Thursday, June 30, 2011

aikk... marah plak..?



hahhaa.... baca komen2 kat youtube tu.... buat aku tergelak.

"bangan punya umno"
"FarkhaNKnighT pukimak kau! Kurang ajar, tak sekolah, Bodoh..sangat."
"inilah hakikat di Malaysia.. korupsi dalam kerajaan.. jahanam.."

dan yang paling lawak....

"What's happening to this country? Where's the rule of law?"

Bangang tahap gaban.. mengapa nak marah kat budak2 tu... bukan tu itu perangai pakatan pembangkang.? Bukan ke ini yang dilaungkang demokrasi pembangkang..?

/me teringat filem 3 abdul. Nape kita biul sangat..?

pada muka ko....

hahaha.. yb ka.. apa ka... tangkap je. Skit2 demokrasi ala2 amerika... tapi amarika tu larang orang Islam pakai tudung nape tak buat bantahan.


Friday, June 24, 2011

anwar agen barat

Rajin orang yang buat video ni. Cari bahan then nak edit lagi movie. Kot aku... tak tengok pun aku pecaya ada dana asing untuk politik anwar. Kalau tidak masakan dia boleh bertahan. Zaman sekarang perlukan duit untuk hidup... kalau tidak dah lama dah PKr mati.

Kalau tak silap aku, ada video atau gambar yang menunjukan para pemimpin Pkr kena brain wash oleh agen kristian. Kenapa kan... dikala kita melaung2kan anti us dan yahudi kita masih mampu menerima idea politik mereka.


/me sememangnya anwar agen barat

layan kepala

Ada orang cakap kat aku... Tidaklah hebat seorang lelaki jika dia belum meminang seorang perempuan untuk dijadikan istri.

Kalau hati dah berkenan, jangan tunggu lama2.... zasss....

Nik Aziz cakap sedap mulut

Dia seorang politik. Tak pelik pun...

Ustaz kazim elias

Best dengar ceramah camni... kita gelak tapi itu realitinya orang kita

Thursday, June 23, 2011

Kalau aku kaya

Masa nak bayar rokok.. terpandang tajuk utusan hari ni. Kedai 1Malaysia. Sampai ofis tengok utusan. Rupanya kekadang apa yang aku rewangkan bukan la mengarut sangat. Kalau kerajaan nak buat boleh aja. Tidak timbul pun isu kerajaan menjajah ekonomi.

Banyak benda yang aku rewangkan. Semuanya kerana aku rasa kos pengeluaran barang takde la tinggi mana. Cuma lintah darat je yang menyusahkan rakyat. Kerajaan bantu para nelayan dek kemiskinan tapi yang tak logiknya harga ikan tak mampu dibeli oleh si miskin tadi.

Kalau aku kaya…..

Aku tak tahu apa yang difikirkan oleh orang ketika drive jauh. Dari dulu ketika memandu kepala aku suka merewang dapat harta Bill Gates. Hahaha…. Macam gampang kan….. tapi itulah yang selalu set kat kepala aku bila bosan memandu.

Adalah dusta kalau dapat duit berbillion aku tak pasang angan2 nak bermewah. Apa yang aku nak beli.? Ermm… sory beb, aku tak berangan nak kawin lagi. Mula2 aku nak beli tanah kat belakang warta… Then aku nak buat rumah agam untuk family aku.

Selain itu..?? emm…. aku nak beli yang kereta yang paling laju then untuk anak bini aku serta lori dan bas. Kenapa aku nak beli lori dan bas. Orang paling kaya tapi nak bawak bus ke.?

Itulah aku. Aku nak bawak bus atau lori bila bosan. Ko ingat aku nak beli lori tu satu ke..? sory beb.. kalau aku beli satu, belum sempat sampai kg angan2 aku dah habis. So aku belilah lori banyak2. Aku nak buat apa dengan lori scania aku tuh.? Dulu angan2 aku lain. Tapi semenjak aku beli ikan berbelas ringgit… ermmm… inilah yang aku nak buat.

