Saturday, April 30, 2011

anwar sokong murtad.?

Orang Pas kata dia berjuang untuk menegakkan Islam dan Negara Islam aka Hudud. Sekarang nada Pas tidak sekeras dulu untuk bercerita Islam kerana Pas tahu Dap tidak sukakan Islam.

Isu Murtad pembangkang menyalahkan kerajaan 100% kerana negara tidak melaksanakan Hudud. Tapi mengapa Pas berdiam diri setelah kenyataan Anwar yang secara terang menyokong isu murtad..?

Adakah video ni palsu.? konspirasi BN..? fitnah..?

Wednesday, April 27, 2011

kalau aku cina aku sokong Dap

Lee Kuan Yew 87 menang tanpa bertanding bagi pilihanraya yang ke 14. Negara yang satu ketika dulu dikenali Temasik, sekarang adalah milik kerabat Lee Kuan Yew. Beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada anaknya Lee Hsien Loong seperti menyerahkan sebidang tanah pusaka.

Kebebasan bersuara di Malaysia jauh lebih terbuka berbanding di Singapura. Guan Eng menyatakan Malaysia ini diperintah seperti Hitler, tetapi pada masa yang sama beliau mampu menjadi Ketua Menteri. Kalau Malaysia diperintah seperti Hitler tidak mungkin seorang cina akan menjadi ketua menteri.

Orang cina ada diseluruh pelusuk dunia. Tapi hanya satu negara sahaja orang cina telah berjaya ‘merampas’ kuasa dari penduduk terdahulu iaitu Singapura. Akibat dari tekanan yang hebat dari LKY, maka terlepaslah Singapura dari gagasan Malaysia.

Pengalaman beliau melepaskan Singapura telah dicurahkan kepada Guan Eng untuk membentuk negara persisiran orang cina. Tidak sampai 5 tahun diperintah oleh Dap, Penang dilihat seperti Singapura kecil dimana melayu sedikit demi sedikit diusir dan secara tidak sedar kuasa politik melayu semakin terhakis.

Mungkin takdir penentu segalanya. Tidak keterlaluan aku katakan, kalau bukan Penang adalah sebahagian ‘kerajaan’ Kedah mungkin Penang sudah mengcongak untuk keluar dari Malaysia. Tidak semua orang mengetahui bahawa Dap telah memulakan gerakan untuk mengeluarkan Penang dari Malaysia, namun ianya terhalang dengan kebijaksanaan Sultan Kedah.

Pilihanraya Sarawak telah membuktikan bahawa cengkaman politik orang cina tidak terhad di semenanjung tetapi telah merebak ke negeri borneo tersebut. Semua peti kawasan yang bermajoritikan cina dilihat memberi sokongan yang kuat kepada parti tersebut.

Mengapa corak sokongan tersebut terjadi..?

Selesai Pru12, Dap terus menyusun startegi untuk mengatasi masalah atau setelah mendapat pengajaran yang baik hasil beberapa kekebalan keputusan perlembangaan negara. Contoh pengajaran itu ialah Dap perlu meluaskan sokongan orang melayu dan menjadikan mereka ‘ali baba’ dalam menawan negara ini.

Kebanyakan negeri beraja, mereka telah meletakkan syarat bahawa hanya orang melayu sahaja yang boleh menjawat jawatan Menteri Besar. Dengan itu, Dap tidak ada pilihan selain menubuhkan cawangan untuk orang melayu bagi mencapai wawasan tersebut.

Jika kita teliti, kadangkala Dap sengaja mencuit institusi beraja. Ini adalah untuk mencuba kekuatan institusi berkenaan untuk dirobohkan. Raja atau Sultan adalah payung dan penyelamat Malaysia ketika ini. Andai kebanyakan negeri tidak bersultan, maka pengeluaran sesuatu negeri dari Malaysia adalah lebih mudah seperti Singapura.

Mengapa Dap berjaya meluaskan pengaruh..?

Adalah tidak susah bagi Dap mendapat sokongan dari orang cina. Mereka mudah menghasut orang cina dengan melabelkan Malaysia seperti Hitler dan menjadikan Singapura model terbaik.

Ketika umno dilanda krisis kepimpinan, Anwar telah berjaya memecah belahkan kekuatan orang melayu hasil pemikir orang yahudi. Ini terbukti dengan beliau telah menganggotai beberapa pertubuhan yahudi dan dikhabarkan beliau mendapat dana yang besar dari pihak zionis.

