Thursday, September 30, 2010

cian....

Perkara sebegini aku rasa yang menyebabkan orang bukan Islam memandang serong tentang Islam. Adakah ianya kerana Hudud.? Aku harap tidak. Aku tak tahu apa kandungan hudud.

Hudud tidak menganiaya umat. ALLAH menciptakan hudud serba lengkap. Mungkin kita tidak memperlajarinya sehabis baik. Hudud banyak proses2 untuk dijatuhkan hukum. Kalau mendidik anak atau mengajar isteri, Nabi telah memberi garis panduan dengan sempurna inikan pula dalam memberikan hukum pesalah.

Ini lebih kepada mendera daripada mendidik. Buaya merah tulis… hanya kerana mencuri. Uhh.. teringat anak aku……





Polis memang tekun kerja

Kete aku tak beroadtax lagi. Nak kuar pun takut. Takut kena saman. Sekarang ni polis laju nak saman2 orang. Kalau aku kata polis suka saman orang miskin, paw orang-orang macam aku… kalau dengar dek abg2 polis…. mesti mereka marah.

Marah nak wat pe abg polis. Dah itu memang intrigriti polis kita.

Bulan lepas aku kena saman. Sebab roadtax takde. Aku pun tak perasan. Bini yang bagitau, “ abg, roadtax sape atas peti.? “.

Dijadikan cerita. Malam tu aku ermergency sebab adik aku masuk wad. On the way balik…. ada roadblock tengah jalan. Sure la roadblock tengah jalan. Mana ada roadblock tepi jalan. Ending cerita… aku kena saman sebab tak paparkan roadtax. Kira cuai.

Yang aku bengang, sekor polis pompuan dengan sekor polis lelaki. Aku rasa dua2 ekor baru kuar Pulapol. Berlagak nak mampus.Aku tahu la aku salah. Tapi tengok gelagatnya, dah macam aku ni penjenayah. Walhal aku dah terangkan kenapa aku kete aku tak beroadtax. Bukti dah ada. Mika dah call balai check roadtax aku. Ada tempoh sebulan lagi. Mana ada orang saje nak tanggal roadtax sedangkan roadtax hidup lagi.? Nape beriya2 nak saman aku..??

Kebetulan masa tu aku rasa polis tu inspector. Aku tanya dia. “ camni la bang. Kalau abg kat tempat saya. Apa abg akan buat.? Adik sakit masuk wad dan saya nak balik rumah sebab anak tak sihat dan bini kat rumah? ”.

Inspector tu tanya aku balik. “ kalau awak lak camne…? Wah.. dia dah main saiko. Kalau saya,..?? saya flexi. Pekerja yang bagus ialah dengan menggunakan timbang rasa dan akal. Then.. dia jawab, “ saya pun akan buat seperti mana buat. Bang… “ kalau camtu… saya salah ke.?

Dia diam.. then dia bla….. tinggal la polis pompuan yang macam bagus.

Pok pek pok pek… ceramah kat aku kesalahan aku. Lol… sebab surat saman dah tulis,  aku balun la “ saya tahu saya salah. Kalau rasa nak saman2 la. Sekrang dah 4 pagi. Saya nak balik. Tapi ingat. Awak takde anak lagi dan awak masih dalam selesa. Saya harap…. Kalau benda ini terjadi kat awak… ini balasan sebab awak aniaya orang.

Aku sign saman… bla…. Bosann…….

Kalau nak saman. Ok aku terima. Tapi kekadang kita kena timbang rasa. Dan cara tuh.. tak payah la ko rasa ko ada kuasa ko nak berlagak. Ramai lagi yang patut ko saman. Tapi.. semuanya Settle……..
Pegiii la……

/me memang aku sumpah polis pompuan tu...

Tuesday, September 28, 2010

terpedaya adalah fitrah manusia

Apa ulasan pembangkang dalam insiden pergaduhan pemilihan PKr..? Ada anasir yang merosakan.? Siapakah anasir yang dimaksudkan.? Sudah pasti umno yang dimaksudkan. Ada yang menyatakan, mereka itu ‘orang umno” walaupun orang yang dituduh itu layak mengundi.