Aku nak jadi peraih ikan. Aku nak beli semua ikan dari semua nelayan. Walau aku kaya, tapi aku beli tak nak mahal2. Hahahhaa…. Kedekut kan aku…. Yela, kalau aku beli mahal mesti la aku jual mahal. So sia2 je la matlamat aku nak tolong orang kampung.

Aku tak nak untung banyak2. Aku cuma nak untung balik kos sahaja. Tapi kan… permainan orang cina. Mesti dia beli lagi mahal dari nelayan aku untuk tutup biz aku. Tol tak..? So apa yang aku nak buat.?

Aku dah planning awal untuk setlekan masalah tu. Aku dah oder bot laut dalam. Nak beratus bot pun aku leh beli. Beb.… fikir la duit bill gates brape banya.. Cuba convert duit RM… mahu Malaysia ni aku beli. Hahhahaha…..

Masalah takan selesai macam tu je kan… sebab apa.? Mesti tekong tak nak tangkap ikan banyak2. Jadi apa yang aku buat. Kalau tekong tak nak tangkap mereka juga yang rugi. Sbb apa. Sebab gaji mereka aku buat macam sistem syer. Keuntungan bot tu akan dibahagikan kepada semua nelayan bot tu. So mesti mereka akan berlumba2 tangkap ikan kan…??

Camne nak dapat permit bot..? ala….korang ni….. Aku orang paling kaya. Mesti kerajaan akan jaga aku. Sebab apa… sebab aku ada modal. Aku akan gunakan kabel aku untuk dapatkan semua itu. Termasuk subsidi diesel. Ada kemudahan kan… buat apa nak membazir… tibia je la. Kerajaan tak nak bagi..?? berani tak bagi..? mustahil kan… ini agenda rakyat beb…

Mula-mula aku supply skit je.. lama2 bila agenda aku dah makin membesar… bila pasaran aku makin meluas, tokei2 cina tu boleh ke bertahan..?? mesti mereka akan tewas. Aku percaya, sebulan dua mereka boleh bertahan main harga… kena setahun mahu dia melingkup.

Tahu kenapa aku berangan camtuh. Sebab aku hangin bila harga ikan ikan naik. Nak kata tengkujuh, Malaysia macam dah takde musim tu. Alasan mereka senang je. Harga minyak naik. Mereka tak kata kerajaan bagi subsidi. Yang mereka tahu, mereka nak tibai kerajaan dan rakyat. Curi diesel dan pedajal orang melayu.

Aku suka kerajaan tarik subsidi. Ada subsidi pun harga ikan mahal. Dah la beli ikan dari nelayan murah. Yang untung sape..? Satu puak jadi lintah laut dan kat darat jadi lintah darat. Hampehh…..

/me angan2 mat jenin…

Sunday, June 19, 2011

hahaha... kencing kuat



hahhaa... semua kena kencing...

dengar kawan2 sekampung
aku harap janganlah hendaknya
ada manusia seperti hendaknya
kerana orang seperti inilah
yang merosakan keturunan kita...

orang kita


orang sekarang, bukan je takde jati diri... iman langsung xdak.... kot kat kg aku, mau aku sula 2 ekor setan ni.

Mika ni hanya contoh... ramai lagi setan camni. Tak caya.... jangan tengok orang lain. Pi cermin lihat diri sendiri.

/me ramai belum kawin dah jadi janda...

iklan



Bukan memperlekehkan usaha mbsa. Tapi kan, takan mereka terlepas pandang untuk membersihkan iklan seks di harakah. Iklan tu bukan sehari dua... bertahun la iklan tu terpampang kat harakah.

"Kerajaan Pakatan rakyat benar serius memdidik masyarakat dari gejala sosial."

Cakap macam dia uztaz ustazah tapi rumah urut makin banyak kat mana.? MAKIN BANYAK.... apa maksudnya tuh..? Bukan ke Khalid gagap banyak meluluskan rumah2 urut..?

Kenapa PAs tak suruh Kerajaan Selangor mengharamkan rumah urut.?? hahaha...

