Parti yang dinamakan Parti Keadilan. Hanya pandai membuat kecoh tapi tak pandai berkerja.

/me Anwar dajjal Melayu..?

Sunday, November 14, 2010

Kebebasan Media ( Hata Shit )

Kebebasan media.

Aku teringat akan pandangan Presiden NUJ. Kerajaan menyekat kebebasan media dengan pelbagai akta termasuk akta hasutan. Sekatan ini antara satu faktor mengapa industri berkaitan tidak berkembang.

Setiap perkara dalam dunia perlu ada sekatan sebagai panduan. Al-Quran adalah panduan dan sunnah Nabi dijadikan pedoman. Agama juga ada "akta" halal dan haram. Segalanya " akta " tersebut adalah demi menjaga kebajikan umat di dunia dan di akhirat.

Apa justifasi kebebasan yang cuba dinyatakan oleh Hata Wahari.? Adakah kerana permit Suara Keadilan disekat..?? Atau bilangan percetakan Harakah hanya kerana 2 kali sebulan.?

Pandangan aku mungkin prejudis kerana aku ahli umno. Tapi ada apa dengan harakah. Kebanyakan info dari akhbar tersebut adalah tulisan yang suka menghentam kerajaan selain menyalahkan orang lain.?
Harakah tidak membina jati diri masyarakat. Kalau alasan ia akhbar untuk parti, tidak cukupkah kalau ia diterbitkan 2 kali sebulan. Sebelum ini Harakah tidak menggunakan peluang yang diberikan oleh kerajaan. Sebaliknya mereka semakin kuat membuat propoganda tanpa menyelitkan info yang berilmu kepada pembaca.
Walau Sinar tidak menyebelahi kerajaan, mengapa kerajaan memberikan permit harian.? Adakah maksud kebebasan itu sehingga kerajaan memberikan kebenaran penerbitan seperti majalah Playboy.?
Saudara Hata... realistik skit. Kita hanya gah pada prasarana tapi mentaliti rakyat sebenarnya mentaliti kelas ketiga.. Kalau pembangkang menuntut kebebasan, mereka sendiri tidak bebas dalam menyampaikan berita.
Apa pendapat Hata tentang larangan utusan, berita harian dan tv3 oleh kerajaan Kedah.? Persidangan Dun adalah perkara penting, akan tetapi mereka melarang melaporkan perkara sepenting ini. Kalau ia dijadikan landasan, kemungkinan mereka lebih teruk dari kerajaan sekarang.
Kalau benar mereka bebas, kenapa negeri pakatan memboikot utusan..? adakah ini bebas..? butakah hata dalam menilai.? pengalaman kerja 15 tahun adalah pengalaman penulisan, dan bukan pengalaman sebagai pentadbir atau pengurusan. Jadi saudara Hata tidak perlu berbangga dengan pengalaman tersebut.
Saudara Hata.....
Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan ( NUJ ). Tugas presiden kesatuan bukan menjadi duta pembangkang.Tugas seorang presiden kesatuan adalah menjaga kebajikan wartawan. Banyak lagi masalah wartawan yang tak terbela.
Hata... tak perlu aku nak menulis keluah wartawan. Aku malu untuk menulis. Wartawan di Malaysia tidak ubah seperti anak ayam kehilangan ibu. Malah ramai wartawan di luar sana tidak tahu apa itu "kesatuan". Aku malu Hata.... union ko teruk. Kerana apa.? sebab semua presiden2 NUJ semuanya seperti kitol.
Saranan aku...... jagalah kebajikan wartawan. Tak perlu jadi beruk. Ko dipilih untuk membela mereka, dan bukan melalak seperti pembangkang. Belajar dari Omar Osman dan bukan dari Anuar Karipap.
Hata, ko baca ni. Bayangkan kalau pembangkang memerintah..?
PULAU PINANG 12 Nov. - Buat pertama kali dalam sejarah persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, sebuah akhbar dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atas alasan menyiarkan laporan palsu. utusan.
Siapa yang menggelarkan Mahathir Mahazalim..? mengapa tidak ada seorang pun kena tangkap oleh polis..? Kalau baca harakah semuanya kerana fitnah umno. Ceh.... macam bagus pembangkang ini. Telus konon..... aku nak tanya pembangkang. Apa motif kerajaan Penang mengeluarkan surat kepada semua ketua jabatan senarai kontrator yang berkaitan dengan umno.?
GEORGETOWN 11 Nov. - Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengakui mengeluarkan sepucuk surat kepada semua ketua jabatan kerajaan negeri yang menyenaraikan kontraktor yang ada hubung kait dengan UMNO. utusan.
Telus ke Hata...??????? porahhh.... ekor ko penuh tahi...
/me wartawan giler glamer.....

