Tuesday, May 31, 2011

bila terhantuk baru nak tergadah

Riuh rendah isu air di Selangor. Pada satu ketika, kerajaan Selangor macam berkerat rotan dengan Syabas. Setelah habis beratus ribu dibelanjakan, dikhabarkan mereka akan berunding dengan kerajaan pusat.

Walau air kepentingan awam tapi isu air di Selangor lebih kepada isu politik. Apa yang aku jangkakan, kerajaan negeri akan menamatkan subsidi air. Ini adalah kerana pelanduk dah masuk jerat dan tunggu masa untuk dikorbankan.

Anwar bukan hebat mentadbir tapi dia seorang pakar memasang startegi. Seluruh negara dapat eletrik percuma tapi rakyat diam macam tiada apa. Tapi air percuma di Selangor, tapi satu negara kecoh kebaikan Pakatan.

Apabila kadar elektrik naik, rakyat naik berang tapi apabila kerajaan pakatan menaikan cukai, menaikan harga air mengapa rakyat boleh menerima seadanya.?

Politik cina memang bagus. Mereka tidak bergaduh jika melibatkan kepentingan kaum mereka. Tapi kita orang melayu adalah sebaliknya. Apa sahaja yang boleh dijadikan modal politik, mereka akan lacurkan.

Tidak apa kalau kita lupa pada sejarah tapi kita jangan sesekali lupa pada pengalaman kita. Sepatutnya pengalaman krisis air 1997 atau 2004 akan menjadikan rakyat Selangor lebih matang. Rupanya, melayu tetap melayu. Kalau berangan mengalahkan Mat Jenin dan kalau berpolitik melayu akan mengalahkan Bill Clinton.
GEORGE TOWN 30 Mei - Kerajaan Pusat akan membina sebuah empangan baru di samping memperluaskan lagi Empangan Mengkuang di Pulau Pinang sebagai usaha mempertingkatkan lagi kapasiti air di negeri itu, kepada 3.8 kali ganda. utusan
Orang cina tak kisah pun air naik. Kerana apa..? bayar lebih takpe tapi air berkualiti dan jangan nanti ada duit tapi takde air. Fikir la, jangan nanti bila air dah kena catu, nak berak pun susah barulah kita rasa kesal.

/me sape kata pusat tak bantu negeri pakatan.??

Saturday, May 28, 2011

kaya akan terus kaya kan...

Sedang syok tengok orang jumping smash, tiba-tiba telinga den menangkap suara. “ eh… doctor aku bukan kerajaaan bayar, tapi LLN yang bayar”. Aku toleh la skit,…. Ermm….

Sebenarnya malas nak menjawab persoalan isteri. Apa komen awak tentang biasiswa.? Bukan apa, cuba fikir, bukan ke LLN tu kerajaan.? Bukan ke Petronas itu kerajaan.? Ingat kerajaan bagi bisiswa hanya terhad dari JPA.?

Dulu, kebanyakan biasiswa untuk orang susah tapi sekarang kerajaan dah buat keputusan, siapa dapat 8A dapat biasiswa. Bukankah kaya akan terus kaya.? Fikir la.. cubalah dalami hati orang susah macam mana. Jangan kita fikir tekak kita sendiri.

Dari kecil anak orang kaya dah masuk smart reader, genius aulad, qdeess. Mereka semua makanan berzat, hidup selesa, selalu dibawa melancong ke sana sini. Itu semua memdorong membina pemikiran yang cemerlang bagi kanak.-kanak.

Orang susah kat kampung, dah la makan seadanya. Kekadang orang susah macam aku dulu, balik sekolah je terus pergi kebun. Bila aku kenang balik… susah jadi orang susah dan susah bagi orang susah untuk cemerlang.

Tapi kan… Allah maha kaya dan maha berkuasa. Allah bekalkan susu ibu kepada semua ibu. Alhamdulilah… mungkin dengan berbekalkan susu ibu, ramai orang susah menghasilkan akal yang cerdik pandai.

Kepada GAP atau kepada sesiapa sahaja…. Jangan salahkan Soi Lek atau timbalan menteri pendidikan. Orang melayu sendiri yang tak nak biasiswa. Apa nak bising2.??

/me melayu kaki gadai.