Ada juga yang membela dengan mengatakan demokrasi perlu ada pengorbanan. Boleh ke kita anggap pergaduhan dalam merebut kuasa dikatakan pengorbanan.?

Duit judi diberikan fakir miskin. Dulu mereka menafikan. Tapi tatkala rahsia kebenaran terbongkar, maka akal untuk menghalalkan memberikan hujah. Menyoal duit bagaimana hasil judi negara diuruskan.?

Adakah aku mati akal menjawab persoalan sinis itu.?

Sepatutnya soalan itu ditujukan kepada Nik Aziz. Bagaimana dia menguruskan wang hasil arak untuk membina jalan.?

Perkara ini, aku anggap ia umpama air kotor yang diproses hujan. WAlaupun aku sepatutnya aku tidak boleh menyatakan sedemikian... tapi itulah yang aku rasa dibuat oleh kerajaan.

Dana bagi sumbangan fakir miskin oleh Kerajaan Penang adalah terang dan nyata dari pihak lumba kuda. Tapi sebaliknya, biasanya kerajaan akan mengunakan duitnya sendiri. Aku rasa bukankah berbeza.?

Sebenarnya apa yang aku nak nyatakan inilah bukti apa yang mereka katakan tidak lebih dari kata-kata. Tidak lebih dari itu. Semua keburukan umno yang dicanang sebenarnya adalah wajah mereka sendiri. Kalau “ ayat umno pun sama”....  bukankah mereka ini menipu dan memfitnah.?

Kalau sama, mengapa mereka melabel diri mereka lebih baik.? Suci dari rasuah, amalan kroni, bijak dalam semua hal, telus dan segala macam kebaikan. Kalau mereka semua baik siapa yang salah..?

Pernah dengar mereka mengaku kesilapan..? tak pernah bukan.  Sebab... pembangkang ini maksum. Orang politik itu maksum..? nilai la sendiri sedangkan kita tahu politik itu kotor.

Ibarat kata Nik Aziz. “Saya dah tua, kadang-kadang kesihatan saya tidak mengizinkan. Tapi saya masih kuat untuk melawan umno”.

Aku tak tahu mengapa dendam ulama Pas itu begitu mendalam. Terpulang la....

Hakikat pada satu kenyataan adalah.... semua ini sama. Selagi ia dinamakan politik, rakyat akan dipolitikan... ditipu dan dipermainkan. Adakah kita ini boneka mereka.?

/me Macam mana Pkr boleh mendakwa mereka lebih baik dari umno, sedangkan mereka itu sampah umno..?

Monday, September 27, 2010

parti suci

Umno yang dikatakan bobrok takde la sehina Pkr. Pemilihan Pkr kali ini menunjukkan sebenar wajah sebenar parti yang dikatakan suci. Terima Kasih para perwakilan kerana kamu semua membuka topeng siapa diri kamu, bos kamu dan parti kamu yang kamu anggap parti masa akan datang.

Dakwaan Anwar main belakang dalam menentukan siapa layak menang dalam pemilihan adalah bukti bahawa Parti Keadilan adalah parti Anwar Ibrahim dan keluarga. Parti ini bukan parti untuk rakyat. Dakwaan parti ini mengamalkan demokrasi adalah omongan semata-mata. Ini dibuktikan dengan kenyataan Zaid Ibrahim sendiri dalam isu ini.

Kalau tidak masakan ramai sangat yang menarik diri dalam saat akhir.? Bukankah ada tangan kotor yang memainkan peranan.?

Pemilihan Pkr kali ini dipenuhi dengan pelbagai masalah. Dari pergaduhan mulut, bertumbuk, buang kotak undi dan mesyuarat digantung. Tapi ini semua tidak mengejutkan aku… kerana aku tahu kebanyakan penyokong Pkr sememangnya. berperangai sebegitu.

Itulah hasil didikan yang diberi oleh Anwar. Didikan jalanan.