Thursday, November 11, 2010

Kelantan Maju 2027

"Buat kerja cara Islam kalau dah orang Islam", lebih kurang begitulah bunyi ayat akhir MB sebelum meluru masuk ke biliknya tanpa menyatakan yang sidang sudah berakhir. Malah dia menuduh media berbohong apabila bertekak dengan wartawan RTM.
Kedengaran juga suara-suara wartawan berkata ' kami tak berbohong', 'kami lapur apa yang kami nampak dan beritahu'. MB naik geram apabila kedengaran suara-suara tersebut dan menyuruh media bertanya dia tentang tindakan kerajaan negeri Kedah. Tetapi apabila wartawan kata 'kami nak tanya MB la ni'. Dia terus jawab yang dia tak mahu jawab.
Ekekke.... macam cerita kanak². Merajuk tak kena pada tempat.

Bila “tangan” Anwar membawa Felda ke makamah, aku teringat bekas jiran aku satu ketika dulu. Dia berpindah ke Felda serting 25 tahun lepas. Sebelum dia berhijrah, dia bekerja di sebuah kilang batu bata. Dia bertegas ke Felda dengan harapan dia mampu mengubah nasib keluarganya. uhh... skemanya tulisan aku.

Dia suka sembang dengan arwah ayah aku. Meluahkan perasaan susahnya duduk di felda. Hujung bulan gaji habis kena potong hutang koperasi. Ambik barang dulu hujung bulan baru bayar. Kira sistem buku 555.

Itu cerita dulu. Cerita sekarang rumah dia dah besar. Semasa sawit tengah naik, ada peneroka mendapat pendapatan sehingga 5k sebulan. Beliau amat cermat dalam berbelanja. Kalau orang lain dah pakai kereta mahal, dia guna Iswara sedan untuk kegunaan harian. Katanya, daripada aku beli kereta mahal, lebih baik aku menyimpan.

Di Serting, peneroka ada pilihan samada mereka menyerahkan tugas “berkebun” pada pengurusan Felda atau mereka sendiri yang turun padang. Jiran aku memilih Felda dan dia berkerja di luar. Sekarang dia mendapat dua pendapatan. Satu sebagai drebar dan hasil kebun. Bukankah itu dikira lumayan.?

Di Kelantan, Pas membuat skim yang hampir sama. Yang membezakan Ladang Rakyat dengan Felda ialah Ladang Rakyat diuruskan oleh syarikat Singapore sementara Felda diusahakan sendiri. Tidak dinafikan, Felda juga ada kepincangan.Tapi kepincangan itu boleh ditutup dengan kejayaan Felda itu sendiri. Sekarang entiti Felda semakin digeruni. Kerajaan memaanfaatkan asset yang dimiliki oleh Felda.

Dari segi politik, Felda merupakan kubu umno. Sebab itu Anwar menyerang Felda selain Felda berkait rapat dengan Najib. Tindakan ‘anak felda’ membawa ke makamah, ia tidak ubah seperti anak derhaka. Seburuk-buruk Felda, buruk lagi Ladang Rakyat pimpinan Pas.

Peneroka Felda mendapat tanah, mendapat rumah tetapi Ladang rakyat adalah tanah kerajaan tetapi sudah diusahakan rakyat. Dengan kuasa yang ada, kerajaan negeri “merampas” tanah tersebut dengan memberikan jaminan akan memberikan keuntungan.

