Wednesday, October 31, 2012
Tuesday, October 30, 2012
[Anwar] suratan atau kebetulan
Cantik warna payung Anwar
Gay parade di Dupont Circle, Washington:
Gay Parade di 5th Avenue, New York City:
Gay Pride parade London:
Jeruselem gay pride parade:
West Hollywood pula:
Salt Lake City, Utah gay parade:
tukang spin theunspiners
Labels:
anwar
Sunday, October 28, 2012
[Arsenal] hanya untuk peminat Arsenal
Kemenangan 1-0 Arsenal ke ke atas QPR adalah kerana nasib.
Itupun setelah Mbia di perintah keluar padang setelah beliau secara sengaja
menendang Varmaelen.
Setelah tewas dengan Norwich, taktital Arsenal kembali seperti biasa dengan
meletakkan Arteta naik keatas membantu serangan. Minggu lepas Arsenal tidak memasukkan
Walcot dan Arteta bertindak sebagai defender midfielder.
Game minggu lepas, apa yang aku nampak, serangan hanya
berlegar di tengah padang. Ketiadaan RVP bukan sahaja dirasai tapi telah
menyebabkan Arsenal tidak mempunyai penyerang yang berwibawa atau peledak yang
mampu menghasilkan goal. Giroud gagal sama sekali sebagai penyerang.
![]() |
| Lebih dihargai di Arsenal |
Arsenal memerlukan penyerang berbisa dan pemain tengah yang
bertaraf dunia. Dulu ada Fabregas yang amat kreatif seperti David Silva
Manchester City. Selepas ketiadaan Fabregas, Arteta sedikit sebanyak membantu
jentera tengah disamping oleh Alex Song. Tapi sekarang Alex Song pun dah
dijual. Yang mungkin boleh diharap sekarang ialah Ramsey dan Wilshere.
Dijangka Walcott juga akan dijual pada musim perpindahan
Januari akan datang setelah beliau menolak kontrak baru yang ditawarkan. Walcott
mendakwa bukan gaji yang menjadi penyebab utama tetapi peranan dan posisi dia
yang tidak berubah. Beliau ingin menjadi penyerang untuk menggantikan RVP.
Kalaulah Walcott dijual, siapa lagi pemain Arsenal yang
bagus. Setakat ini hanya Podolski yang boleh diharap dan beliau berjaya memainkan
peranan sebagai wing kiri. Gervinho aku tidak gemar pemain ini. Suka membawa
bola tapi hilang begitu sahaja di kaki lawan.
Walau musim lepas adalah musim paling kompetif dimana juara
liga ditentukan pada saat terakhir perlawanan, namun sebenarnya Arsenal boleh menjadi
juara jika pasukan ini tidak mensia-siakan peluang dalam beberapa perlawanan
terakhir. Bagi aku, kekalahan itu adalah kerana kecederaan Arteta. Selepas
Arteta kembali beraksi, barulah Arsenal memenangi baki perlawanan.
Bagi aku, Arteta lebih baik dari Cazorla tetapi Wenger lebih
percayakan beliau dari Arteta. Begitu juga dengan Walcott, Wenger lebih
percayakan Gervinho daripada dia. Sedangkan musim lepas kebanyakan gol yang
dijaringkan oleh Van Persie adalah hasil daripada hantaran Walcott.
Buktinya perlawanan malam tadi. Selepas kemasukan Walcott barulah
serangan Arsenal lebih berbisa dan goal Arteta membuktikan bahawa dia lebih
baik dari Cazorla.
Selain itu, apa yang mengecewakan aku ialah semua keeper
Arsenal. Mereka ini hanya standing Farizal Marlias atau Hamsani. Entahlah…. Kegemilangan
Arsenal sudah berlalu. Yang tinggal hanyalah harapan agar polisi “berjimat” tidak
ada dalam kalimat Arsenal.
Kalau aku jadi Tony Farnandes, aku dah pecat Mark Hughes.
Kalau Swansea atau Southamptom tidak ada pemain bintang boleh mempamerkan
permainan yang baik untuk ditonton, tidak ada sebab mengapa QPR menjadi kelab
belasahan.
