Saturday, September 29, 2012

say no pada barisan

Dahulu melayu itu nusantara tapi sekarang melayu hanya di Malaysia. Melayu Brunei melayu broneo manakala melayu Singapore melayu boneka. Jarang kedengaran melayu indon walaupun realitinya semua bangsa nusantara itu adalah melayu. Tapi kerana penjajah melayu nusantara berpecah-pecah seperti kaca serpihan yang berderai.

Selain Brunei, Malaysia antara negara yang masih bertahan dari golongan pemimpin boneka. Itu dulu tapi sekarang dajjal sudah menjemalkan diri. Walau kita tahu perangainya tidak ubah seperti dajjal, dia tetap diagungkan seperti pemimpin wahid yang memperjuangkan agama bangsa dan negara.

Persoalan sekarang adakah si dajjal ini mampu menduduki putrajaya.?

Kalau ikut situasi semasa, kemungkinan itu ada. Semalam selepas pembentangan budget, aku akan mengundi pembangkang lagi walaupun cukai rokok tidak dinaikan.

Sekarang siapa jadi pembangkang umno akan jaga tapi kepada penyokongnya, umno pandang sipi2 je. Buat-buat buta atau pekak. Mungkin pemimpin umno berasakan penyokongnya seperti penyokong pembangkang yang boleh diperbodohkan.

Cukup la Najib. Kamu kapten kapal. Kalau tenggelamnya kapal adalah salah kamu dan kalau mara adalah kerana kebijaksanaan kamu. Memang tidak adil kalau kes kecil kamu dipersalahkan tapi oleh kerana kamu kapten apa jua yang dilakukan orang bawahan kamu ada tanggungjawab kamu.

Kebanyakan orang kerajaan menyokong pembangkang. Tapi mereka tetap dibelai. Kamu merayu hingga rayuan itu jadi bahan ejekan. Kamu angkat martabat orang Kelantan sampai tahap mereka seperti orang bangsawan. Kamu jadikan mereka pahlawan perang walhal mereka semua itulah musang berbulu ayam.

Aku dapat apa undi Barisan.? Di tempat kerja aku semakin lama semakin tertekan. Pentadbiran kerja semakin huru–hara. Yang bukan-bukan menjadi keutamaan. Bila rugi orang bawahan dipersalahkan. Bila sebut kenaikan orang atasan diutamakan. Orang bawahan hanya menanti ehsan.

Kalau Idris Jala mempromosikan projek menekan rakyat apa kurangnya syarikat aku. Dulu ceo yang dilantik hanya mementingkan diri. Semua kebajikan staff ditebas. Yang tinggal hanya gaji setiap bulan. Kenaikan tahunan di bawah paras kemiskinan. Bila ditanya, prestasi syarikat tidak memberangsangkan tapi bila kita check belakang gaji dia melambung sakan. Mengalahkan gaji memerintah kerajaan.

Jumlah elaun hanya 100 sebulan. Nak tambah elaun bergaduh sampai ke peringkat JPM. Bila ada isu besar ceo lepas tangan. Yang paling malang union dipersalahkan. Mereka dicabar menyelesaikan masalah peringkat kebangsaan. Bukankah itu bangang tahap cipan.

Pada syarikat bawahan ragam kapitan boleh tahan. Syarikat di urus seperti hak milik Yap Ah Peng. Kenaikan semua untuk orang satu kapal. Lain kapal lain tahun boleh apply. Semua kenaikan untuk pembangkang. Orang umno hanya mampu pandang. Jadi aku orang umno… sory goodbye.

Pada kebangsaan negeri pembangkang diberi peruntukan. Negeri aku negeri umno Najib biarkan terkulai. Highway ada tapi tol macam bangkai. Keluar pertengahan jalan tapi harga tol dikira seperti sepanjang jalan. Bukankah sial tahap gampang.