Jika bukan kerana Prk Galas, pembohongan Kerajaan Kelantan tidak terbongkar. Sepatutnya pembangkang malu dengan isu Felda. Bukan sahaja pembangkang tidak pandai mengurus malah kerajaan Kelantan menindas rakyat. Untung tak nampak, tanah yang dikatakan akan dimajukan tidak diberikan geran.

Kalau benar tulisan Gomo, fikirkan siapakah mereka sebenarnya.


Namun sehingga kini tidak ada sebarang hasil dari Rampasan Tanah dan wang Rm 10 Juta tersebut. Kemana wang tersebut mengalir? PAS wajib menjelaskan kepada Rakyat Kelantan Ke Mana perginya Wang Yang BN Bayar sebanyak 10 Juta itu. Gomo

FELCRA Berhad hari ini menyerahkan pembayaran berjumlah RM2.3 juta bagi penyelesaian tanah-tanah yang dibangunkan oleh agensi itu tanpa dimasukkan peserta di Negeri Kelantan. Harakah.
Pas kata umno Assabiyyah. Siapa yang assabiyah? Tanah Kelantan HANYA untuk orang Kelantan. ? Orang yang dikatakan ulama2 Islam, tapi percakapanya berbohong dan berbelit.
Pembangkang hanya pandai bermain kata sehingga penyokongnya tidak waras dalam berfikir.
Kata seorang kawan dari Kuantan. “ ada Felda kat sana tidak ada bekalan air. Oleh kerana dia cakap sampai 3 kali, aku layan sembang.. “ kenapa takde air.? “ paip pecah tak sambung.” Jawabnya sinis. “ aku tahu dia nak kondem umno”.


Kalau gambar ini dijadikan sandaran, macam mana..? Orang Kelantan tak kisah ke dengan bekalan air macam milo suam.?
"Kerajaan memang bercadang membekalkan seluruh Kelantan dengan air bersih pada tahun 2027," katanya ketika menjawab soalan Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Chetok) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Masalah bekalan air yang berlaku di negeri ini bukan isu baru dan ia telah berlarutan sejak 20 tahun lalu biarpun Kerajaan Persekutuan telah memberikan bantuan kewangan lebih RM500 juta kepada kerajaan Pas Kelantan. utusan.
Pada mulanya, aku fikir orang umno fitnah tentang kualiti air kelantan. Almaklum la, waktu pilihanraya. Rupanya orang Kelantan tak kisah pun dapat air kotor. Mengapa mereka tidak kisah.? Itu yang aku kata, penyokong pembangkang sudah tidak berfikir dengan lebih rasional.
Pembangkang kata, 50 tahun BN perintah negara tak maju..... 20 tahun Pas memrintah, ada apa dengan Kelantan.? Kalau kerajaan BN yang berkata sehingga 2027, apa kata pembangkang..? berbakul-bakul sumpah dilemparkan. Kalau air pun tak mampu nak handle...... inikan pula PAs nak urus negara.
Kutuk umno kerajaan zalim, tapi tahun lepas bantuan daripada kerajaan perseketuan 500 juta..? boleh fikir apa yang aku fikir..?
/me Parti ISLAM, tapi perangai cam se...

Tuesday, November 9, 2010

" ini semua kerja umno "

Aku tak berminat dengan pendedahan Zahid Ibarahim atau Mustaffa Kamil Ayub akan kebobrokan Pkr. Selama ini bukan mereka tidak tahu, malah aku berani katakan semua ahli Pkr tahu corak perjalanan Pkr. Selama ini pembangkang bersikap seperti Saifuddin. Menyalahkan orang lain dan berbohong.

Pendedahan Zahid dan Mustaffa Kamil Ayub adalah tindakan bacul. Apa yang didedahkan oleh mereka berdua sebenarnya kerana mereka sudah tewas dalam perebutan jawatan. Tidak lebih dari itu.

