Wednesday, February 16, 2011

angkat kain


cerit dari buaya merah


Seorang wanita bercerita dengan kawannya tentang pengalaman ngeri beliau hampir diperkosa.

Mangsa : “Semalam aku balik dari overtime lalu dekat lorong shorcut belakang kedai, lepas tau ada seorang Bangla mengekori aku macam nak merogol aku”

Kawan Mangsa: ” ishh ngerisnya…”

Mangsa: “Lepas tu aku tengok dia semacam ajer aku pun lari laju-laju.. dan dia pun kejar. ”

Kawan Mangsa: “saspen nih”

Mangsa: “dah kita perempuan mana nak sama dengan tenaga lelaki,kemudian dia dapat mendekati aku”

Kawan Mangsa: “pastu ko buat aper supaya selamat?”

Mangsa:”Aku pun terus angkat kain aku…”

Kawan Mangsa: “Hah?”

Mangsa: “Tepat jangkaan aku…. dia pun melondehkan seluar dia…”

Kawan Mangsa: “Lepas tu aper terjadi?”(tak sabar)

Mangsa: “Seperti teori bodoh, orang yang mengangkat kainnya akan lari lebih laju dari orang yang melondehkan seluar dia….jadi aku selamat…”

Kawan Mangsa: …oh.

Monday, February 14, 2011

siutt..

aku culik cerita kt parpukari....
lawak boduhh....

Dalam usaha mereka utk menang PRU13, DS Nizar, D Ngeh dan YB Nga telah membuat satu roadshow ke seluruh negeri Perak. Kerana jarak antara tempat ceramah yang jauh, mereka gunakan helikopter utk bergerak.
Semasa satu perjalanan, YB Nga telah lempar keluar satu not RM 100 seraya berkata " Saya telah gembirakan seorang rakyat Perak."

YB Ngeh pula lempar keluar sepuluh keping not RM 10 dan berkata " Saya telah gembirakan sepuluh orang rakyat Perak."

Tak mahu kalah, YB Nizar telah lempar keluar seratus keping not RM 1 dan berkata "Saya telah gembirakan seratus orang rakyat Perak."

Melihat telatah penumpangnya, Juruterbang berkata dalam hatinya, "Deme tak tahu kalau keme lempor buang deme bertiga ni, lebih sejuta rakyat Perak akan bergembira"

Saturday, February 12, 2011

anwar

Dimana ada Anwar... disitu ada perpecahan.

Awal tahun 1980-an lagi apabila Anwar mula menjejakkan kakinya ke pintu UMNO, sudah terdetik di hatinya untuk memanjat ke puncak kuasa. Dia serta rakan-rakannya yang setia dalam ABIM sudah mula berkira-kira untuk melonjakkan Anwar ke laluan kuasa atau “Corridor of Power”.

Ramai rakannya dalam ABIM, yang mulanya bimbang dan ragu dengan prinsip Anwar telah “diyakinkan” bahawa amat penting bagi Anwar untuk berada dalam UMNO jika ABIM mahu berjaya dalam agenda sulitnya membolot kekuasaan parti dan Kerajaan. Jemaah ABIM yang keliru akhirnya dapat diyakinkan oleh Kamaruddin Jaafar (KJ) , Kamaruddin Md. Noor (KMN), dan kemudiannya Fuad Hassan, Siddik Fadil, Md. Nor Manuti dan sebilangan lagi yang sudahpun merasai nikmat dunia hasil kecapaian Anwar semasa dalam parti dan Kerajaan.
Anwar amat pasti bahawa dia boleh ke puncak kuasa dengan naungan Tun Dr. Mahathir dan melalui strategi politiknya yang begitu licik. Kemasukannya ke dalam UMNO secara “paracut” itu telah dieksploitasi sebaik-baiknya. Tapi, Anwar telah mencipta imej tersendiri semasa dalam UMNO sehingga ramai yang alpa bahawa dia pernah memijak-mijak bendera UMNO!