/me bukan sahaja hiprokrit tapi macam cibai.... cakap tak serupa bikin.... dulu berdengung2 menyalahkan umno rupanya mereka lebih haprak.

politik sampah


Menurut KJ Pemuda akan menyerahkan memorandum kepada Agong pada 9 Julai. Tapi pada masa yang sama beliau menolak Bersih 2. Apa maksudnya tuh..?

Jika ini berlaku, maka bukan sahaja matlamat malah orang kafir mendapat bonus tambahan daripada Bersih 2. Perhimpunan haram tersebut bukan kerana menuntut piliharaya yang adil tapi sebenarnya mereka mahu jalan pintas ke putrajaya.

Matlamat Ambiga hanya satu. Menumbangkan kerajaan kerana kerajaan zalim. Jadi apa yang Nik Aziz katakan memang betul. Kerajaan zalim kerana kerajaan tidak membenarkan agama lain membuat dakwah. Sebab itu Ambiga mengambil peluang yang diberikan oleh Anwar dalam soal beragama.

Sebab itu aku benci membincangkan isu murtad. Pas berlagak merekalah yang menegakkan Islam. Menentang murtad sebagai jihad. Menyalahkan kerajaan kerana tidak membendung dan membenarkan orang Islam murtad.

Isu ini aku umpamakan sebagai satu babak dalam kuch kuch ho tai. Dimana tangan kanan shah rukh khan memegang tangan kajol. Tapi pada masa yang sama tangan kirinya membelai Rani Mukhreeje.

Bai.. ini bukan filem tapi ialah soal agama kita. Tidak ada kompromi dalam soal beragama. Bukan semua agama sama standardnya. Islam itu unggul, agama wahyu dari Allah Maha Pencipta dan bukan rekaan yang diedit dari kitab2.

Tapi itulah yang dilakukan oleh Pas. Langkahnya terlalu sumbang sehingga berpaut pada parti lain untuk berkuasa. Kalau Pas menuduh umno bobrok. Tapi mengapa Pas mengutip orang umno dan yang lebih sadis Pas mengikut telunjuk orang buangan seperti Anwar.?

Pas tahu tujuan Ambiga. Malah aku berani katakan Pas tahu apa matlamat dan cara Anwar berpolitik. Tapi kerana mahukan kuasa yang sekelumit, Pas sanggup mberubah arah. Muktamar kali ini menunjukkan bahawa orang Pas bukan mahukan Islam yang pertama tapi membantu agama lain bertapak.

Apa yang aku katakan kerana pemimpin Pas terdiri dari Islam yang jauh lebih liberal dari umno. Bukan sahaja Mat Sabu dan 3 Naib Presiden malah orang seperti Nizar turut diangkat menganggotai Ajk Pusat. Kelompok ini telah membentuk pakatan syaitan dari dalam. Sebab itu jawatan Hassan Ali dan Harun Taib digugurkan. Malah berkemungkinan Haron Din juga akan menerima nasib yang sama.

Jika itu wajah pemimpin Pas, apa bezanya Pas dengan Umno.? Jika orang bukan politik yang melihat situasi ini, mereka masih nampak serban pada Pas. Tapi realitinya.. bukan sahaja serban malah songkok pun meraka dah tak pakai.

Dulu aku pernah katakan Umno lemah kerana Hishamudin. Dialah bekas KP yang tidak pernah ada wawasan. Kelemahan itu diwarisi oleh KJ. Walau KJ tidaklah selembik menteri aww tu… tapi kali ini KJ telah tersilap perhitungan.

Perkasa bukan parti politik. Umno sebagai parti politik sepatutnya menggunakan jalan politik untuk melawan pembangkang. Kalau pembangkang boleh berdemo mengapa tidak umno. Pemuda sepatutnya berdemo menuntut janji yang telah ditabur oleh pembangkang. Nah…. Kalau mereka pergi istana negara, biar pemuda hantar memorandum kepada sultan Selangor. Kalau mereka membuat havoc di negeri BN mengapa umno membiarkan pembangkang selesa memerintah negeri.?