Dari mata kasar memang hanya jawatan Timbalan Presiden, tetapi jika di sudut politik mereka tewas dalam jawatan dalam “kerajaan” akan datang. Tindakan mereka berdua umpama ‘kerana nyamuk sekor, kelambu dibakar ”.

Situasi ini teringat aku kepada Presiden Pkr. Zahid mendapat undi yang besar adalah kerana tangan Wan Azizah dan Nurul Izzah. Secara diam mereka membantu kempen Zahid. Mereka berdua tidak mahu ‘kekasih’ Anwar memegang kerusi Timbalan Presiden.

Ketika ini aku dapat rasakan Wan Azizah seperti mahu membuka mulut atau meletak jawatan. Tapi oleh kerana Pkr parti anak beranak, Nurul Izzah akan berkata “ mama tak sayangkan abah ke..? sabarlah mak ”. Mungkin itu dialog mereka berdua ketika ini.

Sekarang semua orang percaya Anwar memang peliwat. Sebelum ini aku kata Dap akan main pintu belakang, rupanya Zahid terlebih dulu menggunakan taktik ini.

Percakapan berkisar kepada masa depan Anwar. Dia memberi pandangannya yang Anwar akan di penjara disebabkan kes liwat. Dia cukup yakin! Bila Anwar masuk penjara
siapa nak gerakkan PKR, tanyanya. Baginya tidak ada tokoh yang layak yang ada
dalam PKR kini. Saya sudah faham dia mahu bertanding jawatan tertinggi dalam
parti berkenaan dengan harapan akan jadi presiden PKR
.
Mso

Tuuu dia... bukankah gelaran Presiden akan memegang title Perdana Menteri.? Bukan aku yang cakap.... Mso yang cakap.


"Zaid telah menyerlahkan nafsunya untuk jadi perdana menteri. Itu tidak menjadi masalah, setiap orang menyertai politik
inginkan jawatan itu.
"


hahaha.....

"Apakah Zaid tidak ada kesalahan? Sejarah penglibatanya dalam politik sudah diketahui umum. Kalau beliau umpama malaikat Subuh pasti Umno tidak memecatnya. Sejahat-jahat Umno tentulah Zaid lebih jahat dari parti berkenaan. "

Jika Zahid tidak menyerang Anwar, Adakah Mso akan mengakui siapa Zahid sebenarnya.? Inilah dipanggil trojan² politik yang memperbodohkan rakyat. Mengata utusan menipu, umno fitnah tapi inilah sebenarnya wajah pembangkang.

/me menanti terbukanya minda rakyat.

kantoi

Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan . Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak..

ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia...

adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega...
bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..
Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku..

laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'. Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama.
Sebelum kentut pertama lagi!! !!!

Monday, November 8, 2010

response time

Aku tak sedar ada xcident di seberang jalan. Kejadian itu hanya beberapa minit sebelum aku memakir kereta. Lalu aku ke seberang untuk melihat kereta yang terbalik disamping untuk memasang telinga.

Kisah sebenar pertebungan 2 buah kereta tanpa melibatkan treler yang memakir bersebelahan di kereta yang tergolek. Gen2 yang dipandu oleh seorang perempuan dari arah hadapan melanggar kereta yang u turn di persimpangan lampu isyarat.

Apa yang aku nak noted ialah response time dari agensi yang terlibat. “bang, dah call bomba.?” Dah... tapi magrib ni, mungkin lewat skit kot”.

Ada benarnya apa yang abg itu cakap. Tapi apa yang mengecewakan aku, mengapa pihak bomba mengambil masa hampir 40 minit sedangkan tempat kejadian hanya 300 meter dari tempat kejadian.?

Sebelum ini aku ada terbaca mangsa kemalangan mati kerana bantuan lambat tiba. Aku kira itu hanya kes terpencil, tapi jika kes ini diambil teladan, aku andaikan itulah jarak masa untuk sebuah agensi penyelamat mengambil tindakan.

