Monday, January 31, 2011

Labis Tengah

Tenang seakan tiada isu besar. Isu peribadi antara dua calon juga tidak menepati sasaran. Anehnya, orang lain yang bertanding, orang lain yang ada isu. MC tipu. Selayaknya suami Normala dikenakan tindakan yang sewajarnya. Aku harap doctor yang mengeluarkan mc tersebut juga perlu disiasat.

Sekarang ini pembangkang terutama penyokong pas teruja dengan sokongan kaum cina. Ada satu ketika, hanya kerana FB, satu cawangan Pas sanggup mengimport balaci Dap ke majlis perasmian. Dalam hati tertanya, “ dah takde orang melayu lagi kah..? apa yang istimewanya cina bunting tu sampai orang Pas mengusung beliau ke masjid..?

Pas For All berjaya.?

Penyokong Pas merasakan begitu teruja dengan sokongan orang cina tapi hakikatnya sebaliknya yang terjadi. Pas diterima oleh orang cina bukan kerana keindahan Islam, tapi orang cina menerima Pas kerana Dap menterbiahkan orang cina bahawa Pas boleh diperkudakan. Melalui Pas, cina mampu memperbodohkan melayu.

Cina Penang berulang alik ke Singapore. Guan Eng ambil tuisyen di sana. Guan Eng cepat belajar orangnya. Apa yang dipelajari terus dipraktikan. Satu persatu langkah tersusun membina Singapore kecil terus dilaksana. Bermula hilangnya Kg Pala sehinggalah terbinanya universiti cina.

Awas..

Sekarang ini, Pas menjadi penampan yang kuat untuk Dap melaksanakan rancangannya. Di ibaratkan Dap baling batu sembunyi tangan. Dap membuat peperangan tetapi Pas menjadi askar peperangan. Walau Dap membuat salah Pas tetap menyerang umno. Ironinya, Pas tidak pernah bersuara di Penang atau Selangor. Dap berkuasa secara total.

Keputusan Labis tengah sudah dijangkakan. Sekarang ini cina apa jenis parti tetap akan menyokong pembangkang. MCa sekadar mengisi slot BN. Bagi cina untuk apa mereka bergaduh sedangkan bagi mereka inilah peluang mereka untuk menghumban melayu selagi Nik Aziz dan Anwar masih hidup.

Dulu Lee Kuan Yew sanggup berjumpa dengan melayu. Memberikan harapan bulan dan bintang. Sekarang kalau pembangkang sendiri tidak wujud.... adakah melayu singapore ada suara.?

/me untuk slot melayu tergadai tapi cina tetap cintakan Dap.

Monday, January 10, 2011

hero cina

Mana Kj.? Mana pembakang yang memperjuangkan anti rasis..? mengapa diam je isu Ng Wei aik.? Bila melayu cakap pasal melayu laju je mereka menekan melayu. Tapi bila cina bercakap macam samseng, semuanya menikus. Macam gampang…. Pituihh,,~

Aku perhatikan, kebanyakan Adun Dap semuanya macam Ronie Liu. Bengis semacam. Kalau Ng Wei dari BN camne.? Boleh terima ke.? Mengapa kalau BN semuanya nak perfect tapi kalau pembangkang bangsat pun boleh jadi Adun.?



Adun tolong punggah barang..? sepatutya Adun jadi proxy menerangkan masalah sebenar tapi NG Wei kelihatan seperti dalang. Ingat ni majlis kenduri kawin ke nak tolong.

/me Pekerja majlis pun dah macam balaci cina... hahahha...

Pembangkang Kuat..?

Ada member menyembang, susah Kj nak jadi menteri. Memang keputusan melantik menteri di tangan PM. Tapi satu perkara kena ingat, perkenan Agung diperlukan untuk seseorang itu diangkat sebagai menteri.

Agung nampak serba tak tahu tapi hakikatnya Agung tahu keadaan di dalam negara. Maklumat dari risikan tentera, Kj adalah antara balaci Anwar. Aku tak nak menyembang siapa Anwar, tapi kalau sekadar blogger seperti kumbang atau aidc mampu mengupas siapa Anwar, apatah lagi risikan tentera.

Report tentera hantar kepada siapa.? Siapa bos tentera Malaysia..?

Satu ketika dulu, banyak penyokong pembangkang membuat dua imam dalam satu kariah. Bila penyakit ini makin merebak, ada orang menyatakan, Agung telah campur tangan dalam menangani isu ini.