Wednesday, May 25, 2011

arak lebih murah dari air syabas

Itulah harakah, semua isu yang ditimbulkan berteraskan politik. Seperti biasa mereka akan menyalahkan umno bagi mengaburi kelemahan mereka.

Pakatan memang hebat, dalam masa 5 tahun dah dapat no 10. Bayangkan kalau 50 tahun pakatan memerintah..? uhh… mesti no 1 kan….

Sebenarnya malas aku nak cerita hal ni, tapi bila aku pancing kat Fb, berpusu2 mereka mengomen… ekekeke…. Memang tegar mereka ini.

" Perkara ini mula menjadi perhatian apabila negara kita termasuk dalam carta Top 10. Jika tidak termasuk saya rasa benda ini tidak kecoh pun. Tahun-tahun sebelum ini tidak pernah pula kita mendengar perkara ini. Jika kita tidak pernah dengar, maknanya kita tidak pernah masuk Top 10. rbf

Simple je kata Keris Putera… nak alih botol arak pun tak mampu tapi ada hati nak tutup kilang arak.

/me 1 jari tuding org, 4 juri tuding diri sendiri.

Monday, May 23, 2011

stop lynas

Stop LYNAS.

Dalam keadaan inflasi yang semakin mengembang, demo BERSIH 2 adalah perkara yang tidak sepatutnya diadakan. “ STOP LYNAS” ada kewajaran demontrasi rakyat dilakukan untuk mereka menyatakan pendirian kepada kerajaan. Dalam isu LYNAS, tiada keputusan yang konkrit dibuat oleh kerajaan negeri Pahang malah mereka membiarkan isu ini menjadi kemarahan rakyat.

Lynas dibantah oleh penduduk kerana kekhuatiran kesan radioaktif. Jika aku PM atau MB aku tidak akan mengeluarkan lesen kepada syarikat2 sedemikian. Apa gunanya kita melarang pembakaran terbuka, tidak menggunakan beg plastik atau melancarkan kempen “hijau’ sedangkan pada masa yang sama kita merosakan alam dengan skala yang lebih besar.

Dalam aspek politik mungkin kerajaan ada rasionalnya dalam meluluskan pembinaan tersebut. Seperti diketahui, kerajaan ingin meneruskan pembinaan reaktor nuklear untuk mengurangkan penggunaan gas dan arang batu dalam penjanaan elektrik dimana kos dari bahan tersebut saban tahun meningkat berganda.

Jika kita menolak penjanaan dari nuklear, adakah kita bersedia dengan kenaikan elekrtik.?

Berdemo, berpiket atau mogok tidak salah tapi biarlah kena pada tempat dan isunya. Demontrasi menuntut kemerdekaan, menuntut keadilan kerana pemerintahan kuku besi dimana rakyatnya ditindas tidak cukup kelengkapan hidup, mogok kerana ditindas oleh majikan, itu semua ada kewajarannya.

Tapi dimana kewajaran Demontrasi BERSIH.? Adakah kerana gagal dalam pilihanraya maka rakyat dikorbankan untuk kepentingan politik sempit..? andai yang berkata, kerajaan tidak telus dalam pilihanraya, lihatlah berapa banyak kerusi yang telah dimenangi oleh pembangkang.?

/me politik maniac

Friday, May 20, 2011

........

Anwar.. anwar. Politik Malaysia sekarang macam drama sinetron indon. Cerita yang merapu seperti tidak ada kesudahan. Aku naik jelak kalau dengar nama Anwar. Kome tak bosan ka..?

Camni la.... dok galak2 sokong2 anwar..... cuba bayangkan kalau Anwar mati. Apa akan jadi kepada pakatan rakyat..? apa akan jadi pada negara.?

Banyak lagi perkara penting untuk dilaksanakan. Bukan seperti mak lampir ini. Takde rasa macam janggal untuk berkata perkataan kotor.



Untuk penyokong Pas.... Dulu Pas kata nak laksanakan hudud. Tapi apabila bersama pakatan, hudud tenggelam. Hadi kata ia hanya satu muka surat dalam Al-Quran. Semalam dalam yahoo chat.... tengok la sendiri.

/me Berfikirlah dengan bijak.....

Sunday, May 8, 2011

dulu mengata bukan main dialah pejuang rakyat...

Saturday, May 7, 2011