Monday, November 1, 2010

juri dermawan


Kontroversi Festival Filem (FFM23) menggamit aku pada “ Lagu Untukmu” dendangan Meet Uncle Hussain. Bertukar pendapat dengan si isteri “ mengapa orang yang memenangi 2 kategori tidak mampu untuk memenangi AJL2008.

Lalu si isteri pun memberikan pendapat, “lagu untukmu” mendapat pemarkahan yang tinggi kerana lagu menepati tema pada tahun itu. AJL adalah pertandingan lagu dan bukan pertandingan suara sedap atau persembahan terbaik atau suara penyanyi tidak sengau.

Aku tetap menyangkal pendapat si isteri kerana, apa gunanya membuat pertandingan kalau kita sudah tahu lagu mana akan menang. Buat apa Faizal Tahir all out malam itu.? Bukankah itu seperti memperbodohkan penyayi itu.?

Bagaimanapun, Pengarah Terbaik diberi kepada Evolusi KL Drift 2, Sinematografi Terbaik (Niyang Rapik), Lakon Layar Terbaik (Haq) manakala Pelakon Lelaki Terbaik (Belukar) dan Pelakon Wanita Terbaik (Lagenda Budak Setan). Dari situ barisan juri dilihat lebih kepada mengagih-agihkan kemenangan, bukannya memberi anugerah kepada karya yang benar-benar layak .metro
Sejak kebelakangan ini juri sesebuah festival memberi angugerah seperi mengagihkan zakat. Aku kira pembahagian zakat itu lebih bagus dari pembahagian juri tersebut kerana orang yang mendapat zakat itu sudah pasti adalah orang yang sepatutnya layak.

Dimana kekuatan Filem Magika untuk diangkat filem terbaik jika barisan pelakon dan pengarahnya tidak memenangi sebarang anugerah..? Kalau alasan ini diguna pakai,
Ia menjadi topik perbincangan sepanjang minggu lalu dan ramai bertanya atas dasar apa filem itu berjaya? Lalu kedengaran antara sebabnya ialah filem itu menepati tema FFM23, Filem Malaysia Ke Persada Dunia. Dalam erti kata lain, dua filem itu dilihat begitu dekat dengan filem Hollywood.
Tema masih masih dijadikan ukuran. Alasan ini terlalu rapuh untuk disanggah. Kalau pertandingan dimenangi oleh tema, aku syorkan FFM membuat pertandingan seperti kereta berhias. Setiap tahun diumumkan tema Fsestival agar penerbit filem tidak lari dari tema.

Filem ini seperti Holywood mungkin juga benarnya, ada keganasan, sex dan segala macam jenis budaya barat yang ditonjolkan. Dalam isu ini, aku seakan tidak puas hati kerana FINAS tidak telus dalam melaksanakan garis panduan. Orang jawa kata Double Standard.

Dan yang penting, kalau nak FFM atau AJL hendak bagi anugerah seperti memberi pengagihan bantuan kepada fakir miskin, sebaiknya corak Festival ditukar kepada majilis penyampaian anugerah dan bukan pertandingan. Ia tidak la nampak seperti kebudak-budakan dan menonjolkan kebondohan diri sendiri.

/me upin dan ipin merentasi benua

No comments:

Post a Comment