Labels:
sukan
[PAS] Berkorban Untuk Agama
Salah satu perkara yang dibawa
mati ialah amal jariah seperti mewakafkan tanah samada untuk membina surau,
sekolah, madrasah dan sebagainya. Atas alasan ini pemimpin Pas yang dibarisi orang yang
berlatar belakangkan agama memanipulasikan sepenuhnya hadis ini untuk kepentingan
diri.
Adalah menjadi amalan parti mengutip
cukai setiap kali ceramah. Untuk menghalalkan cara, mereka mengatakan kutipan
itu adalah bagi memenuhi keperluan parti yang berjuang menegakkan agama.
Kejayaan Pas menjual meja kosong seperti makan malam bersama pemimpin telah
membuatkan mereka bertambah agresif dimana semua program mereka akan dikepilkan
dengan amalan sedekah. Jadi tidak hairanlah jika lebuhraya rakyat juga akan dibuat
dengan menggunakan kaedah yang sama.
Aku tidak mempertikaikan amalan
sedekah kerana ia amat dituntut dalam agama tapi yang membuatkan aku kecewa
ialah rakyat dipermainkan dengan konsep ini. Sampai satu tahap golongan yang kurang
berkemampuan dan naïf dengan pengetahuan dipergunakan demi kepentingan segolongan
manusia yang bertopengkan agama.
Kita sudah maklum bahawa orang
yang mendapat BR1M adalah dari mereka yang berpendapatan seisi rumah dibawah
RM3000. Sepatutnya kerajaan atau pemimpin membantu mereka ini tetapi apa yang
dibuat oleh Pas ialah sebaliknya. Mereka memomokan bahawa duit itu haram kerana
berunsur rasuah bagi pilihanraya akan datang.
Kalau BR1M rasuah, bagaimana
bantuan RM100 oleh kerajaan Penang.? Sebaliknya pembangkang mengangkat martabat
Lim Guan Eng sebagai khalifah Umar. Dan yang lebih membingungkan ialah mengapa
Pas mengambil duit BR1M yang dikatakan haram itu untuk parti. Bukankah itu menandakan mereka
memperalatkan golongan marhaen.?
Malam Aidiladha yang lalu,
uztazah segera Pas Abby telah mengeluarkan fatwa bahawa “ jika tdk mahu
berkorban utk mperjuangkn agama, tp mlakukan korban utk lembu dsb, itu tidak
dikira korban, itu dikira mbunuh binatang.”
Begitu mudah penganut Pas
mempermainkan hadis agama. Aku tidak membicarakan tentang kenyataan beliau yang
sememangnya menyelewang tapi aku hanya ingin menyentuh soal berkorban untuk agama.
Pemimpin Pas amat sinonim dengan
kenyataan ‘demi agama’ walhal semua itu ada retrotik mereka untuk menipu orang
Islam. Kalau benar Pas memperjuangkan agama, menyarankan agar penganut mereka
mengeluarkan sedekah, maka sepatutnya ia dimulai oleh pemimpin mereka sendiri.
Saidatina Khadijah RA sanggup
menghabiskan hartanya kerana Islam, tetapi pemimpin Pas boleh berkereta besar,
melancong ke luar negara malah ada sesetengah kekayaan pemimpin mereka juga
setaraf dengan pemimpin umno. Mereka ini nampak zuhud tapi dibalik jubah mereka
tersimpan kekayaan yang disembunyikan.
Menggadaikan Agama Kerana Dunia;- Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”;- (Riwayat Tirmidzi).
Kalau Abby ini berkorban untuk
agama, berapa hartanya habis untuk Islam.? Ada yang mengatakan bayaran
penceramah Pas boleh mencecah 2K untuk satu sesi dan angka itu bergantung
kepada populariti seseorang. Jika bayaran boleh mencecah setinggi itu, boleh
dianggap zuhud.?
Itukah yang dikatakan kerkorban untuk
agama .? Bukankah mereka ini berselindung atas nama agama untuk kepentingan
diri.
/me sedekah hanya yang termampu
![]() |
| uh.. taksub yang boleh menyesatkan |
Labels:
Pas
Saturday, October 27, 2012
[hudud] Kita yang membenarkan Kafir mencanai Islam
Dikatakan perjuangan Pas ialah menegakkan negara Islam walaupun Tun Mathir selaku Perdana Menteri telah menyatakan Malaysia ialah negara Islam. Tapi pada pendapat Pas, negara tidak cukup Islam jika hudud tidak dilaksanakan.