Jadi salah ke Agung memanggil Najib dan Hadi..? mengapa isu ini dipolitikan..? Bukan pembangkang kepanasan tapi team Anwar kepanasan kerana Anwar tidak dipanggil dalam perjumpaan tersebut. Satu persoalan, mengapa Agung tidak memanggil Anwar karipap..?

Isu negara perpaduan tidak timbul. Dijangkakan Parlimen akan dibubarkan dalam bulan September tahun ini. Kalau aku menjadi Najib, aku tidak gedik nak berpakat dengan Pas. Bagi sebab mengapa Najib nak suruh Pas bergabung..?

Kenyataan Khalid Samad hanya dari sudut politik semata. Semua tahu Khalid Samad ada adalah Trojan Anwar dalam Pas. Kalau Khalid Samad menyatakan umno takut sebab pembangkang@ Pas kuat, bukankah lucu bunyinya. Kuat tang mana Khalid.?

Apa yang aku nampak, Agung memanggil kerana pembangkang semakin kuat menggoyang intitusi raja-raja. Kalau nenek moyang kita menentang Malayan union demi raja-raja, tapi anak cucu mereka menentang raja-raja demi Anwar karipap.

Blog umi pembangkang. Mereka spin isu umno menghapuskan kekebalan raja-raja. Isu itu berpunca kerana kebanyakan kerabat diraja menyalahgunakan kuasa malah ada rakyat yang mati kerana beberapa insiden yang tidak diingini. Bukankah ia berbeza, menyekat dan menghapus.

Sekarang ini Anwar tidak disukai oleh kebanyakan raja-raja. Kalau aku silap tafsir, mengapa Agung tidak menjemput Anwar dalam perjumpaan tersebut.? Anwar bukan Islamkah.? Dap mengambil kesempatan dalam situasi ini. Mana tahu Malaysia akan seperti Singapore..?

Hairan bin ajaib, mengapa pembangkang seperti kepanasan.? Aku tak nampak pun pemimpin umno melenting..? Kalau perjumpaan ini menjadi isu…. Alahai, ceteknya otak pembangkang. Banyak cakap dari buat kerja.

Walau orang umno masih tertanya-tanya, mengapa Pak Lah melepaskan Anwar AL-Buntuti, tapi orang umno diam. Orang umno takdak teloq.? Weii… Pak Lah turun pun sebab orang umno yang mendesak.

Hakikatnya, ini antara sebab mengapa aku tidak tertarik dengan pembangkang. Otaknya seperti ayam betina bertelur. Riuh sekampung walau bertelur sebijik.

/me pembangkang takut bayang-bayang sendiri.

Wednesday, January 5, 2011

Aku ada pilihan..?

Penubuhan negara Islam.

Dari dulu slogan ini digunakan oleh Pas dalam memancing pengundi orang Islam. Aku sebagai orang Islam berasa serba salah. Kalau aku tak mengundi, maksudnya aku menolak agama aku. Kalau aku menyokong adakah perjuangan itu akan menemui kejayaan..?

Belum cuba belum tahu..?

Kebanyakan pemerintahan sebuah negara berasaskan politik. Kalau tidak bijak berpolitik alamatnya lingkuplah negara ini. Secara asasnya, sesuatu dasar yang digubal perlu mendapat majoriti 2/3 dari suara parlimen. Jika kerusi Pas tidak pernah cukup dalam setiap Pru adakah Pas mampu menubuhkan negara Islam..?

Kebanyakan orang yang menyokong Pas adalah kerana agama. Akan tetapi kebanyakan orang Pas termasuk pemimpin mereka bodoh dalam berpolitik. Buktinya, Pas parti yang besar, sudah lama bertapak serta teguh namun dalam Pakatan rakyat mereka tidak mampu menjadi parti dominon. Jika kita bukan dari parti yang mengetuai kerajaan maka suara kita akan menjadi minoriti.

Pas berkata pada rakyat, “ kita akan menubuhkan negara Islam”. Tetapi sehingga kini tidak pernah sekali Pakatan mengeluarkan kenyataan bersama bahawa mereka setuju menubuhkan negara Islam. Siapa yang tidak amanah dalam perjuangan..? adakah Islam mengajar umatnya menipu.?

Kalau benar Pas parti alternatif yang bagus untuk menggantikan umno, dimana suara Pas di Selangor.? Mengapa Pas sering membisu seperti kucing kurap.? Kalau ini kita jadikan sandaran, mampukah Pas memperjuangkan nasib kita..?

Idris Ahmad rajin mengeluarkan kenyataan. Tapi sayang sekali, kualiti kenyataan yang dikeluarkan hanya setakat tahun 6. Itulah standard pemikiran kebanyakan pemimpin Pas.