Apapun, melayu di Malaysia amat bertuah kerana datuk moyang mereka membuat perlembagaan negara atau setiap negeri dengan meletakkan syarat tertentu untuk menjamin kesejahteraan anak cucu mereka. Andai mereka tidak menitik beratkan kepentingan generasi sekarang, aku percaya bahawa Malaysia sudah hancur.

/me kalau aku cina, aku akan sokong Dap.

Monday, April 4, 2011

selak kain

Aku mohon kepadaMu YA ALLAH agar posting aku ini tidak terpalit dengan dosa fitnah. Tapi nilaikan sendiri.



"Sebab daripada imej manusia yang dikatakan Anwar itu jelas bukan Anwar. Dan sekali lagi kami menyatakan dengan tegas, Suruhanjaya DirajaTIDAK diperlukan semata-mata untuk mensahihkan samada imej itu Anwar ataupun bukan. Kerana memang ternyata ia bukan Anwar! Jangan perhabiskan wang negara semata-mata untuk melayani fitnah Datuk T dan UMNO ini." Gb.
Yeke jelas bukan Anwar.? Pkr kuar belanja kat Beng Hock tak membazir ke.? Salah satu komen pembaca.
Apa pulak tetek Anwar menggelabih macam tetek pompuan. Ia hanya ada pada org gemuk2.memang sah bukan Anwar.

Mula aku persoalan camtu.. tp ada suara di belakang... “ yela, umur anwar kan 68 ”.

"Pertamanya apa yang perlu ditolak ialah kepada rakaman video berkenaan. Orang yang merakam kemudian mendedahkannya lebih jahat, kejam dan tidak bermoral dari watak yang ada dalam video berkenaan. Kalaulah pendedahan itu dibuat oleh si watak dalam video berkenaan maka dialah paling celaka dalam dunia ini. "Mso

Habis.. Anwar tu tak jahat ke.? Merosakkan nama negara diseluruh dunia. Memporak perandakan ketenteraman negara atas nama perjuangan. Dulu sokong umno haram sekarang cerita tolenrasi plak.... Pegi jalan la....

Mso... perjuangan apa..? perjuangan peribadi..??

"Misalnya Melayu Pulau Pinang menyokong Lim Gua Eng bukan kerana akidahnya tetapi kerana perjuangan dan leadshipnya. Begitu kalau orang Melayu menyokong V Manikvasagam atau Tan Chan Lok satu masa dulu, bukan kerana akidahnya tetapi toleransinya sebagai satu warganegara."

Selama ini umno tidak tolenrasi ke dengan bangsa lain..? Apa perjuangan Guan Eng..? Bukan dia nak jadikan Malaysia macam Singapore..?


SECARA BIASA ANWAR AKAN MENGGUNAKAN JURUS DALIH SEBAGAI SENJATA.

“Hukum ini tidak pernah berubah dari dulu sampai sekarang. Kepada yang dituduh, boleh bersumpah untuk menafikan apa yang dituduh. Tetapi sekarang, yang menuduh bersumpah, yang dituduh diminta mencari bukti. Ini terbalik dan tidak betul,” katanya. Anwar

Pelik..? Pelik tapi benar sebab Anwar tak bersumpah tapi penuh dengan dalih. Kenapa Tamyes tak suruh je Anwar bersumpah.?

Sebelum mereka ini cerita atau bercakap tentang selak kain.... bagi aku jangan jadi macam ketam ataupun yahudi. Selama ini siapa yang menjaja fitnah di setiap ceramah..? mengapa selama ini dibiarkan menjadi budaya masyarakat..? Tapi setelah terkena batang hidung sendiri barulah mengata semua tak betul.

Jika diperhatikan, Anwar seperti menyuruh Eskay keluar. Sebab apa..? batang Anwar dah terpacak dari mula lagi. Then bila pelacur tu dalam bilik air.. ada kemungkinan Anwar ingin bermula disana, tapi ESkay datang menjenguk.

Kalau Eskay pengarah dan penerbit yang membayar pelakon, Eskay tidak akan ditemani keluar dan watak Eskay tidak ada. Ini membuktikan, Eskay satu-satunya saksi dan bukti dia yang menjadi pengarah drama yang tidak berbayar.

Kita memohon petunjuk dari Allah. Menadah tangan berdoa setelah bersolat hajat, tapi setelah Allah tunjukkan kebenaran mengapa kita buta dan ego dengan bukti yang Allah tunjukan.

/me Allah telah makbulkan doa mereka.