Hudud bukan bukan satu isu tapi polimik yang sengaja disensasikan oleh sesetengah pihak untuk mencari dividen politik. Hudud adalah undang-undang Islam jadi tidak ada sebab mengapa aku menolak perlaksanaannya.
Mana mungkin undang-undang Islam menzalami umatnya sendiri. Kalau kita mengatakan hudud itu zalim maka secara langsung tergelincirlah akidah kita. Kenapa kita harus takutkan hudud jika kita tidak melakukan kesalahan.? Adakah undang-undang sekarang tidak zalim sedangkan sudah beratus orang sudah mati di tali gantung.?
Alasan dan perlaksanaan.
Melaksanaan sesuatu yang dituntut oleh agama bukan sesuatu perkara yang mudah terutama perlaksanaan yang memerlukan persefahaman sejagat. Ada sesetengah pendapat menyatakan ia hanya sekadar alasan, mungkin ada kebenaran terhadap pandangan tersebut tetapi yang pasti kita tidak boleh menolak halangan bahawa rakyat negara kita adalah masyarakat majmuk.
Ustaz Amin (unversiti kehidupan ) menyuarakan, mungkin hudud ini agak sukar untuk dilaksanakan tapi sepatutnya kita boleh mengorak langkah dengan memperluaskan lagi peranan makamah syariah. Ketika ini makamah syariah hanya terhad kepada masalah nikah khawin.
Walau hudud sudah berdekad-dekad kedengaran namun kerajaan yang memerintah tidak pernah berusaha untuk melaksanakannya. Sebaliknya Kelantan dan Terengganu telah membuat draf tentang qisas dan ta’zir tetapi ditolak oleh Tun Mahathir Mohamad.
Tentang penolakan ini dijelaskan dengan versi-versi yang berbeza. Tun telah membuat penjelasan bahawa dia bukan menolak hudud Allah tetapi hudud Pas dimana draf yang diserahkan perlu penambahbaikan kerana terdapat ketidakadilan dalam menghukum.
Apa yang dikatakan oleh Tun, mungkin ada kebenaranya kerana veri hudud Kelantan dan Terengganu adalah berbeza sedangkan hudud Islam sepatutnya ada satu versi kerana hudud bukan undang-undang ciptaan manusia tapi diturunkan oleh Allah.
Di pihak Pas, penolakkan tersebut dijadikan modal politik dalam sesi ceramah mereka sedangkan mereka sebenarnya ada kuasa untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Memetik dari kenyataan dewan ulama pusat (sini) Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad bahawa sebenarnya Pas boleh melaksanakan hukum tersebut tanpa persetujuan dari Perdana Menteri. Hujah ini dikuatkan dengan pendedahan Datuk Ibrahim Ali ,menyatakan lajnah undang-undang atau guaman Pas bahawa hudud boleh dilaksanakan di Kelantan dengan sah.
Keputusan Pas menukar agenda parti dari negara Islam kepada negara kebajikan menguatkan lagi hujah bahawa keputusan umno tidak melaksanakan atau menangguhkan hudud adalah keputusan tepat. Jika Umno salah dalam tindakan mereka, mengapa Pas mengikut jejak umno.?
Kesal.
Muktahir ini, orang cina begitu lantang menentang hudud. Jika MCA menolak hudud, apa kurangnya dengan Dap yang mahukan status negara ini sebagai sekular. Kita orang Islam tidak boleh marahkan mereka sebaliknya kita harus melihat kesilapan kita sendiri.
Kita yang membenarkan hudud ini sebagai bahan politik. Sebab itu hudud dipolitikan dan dicanai oleh orang kafir sesuka hati mereka. Apa ertinya Pas berdemo menentang hudud di hadapan bangunan MCA sedangkan rakan sekutu mereka DAP juga menentang hudud. Adakah sekular itu bukan menentang hudud..?
Orang kafir selari dan senada dalam memperjuangkan kehendak mereka. Tapi kita orang Islam saling bertelagah menuding jari demi mengejar kuasa. Kalau benar pakatan ingin melaksanakan hudud, mengapa tidak kedengaran Selangor akan melaksanakan undang-undang hudud.? Mengapa harus terarah pada Kelantan sahaja.? Melayu di Selangor tidak Islam kah.? Begitu juga di Kedah.? Mengapa Azizan tidak membuat draf hudud.?