Ramai nama besar tewas dalam pemilihan kali ini. Salah satu daripadanya adalah Kamarul Baharin MP Teluk Kemang. Dulu aku kata MP ini tak boleh pakai, dan hari ini orang Pkr sendiri yang menolak beliau.

Apapun aku melihat disebalik kekalan beliau kepada M.Ravi Adun Port Dickson. Ini menandakan kemungkinan MP Teluk kemang akan di isi oleh bukan Melayu. Kalau benar telahan aku, ada pro dan kontra dalam hal ini terutama desakan Umno untuk mengambil kerusi dari MIC.

Mengapa Kamarul kalah..? ting tong ting tong….. penyokong melayu bersorak di luar gelanggang sedangkan orang India sudah bergerak ke depan.

Opss…. Dua perkara penting untuk aku membuktikan bahawa bukan sahaja umno perkauman tapi pembangkang itu sendiri masih dalam perkauman.

Pertama ialah majoriti pengundi Parlimen Teluk Kemang adalah melayu. Tetapi harus di ingat, kawasan Bagan Pinang dan Teluk Kemang adalah kawasan melayu dimana kawasan ini dikuasai oleh umno.

Oleh itu penyokong Ravi adalah terdiri dari Port Dickson dan kawasan sekitarnya dimana kawasan ini adalah kawasan bukan melayu. Jadi…. Masakan mungkin orang bukan melayu akan mengundi orang melayu..?

Kedua dan teramat penting ialah bukti melayu akan kehilangan kuasa. Jika ditakdirkan pembangkang menang dalam Pru akan datang, undi kaum mana akan menang.?

Opss…. Aku tahu. Aku cerita Teluk Kemang dan aku tak boleh nak samakan dengan tempat lain.

OK la camni. Apa yang aku fikir ialah jika Mahathir gagal membuka mata orang melayu, pembangkang akan menang atau negara akan dibentuk dengan konsep kerajaan campuraan.

Bayangkan apa akan jadi kalau semua MP bukan Melayu bergabung.? Adakah PAS mampu mengawal keadaan.? Tolonglah… Dap akan jadi parti dominan kerana mereka akan menang di setiap kerusi.

Fikirlah, bila PM atau MB negeri diperintah oleh parti bukan dominan. Alkisah Nizar lembu di cucuk hidung akan berulang. Jangan harap Anwar. Bila2 masa dia akan kena tendang. Politik macam-macam boleh berlaku.

Apakah nasib melayu..?

Hakikat pada satu kenyataan ialah apa yang terjadi pada pemilihan Pkr kali ini ialah trajedi perebutan kuasa. Bukan kuasa dalam politik sahaja…. Akan datang ialah kuasa segalanya.

Terpulang pada melayu. Kalau jalan gelap yang dipilih…. Maka lubang hitam kita hadiahkan untuk anak cucu kita.

/me perintah 2 negeri huru hara…. Kalau perintah negara.?

Saturday, September 25, 2010

Khalid Vss Rahimah

Tak la pelik.... tapi hairan bin ajaib bilamana Khalid Ibrahim tidak melaporkan kepada pihak polis tentang kamera tersembunyi di biliknya. Tapi sebaliknya beliau menubuhkan pasukan penyiasat sendiri.

Beliau tidak percaya dengan polis.? ermm.. pembangkang ini kuat main politik. Tak percaya pada pulis tapi selalunya mereka la yang galak merepot sana sini. Sampai sekarang aku masih menanti keputusan penyiasatan tersebut. Mana la tau... itu semua kerja umno.

En Khalid. Tak yah la sembunyi2. Dalam kepala aku satu je. Kalau kita tak buat salah, kita tak takut. Kalau sekarang nak lapur pada pulis... hahaha.... hanya puak2 ko yang bengal je yang percaya.

Ko buka cerita tapi penamat cerita takde. So tak salah la Selangor Daily membuat ending. kah kah..

/me sabar tunggu video aksi seorang MB.

ulama pun pandai temberang

 Aku ingat ulama cina je yang menafikan,  rupanya ulama Islam pun sama temberang. Politik oo politik. Semua boleh.....
Lol.... takan tak tahu.... 