Golongan muda UMNO pasti tidak mengenali peribadi Anwar, manakala golongan veteran pula hanya mengutakaman kepentingan politik sendiri dan akur kepada keputusan Presiden, maka terpaksalah menerima Anwar sebagai “ayam sabung” yang perlu digilap dan dinobatkan sebagai pengganti Dr. Mahathir!

Pak Lah sebenarnya adalah orang pertama yang menjadi mangsa kemasukan Anwar. Malangnya, Pak Lah ketika itu sering beranggapan bahawa orang lain juga baik dan lurus sepertinya. Bila Anwar yang juga dari Pulau Pinang muncul, Pak Lah sebenarnya sudah kesempitan ruang. Seperti kata-kata lagenda John Wayne dalam filem “ The Town is too small for booth of us”. Suka atau tidak Pak Lah harus menerima Anwar, lantas Pak Lah pernah berkata, “ Hakikatnya Anwar masuk UMNO beliau sudah mengorbankan prinsipnya”. Manakala Fatah, Setiausaha Politiknya pula berkata, “Kita dah kepit Anwar di bawah ketiak kita”!

Anwar bijak menipu. Kempen pilihanraya yang menyaksikan dia bertanding buat julung kalinya di Parlimen Permatang Pauh, dia banyak menggunakan jentera Pak Lah yang rata-rata terdiri dari budak-budak BTN yang berbelah bahagi menyokong Anwar. Mereka lebih keberatan dari sanggup. Namun kerana amanah Pak Lah bahawa, “…Kita perlu memenangkan Anwar, kalau tidak Dr. Mahathir akan dituduh berhasrat untuk memusnahkan politik Anwar…!” maka mereka pun dengan taatnya beroperasi menyokong Anwar, walaupun barangkali dia tidak sedar.

Dalam satu sesi ceramah di Permatang Pauh, apabila Pak Lah turun untuk memperkenalkan jagoan muda ini, Anwar dengan rendah dirinya menyebut, “ Pak Lah ni lebih dari saudara kandung saya sendiri…” Sungguh bijak Anwar mengeluarkan kata-kata manis yang merupakan asas putar belitnya berpolitik yang kemudiannya dipergunakan secara berleluasa.

Pembohongan pertama Anwar yang paling ketara ialah bila dia berhasrat menentang Haji Suhaimi bagi kerusi Ketua Pemuda. Ayatnya yang mudah ialah, “Saya tidak akan bertanding melawan Haji Suhaimi. Pemuda UMNO di bawahnya sudah cukup elok”. Selang dua hari selepas itu, dia meluahkan hasrat mencabar Haji Suhaimi. Manakala konco-konconya pula giat berkempen bahawa Dr. Mahathir berkehendakkan Anwar mengganti Haji Suhaimi. Maka menanglah Anwar!

Menjelang 1987, kekuatan Anwar menjadi lebih mantap berikutan insiden pergeseran Mahathir-Musa yang juga tercetus hasil konspirasi Anwar dan puak-puaknya. Musa yang kebetulan ghairah untuk cepat mengganti Dr. Mahathir melakukan kesilapan-kesilapan strategi politik. Dia cuba merajuk, malangnya tidak dipujuk.Akhirnya Musa terpinggir!

Politik Anwar mula menyusahkan veteran-veteran UMNO. Mereka yang dulu susah untuk menerima Anwar segera melarikan diri dari Mahathir dan membentuk “Team B”. Kesilapan mereka sebenarnya adalah berpunca dari kemarahan mereka terhadap Anwar itu lebih ditujukan kepada Dr. Mahathir. Akibatnya, mereka terpaksa menentang Mahathir bukan Anwar! Lagi kuat mereka menentang Mahathir, bertambah kuat pertalian politik Mahathir-Anwar!

Penyerahan kuasa Pemuda dari Anwar ke tangan Najib, menjadi senjata muktamad kemenangan Dr. Mahathir ke atas Ku Li. Dan, sekaligus Anwar mendapat ganjaran sebagai Naib Presiden.