Respon banjir di utara juga aku dengar seperti tidak memuaskan. Respon daripada kerajaan negeri ataupun pusat kelihatan agak lambat. Kalau tidak silap aku, hanya Sharizat yang memberikan respon yang baik untuk membantu mangsa.

Waktu banjir dan Prk Galas dan Batu Sapi hampir serentak. Dari apa yang aku nampak, kebanyakan orang politik termasuk MP kawasan terbabit lebih memilih politik daripada turun melihat kawasan.

Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan Mahfuz, “kalau nak tolong tak perlu tunggu wartawan datang untuk cari publisiti.”

Tapi benarkah kata-kata Mahfuz itu.? Aku berjalan dari blog ke blog, aku tak nampak mereka datang membantu kecuali sharizat di blog pro umno. Aku jenguk harakah pun begitu juga. Tidak ada gambar mangsa banjir kecuali lawatan MB di pusat pemindahan. Itu juga aku kira respon yang lambat selaku MB.

Sepatutnya, kejadian dari tsunami menjadikan negara bertambah matang. Pengalaman menangani banjir di Kota Tinggi juga sepatutnya sudah memberi kita pelajaran.

Tapi hakikatnya pemerintah negara tidak menjadikan semua kejadian itu sebagai teladan. Mereka lebih suka berpolitik daripada rakyat diutamakan.

/me mentaliti kita masih kelas ke 3.

Thursday, November 4, 2010

umno berakal

“umno dan Dap parti akal. Pkr parti otot sementara Pas parti bangang.” Itu justifikasi aku tentang parti politik di Malaysia.

Kalau umno bukan parti akal tidak mungkin umno mampu berkuasa selama 50 tahun. Dan kerana akal ‘umno’, negara kini diambang negara maju. Tidak disedari, kini negeri yang diperintah pembangkang, mereka masih mengekalkan banyak dasar “umno”.

Kalau dulu Amerika mengecam Mahathir akan dasar “bailout”, krisis ekonomi yang lalu mereka telah meminjam dasar itu untuk menangani krisis ekonomi mereka.

Dap parti cina. Akal mereka cukup licik. Kalau bukan kerana umno parti akal, seriously taraf melayu Malaysia jauh lebih rendah dari sekarang. Buktinya kalau Dap bukan parti akal, tidak mungkin mereka akan menubuhkan universiti di Penang.

PKR parti otot. Mereka lebih banyak menggunakan otot daripada menggunakan akal. Akal Pkr hanya terletak di kepala Anwar. Sebab itu Anwar jadikan Pkr seperti syarikat miliknya sendiri. Kebanyakan ahli Pkr orang muda yang hanya suka membuat kecoh daripada bekerja. Buktinya mereka lebih suka merusuh daripada berbincang. Sebab itu kebanyakan mesyuarat cabang Pkr seperti sebuah sarkas.

Pkr sinonim dengan nama Azmin Ali. Akan tetapi beliau tidak ada wawasan atau akal untuk dinobatkan sebagai pemimpin. Survival politik Azmin Ali semata-mata bergantung Anwar dan bukan kerana akalnya. Sebab itu kehadiran Zaid Ibrahim di dalam parti Pkr menjadi ancaman kepada beliau.

Khalid Ibrahim berstatus menteri besar. Akan tetapi akalnya tidak kemana. Cepat dipengaruhi dan tiada gagasan untuk memajukan negeri Selangor. Kalau orang kanan Pkr semua tidak ada akal, sudah pasti orang bawahan orang Pkr juga sebegitu.
Buktinya.

Pkr suka mengimport pemimpin dari umno. Sekelip mata dalam Pkr mereka terus mendapat tempat yang tertinggi. Kalau ahli Pkr ada akal, sudah pasti situasi ini tidak terjadi.

Pas parti bangang.

Aku pun sedih nak cakap seperti ini. Tapi aku cakap berdasarkan kepada pengamatan aku. Dap memerintah Penang baru 2 tahun, telah mengorak langkah dengan menghapuskan identiti melayu. 20 tahun memerintah Kelantan, universiti pun kerajaan BN yang buat.