/me api kalau disiram dengan minyak.. apa jadi..??

Thursday, June 16, 2011

utusan malaysia denmark or Zunar denmark..?


Masa membaca blog Anwar, terbaca ayat Nik Aziz " Hari ini masuk pejabat menyiapkan urusan tertunggak dan membaca surat pekeliling umno yang bernama Utusan Malaysia". Ingatkan Hadi Awang je yang baca utusan rupanya kat pejabat Nik Aziz pun Utusan Malaysia. Apa ra.... rakyat dihasut jangan baca tapi mika syok baca utusan.


Nik Aziz kata Utusan Malaysia dah jadi Denmark Malaysia. opsss... kartun yang mana tu.. kartun utusan ke kartun Zunar..?

Kalimah Allah dipersendakan begitu. "abdulALLAH badawi. .. mahathir Muhammad" Bukan kafir harbi yang melukis tapi orang Islam sendiri yang memperlekehkan kalimah ALLAH.

Kenapa orang Pas senyap..? Kartun mana yang menghina Islam..? atau Islam Pas mengikut anutan parti.? atau Islam Pas mengikut acuan sendiri..? Patutlah Pas menyokong Kalimah Allah diguna pakai oleh kristian..... hampehhh tol la...

Atau orang Pas marah bukan kerana kartun itu menghina Islam tapi sebab menghina Hadi Awang..?


/me nilaikan sendiri.

double standed

Kenapa orang Pas marah sangat dengan kartun ni.?


Aku tak pandai nak mengulas isu. Yang aku nampak ialah resepi biasa pembangkang ialah mereka semua betul tapi apa yang dibuat oleh bukan pembangkang semuanya salah. Kalau kartun ini salah,maka salah la apa yang dikatakan oleh Hadi Awang. Kot nak utusan minta maaf, jangan lupa suruh presiden mereka pun minta maaf. Sebab apa yang diterjemahkan oleh kartun tu ialah ucapan Presiden Pas.

Dulu masa aku berkawan dengan bini aku… pada satu hari semasa aku jumpa dia, aku buat2 main telefon. Aku buat macam tak endah dengan dia. Walau takde msg aku buat2 baca msg. Yela mana nak ada msg… aku ni setia nan satu.

Bila aweks dah bosan, alih2 dia cakap… awak ni asik main telefon je. Then.. aku tengok dia dengan muka tak bersalah…. Awak marah ke.? Tak… tak marah tapi awk main la telefon tu kat umah…. Aku senyum je kat dia, then aku cakap la…. Jangan la marah…kan awak yang selalu main telefon bila kita keluar..? so apa yang awak rasa..? apa yang awak rasa itulah yang saya selalu rasa..? akhirnya... sama2 memahami, aku pinang dia... kawin ngan dia... dapat la anak dua... huk huk...

Perumpamaan kartun ni aku rasa sama je. Moral of the story… selama ini korang kata Pas betul tapi bila utusan cakap kenapa salah plak..? noted aku kat rbf ngan mesin taip buruk. ngan 1peluru.

/me kuman diseberang nampak tapi kuman depan mata buat2 bodoh....

Saturday, June 11, 2011

perjuangan

Kerana wang orang akan berubah prinsip. Kerana politik juga parti akan mengubah prinsip. Kalau Pas dulu dengan idea negara Islam kini mereka menuju negara kebajikan. Sangat la jelas bahawa apa yang canangkan hanyalah slogan dan bukan perjuangan.

Begitu juga dengan umno. Tidak ada bezanya antara umno dengan Pas. Kerana desakan politik banyak dasar telah berubah. Apa jua alasan sekalipun, realitinya umno sudah berubah walaupun masih mengekalkan banyak dasar asal.

Apa gunanya mengekalkan biasiswa kalau ianya sudah menyimpang jauh dari asas tujuannya. Dulu biasiswa untuk orang susah tapi sekarang tak ubah seperti hadiah kemenangan sukan. Semua pelajar yang mendapat 8A ditawarkan biasiswa. Kalau ini caranya, baik hapuskan sahaja biasiswa.