Menjelang pemilihan UMNO 1990, Anwar sudah pasang angan-angan untuk cabar Allahyarham Pak Ghaffar ( Tun Ghaffar ). Cuma kali ini dia gementar sedikit untuk merancangkan tindakan jahatnya itu. Apabila ada pencalonan dari beberapa Bahagian, dia Cuma menikus kerana dia sendiri tidak pasti adakah seorang Naib Presiden ke tiga boleh mencabar Timbalan Presiden dalam konteks nilai dan budaya UMNO.

Perkara ini “unprecedented” dan Dr. Mahathir sendiri nampaknya tidak begitu mahu melayan pemikiran-pemikiran ini. Bagaimanapun satu atau dua Bahagian cuba-cuba bangkitkan pemikiran bagi agenda Anwar ini. Anwar sendiri tidak mengenepikan kemungkinan tersebut. Namun atas kepercayaan bahawa Dr. Mahathir masih selesa dengan Pak Ghaffar, usaha ini hanya tertumpu di kalangan konco-konco Anwar sahaja, yang kebetulan belum bertapak begitu kuat di dalam UMNO. Akhirnya hasrat itu tidak diambil berat lagi, tetapi hal ini membantu Anwar meletakkan dirinya di tempat yang lebih baik iaitu mendapat tempat pertama di barisan Naib Presiden.

Kemenangan itu menjadi rangsangan kepada Anwar untuk menyediakan dirinya ke kerusi Timbalan Presiden pada tahun 1993. Banyak peristiwa dan faktor yang melicinkan gerakan Anwar menjelang pertandingan itu. Karenah Sidang Pengarang Utusan Malaysia yang sebenarnya didalangi oleh Samad Mahadi, anak saudara Dr. Mahathir dalam mempersoalkan sikap Mahathir terhadap bahasa Malaysia, membantu Anwar meletakkan “orangnya” iaitu Johan Jaafar mengganti Zam sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan. Zam menjadi mangsa kepada tangan celupas Samad!

Perlantikan Johan Jaafar merupakan faktor penting serangan media bagi membantu Anwar. JJ, Nazri Abdullah (Berita Harian), Rahman Sulaiman (Bernama) yang sering bertemu untuk merancang satu konspirasi menentang Pak Ghaffar. Ironisnya, JJ sering mempertikaikan tentang “teori konspirasi” dalam penulisannya!

Di satu pihak lain pula, kegagalan Pak Ghaffar dalam menyediakan dirinya sebagai pengganti Dr. Mahathir juga turut menguatkan lagi azam Anwar bagi merampas jawatan Timbalan Presiden itu. Pak Ghaffar tidak serius. Dia menyangka jawatan nombor dua itu adalah hadiah istimewa baginya sebagai pejuang bangsa. Beliau “took things for granted”. Beliau fikir sebagai orang berpengalaman, ahli-ahli akan tetap setia dan tidak berbelah bahagi dengannya. Namun Pak Ghaffar lupa ketika itu, gelombang “Melayu Baru” yang diberi tafsiran oleh mereka yang gelojoh dengan kuasa sudah mulai membuak-buak!

Jentera Anwar yang terdiri dari Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri mulai menjalankan plotnya. Jentera parti bukan lagi dikuasai oleh Pak Ghaffar. Ini Pak Ghaffar barangkali tidak sedar. Beberapa bulan menjelang pertandingan, media terus memainkan peranannya dengan aggresif tapi halus. Tidak kurang dari tujuh kali Dr. Mahathir menyebut bahawa Pak Ghaffar tidak akan dicabar. Akhbar-Akhbar menunggu pendekatan yang terbaik untuk memerangkapkan kenyataan-kenyataan Dr. Mahathir.

Apabila sesekali Dr. Mahathir terlepas cakap di hujung ucapannya bahawa “ dalam pertandingan, demokrasi mesti dihormati”, ayat itu akan menjadi ungkapan utama dalam akhbar. Apabila Dr. Mahathir tercakap di Terengganu, bahawa “seseorang pemimpin perlu undur apabila ia merasai ia telah terlalu lama dan tidak lagi boleh menyumbang kepada kebaikan parti…” maka ayat ini menghiasai ruang akhbar dan TV secara besar-besaran pada keesokannya. Rakyat, terutama bakal perwakilan yakin kenyataan itu ditujukan kepada Pak Ghaffar. Malah dia sendiri makin keliru. Dr. Mahathir masih mahukanya atau tidak?