Buktinya aku petik dari ulasan blog parti pembangkang.
PAS perlu perbanyakkan aktiviti peningkatan ilmu pengurusan, ekonomi dan sebagainya. Perlu berlapang dada dengan krtikan dari golongan ilmuan. Ini tidak, Prof Dr Abd Aziz Bari kritik pun dibelasahnya balik. Apalah mentaliti kita terlalu sempit. Jangan hadkan welstanchaung hanya kepada kelompok "kita-kita" sahaja. GB
Amat menyedihkan parti yang seusia umno mereka hanya menjadi kuda tunggangan parti yang jauh lebih muda. Kebanyakan Pemimpin pas tidak berkarisma dan tidak pandai berpolitik. Kalau Hadi Awang Presiden umno sudah lama orang umno ‘reject”.

Hakikatnya, Pas terlalu lembab berpolitik. Parti ini tidak mampu untuk menjadi parti alternatif parti orang melayu. Bahasa mudah, mereka lebih suka “join” program orang daripada membuat membuat program sendiri.

Dan yang menyedihkan..... Pas jauh berubah.
Pimpinan PAS tidak pro-aktif lagi semenjak masing-masing telah menang pilihanraya. Lebih banyak utamakan kuasa dan kekayaan diri. Malah ada yang memusuhi blogger. Tak pandang orang miskin dan orang marhain macam GB lagi.Ada yang dah takut untuk berdemo dan sebagainya. GB

Bukan selama ini mereka tidak mahu, tapi mereka tidak ada akal untuk membuat peluang. Sekarang peluang itu ada, masakan mereka menolak. Selagi kita bernama manusia sukar kita menolak kehendak kehidupan.

/me taniah BN menang semua kerusi.

Ayah

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

/me . . . . .

Wednesday, November 3, 2010

dulu kawen senyap sekarang khalawat.

Politik haprak. Itu je ayat yang aku kira sesuai. Semua benda nak report kat polis. Umno report polis terhadap Pas, then Pas pula report balik kat umno. Yang melucukan aku bilamana report polis disebabkan Nik Aziz dilabel syaitan.

Kalau diturutkan perkara remeh ini, agak-agak berapa ramai orang dari pembangkang yang harus disiasat.? Berapa banyak mereka telah menabur fitnah, memaki, menghasut atau dsb.?

Semasa Prk Bagan Pinang, pembangkang terpinga-pinga dengan aksi orang umno. Orang umno bertakbir, memaki dan umno tak ubah seperti bangkang. Bila mereka melihat orang umno sebegitu, mereka menjadi kelu. Tak tahu la samada pembangkang kelu atau jijik. Kalau jijik..... lu fikir la sendiri. Siapa yang buat kerja jijik selama ini.

Untuk pembangkang ~~ kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai. Kalau takut dicaci jangan mencaci orang. Orang muda kata ~~ amboi.... fikir lempang dia je.... lempang aku ko tak ingat~

Prk Galas memberi makna yang besar. Pas tak ubah seperti umno. Aku tengok bukit pun gondol. Permainan duit terbuka. Umno besarkan bangunan sekolah, pas kata umno rasuah. Tapi belakang Pas bagi baja sebab dia kata umno tak nak tolong. Adehh... politik oh politik.

Kalau bukan prk Galas, aku tak tahu kisah Ladang rakyat. Kalau selama ini menuduh umno... aku fikir 100x felda lebih baik dari ladang rakyat. Kalau bukan kerana Prk Galas, tidak la bocor rahsia Pas yang mengambil tanah rakyat.

Tula... selalu mencari salah orang. Kan dah kena batang hidung sendiri.

/me Kawen senyap 100x lebih baik dari khalawat.

~ umno everywhere ~

Aku dah lama nantikan kehadirannya. Kelahiranya agak terlewat tapi umno online seperti dilahirkan dengan taring yang sempurna. Secara tiba-tiba sahaja umno online menyenyat di kala gendang perang sedang berlangsung.