Hudud ini adalah perkara yang besar. Mengapa kita tidak melaksanakan perkara yang mudah dahulu. Aku ambil contoh, mengapa kita tidak berusaha ayam sebagai makanan asasi rakyat Malaysia diwajibkan disembelih.?
Hakikatnya, hudud ini dijadikan modal politik dan bukan disebabkan tuntutan agama. Andai kita bersatu dan meletakkan hudud itu di tempat yang eksklusif tidak mungkin kafir harbi boleh mempermainkan agama kita.
Labels:
Melayu
Friday, October 26, 2012
cam tak best je tetek dia ni
Nama pun artis kan... benda haram memang menjadi makanan mereka. Esok kalau dah tak laku mula la salahkan orang lain. Orang sekarang, takat tunjuk tetek apa la sangat kan.
aku dah muak
“ Jum kita undi pembangkang.” Kenyataan aku terus disampuk kawan
ala umno. “ ko nak undi sebab ko dendam kan”.
Ye, aku akan undi pembangkang sebab dendam. Jangan tanya
kenapa. Banyak sebab kenapa aku dendam.
Aku nak tanya Mahathir, Najib dan Pak Lah. Siapa yang
meletakkan CEO di semua GLC.? Kenapa baru sekarang Mahathir baru menyentuh isu
GLC yang tidak relevan membantu bumiputera..?
Masyarakat Melayu kini umpama pengemis di tanah air sendiri dan perlu menyokong Umno walaupun terdapat kekurangan, ataupun mereka tidak akan diendahkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini..
Aku rasa umno dah diberi peluang tapi peluang itu
disia-siakan. Bukan sahaja pemimpin Umno mengamalkan kapitalis, malah ramai bos
di syarikat GLC atau syarikat-syarikat dibawahnya mengamalkan kapatalis.
Kebanyakan ceo yang dilantik gaji mereka setinggi
gunung everest tapi kenaikan kakitangan hanya lepas untuk membeli pampers.
Pernah satu ketika increment hanya 38 ringgit sedangkan kenaikan sara hidup
berlipat kali ganda. Bukan itu sahaja, kebajikan pekerja dipotong semata-mata
untuk menjana keuntungan syarikat bahkan pada tahun lepas bonus tahunan hanya
sekadar 0.5.
Gah dimata tapi nanah di dalam.
Ini adalah trend semua ceo kerajaan. Mereka ini bukan
menjana keuntungan dengan membina empayar perniagaan tetapi lebih suka memotong
kebajikan pekerja kerana mereka berasakan bahawa pekerja adalah liabiliti syarikat.
Lihat sejarah Idris Jala semasa memegang Mas. Dia
banyak menjual asset termasuk bangunan Mas di KL. Selepas kejayaan beliau ‘menjual’
Mas, Najib tanpa segan melantik beliau sebagai Menteri Pemandu untuk menjual kepentingan
rakyat.
Pendekatan ini juga dipraktikan oleh kerajaan
Selangor. Tahun lepas Khalid Ibrahim dikecam kerana banyak menjual banyak tanah
termasuklah tanah di Sarawak. Tapi tahun ini Khalid Ibrahim dijulang sebagai
Menteri Besar terbaik kerana tabung duit Selangor melebihi 1 billion.
Inilah cara melayu menjadi bos.
Sepatutnya GLC berperanan memacu ekonomi, pemangkin
kesejahteraan rakyat dan membawa agenda negara tapi sebaliknya GLC dijadikan
tempat kapitalis segolongan manusia termasuk pemimpin negara. Mereka jadikan
syarikat kerajaan sebagai lombong emas yang perlu dikorek dan ditarah hingga gondol
semata-mata untuk mengisi tembolok sendiri.
Sebenarnya rakyat tersepit dengan kepemimpinan
yang ada. Rakyat tidak ada pilihan. Anwar juga bekas pemimpin umno yang haprak.
Walaupun sejarah membuktikan bawah kes forex, IPP, PPTN, Scorpene dan pelbagai
lagi kes adalah semasa dia menjawat menteri kewangan tapi beliau masih dijulang
sebagai pemimpin yang bersih.