Isu SUK Selangor.

Aku boleh katakan Pas menipu penyokongnya. Kalau benar Pas jujur dalam perjuangan mengapa Pas berdiam diri dalam isu SUK Selangor.? Datuk Mohammed Khusrin Munawi adalah bekas pengarah Jais. Sekurang-kurangnya tidak ada rotan akar pun berguna untuk menasihati MB. Bukankah itu lebih baik..? kata sebaiknya MB dinasihati orang beragama, tapi mengapa mereka menentang perlantikan Khurisn..? Bukankah ini hiprokrit.?

Kesimpulan mudah. Bukti Umno jauh lebih hebat dari pakatan.

Umno sudah lama memerintah, banyak pengalaman yang ada pada umno jika dibandingkan Pakatan. Dalam sarang musuh Umno mampu mencari startegi untuk menyelitkan orangnya, bukankah Umno lebih hebat berpolitik.?

Dalam isu ini juga, Pakatan membocorkan rahsia kebodohannya. Dulu kata tak, sekarang kata ia. Bila dah mengaku, nak gubal undang-undang tubuh negeri..? cukup syaratkah nak gubal undang-undang..? Pakatan ada suara majoriti dalam Dun..?

Fikirkan... Kalau putar belit umno pun pakatan terhuyung hayang, mampukah Pas melawan putar belit orang kafir.?

/me Nik Aziz nampak buduh mungkin sebab dikelilingi orang buduh.

sembang

Ke kanan minyak naik.. ke kiri banyak plak masalah timbul. Seakan rakyat tidak ada pilihan untuk memilih kerajaan yang baik.

Ketika Mahathir mampu berfikir, hantu-hantu firaun berkerja keras menghasut rakyat menjatuhkan beliau. Kebahagian yang diberi namun banyak cekadak yang dilemparkan. Alih-alih yang di kejar tak dapat yang di kendong keciciran.

Rakyat didulukan.?

Bila Najib membawa masuk Idris Jala, pemerintahan negara akan seperti menguruskan sebuah syarikat. Dalam mentadbir negara, cara Idris Jala sama sekali tidak bersesuaian. Pentadbiran kerajaan yang cekap perlu dituntut akan tetapi elemen cut cost yang melampau dalam kerajaan adalah tindakan yang kurang bijak kerana ia mampu mendatangkan kesan buruk kepada kesuluruhan struktur sosial rakyat.

Harga pasaran minyak naik maka kerajaan akan menaikan harga minyak. Alasan? kerajaan tidak mampu menampung subsidi minyak. Sebab apa.? Jawapan bodoh dari kerajaan kerana aktiviti seludup minyak. Kenapa apa nak naikan harga minyak masak.? Aktiviti seludup dan menyorokan barang. Sebagai rakyat boleh ke kita menerima jawapan yang sebodoh ini.?

Kerana beruk sekor kita semua terpalit.?

Ketika era Mahathir, banyak peniaga cina menuntut kenaikan barang. Mahathir membalas dengan jawapan pendek, “ lu kalau tak mau meniaga ramai lagi mau meniaga.”.

Mengapa perlu cut cost..? sebab apa penpadapatan negara kurang.? sebab kerajaan tidak bijak mengurus dan merancang.

Dulu harga gula tidak kecoh. Dulu harga simen dikawal. Sekarang semuanya kerajaan seperti mahu lepas tangan. Yang miskin dibantu dan yang kaya terus kaya. Orang seperti aku.? Papa kedana jadinya…

Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Tajuk sedap tapi isinya kosong. Kalau dulu “ siapa yang mampu beli kalau harga rumah beratus-ratus ribu.? ”. Sama sahaja… sekarang pun pergi pejabat PKNS takde rumah flat atau kos rendah. Semuanya untuk orang-orang kaya. Yang miskin macam aku, kempunan nak beli rumah baru.

Kerajaan bagi air percuma.? Setakat RM6 tak terliur aku. Sekarang Ekonomi Selangor tercungap. Sesuai la dengan gaji Tuan Penasih… RM1.

Arghh…. Bosan. Kena plak bila baca rasuah yang tak habis.
US Securities and Exchange Commission (SEC) dan Jabatan Kehakiman AS baru-baru ini telah menerbitkan dokumen menyatakan bahawa pembekal peralatan telekomunikasi Alcatel Lucent SA telah merasuah perkerja Telekom Malaysia Bhd sebanyak US$700,000 untuk memenangi kontrak US$85mil alatan telekomunikasi antara tahun 2004 dan 2006. mummy
/me samseng seperti raja.