Aku suka tema ~ umno everywhere ~

Pada satu mesyurarat umno aku ada mengusulkan ~umno perlukan wadah yang sempurna~. Lontaran aku disambut oleh Ketua Pemuda. Jemputan perasmian agak hebat, akan tetapi pengisiannya amat kosong.

Mereka buat seperti sambil lewa. Mungkin mereka tidak nampak ancaman harakah atau kesan serangan siber. Itu aku masih tidak kisah sebab ini cerita sebelum adanya fb atau twitter. Tapi bilamana Rais yatim membuat laporan polis kepada seorang blogger, alahai..... aku garu kepala yang tak gatal.

Umno masih menafikan bahawa siber mempunyai “kuasa” yang luar biasa. Aku tahu, ramai pemimpin tertinggi umno mindanya masih mengunci hakikat itu. Sebab itu fb mereka tidak ubah seperti rumah terbiar.

Umno patut berterima kasih kepada semua cycbertooper yang menyokong umno. Selama ini mereka yang menjadi banteng serangan daripada pembangkang. Boleh aku katakan, kalau bukan kerana blogger ini, hampir semua generasi muda sekarang tidak lagi berlabel umno.

/me Dr. Khir steady.

Tempayan Retak

Seorang tukang air India memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua ujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.

Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, karena dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ke tidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari porsi yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah porsi air dari yang seharusnya dapat saya bawa karena adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Karena cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak Memperhatikan dan baru menyadari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, Ia kembali sedih karena separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu karena aku selalu menyadari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu,dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, Majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mau, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu. Kenalilah kelemahanmu dan kamu pun dapat menjadi sarana keindahan Tuhan.

#Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, Kita menemukan kekuatan kita.

Tuesday, November 2, 2010

.... (o)~(0)~

Si kafir menjatuhkan hukum kafir pada orang Islam. Aku seperti tiada jawapan. Aku serahkan persoalan itu kepada orang yang mendalami bidang itu.

Ramai orang kafir terutama paderi atau yahudi suka mempelajari Islam. Tapi itu bukan lesen untuk mereka mencampuri urusan Islam. Amat menyedihkan, di Terengganu di pentas disediakan oleh orang Islam dan dihadiri oleh orang Islam, seorang kafir boleh menjatuhkan kafir pada orang Islam.

Politik sekarang seperti tidak membataskan garis sempadan. Politik sekarang 'asal boleh' asalkan mereka boleh berkuasa. Mengapa kita merelakan hal seperti ini.? Kenapa kita membekukan akal semata-mata meluluskan sekelompok manusia untuk berkuasa.?

Kalau dulu Pas mengatakan umno kafir kerana berkerjasama dengan parti bukan Islam sekarang bagaimana dengan mereka.? Kafirkah Pas.?

Kalau dulu dicanang satu Malaysia, umno memberi rasuah kerana memberi belanja kepada pengundi, bagaimana dengan Prk Galas.?

Kalau pembangkang mengatakan umno perosak melayu, apa buktinya..? aku buta kerana tidak melihat masalah gejala sosial yang semakin meningkat.? Kalau aku buta, mengapa aku masih melihat negeri yang dikatakan serambi Mekah, negeri yang mundur tetapi gejala sosial masih bersepah.?

No la... aku kira politik Malaysia hanya memperbodohkan rakyat. Hati kita buta untuk melihat dan mengakui kebenaran dan hakikat kehidupan akhir zaman. Tidak semestinya orang yang sopan santun itu jujur pekertinya. Ukuran peribadi seseorang ialah imanya.

Kopiah bertenggek dikepala, tapi di dalam blog seperti memalukan seseorang. Wajib bagi seseorang menyimpan aib seseorang terutama kepada orang yang menjadi arwah. Apa motif ustaz ini meletakan gambar pasangan orang yang sudah menjadi arwah..?

Pendedahan perjanjian PKR-DAP oleh YB Kulim Bandar Baharu tidak mengejutkan. Aku telah noted perkara ini selepas Pru yang lepas. Dap telah menubuhkan cawangan parti untuk orang melayu semata-mata untuk dijadikan boneka mereka.