Hakikatnya, inilah sebahagian cara tadbir dalam
negara sekarang dimana Anwar adalah pelopor kepada kebobrokan sikap ceo glc yang
diamanahkan oleh rakyat.
/me Mas-Air Asia, TNB-MY Power, Petronas-????
Labels:
kerajaan
Tuesday, October 23, 2012
ada aku kesah..?
Tak apa la, nak naikan harga rokok ke.. nak pasang lagi 1000 set AES ke… nak naikan lagi harga gula ke, nak naikan cukai ke… nak naikan harga insurans ke… naik kan la. Selagi ada kuasa kat tangan kan.
5 tahun sekali kuasa di tangan aku. Jadi lantak la aku nak
undi sape. Kalau pemimpin sendiri tak kisah… ada aku kisah.
/me sama2 tak dapat
Labels:
sembang
Sunday, October 21, 2012
[ ROKOK ] Esok Harga Naik 20sen
Mitos Harga Rokok Naik Boleh Mengurang Bilangan Perokok? Kesihatan Rakyat VS Kutipan Cukai? Mana Lebih Penting?
Sekarang ini kerajaan melalui Kemnterian Kesihatan Malaysia sudah pun menetapkan harga minimum bagi semua jenama rokok hanya bermula pada paras harga RM7 sejak 1 September 2012 dan hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket selepas mereka menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau. Dan ini hasilnya….
Harga Rokok Naik 2012 : Apa Matlamat Kerajaan Dengan Dasar Terbaru Ini?
- mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutama oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah
- membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.
Apa yang kita boleh lihat di sini setiap kali kerajaan mahu bercerita mengenai usaha mereka membendung gejala merokok yang berlebihan dalam masyarakat negara ini, caranya….hanyalah naik, naik dan menaikkan lagi harga rokok di Malaysia. Selesai masalah? Inilah antara alasan yang acapkali digunakan bagi mengurangkan bilangan perokok di negara kita. Terus terang kami katakan, kami tidak pernah merasakan yang sebenarnya kerajaan ikhlas dalam usaha membendung gejala merokok di Malaysia.
Kenapa kami katakan begitu? Ini kerana walaupun alasan untuk mengurangkan bilangan perokok digunakan apabila kerajaan mahu menaikkan harga rokok di Malaysia, tetapi hakikat yang perlu diterima sebenarnya faedahnya masih banyak berbalik kepada kerajaan dengan mengenakan cukai tinggi dalam industri ini. Dan kami sama sekali tidak menafikan jikalau mahu mengenaikan cukai kepada perokok, silakan tetapi ini bukanlah langkah yang terbaik untuk mengatasi permasalahan ini.
- Adakah dengan menaikkan cukai bakal mengurangkan bilangan perokok di Malaysia? Benarkah?
- Adakah selama ini cukai kereta dinaikkan sangat tinggi di Malaysia disebabkan mahu mengurangkan bilangan kenderaan di atas jalan raya dengan harapan lebih ramai rakyat Malaysia menggunapakai perkhidmatan awam ke tempat kerja contohnya? Tetapi hakikatnya apa yang berlaku sekarang ini?
Mengenakan cukai tinggi bukanlah penyelesaian yang terbaik. Apa yang kami perhatikan trend ini dah berulangkali terjadi. Walaupun ada yang mengatakan mahu berhenti merokok disebabkan harga naik, berapa ramai yang berjaya? 1 bulan? 2 bulan? Atau……..??
Hakikatnya hari ini walaupun harga naik tinggi mana sekalipun, akan muncul akhirnya perokok lain. Manakala perokok tegar pula akan mencari jalan alternatif lain untuk mendapatkan bekalan pada harga yang berpatutan termasuklah mendapatkan rokok seludup. Akhirnya permasalahan ini tidak ada kesudahannya. Pimai Pimai Tang Tu juga. Dan langkah kerajaan mengawal bilangan perokok di Malaysia sangat tidak tepat….
Harga Rokok Naik 2012 : Tidak Tepat!! Kenapa?