/me sepesen je... tak tahu yang mana ulama.

Anwar Sdn.Bhd.

Walau tak mengubah tapi sedikit sebanyak suara Mahathir boleh membuka fikiran orang melayu. Itu yang aku rasa. Mungkin untuk mengukur perubahan itu secara simple ialah dengan melihat jualan akhbar utusan.

Selepas beliau membidas orang politik yang mahukan umno menolak Perkasa, aku rasa tidak kedengaran lagi suara sumbang yang ingin menjadi jaguh. Najib sendiri diam membisu bila disinis. Itulah Mahathir.

Bukankah melawan Perkasa seperti melawan Mahathir…? Siapa Mahathir dalam Perkasa.? Akal sama seperti Nazri Aziz. Semuanya untuk tekak masing-masing.

Tapi kan.. bila Mahathir membicarakan tentang kuasa, sekurang-kurangnya apa yang aku tulis bukanlah sesuatu yang mengarut. Kira akal aku waras untuk berfikir.

Nurrul Izzah mencabar Mahathir berdebat..? rasa lawak tahap cipan budak ini. Anak dengan bapak sama je. Hidup baru nak kenal dunia.... dah berlagak macam jasa menggunung. Cehh...

Mengapa orang melayu menyokong minah senget ni..? Mengapa orang melayu menerima idea menghapuskan keistimewaan orang melayu.? aku langsung tak faham. Orang Pkr tak sedar ke Pkr ini ialah parti ANWAR Sdn.Bhd.?

“Data ekonomi Melayu membuktikan bahawa bila-bila masa sahaja orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika Umno dibiarkan terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.”

Satu nak hapuskan kuasa melayu dan puak satu lagi menuduh umno.? Apa citerr.. bukankah memperbodohkan masyarakat. Untuk melayu kenyataan lain... dan untuk bukan melayu versi lain.

Sebenarnya, malas nak baca harakah. Kenapa.....

Keadaan itu, katanya, diburukkan pula dengan kerakusan parti perasuah mencari habuan untuk kepentingan peribadi termasuk merasuah sesama sendiri bagi mencari sokongan untuk berkuasa.

Inilah ayat-ayat untuk menjerat rakyat terpedaya. Semua ayat dalam harakah akan seperti ini. Walhal..... semua apa yang mereka cakapkan ialah diri mereka sendiri. Shit..

Cuba perhatikan.....

Beliau bagaimanapun yakin lebih ramai orang Melayu akan menyedari bahawa mereka menjadi mangsa penipuan Umno jika pendedahan data ekonomi Melayu menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.


"Pemimpin Umno sendiri yang mengakui bahawa data dan statistik terkini tentang pencapaian ekonomi orang Melayu akan menunjukkan kedudukan orang Melayu masih terkebelakang.

Lidah pembangkang semuanya sepesen dengan Mahpos ini. Kata umno selalu memfitnah... tapi diri sendiri yang memfitnah. Ok...... aku ungkaikan ayat ini untuk menyatakan dia memfitnah.

Dia kata “ menjadi mangsa penipuan, tapi kalau umno dah mengakui... boleh ke kita kata menipu.?

Wei.... Naib Presiden akal sejengkal. Kalau aku pembangkang, malu aku cerita pasal ekonomi. Silap2 melayu di Kelantan itulah penyumbang kegagalan melayu. Cerita FDI merundum, takde peluang pekerjaan.... macam dia la pakar ekonomi.

Ko menyindir Nik Aziz yea.... hahahhaa...

/me cari makan dengan tidak membelit orang

Friday, September 24, 2010

" saya tak tahu "

Tiba-tiba nama kompeni ni meletup. Semuanya gara-gara 4 billiun. Wow... taniah PAS Kelantan kerana dapat sedekah dari anak jati Kelantan. 

Kalau I’DA world melunaskan janjinya.... Najib mesti pening kepala. Mana kan tidak.... mana dia nak cekau duit untuk menandingi modal PAS.