Tapi..... amat menyedihkan. Akal kita tidak menggambarkan kematangan kedewasaan kita. Perkara yang lepas tidak dijadikan sandaran. Sejarah tidak dipelajari. Kita lebih percaya omongan kosong atau mimpi mat jenin.

Lihat bagaimana di Batu Sapi. Apa pelajaran kita.? Bagaimana Yong Teck Lee yang dikatakan menyokong pembangkang Anwar tetapi bertanding sesame sendiri.?

Fikir... fikir.... fikir masa depan kita. Aku percaya kita semua boleh fikir sendiri kerana akal manusia adalah lebih baik dari akal mahluk ALLAH yang lain.

/me pesanan seseorang “ firasat hati ko kuat, gunakan sebaiknya-baiknya”.

Monday, November 1, 2010

juri dermawan


Kontroversi Festival Filem (FFM23) menggamit aku pada “ Lagu Untukmu” dendangan Meet Uncle Hussain. Bertukar pendapat dengan si isteri “ mengapa orang yang memenangi 2 kategori tidak mampu untuk memenangi AJL2008.

Lalu si isteri pun memberikan pendapat, “lagu untukmu” mendapat pemarkahan yang tinggi kerana lagu menepati tema pada tahun itu. AJL adalah pertandingan lagu dan bukan pertandingan suara sedap atau persembahan terbaik atau suara penyanyi tidak sengau.

Aku tetap menyangkal pendapat si isteri kerana, apa gunanya membuat pertandingan kalau kita sudah tahu lagu mana akan menang. Buat apa Faizal Tahir all out malam itu.? Bukankah itu seperti memperbodohkan penyayi itu.?

Bagaimanapun, Pengarah Terbaik diberi kepada Evolusi KL Drift 2, Sinematografi Terbaik (Niyang Rapik), Lakon Layar Terbaik (Haq) manakala Pelakon Lelaki Terbaik (Belukar) dan Pelakon Wanita Terbaik (Lagenda Budak Setan). Dari situ barisan juri dilihat lebih kepada mengagih-agihkan kemenangan, bukannya memberi anugerah kepada karya yang benar-benar layak .metro
Sejak kebelakangan ini juri sesebuah festival memberi angugerah seperi mengagihkan zakat. Aku kira pembahagian zakat itu lebih bagus dari pembahagian juri tersebut kerana orang yang mendapat zakat itu sudah pasti adalah orang yang sepatutnya layak.

Dimana kekuatan Filem Magika untuk diangkat filem terbaik jika barisan pelakon dan pengarahnya tidak memenangi sebarang anugerah..? Kalau alasan ini diguna pakai,
Ia menjadi topik perbincangan sepanjang minggu lalu dan ramai bertanya atas dasar apa filem itu berjaya? Lalu kedengaran antara sebabnya ialah filem itu menepati tema FFM23, Filem Malaysia Ke Persada Dunia. Dalam erti kata lain, dua filem itu dilihat begitu dekat dengan filem Hollywood.
Tema masih masih dijadikan ukuran. Alasan ini terlalu rapuh untuk disanggah. Kalau pertandingan dimenangi oleh tema, aku syorkan FFM membuat pertandingan seperti kereta berhias. Setiap tahun diumumkan tema Fsestival agar penerbit filem tidak lari dari tema.

Filem ini seperti Holywood mungkin juga benarnya, ada keganasan, sex dan segala macam jenis budaya barat yang ditonjolkan. Dalam isu ini, aku seakan tidak puas hati kerana FINAS tidak telus dalam melaksanakan garis panduan. Orang jawa kata Double Standard.

Dan yang penting, kalau nak FFM atau AJL hendak bagi anugerah seperti memberi pengagihan bantuan kepada fakir miskin, sebaiknya corak Festival ditukar kepada majilis penyampaian anugerah dan bukan pertandingan. Ia tidak la nampak seperti kebudak-budakan dan menonjolkan kebondohan diri sendiri.

/me upin dan ipin merentasi benua