Namun dalam masa yang sama, Anwar masih menyebut bahawa dia sekali-kali tidak akan mencabar Pak Ghaffar, baginya Pak Ghaffar adalah tokoh politik yang amat dihormatinya. Pak Ghaffar adalah sebagai guru kepadanya. Pak Ghaffar juga adalah sebagai bapa kepadanya. Orang UMNO yang masih kuat ingatan tentu tidak lupa dengan kata-kata penafiannya sebelum dia bertanding menentang Haji Suhaimi dahulu. Penafian sebelum pengakuan adalah semata-mata “tactical”. Cakap hanya tinggal cakap. Kalau dengan Haji Suhaimi dia boleh bertaktik sebegitu, apa salahnya dengan Pak Ghaffar pula. Kemudian katakanlah pula… “Saya perlu akur dengan kehendak parti…atau arus yang begitu kuat menuntut kepada perubahan…”

Kemuncak konspirasi politik Anwar meledak bila dia berjaya membohongi ratusan pemimpin UMNO dari seluruh negara hadir ke satu perhimpunan di PWTC. Tok Mat menjadi alat utama dalam peristiwa ini. Selaku Setiausaha Agung dan Menteri Penerangan ketika itu, Tok Mat menggunakan kedudukannya bagi menjayakan niat rakus Anwar. Dengan dibantu oleh Pak Wan (mertua Anwar) yang memiliki sedikit kepakaran dalam “perang saraf”, mereka berjaya mengumpulkan pemimpin UMNO untuk datang ke Kuala Lumpur bagi suatu pengumuman yang mereka sendiri tidak tahu apa isi sebenarnya?

Pihak media dengan penuh perancangan juga meletakkan peristiwa itu sebagai sokongan umum untuk Anwar menentang Pak Ghaffar. Maka Anwar dengan angkuhnya menyebut, “Ini adalah iltizam…” Apabila hasratnya telah menjadi cakapan umum, Dr. Mahathir yang diketahui sebagai seorang yang suka menyebelahi calun yang akan menang, sudah menjadi satu dilema sekali lagi. Megat Junid turut menyakinkan Dr. Mahathir, Anwar akan menang!

Kebangkitan “Arus Perdana” dan pemikiran “Melayu Baru” akhirnya memaksa Pak Ghaffar berundur! Anwar menang, Pak Ghaffar kalah! UMNO ketika itu seolah-olah menerima hakikat dengan pola pertandingan yang dijalankan. Pencalonan hampir dari semua Bahagian dijalankan secara paling kotor tanpa kesopanan seperti yang pernah disaksikan sebelumnya. Wang menguasai segala-galanya. Anwar tahu hal ini. Sebagai seorang pejuang Islam, dia sengaja menutup mata terhadap kedurjanaan ini. Malah Anwar menghalalkannya! Baginya matlamat menghalalkan cara. Pak Ghaffar diperhinakan begitu rupa. Dia menjadi terlalu kerdil dalam parti yang turut sama-sama didewasakan sejak berpuluh-puluh tahun dulu!

Selepas pertandingan 1993, UMNO seolah-olah sudah menerima kesesuaian gandingan Mahathir-Anwar. Macamlah kombinasi 2M dekad 80-an dahulu. Orang-orang Anwar yang mendabik dada dengan kemenangan tersebut juga sudah pasang angan-angan untuk tumpang tui Anwar dalam hiraki kepemimpinan UMNO!