Kalau tak silap aku, UDA ditubuhkan untuk membantu ekonomi orang melayu. Dulu aku nampak apa yang UDA buat. Aku pernah kenal dan telah lupa nama seorang bos Uda. Kebetulan dia duduk sebelah rumah yang aku sewa. Orangnya baik, tak kaya sangat. Pakaiannya dan hartanya hanya melambangkan dia seorang bos dan bukan orang yang mengambil rasuah.

Sory aku malas nak check status UDA. Tapi kalau tak silap aku Uda dimatikan satu ketika tapi dihidupkan kembali. Kalau tidak dimatikan dimana peranan UDA untuk beberapa ketika.? Bergaji tapi takde kerja..?

Tapi hari ini UDA memberi isu yang amat bingit untuk didengari. UDA memberi projek kepada syarikat china . UDA menjual asetnya semata-mata untuk melangsaikan hutang. UDA hanya tahu memohon peruntukan dan jasa dari kerajaan..? Kalau ini yang UDA boleh buat, baik hapuskan je UDA.

Sepatutnya UDA bertindak proaktif dalam membantu usahawan bumi. Tapi rupanya UDA bertindak seperti parasit yang membebankan kerajaan atau UDA hanya tabung kepada segolongan orang yang tamakan kuasa dan harta dunia.

Yang tidak berubah perjuangan asal ialah DAP dan PKR. Dap semakin berjaya dalam perjuangannya untuk berkuasa. Hanna Yeoh bising satu Malaya kerana bangsa anaknya. Kenapa.? Isunya seperti kecil tapi sebenarnya ia memberi kesan besar kalau ia menjadi isu politik. Fikirkan kalau kerajaan tunduk dengan cina. Hapuskan ruangan bangsa dalam sijil lahir atau ic. Kalau dah hapus, ada lagi ke title bumi. Kalau takde maksudnya, DEB akan terhapus secara automatiknya. Bila tidak ada, nah kau…

PKr pula masih mampu memperjuangkan cita-cita seorang untuk menjadi Perdana Menteri. Kalau tidak masakan hri ini hampir seluruh masjid di Selangor berkhutbah tentang qazaf. Mungkin dunia akhir zaman. Seorang yang rosak akhlaknya akan diangkat sebagai orang terbilang. Aku tak kata dia peliwat tapi banyak perkara buruk yang telah dia lakukan.

Fikirkan… hari ini orang putih yang bukan Islam kerana salah cakap dalam twitter kerana menulis ala-ala gangguan seksual ditekan untuk meletak jawatan dalam dewan perwakilan. Kita yang dikatakan muslim beragama Islam yang melarang zina tapi disokong untuk menjadi Perdana Menteri.

/me memperjuangkan nasib sendiri.

Monday, June 6, 2011

ada aku kesah..?

Penat kalau cerita politik. Kita rakyat seperti boneka yang ditolak tarik. Isu semasa lebih tertumpu kepada siapa pemimpin dan tidak pernah membincangkan masa depan negara. Kalau dulu pembangkang mengata umno, sekarang semua benda terpalit diri sendiri. So terpulanglah kepada rakyat menilai.

Suhu PRu13 sudah dirasakan. Dikala Umno mula mempersiapkan diri, parti komponen BN hanya bertindak sebagai pemerhati. Mereka seperti tidak mahu bersama dalam perjuangan. Bagi mereka biar umno tumbang. Buat Soi Lek, kalau nak keluar dari BN, keluarlah.. Tak perlu menjadi musuh dalam selimut gunting dalam lipatan.

Jika pilihanraya diadakan sekarang, umno mungkin masih mampu mengekalkan banyak kerusi tapi bukan BN. Kalau BN boleh membentuk kerajaan aku anggap ia adalah bonus daripada kehilangan putrajaya.

Mengundi bukan seperti kita mahu menduduki peperiksaan. Rakyat jarang berfikir siapa yang harus mereka undi. Biasanya mood mengundi yang menentukan kejayaan sesebuah parti. Kalau waktu pilihanraya poket rakyat koyak maka kerajaan yang akan dijadikan korban pilihanraya.