Masalah kampung mohon jawatan ketua. Dah 10 tahunan memohon tapi pak MB kata tidak ada peruntukan. Penduduk mahu kerja kerajaan, kata tidak ada kekosongan. Tapi bila duduk kedai kopi, nah ambik... ada yang mai utara, timur barat semua diberi kerja kerajaan. Orang kampong tidak ubah seperti kera yang dok dalam hutan. Sekarang podahh….

Kalau negara ini nak dijajah… aku tolong undikan untuk dijajah. Kalau yang diberi tanah berekar pun undi penjajah inikan pulak aku yang dikhabarkan kompeni dalam proses penjualan. Pegi jalan la sama najib.

MOH PAKAT RAMAI-RAMAI UNDI PEMBANGKANG.

contoh umno bingai

 /me nak gak dibelai.

Thursday, September 27, 2012


Kalau tahun depan masih lagi pegang kerusi MB.. tak tahu la nak cakap apa. Kalau sakit je... kerja pun tak efisen.

/me MB seumur hidup.

Wednesday, September 26, 2012

keling sial


Ni lagi satu keling sial... bukan takat hina nabi... aku tak tahu nak cakap apa kalau KDN masih mendiamkan diri. Kalau jumpa dia... buat la apa korang nak buat.



Monday, September 24, 2012

Kalau esok piliharaya

Kalau esok pilihanraya, aku jangka BN menang dalam keadaan 54% dan 46% bagi pakatan.

Politik sekarang bukan sekadar isu tapi hanya persepsi. Kebanyakan penyokong pembangkang punya sebab yang berbeza-beza. Kekadang masalah keluarga pun kerajaan yang dipersalahkan.

Tapi kalau kita tanya orang yang agak pro kerajaan, jawapan mereka agak sama. Semuanya berkisar kepada persoalan, “mampu pakatan membuat yang lebih baik dari BN. ”

Kerajaan buat la apa jua program rakyat, golongan mereka ini tetap tidak akan berubah. Kerana bagi mereka Asal Bukan Umno.

Bagi mereka kerajaan sekarang menindas rakyat. Sebab rakyat susah. Kos hidup meningkat. BR1M diberi berkala. Sepatutnya kerajaan boleh bagi penganggur elaun bulanan seperti negara maju. Negara kita dah merdeka 55 tahun, apa yang kerjaan buat. Sepatutnya kita dah maju daripada seperti sekarang ini.

Aku ajukan persoalan kerajaan menindas rakyat kepada orang atas pagar tapi lebih kepada umno. Sebab aku kata dia atas pagar kerana dia ni dulu penyokong pembangkang. Aku tak pasti bila dia berkalih arah.

“Kalau kerajaan menindas, ramai rakyat tak makan. Kalau tak makan tu sebab mereka tu malas.”

Pendapat aku isu2 seperti itu perlu dilihat dari konteks yang lebih besar. Kita perlu menerima hakikat resam dunia. Ada orang diatas dan ada yang dibawah. Kalau kita perkerja bawahan belanja la dengan cara orang bawahan. Ikut periuk sendiri. Jika pemandu berbenja seperti engineer memang la semuanya tak cukup.

 /me tak merungut sebab aku hanya pemegang SPM

Saturday, September 22, 2012

Saturday, September 15, 2012

kehidupan

Nak tengok berita anak plak sibuk nak tengok ultraman. Yang pelik anak aku ni satu… ngan raksasa takut tapi dok sebuk nak tengok ultraman. “ abah.. ada tak raksasa kat dunia ni ? aim takut la….”. aduh… jenuh nak terangkan..

Nak menulis tentang kehidupan.. tentang hati… tapi aku sendiri masih keliru. Kenapa aku tidak boleh focus masa test ngan ST hari tu. Litar semua jadi tapi hamming. Beza 1 fasa je kat star.. tapi aku blurr sangat sampai lampu trip pun aku tekan button stop. Kompom la lampu trip tak nyala. Bangang tak habis kan…..