Aku no komen. Tanya pada fikiran masing-masing. Kalau korang kata bukan rasuah... tapi sedekah.. ikut la. .. dah besar panjang. Takan itu pun tak leh fikir.

Greenbox suruh fikir... so.. ini yang aku fikir.....

Ida world ia sebuah syarikat yang mencari keuntungan. Sudah menjadi amalan bisnesman di Malaysia terutama orang syarikat bumiputera, untuk maju syarikat itu perlu mengendeng dengan orang politik untuk mendapatkan tender kerajaan atau untuk mendapatkan kelulusan projek yang hendak dibangunkan.

Tak kisahlah samada orang politik itu dari pihak pemerintah atau pembangkang. Boleh bagi untung dia sapu la.

Jadi salahkan I’Da World menjayakan 1Malaysia..? Rasuah ka..?

Cik abang... cuba la bukak otak tu skit... I’da world tidak menyumbang pada umno tapi kepada kerajaan. Tapi kes di Kelantan...... syarikat itu menyumbang kepada PAS dan bukan kepada KERAJAAN KELANTAN.


Bukankah itu perkara berbeza. Kalau menyumbang kepada kerajaan dikatakan rasuah... maka MILO atau syarikat2 swasta merasuah kerajaan..?


Ada ke patut... kalau isu yang membabitkan mereka.... “ saya tak tahu”... hahhaha...

/me Lebih baik Pak Lah tdo dari kata 'saya tak tahu "

Tuesday, September 21, 2010

i love sexsss

NEW DELHI 20 Sept. - Aktiviti seks merupakan penawar terbaik bagi mengatasi tekanan perasaan di kalangan suami isteri, kata seorang ahli seksologi India yang terkenal.

Dr. Narayana Reddy berkata, slogan ‘penyembuhan seksual’ di kalangan ahli seksologi kini semakin digemari di kalangan suami isteri yang mendapatkan bantuan profesional bagi mengatasi tekanan dan meningkatkan hubungan seksual mereka.

Beliau berkata, kekerapan aktiviti seks dianggap ubat terbaik bagi menyembuhkan pelbagai penyakit daripada gangguan jantung, arthritis kepada kemurungan biasa, kerana keseluruhan tubuh badan akan kembali bertenaga selepas persetubuhan.

Kekerapan seks menurutnya, adalah tiga kali dalam 10 hari atau tiga kali sebulan sudah mencukupi.

Tetapi beliau mengingatkan kegiatan hubungan suami isteri perlu juga bebas dari sebarang tekanan.

"Seks adalah baik. Tetapi ia mesti hubungan seks yang sihat, ia juga perlu bebas dari rasa bersalah. Bukan seks di luar ikatan perkahwinan atau mengunjungi pekerja seks komersial,” katanya kepada Bernama.

"Setiap hubungan seks membakar 200 kalori, yang bersamaan dengan 15 minit menggunakan alat senaman atau setengah jam berjalan kaki di taman. Ini membantu membebaskan endokrin yang membuatkan kita rasa ceria,” kata Dr. Narayana yang berpangkalan di Chennai. - Bernama

/me 3X seminggu

balik kg

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Kira-kira 500 mahasiswa Melayu cemerlang yang sedang mengambil kursus kritikal termasuk perubatan di Asia Barat mungkin terpaksa menamatkan pengajian lebih awal kerana tidak mendapat biasiswa seperti dijanjikan.

Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang mendedahkan mengenai perkara itu menjelaskan, ibu bapa pelajar berkenaan tiada pilihan selain membawa pulang anak masing-masing kerana kebanyakan daripada mereka daripada golongan berpendapatan rendah.

Menurut Setiausaha Agung MPM, Dr. Hasan Mad, ini kerana ibu bapa berkenaan telah bergolak-gadai menghabiskan wang simpanan termasuk menjual tanah bagi menanggung pengajian tahun pertama anak masing-masing setelah mendakwa akan diberikan biasiswa apabila memasuki tahun kedua pengajian.