Dalam keselesaan Anwar berlabuh di kerusi Timbalan Presiden, tiba-tiba UMNO dikejutkan dengan isu “Brutus” oleh Dr. Mahathir dalam Perhimpunan Agung UMNO 1994, setahun selepas Anwar berganding dengan Mahathir. Presiden tidak akan menyebut mengenai sejarah pengkhianatan Brutus itu kalau bukan kerana ia menjadi isu sekitar dirinya. Perwakilan membaca maksud Dr. Mahathir pada wajah Anwar yang turut duduk di atas pentas pada hari itu. Keresahan Dr. Mahathir dengan orang nombor duanya itu telah dihidu oleh umum. Nampaknya konspirasi Anwar bukan setakat Pak Ghaffar sahaja. Anwar tidak akan puas selagi dia tidak sampai ke puncak kuasa!

Mengapa Anwar begitu rakus dan tidak sabar menunggu? Mereka yang kenal Anwar dari zaman ABIMnya pasti tahu akan jawapannya. Anwar tidak boleh dan tidak mungkin mahu menjadi orang nombor dua. Dia mahu jadi orang nombor satu dalam serba serbi dan dalam apa situasi sekalipun! Dalam ABIM, kenapa Sanusi dan Fadzil Noor tersingkir? Bukankah angkara Anwar? Dia lebih selesa kalau di bawahnya hadir mereka yang “mediocre” dan tidak boleh mengatasinya. Itu sebab Anwar kekalkan Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Md Noor, Annuar Tahir dan lain-lain yang tidak ternama dan tidak berupaya menentangnya!

Anwar akan berasa tidak selamat atau “insecured” kalau Dr. Mahathir tidak digulingkan segera. Lebih lama dia menunggu, lebih banyak mengundang risiko. Dr. Mahathir bukan seperti Pak Ghaffar dan tempat Mahathir pun bukan seperti tempat Pak Ghaffar. “This is totally a different ball game”, begitulah anggapan rakus Anwar .

Anwar terpaksa merubah taktik dan strateginya. Pendekatan yang diambil tentulah berlainan dengan strategi semasa menentang Pak Ghaffar, walaupun hasratnya tetap sama. Pertama kali dicubanya pada pemilihan 1996. Dia mahu melemahkan Mahathir di Kedah. Kebetulan timbul isu Sanusi dan Osman Arrof. Anwar merancangkan pengekalan Osman Aroff sebagai Menteri Besar, maka dia memperalatkan pula 22 wakil rakyat sebagai senjata agenda politiknya.

Bila kumpulan 22 wakil rakyat itu mengemukakan memorandum penolakan terhadap Sanusi, Anwar segera mengingatkan Dr. Mahathir bahawa “…Pandangan mereka ini perlu diambilkira”. Dr. Mahathir menjadi cemas, kerana penolakan mereka ke atas Sanusi adalah petanda tentangan ke atas dirinya. Ini berlaku menjelang pemilihan pucuk pimpinan UMNO 1996. Secara sulit dan diam-diam, Anwar mengambil dua borang pencalonan dari Ibu Pejabat UMNO. Satu untuk Timbalan dan satu untuk Presiden.

APAKAH INI BUKAN KONSPIRASI ANWAR UNTUK MENGGULINGKAN DR.MAHATHIR? ADAKAH KEJELEKAN POLITIK ANWAR INI BOLEH DIMAAFKAN OLEH UMNO YANG MENJADI TERAS DOMINASI KUASA MELAYU DALAM KERAJAAN? DAN LAYAKKAN DIA DIJULANG SEBAGAI “HERO” DI SEBALIK ARUS KEBANGKITAN REFORMASI YANG SENGAJA DICIPTA UNTUK KEPENTINGAN POLITIK PERIBADINYA?

Friday, February 11, 2011

valentine day

Aku ingin melihat umno berubah. Perubahan bukan tertumpu pada dasar sahaja tetapi aku mahu melihat perubahan menyeluruh dari segi perjuangan dan agenda.


Ada benarnya komentar flying kick mengenai dimana Kj dalam membendung budaya Valentine day. Umno kena berani ke depan dalam menangani masalah sosial yang dilihat semakin merebak kepada remaja bawah umur.

Dalam hal ini tidak timbul umno mengikut Pas atau Pas mengikut umno. Menjaga umat adalah tanggungjawab bersama dan tidak mengira fahaman politik. Tapi kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua AMK adalah sebaliknya.