Banyak faktor untuk seseorang itu mengundi parti mana atau siapa hendak diundi. Dari factor calon sampai la sekecil-kecil dendam di hati. Jadi terpulanglah. Orang kata bagus Kelantan membangunkan Islam. Tapi bila kita ckp apa dah jadi dengan Selangor, mereka kata itu Pkr. So…. Itu pun terpulang.

Kalau ada yang dah panas punggung sebab buat church kat kampung melayu.. itu nak buat macam mana. Kehendak majoriti mahukan keterbukaan… ikut la. Kalau semua orang dah tak kisah… aku pun… ada aku kesah..?

/me setiap orang ada pendapat masing-masing.

Sunday, June 5, 2011

Pas kemaruk kuasa

Pas kemaruk kuasa. Itu naluri aku yang berkata tanpa berfakta. Aku bercakap hanya dari naluri hati. Sebab itu selalu kawan mendengar macam orang bodoh. Buat muka seposen. Angguk tidak geleng pun tidak. Mereka tak faham apa yang aku kata. Ibaratnya aku berkata mengikut irama alam sekeliling. Walaupun begitu, tapi apa yang aku ada asasnya.

Bila aku baca tulisan Mso, memang betul apa yang aku rasa. Bekas timbalan presiden seperti diherdik keluar. Dikala menuduh umno 50 tahun tidak berjaya mentadbir, rupanya Pas sendiri menjalankan muktamarnya seperti mesyuarat cawangan. Tidak ada protokol yang baik. Sebab itu dalam otak aku melabel Pas seperti parti kampung.

Aku tidak benci pada Pas. Aku hormat ustat Nasa. Dia antara orang Pas yang diam tapi membuat kerja. Mulutnya dijaga dan tidak memfitnah apatah lagi mengeluarkan fatwa yang mengelirukan. Dia ada keterampilan dan amat sederhana. Malah ak lihat dia lebih baik dari menteri umno.

Macam mana la esok kalau pakatan menang. Tengoklah line line up kepimpinan Pas sekarang. Yang boleh diharap pun hanya Husam. Seburuk-buruk Husam tapi itulah yang terbaik dari Pas. Yang lain termasuk Hadi sendiri seperti Mr. Bean.

Politik bukan campur tolak seperti dalam ilmu hisab dimana jawapanya akan kosisten. Politik seperti pemalar dan keberangkalian jawapan itu tidak boleh dijangka. Politik perlukan minda orang yang berbelit serta punya jiwa yang besar. Jika hatinya kecik macam aku, baik tak payah masuk politik kerana kita akan dipergunakan.

Mahfuz hanya LCE tapi dia boleh jadi naib presiden. Husam orangnya pembelit. Kalau tidak masakan dia nak bertanding 2 jawatan. Mat Sabu otaknya tidaklah sehebat mana, tapi bila dia berucap… orang akan suka kerana dia macam badut yang menghiburkan.

Pas sepatutnya sudah maju ke depan. Tapi kerana pemikiran politik sempit mereka jauh kebelakang dari parti yang lain. Rentak politik Pas amat kaku sehingga Pkr yang masih bayi dapat menakluk Pas secara senyap.

Dulu Pas memperlekehkan wanita tapi hari ini Nik Aziz menggesa muslimat agar tidak hanya berperanan seperti pelengkap atau langsir di jendela. Kalau dulu mereka memusuhi artis sekarang mereka gila glamer. Kalau dulu mereka kata umno kafir kerana berkerjasama dengan Mca dan Mic, hari ini mereka jilat apa yang mereka perkatakan. Sampai satu tahap mereka membuka kepada orang kafir sebagai penyokongnya. Bukankah semua ini menandakan politik Pas hanya politik kampung.?

Tidak salah kalau Pas ada kelab penyokong bukan Islam. Tapi kalau kita lihat dari perspektif politik ia sebenarnya membawa bahana kepada melayu dan Islam khususnya. Jika kelab ini membesar, suaranya akan mampu mengawal atau sebagai pendesak kepada parti. Jika keputusan parti seperti di imbangi dengan orang bukan Islam, fikirkan apa yang boleh dibuat oleh Pas.