"Semua universiti itu diiktiraf oleh kerajaan tetapi kenapa mereka tidak diberi biasiswa? Saya hendak tanya adakah tindakan itu berpunca daripada desakan MCA?

"MPM memandang serius perkara ini kerana pada masa sama kerajaan boleh memberi bantuan jutaan ringgit kepada sekolah Cina persendirian yang jelas melanggar Dasar Pelajaran Kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat MPM di sini hari ini.

Menceritakan mengenai kemelut pelajar berkenaan, Hasan berkata, pada 29 Mei lalu, Pengerusi Kongres Ekonomi Melayu, Datuk Ibrahim Ali telah menyerahkan memorandum pelajar berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pada mulanya kita difahamkan bahawa tindakan telah diambil, tetapi malangnya kita dimaklumkan oleh pelajar berkenaan bahawa mereka masih belum mendapat biasiswa.

"Wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung kemudian ke Pejabat Perdana Menteri untuk menyerahkan memorandum tetapi tidak berpeluang melakukannya, sebab itulah kes ini diserahkan semula kepada MPM," katanya.

Sehubungan itu, MPM sekali bertanyakan kepada kerajaan sama ada ingin melayan kes tersebut atau mengabaikannya begitu sahaja.

Tegas beliau, sekiranya kerajaan bertegas enggan menyelesaikan perkara itu, maka MPM tidak mempunyai pilihan melainkan akan membawa perkara itu kepada Majlis Raja-Raja untuk tindakan lanjut.

"MPM sedia memanjat pagar istana, jika tiada pilihan lagi untuk mengadu dan meminta Majlis Raja- Raja mengarahkan kerajaan memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar itu," katanya

/me takan gadai tanah.... kan melayu dah kaya raya..

Thursday, September 9, 2010

MP Kera

Berbuka tadi, Pak sedaro sembang... Pagi tadi dia terserempak dengan seorang fanatic pembangkang di sebuah market, “ inilah melayu, habiskan duit bila raya.” Pak sedaro sengih sambil berbisik dalam hati “ habis....ko kat sini wat pe, makan angin.? ”.

Agak2 macam mana mentaliti orang ini..? kalau sama2 pergi disko tapi mengata member kaki disko.?

Salah ke membeli keperluan untuk persiapan hari raya.? Membazir ke kalau membeli keperluan untuk anak cucu yang balik kampung.? Hari raya beb... daging untuk dijadikan rendang. Ayam untuk dimasak, sayur untuk dimakan.? Salah ke semua ini.? Apa la bangang dia ni..?

Inilah wajah2 mentaliti pembangkang kat kampung aku. Mereka kata, mindanya dah terbuka, berwawasan dan apa jua kerajaan buat semuanya salah. Mereka je yang betul.

Jika diukur mentaliti orang seperti ini, mampukah dia berfikir apa tujuan si Nurul Izzah yang ingin menghapuskan keistimewaan orang melayu.?

Apa tujuan Nurul Izzah mempertikaikan perlembagaan tentang keistimewaan orang melayu.? Perlu ke perkara itu didebatkan..? Kalau benar keistimewaan itu tidak ada dalam perlembagaan namun aku rasa perkara itu ada dalam perbincangan antara kaum yang dipanggil kontrak sosial.?

Aku ingin bertanya. Adakah dengan penghapusan Keistimewaan ini orang melayu lebih maju dari sekarang..? ekuitinya akan melebihi orang cina..?

Anwar dah kayo. Kalau Anwar mati Nurul Izzah pun akan kaya. Kroni Anwar semua dah mula kaya. Kalau keistimewaan ini atau DEB dihapuskan adakah mereka yang susah.? Pekerja kilang yang susah ke orang politik melayu yang bersikap kera ini.? Kerana kepentingan politik sendiri, bangsa sendiri digadaikan. Bukankah itu namanya mangkuk hayun.?

/me Bila jadi PM.. Malaysia ini akan digadaikan.