Masa free ni aku layan anak aku baru 2 bulan. Dah boleh nak menyembang. Sekrang makin rajin nak menyembang. Aku rasa anak aku ni cepat skit dari kakak dia. Tak sampai 40 hari dah boleh diagah. Mungkin barakhah bersalin malam nisfu syaaban kot. Mak dia pun mengadu.. bersalin kali ni tak rasa sakit.

Apa yang pelajari dalam kehidupan seminggu dua ni..?

Hidup kat dunia sekarang ni ialah melepaskan tekak masing-masing. Di samping itu, kehidupan kita tidak lari dari dari norma-norma kehidupan yang mementingkan kehidupan materialistik dan paras rupa. Kita tidak boleh lari dari perkara-perkara tersebut walaupun perhubungan itu hanya sebagai kawan.

Hampir semua kawan aku pembangkang. Kalau 10 orang 9 orang pembangkang. So tidak terkecuali member aku seorang ini. Tapi aku pelik skit sejak kebelakangan ini. Dia tidak menunjukkan ciri pembangkang sangat. Rupanya ada kisah disebalik perilaku. “ kita kena pentingkan tengkuk kita yeop. Mana ada orang kaya yang ikhlas nak tolong orang susah.”

Yela.. rezeki dia. Aku tak jeles pun. Sekurang-kurangnya sorang kawan aku dah senang. Kalau dia berhenti keje pun ada hasil untuk menyara anak bini.

Kenyataan Dr. Asri pada forum fikah politik di Shah Alam membuatkan aku teringat kata-kata member aku ni masa minum pagi. Bila aku ajukan soalan.. carikan aku video Anwar, Hadi dan Kit Siang yang menyatakan mereka hendak membuat hudud.

Jawapan dia senang je… “ aku tak kisah ada atau takde.. asalkan mereka ada niat nak buat cukup. ”. Aku diam dan…. Yela.. pandangan ko.. takan aku tak bantah kot. Pandangan masing-masing kan..

Kenyataan Dr. Asri di Malaysiakini, amat mudah. Umno masih mengamalkan politik agama 80an iaitu jangan mengundi bukan Islam sedangkan Pas sudah tidak mendendangkan lagu tu. Bagi aku kenyataan ini sama dengan kenyataan member aku tu. Kalau kita menyokong parti tu… kenyataan atau pandangan kita akan menjurus ke arah parti yang kita sokong.

Kenapa Pas sudah tidak mendendangkan jangan undi bukan Islam..? Seingat aku, sehingga tahun 90an Pas masih menggunakan isu itu sebagai isu politik. Tapi selepas Pas berkawin dengan Dap dan Pkr isu itu dimatikan. Persoalan aku…. Dr. Asri betul ke ikhlas memberi pandangan sebagai orang agama..?

Kalau dia benar-benar iklhas… aku rasa Pas yang dok mencanang isu itu berbanding Umno. Takan la umno dalam BN nak bermain isu itu sedangkan BN ada pelbagai kaum.? Logik ka Dr..?

Kalau dulu Pas kata undi bukan Islam boleh jadi kafir tapi sekarang mereka tidak berani nak kata dah. Sebab calon parti mereka nanti sendiri akan diwakili kafir. Jadi jangan anggap Pas tu maju ke depan atau Islam yang dibawa oleh Pas itu betul… tapi tindakan Pas itu adalah kerana politik semata-mata.

Jika dinilai pandangan beliau tentang politik.. aku kira beliau tidak berfikiran jauh. Sepatutnya sebagai seorang yang berstatus Dr. Falsafah dan bekas mufti pandangan beliau adalah lebih bernas dari orang-orang biasa.

Sama la dengan pandangan member aku. Kalau niat pun dah memadai… apa nak cakap kan. Kalau umno suruh buat itu ini. Kalau tak buat dihentam cukup2. Alasan sebab umno memerintah. Tapi kalau pembangkang semua takpe. Asalkan ada niat. Sebab tu masa belum memerintah hendak menutup kilang arak.. tapi bila dah dapat.. takpe.. arak bukan untuk orang Islam. Porahh….

/me cakap memang senang