Hakikatnya Pas terlupa bahawa mereka ialah orang politik dan bukan ulama sepeti apa yang diperkatakan oleh Kadir Jasin. Agak bagus membaca ulasan beliau kerana beliau turut menyelitkan ulasan erdogan.

Namun begitu, adalah kurang tepat melabelkan golongan bukan ulama ini sebagai “Erdogan”. Malah bercanggah langsung dengan Perdana Menteri Turkey, Recep Tayyib Erdogan. Dalam politik sekular Turkey yang menyekat kebebasan Islam, Erdogan ada reformis Islam. Dia mencabar dasar sekular dan mahu Islam memainkan peranan lebih penting.

Rasa-rasanya, pendirian Erdogan lebih mirip kepada para ulama Pas, sedangkan Mohamad Sabu dan tiga naib presidennya – Salahuddin Ayub, Husan Musa dan Mahfuz Omar – adalah “reformis” yang cuba menonjolkan imej moden, terbuka dan bertoleransi.

Tiga naib presidennya – Salahuddin Ayub, Husan Musa dan Mahfuz Omar – adalah “reformis” yang cuba menonjolkan imej moden, terbuka dan bertoleransi. Bukankah ayat ini mengesahkan telahan aku Pas parti kekampungan. Tapi malangnya orang cuba membawa perubahan itu diragui kewibawaanya.

/me hebatkah kalau pengalaman 50 tahun hanya jadi balaci.?

Pas di liberalsasikan

“Tidak timbul soal ulama dan bukan ulama atau tiada masalah Timbalan dan naib-naib presiden bukan golongan ulama. Dan yang lebih hebat lagi, DIA tak sebut Negara Islam tapi Negara kebajikan. “

Uh.. akhirnya apa yang aku beta dengan puak2 akal sejengkal tidak salah. Cuma dalam hati ini rasa pelik mengapa mereka sanggup mempermainkan agama untuk kepentingan politik. Kalau benda ini dibuat oleh umno, mesti kat youtube dah ada video Dr Asri… “ agama untuk politik. ”

Mengapa tidak kan… bertahun-tahun Pas memfitnah, memaki orang beliau tidak pernah pun mengecam. Tapi bila kesalahan umno.. dia seperti jeneral Pas ke medan pertempuran. Sebab tu ada satu ketika, beliau meminta maaf dengan Anwar kerana sivaji dah terasa hati. Tak salah beliau menegur kerajaan tapi kalau menegur berat sebelah, jangan la mengata mufti berat sebelah. Diri sendiri 2x5..

Dulu penyokong Pas kata, kita kena ikut ulama. Sekarang aku garu kepala. Macam mana nak ikut ulama, kalau ulama tu sendiri dipimpin oleh orang yang pernah ‘meminjam’ bini orang. Dan yang teruk, sepatutnya muktamar perlu membincangkan masa depan negara tapi topik hangat hanya mempertahankan orang yang dituduh meliwat. Dan demi untuk kepentingan politik, mereka sanggup cabut serban dikepala. No ISLAM… NO ISLAM sekarang. Kita sudah tukar menuju ke Negara kebajikan. Uhhh…..

Kalau ini la gagasan mereka, apa bezanya dengan umno. Nik Aziz pun pernah kata, nak buat apa undi Umno kalau sekarang tak undi pun umno dah buat sekolah, jalan dan etc. Dah berapa tahun Pakatan memerintah tapi kebajikan apa yang mereka buat.? Seburuk-buruk umno, adalah buat rumah kos rendah kat sini. Sekarang.? Nuh tu kat ijok dia wat projek camtu…. Uh…

Dulu bila kerajaan umno buat konsert, orang Pas berlagak macam dia lebih Islam. Hari ini, bila Selangor buat konsert, sekali diherdik dengan Khalid semua diam macam tikus. Dulu Pas juara menutup pusat hiburan, sekarang ada kuasa kenapa tak buat.? Aku tengok makin bertambah ada la….