Wednesday, September 8, 2010

republik malaysia

Sayu je bila tengok gambar Kampung Permatang Tepi Laut dalam utusan. Satu lagi kampung bakal terkorban di atas nama pembangunan. Satu persatu kampung melayu dihapuskan. Tak ubah seperti penghapusan etnik.

Aku tak nak komen apa yang dibuat oleh guan eng. Sebab dia dah dipilih oleh rakyat termasuk la orang melayu itu.

Nik Aziz bukan saingan Guan Eng. Walau Nik Aziz sudah memerintah 20 tahun tapi rakyatnya bertempiaran lari mencari rezeki. Guan Eng orang Dap dan tugas Dap hendak menghancurkan melayu. Itu falsafah mereka.

Kalau dulu orang cina hanya diberi Kg Baru, sekarang giliran cina pula bagi taman perumahan baru kepada melayu. Mungkin itu dendam mereka. Secara lembut mereka akan merampas apa yang melayu ada. Apa yang ada pada melayu hanya satu... kuasa.

Andai hilang kuasa, maka bumi dipijak milik orang. Merempat la anak-anak aku dibumi sendiri.

Pembangkang terutama orang Pas berlagak seperti mereka anti racis. Walhal merekalah puak yang mengkafirkan orang kerana pemerintah berkerjasama dengan bukan Islam. Walau Pas lebih besar dari Pkr tapi dari segi politik, Pas tertinggal jauh dibelakang. Pas hanya menjadi parti penumpang dan bukan parti utama.

Mengapa aku bengang dengan Nik Aziz. Dia dilabel ulama. Tapi macam mana seorang ulama boleh bercakap berbelit semata-mata untuk kepentingan politik. Dulu dia hentam umno dan mengkafirkan umno kerana berkongsi kuasa. Tapi kini mengapa beliau pula yang melukut di tepi gantang dengan Dap. Sama la isu arak. Dulu kata tak boleh... haram katanya hasil negara ada arak. Tapi bila dia meluluskan premis arak, hadis ‘penghalalan” dikeluarkan. Uh...

Guan Eng akan terus memerintah Penang untuk jangka panjang. Guan Eng bukan keseorang dalam menjaga Penang. Semua bisnesman orang cina. Masakan orang cina akan membiarkan kepentingan dan masa depan yang lebih gemilang bagi bangsa dia tidak dijaga..?

Apa jua alasan, Nik Aziz gagal dalam memerintah Kelantan. Seperti yang aku kata dulu, Umno terpaksa menarik Gerakan dalam BN kerana kepentingan negara. Jika diteliti, Umno kerap kali hilang suara pada Gerakan. Kalau dulu Gerakan mampu menjana penang walau ia parti pembangkang, mengapa ekonomi Kelantan tercungap-cungap..?

Penyokong Pas sering melaungkan negara Islam, tapi sedarkah mereka bahawa itu hanya gimik politik untuk Pas menarik penyokong.? Aku percaya pemimpin Pas sedar bahawa mereka tidak mampu melaksanakan negara Islam tapi kerana kepentingan politik mereka sengaja mendiamkan diri. Lupakah kita dengan apa yang dikatakan oleh Nizar dalam dewan..? Mengapa Pas tidak meminda perlembagaan bahawa penubuhan Islam sebagai tujuan penubuhan Pas.?

Siapa Nurul Izzah.? Budak mentah tapi berbicara tentang perlembagaan negara baru.? Bapak borek anak rintik. Mungkin Dap ada membicarakan pada Anwar “ Perdana Menteri ” itu kecik... apa kata Anwar jadi Presiden Malaysia..?

Mereka semua ini merosakan negara. Semua ini agenda peribadi. Orang melayu dimomokan dengan pembangkang dengan ayat-ayat seperti fitnah, kroni, korupsi dan segala macam ayat-ayat yang membingitkan telinga rakyat. Walhal... isu ini isu basi. Bukan umno sahaja yang membuat perkara buruk, pembangkang cakap tak serupa bikin. Anwar, Azizah, Nurul Izzah... ini semua parti anak beranak. Bukan kroni ke namanya..?