Seperti biasa, bagi menutupi kepincangan pakatan rakyat maka umno dipersalahkan. Mengapa beliau tidak menyanggah kenyataan Khalid Samad atau mengherdik pemimpin Dap yang mempertikaian program Tentawi..?

“ Pas Selangor PAS Selangor juga menolak cadangan Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin yang mahu melancarkan kempen membendung gejala tidak bermoral di negeri-negeri Pakatan Rakyat.”.

Perlu ke komen.. fikirkan sendiri.

/me sayang pada isteri setiap detik.

Wednesday, February 9, 2011

disepit dan terhimpit



Sebelum memerintah, isu seperti ini dijaja oleh pembangkang. Dulu pembangkang tapi kini pembangkang di Penang menjadi pemerintah.

Aku faham, undang-undang tetap undang-undang. Tapi mengapa undang-undang yang dilaksanakan mengikut perkauman.?

Aneh kan… semua kedai yang dirobohkan adalah milik melayu. Kedai milik cina@Dap masih tegak berdiri walau kedai itu hanya beberapa meter dari kawasan yang terlibat.

Yang menyedihkan…. perkakasan kedai juga diangkut dalam lori. Mengapa mereka buat begitu.? Ini la sikap sebenar orang cina. Mereka tidak akan memberi muka kepada melayu untuk bernyawa… apatah lagi memberi peluang kepada melayu untuk berjaya.

Adakah ini kali pertama cina ini bersikap seperti ini..? Umno telah memberi kekayaan kepada orang cina, memberi banyak peluang kepada melayu tetapi umno masih dilabel sebagai pemerintah yang zalim, racis, ditaktor, zionis.

Pembangkang mengangkat Guan Eng sebagai Khalifah Umar. Adakah ini sikap Khalifah Umar..? Sebagai umat Islam tidak malukah kita dengan memberi gelaran itu.?




Ketika ini Guan Eng menyerang Balik Pulau. Mengapa.?

Balik Pulau adalah kawasan melayu di sebelah pulau. Teknik pecah dan jajah digunakan oleh Dap untuk merobohkan kawasan melayu. Untuk merobohkan kawasan besar, adalah lebih baik mereka mendirikan satu land mark yang akan memecahkan komposisi setempat dengan lebih cepat. Oleh itu, Dap bercadang membina universiti cina di Balik Pulau. Dengan terbinanya universiti tersebut, maka penempatan orang cina akan lebih cepat di sana.

Yang terbaru ialah risalah Balik Pulau. Mengapa cina ini dengan sengaja membuat cetakan risalah Balik Pulau.? Apa yang menarik di Balik Pulau sehingga Dap sanggup mengeluarkan modal..? Cina nak tolong melayu ka..? pernah dengar ke Dap ni nak tolong melayu kalau tak dapat habuan..?

Sengaja aku cerita politik dengan Ipar aku.? Aku tengok ko rajin sosial dengan masyarakat. Banyak aktiviti yang telah ko buat. Sebab aku rasa ko open….. aku nak tanya ikhlas kat ko…. Apa prestasi pembangkang di Penang ni..?

Kesimpulan cerita melayu di Penang hampir benar. Secara umumnya dia cakap mereka memang ada memberi bantuan, tapi bila aku soal balik apa jenis bantuan itu..?

Ada tak kalau ko nak buat aktiviti macam badminton ini..? Tak..? kalau tak.. so maksudnya dia hanya bagi bantuan yang umum kan… maksud aku macam dewan atay dsb… dia hanya mengangguk.

Mengapa Dap hanya memberi bantuan perkara yang umum sahaja. Ini adalah kerana Dap mahu menjaga persepsi bahawa Dap baik di mata. Bantuan seperti untuk menjalankan aktiviti masyarakat tidak banyak memberi persepsi tapi sebaliknya hanya membantu masyarakat… iaitu masyarakat MELAYU. Dap nak tolong melayu Ka..?