/me Islam bukan acuan Pas tapi AD-DIN.

Saturday, June 4, 2011

orang muda memang suka menyundal

Bila TNB menaikan tarifnya, semua orang bersungut. Mereka kata TNB organisasi tidak bertanggungjawab malah ada diantara mereka melabel TNB sebagai anak sundal.

Tapi sayangnya semua tulisan hanyalah luahan hati dan bukan analisa secara rasional bagi menyatakan kenapa tiada kenaikan tarif.

Ada yang menyatakan agar meliberalsasikan TNB. Mereka tidak sedar bahawa TNB hanya pembekal tunggal dari penghantaran sehingga ke kediaman. Maksudnya, TNB dibebani kos maintance yang tinggi tapi tidak memberikan hasil yang lumayan jika dibandingkan dengan IPP yang hanya membuat duit.

Bagi suku pertama tahun ini, keuntungan TNB telah merosot berbanding tahun sebelumnya. Kemerosotan ini mungkin disebabkan kenaikan pelbagai kos termasuk bahan api. Jika kemerosotan ini dijadikan unjuran, adakah TNB harus menanggung beban keseorangan..?

Jika TNB anak sundal sure bapa dia juga kaki sundal. Semua dasar syarikat termasuk kenaikan tariff diluluskan oleh kerajaan. Jadi mengapa harus menuding kepada TNB sedangkan semua perkara termasuk perlantikan ceo kerajaan yang memutuskan..?

Gaji Ceo yang paling tinggi aku rasa ialah Ceo TNB yang mencecah jutaan ringgit. Bagi aku ia hanya satu pembaziran yang nyata oleh kerajaan. Kan lebih baik TNB diurus oleh staffnya sendiri yang mempunyai jiwa TNB daripada CK yang berperangai ceo muda yang suka menggadai.

Tanah TNB di UK dah lesap, dan kalau bukan dibantah oleh kesatuan silap-silap semua rumah perangainan TNB pun tergadai. Kebajikan staff..? hahhaha.. orang muda hanya mementingkan periuk nasi sendiri. Lihat Nur Jazlan..? gadai kan.. Idris Jala..? hahahaha... kalau ini je yang boleh dibuat oleh mereka... aku pun pandai.

Semua orang tahu, jika subsidi ditarik maka kenaikan kos tidak dapat dielakan. Tapi kerajaan yang dipandu oleh Idris Jala gemar memotong subsidi termasuklah subsidi untuk TNB. So tk perlu nak jelaskan lagi…. Kerajaan yang bersalah.

Tapi kan,... kenapa pembangkang nak melenting sedangkan mereka mendakwa kerajaan meniru buku jingga. Salah satu dalam buku jingga ialah penjimatan 19 billion hasil kerajaan menarik balik subsidi kepada sektor penjanaan. Jadi…?? Mengapa nak melenting sedangkan itu yang dicanang sebagai pentadbiran cekap.?

Oo yea… pembangkang akan melaraskan perjanjian dengan sektor IPP. Nak laras macam mana..? mudah ke nak melaraskan perjanjian dengan syarikat swasta. Berapa banyak janji pembangkang yang tak tertunai..? Kalau janji sebelum pilihanraya kampung buah pala pakatan akan bagi geran, tapi selepas menang piliharaya apa jadi..?? Kampung buah pala luput dalam peta.

Orang melayu perlukan orang seperti Ani Arope. TNB dibawah beliau bukan sahaja cemerlang tapi beliau telah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua warga kerjanya. Tapi sayang, orang baik memang susah nak kekal lama. Ia akan dimusnahkan oleh dajjal seperti Anwar Ibrahim. Siapa menteri Kewangan ketika IPP diwujudkan.? Berak merata-rata tapi menuduh orang lain. Itulah Anwar Ibrahim.

/me kalau Tun Ghaffar banyak jasanya pada orang melayu, Ani Arope dikenang sepanjang zaman oleh orang LLN.