Apa yang melayu nak sehingga semua perkara hendak digadaikan.?

/me indahnya suasana di kampung....

Monday, September 6, 2010

melayu sememangnya lembut

Hanya memerhatikan isu sekeliling. Apa yang aku fikirkan sudah memperlihatkan bayang-bayang. Agak mengejutkan dan aku rasa tidak pernah terjadi ialah iklan raya TV3 yang mempaparkan isu Santa Claus.

Respon dari blogger atau akhbar amat slow. Aku dah baca posting satu blog beberapa hari lepas selepas beberapa jam ia ditayangkan. Tapi isu ini hanya dispin pelbagai pihak semalam. Dan akhirnya TV3 memohon maaf dalam bulletin3 malam tadi. Yang agak pelik ialah respon dari blogger pakatan yang aku rasa lagi slow. Mungkin mereka hanya berminat menumbangkan kerajaan.

Kedua ialah isu seorang guru besar di Johor. JPA akan membuat keputusan tindakan dikenakan atau tidak selepas hari raya. Isu ini aku agak terkilan kerana Ketua Pemuda sendiri yang mengepalai isu ini. Sepatutnya ia mempertahankan tapi apa yang terjadi ialah sebaliknya. Amat-amat malang Umno ada ketua pemuda yang berperangai khianat.

Sebenarnya, apa yang dikatakan oleh Guru tersebut.? Ada dia maki2 cina macam Nawamee memaki melayu ke.?

“ Adik beradik MELAYU ditahan dan didakwa kerana cuba membakar gereja. Kes ini polis telah membuat siasatan dan tangkapan dengan begitu cekap. Tapi sebaliknya, apabila kes 3 orang cina membaling botol arak disurau, kes ini di siasat dan aku rasa tiada tindakan susulan. Yang pasti, kariah surau tersebut telah mengadakan majlis untuk memaafkan perbuatan 3 orang cina tersebut.”

Berbalik kepada kes cikgu, kalau cikgu tersebut boleh digantung jawatan atau diberhentikan, adilkah kepada guru MELAYU tersebut.? DIa dikenakan tindakan kerana perkauman, tapi kenapa si CINA Nawee masih bebas..? hanya siasat dan siasat..? tidak cukupkah video yang disebarkan satu dunia itu sebagai bukti..?

Kenapa MCA, Gerakan dan DAP berdiam diri bagi kes Namewee..?

ISu cina masuk surau. Sekarang macam-macam hadith dipetik oleh semua jenis ulama. Ada yang kata boleh dan ada yang kata tak. Aku yang agak naïf dalam bab agama ini semakin keliru dan terus keliru. Aku membiarkan kekeliruan itu agar tidak terus keliru.

Pendapat aku isu ini agak mudah. Mengapa kita beriya2 menjemput cina yang sememangnya kafir memberi tazkirah didalam surau dan orang yang mendengar ceramah tersebut orang Islam dan orang yang bergelar imam.? Adakah kita terkedik2 hanya kerana RM500.?

Alasan menghalalkan isu tersebut, mereka kata “ ia untuk menyemarakan Islam dimata pemimpin DAP ”. Sewaktu zaman Nabi juga orang bukan Islam memasuki masjid.

Aku tak berani nak cakap peristiwa zaman Nabi. Tapi kalau nak komen alasan itu, kalau mereka ingin melawat dan ingin mempelajari Islam aku rasa alasan itu ada benarnya. Tapi situasi ini berbeza kerana mereka datang berlandaskan politik serta dijemput dan yang mungkin lebih aib bila mana pihak surau inginkan derma dari mereka. Yang aku nampak bukan kita akan memperlihatkan keagungan ISLAM tapi ia lebih merupakan merendahkan martabat ISLAM itu sendiri.

Mereka datang berucap dan bagi derma. Ibaratnya mereka seperti pemimpin agung dan kita umpama ummah yang haprak. Argghh.. nampak sangat mereka lebih hebat dari kita.

/me imam menterbiahkan si kafir dan bukan sebaliknya...