Wednesday, July 27, 2011

Mr. Presiden

Aku dikelilingi orang yang mengamalkan liberal. Aku yakin mereka semua antara orang yang akan jadi pemimpin politik , pegawai kerajaan ataupun pengarah syarikat.

Aku muak dengan senario politik yang semakin rosak, masyarakat yang semakin bobrok yang penuh dengan pelbagai gelagat dan ideologi.

Kalau mahu mengulas isu politik bukan susah. Tengok video tu…. Apa kesalahan orang berbaju kuning. Kerana dia berbaju kuning ka..? salah ka menyerahkan surat kepada PM.?

" Saya nak jumpa PM.. salah ke..?"

Kalau kejadian itu melibatkan MR. Presiden… kompem orang tu dah tertelentang ke lantai.

/me tolongla….. kalau nak komen guna akal la skit… jangan nampak kebodohan kita.

Monday, July 11, 2011

bengang pakcik..??

Betul2 marah orang tua ni.....


/me bkn umno tapi semua melayu..?

Saturday, July 9, 2011

damainya kl....



ok pe camni... kl tenang... sebaiknya tiap2 minggu buat bersih. Kan orang malaysia dah bosan dengan keamanan..... rakyat nak nato campur tangan then boleh la mereka dengar bunyi bom, tembakan yang berlarutan.. so tak payah tunggu malam merdeka tgk bunga api.

rakyat pun nak ubah sejarah... asik2 mati sebab makan.... sesekali nak gak dgr rakyat mati sebab tak makan. Patut la ramai abg2 pulis, tentera yang sokong pembangkang tuh.... rupanya mereka dah bosan dengan kebaikan kerajaan. Kalau apply cuti je lulus.... klu mc pun mc tipu... mereka nak gak kena tembak... dapat la mc 6 bulan.

ermmmm..... apapun yg paling meluat baca " perjuangan demi agama ". Agama mana pun aku tak tahu.... agama ambiga tu kot.....

Wednesday, July 6, 2011

guling kerajaan..?

Blog pembangkang memperlekehkan hasil penemuan senjata yang akan digunakan oleh peserta bersih. Mereka menuduh polis membuat drama swasta. Tapi kalau kita amati kata2 syam ketot, adakah ia lakonan polis.?


/me ISA wajar untuk pengkhianat seperti dia ni..

sarkas pakatan

Artikel Pilihan ~ azli sukri

Persetujuan Ambiga menerima cadangan daripada pihak kerajaan untuk mengadakan perhimpunan Bersih di stadium merupakan tamparan hebat kepada Pakatan Rakyat, sekali gus menconteng arang ke muka Anwar Ibrahim. Tidak disangka oleh sesiapa pun, pada saat-saat akhir, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menjinakkan singa betina ganas bernama Ambiga. Persetujuan Ambiga ini secara tidak langsung mengundang kebencian dalam kalangan ahli Pakatan Rakyat terhadap dirinya, kerana awal-awal lagi mereka sebenarnya mahu mengganas di ibu kota Kuala Lumpur bagi menunjukkan pengaruh dan kuasa politik, namun demikian hasrat jahat mereka tersekat dengan kebijaksanaan Najib.

Walauapa pun alasannya - Najib telah menang baik dari segi moral, mahu pun sokongan politik. Hujah saya adalah mudah. Dengan menghimpunkan seluruh penyokong Perhimpunan Bersih di sebuah stadium, ia bererti mereka tidak ubah seperti sekumpulan haiwan yang berada di dalam sebuah zoo yang besar, yang mana segala tingkah laku serta perangai mereka ditonton oleh seluruh dunia untuk dinilai dan diadili secara saksama.

Kedua, para penyokong perhimpunan Bersih ini juga akan berpecah menjadi dua kumpulan. Pertama, kumpulan yang mahukan perhimpunan secara aman dan kedua, kumpulan yang menginginkan kekecohan. Kumpulan kedua ini tidak akan berhimpun di stadium, mereka tidak akan mengikut arahan Ambiga, sebaliknya mereka akan tetap mengikut perancangan asal untuk mengadakan demostrasi jalanan bagi menjatuhkan kerajaan. Oleh yang demikian, kerja pihak polis untuk menyumbat puak-puak ekstrim ini ke penjara menjadi lebih mudah dan berjalan lancar.

Ketiga, jumlah manusia yang akan berhimpun di stadium untuk menyokong Perhimpunan Bersih akan merosot dengan teruk, hal ini disebabkan beberapa alasan, pertama untuk apa bersorak dan terpekik-pekik macam orang gila di dalam sebuah stadium yang tiada sebarang perlawanan bolak sepak? Perbuatan tersebut hanya diketawakan oleh masyarakat dunia, khususnya negara-negara Barat yang akan berkata "Awat hang semua dah jadi macam orang gila? Masyarakat Barat buat demo kat jalan raya, hampa pulak buat demo di stadium, sewel apa? Mana ada negara di dunia ini yang rakyatnya buat demo untuk jatuhkan kerajaan di dalam stadium, hampa semua kena bodoh dengan UMNO/BN saja la"

Keempat, imej Najib semakin positif di mata dunia dan rakyat jelata. Jelaslah Najib masih menjunjung tinggi kebebasan bersuara dan amalan demonstrasi di negara ini - sehingga lidah Anwar Ibrahim menjadi kelu tidak terkata. Pendekatan Najib yang bertolak ansur dengan penganjur Bersih menyerlahkan lagi keperibadian beliau sebagai pemimpin untuk semua kaum di negara ini.