Hakikatnya… sebelum mertua aku melarikan diri dengan soalan politik aku…… “ sama je pembangkang memerintah. ”

Orang Melayu… ingat la… kalau sama sahaja untuk apa sokong Dap..? Adakah perubahan menyepit orang melayu dinamakan perubahan yang kita inginkan..?

Fikir-fikirkan….

/me apa dan mana perubahan itu..?

Tuesday, February 1, 2011

~~ dia je betul

Politik alaf baru. Agama dicanang seperti barang dagangan. Dijadikan topik seperti dilelong di pasar lambak. Kalau dulu Islam tinggi nilainya, sekarang Islam dijadikan barang politik.
Negara Islam.
Kalau dulu Pas menyatakan selagi kita tidak melaksanakan hudud maka kita bukan negara Islam. Tetapi setelah terjadinya perkhawinan campuran, maka presiden terus mengeluarkan kenyataan, “hudud hanya satu muka surat dalam Al-quran.”

Dulu dilabel kroni, tapi setelah menantu diangkat menjadi ceo, maka hadis dikeluarkan, “ kroni dalam Islam boleh. ”
Apa dia negara Islam..? Kelantan mengamalkan negara Islam..? kedengaran satu suara. “ tidak ada pusat pelacuran, tidak ada pusat hiburan, tidak ada judi dan tidak ada premis jual arak.”

Berpijaklah dibumi nyata. Kalau Nik Aziz tidak berani menyangkal kenyaataan kuan yew, mampukah Nik Aziz melawan Dap.

Walau Haron Din tidak seglamer Nik Aziz tapi aku kira jasa Haron Din lagi besar kepada agama dan masyarakat. Haron Din mengaji Al-quran dan seterusnya mempraktikan intipati Al-quran kepada masyarakat.

Al-Quran ialah kitab paling lengkap dunia dan akhirat. Nabi merupakan pemimpin agung yang membina tamadun. Kalau pemerintahan Nik Aziz mengkaji dan mempraktikan Al-Quran serta mengikut sunnah Nabi, sepatutnya Kelantan sekarang sudah mencapai negeri maju dan setanding dengan Selangor.

Pendapat Nik Aziz, Lee Kuan Yew lebih mulia dari Mahathir. Dunia menganggap Malaysia negara Islam yang hebat akan tetapi Nik Aziz memperlekahkan status itu hanya kerana Mahathir tidak melaksanakan hudud, membenarkan kilang arak, ada kuil batu caves atau genting.

“Kalau kita tidak boleh ambil beras seguni, mengapa kita hendak tinggalkan satu guni, lebih baik kita ambil sikit sikit, secupak secupak bawa balik ke rumah,”. Ini yang dikatakan, Pas halal tapi umno itu haram.

Bagaiamanapun Menteri Besar Kelantan itu bekata walaupun tidak melaksanakan hukum hudud, namun kerajaan negeri Kelantan berjaya menyatukan keseluruhan rakyat berbilang kaum di Kelantan. ~~ Nik Aziz.

Selepas trajedi 13 Mei 1969 kerajaan telah melaksanakan DEB. Walau dasar ini kelihatan menindas bangsa lain tapi keberkesanan dari dasar ini Malaysia makmur dan harmoni.

Pembangkang sering memomokan cerita umno gagal menyatukan rakyat. Jawablah jujur dalam diri kita. Mengapa iklan kerajaan sering memaparkan orang tua kita dan bukan orang muda sekarang. Setelah Anwar menunjukkan dajjalnya, jurang antara kaum semakin besar.

Pas seperti jari telunjuk. Menuding orang tapi 4 jari terarah kepada diri sendiri.

Nik Aziz mendakwa Pas berbangga dengan berbilang kaum. Berapa kerat hindu atau cina di Kelantan..? Kalau hanya sejembut ko nak berbangga, tak payah la.

Orang bukan Islam semakin suka Islam hanya kerana mereka memegang bendera Pas... Allahuakbar.. Pas itu bukan Islam tapi Islam itu Ad-Din.
/me dia je betul.