Kelima, stadium yang akan dipilih kelak, pastinya stadium yang terletak di dalam negeri Selangor, iaitu negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, maka sudah tentu akan ada kerusi dan peralatan stadium yang rosak. Maka semua kos ini akan ditanggung oleh kerajaan Pakatan Rakyat sendiri. Dengan kata mudah, kejahatan yang mereka lakukan akan kembali kepada mereka sendiri untuk ditanggung.

Keenam, konsep demonstrasi ala-Anwar Ibrahim yang berlaku pada tahun 98/99 sudah pun berakhir dengan persetujuan Ambiga untuk mengadakan perhimpunan Bersih di dalam stadium. Maka, selepas ini sebarang perhimpunan jalanan sudah tidak lagi relevan dan mendapat sokongan rakyat - kerana rakyat semakin rasional dan berpijak di bumi yang nyata. Untuk jangka masa yang panjang, rakyat yang gemar menyertai demostrasi jalanan akan dikerah ke stadium untuk meluahkan ketidakpuashatian mereka di sana. Maka, lama kelamaan mereka akan mula terfikir bahawa apa yang sedang mereka lakukan adalah kerja yang sia-sia dan dilihat sebagai perbuatan orang-orang bodoh - terpekik dan melolong di dalam stadium, dan akhirnya mereka akan berasa malu terhadap diri mereka sendiri.

Kesimpulannya - Datuk Seri Najib telah menang dan Anwar Ibrahim telah tewas. Strategi politik Najib nampaknya, jauh lebih bijak daripada Anwar Ibrahim. Jelaslah, Pakatan Rakyat sudah bersiap sedia menggali kubur mereka sendiri dalam PRU yang akan datang. Selamat tinggal Ambiga dan selamat pulang ke Sungai Buluh Anwar Ibrahim. Takbirrr!!! Allahuakbar!!

mental down

Semua orang mahukan kerajaan bersikap maksum. Kalau boleh semua benda kerajaan BN kena buat. Itu la…. ini la.. silap2 jamban kat rumah sumbat pun kerajaan yang dipersalahkan.

Bila aku ajukan soklan “ agak2 kalau pembangkang memerintah boleh ke rasuah dihapuskan.? ” … memang la tak.. sama je macam sekarang.

Kebanyakan mentaliti penyokong pembangkang seperti itu. Mereka hanya tahu semuanya BN buat dan yang salah itu kerja BN. Apa yang parti atau pemimpin mereka buat mereka tak kisah asalkan umno dapat ditumbangkan.

Merayatkan ekonomi hanya slogan. Tidak buat kerja takpe asalkan mereka mampu merosakan program kerajaan. Kalau benar Pakatan membantu rakyat mengapa Pakatan tidak buat rumah mampu milik di S.Alam atau Bangi..? Yang ada hanya di Klang atau Ijok yang nilai tanahnya tidak la setinggi mana.

Kalau Najib berani menawarkan tanah TUDM sungai besi untuk rumah rakyat, kenapa kerajaan Pakatan yang diwar2kan membantu rakyat begitu tamak membantu rakyat..? Bayangkan kalau dari dulu Pakatan memerintah… dimana letaknya rumah orang kurang berkemampuan.?

Kalau ada yang berani menyatakan akan Pakatan akan BUAT.. hahaha… pandai memaki BN apa yg BN buat 50 tahun. BN memerintah dari negara tidak pernah membuat jarum. Fikirkan sesuatu teknologi. Hendak membuat teknologi akan banyak mengambil masa tapi jika untuk menambahbaikan teknologi tidak la sesusah mana.

Aku kira 50 tahun Bn memerintah tidak la seteruk mana. Kalau anda rasa anda orang yang bijak dan berpendidikan itulah hasil daripada kerajaan. Jangan menafikan perkara itu. Banyak lagi negara membangun dimana rakyatnya bijak tapi sukar untuk mendapatkan peluang belajar.

Tapi sayang.. orang yang dikatakan bijak tapi akalnya masih di dalam kepompong. Kerana itu aku amat kecewa apabila orang bijak tidak menggunakan akal untuk berfikir lantas mudah ditipu dan terpedaya hanya dengan kata2.

Berapa banyak orang melayu Islam yang rugi dalam politik sekarang..? Hanya kerana menyelamatkan nyawa politik seorang maka bangsa dan agama direnyutkan.

BN memancing undi dengan roadshow mendengar keluahan rakyat. Sebaliknya pakatan memancing undi dengan demo merosakkan negara. Tidak cukup dengan demo, mereka paw rakyat untuk pilihanraya. Ironinya… mereka tetap katakana pakatan membantu rakyat.

Tak payah la gebang guan eng, khalid gagap atau husam tak pernah ambik duit rakyat. Aku bukan kanak2 untuk mengatakan mereka ini maksum. Mereka ni sama je sepsis dengan umno.

/me Bersih makan tuan.