- Sebabnya mudah sahaja. Hari ini bekalan rokok boleh dapat dengan mudah. Perokok boleh dapatkan di mana sahaja. Kalau anda nak beli susu anak? Kena pergi ke farmasi, pasaraya besar. Rokok semua orang jual. Di atas rak, di dalam laci mereka. Persoalannya apa yang kerajaan boleh lakukan dalam membendung gejala ini? Cadangan kami adalah dnegan cara menghadkan penjualan rokok pada tempat-tempat tertentu sahaja. Mengapa tidak? Mustahil? Jikalau arak boleh dilaksanakan undang-undang ini, rokok pun boleh.
- Menghadkan penjualan 20 batang minimum membuatkan kalangan perokok yang ada di sini ketawa terbahak-bahak. Mengapa? Sebenarnya ada 2 perkara atau masalah sahaja yang membuatkan perokok akan menjadi takut adan cemas.Pertama, bekalan rokok habis ditangan mereka.Kedua, rokok ada tetapi lighter pula hilang. Datang pula idea pelaksanaan kerajaan meletekkan had penjualan dinaikkan kepada 20 batang rokok sekali beli. Apa akan jadi kepada perokok ini? Bekalan mereka sentiasa cukup untuk sehari contohnya. Sedangkan kalau dilihatkan tabiat perokok ini mudah sahaja, selagi rokok ada ditangan mereka selagi itulah mereka akan terus menghisap rokok.
- Selama ini kerajaan merasakan dengan menghadkan iklan-iklan rokok di kaca televisyen dan media-media massa yang lain, kempen mengurangkan bilangan perokok telah berjaya. Benarkah? Cuba turun dan perhatikan di tempat kalangan ramai perokok melepak. Contohnya di kedai makan dan juga kedai runcit. Almari yang paling besar dan paling cantik itulah adalah rak jualan rokok. Siap ada poster, ada gambar koboi, ada gambar gunung dan slogan yang membuatkan rasa cool merokok. Cadangan kami buatkan akta supaya display-display seperti itu dihapuskan. Berani?
Jikalau kita menjenguk apa yang kerajaan negara lain telah lakukan sekarang ini termasuklah kerajaan Australia di mana mereka baru sahaja meluluskan akta yang memaksa semua pengeluar rokok menggunakan kotak standard yang sangat generik dan tidak menarik perhatian langsung kepada bakal pembeli rokok.
Langkah ini amat ditentang oleh pengeluar rokok kerana dengan penggunaan warna yang sama pada semua kotak rokok, menyukarkan langkah pemasaran jenama rokok dapat dilakukan dan ketika ini sedang dibantah keras.
Tetapi sebenarnya itu adalah langkah berani yang diambil oleh kerajaan Australia dan sepatutnya dapat dicontohi oleh kerajaan kita Malaysia. Persoalannya sekarang ini adakah kerajaan berani menanggung risiko syarikat-syarikat pengeluar rokok tutup kilang di Malaysia dan bukak kilang di tempat lain?
Itu adalah sesuatu yang kami rasa kerajaan perlu beranikan diri untuk lawan dan tidak perlu takut kepada perminataan syarikat-syarikat ini kerana kita semua sedia maklum, kesihatan rakyat jauh lebih penting berbanding kutipan cukai. Apa pandangan perokok dn pembaca Berita Semasa semua? Ada cadangan daripada anda? beritasemasa
/me Kerajaan ambil jalan mudah kutip duit rakyat.
Labels:
kerajaan
[ KLCC ] Peniaga Melayu Ditindas.?
Cerita dari DOUBLE Y
Emel yang dihantar kepada saya sekitar September yang lalu :
1. Saya Sherifah Binti Salim dari Kuala Lumpur merupakan Usahawan Wanita
Bumiputra yang lahir daripada Program Pembangunan Francais, Jabatan
Perdana Menteri yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun
1993. Program ini kemudian diselia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan
sehinggalah Kementerian berkenaan dimansuhkan.
2. Berasal sebagai anak kepada ibu saya Hajah Fatimah Hassan yang merupakan
peniaga kecil di Pasar Minggu Kampung Baru pada tahun 1960an hingga
1980an, saya memulakan perniagaan pada April 1994 sebagai pemilik tunggal
Foto Point dalam bidang peruncitan kedai foto dan kamera dan kini sudah
18 tahun berniaga.
3. Melalui Program Pembangunan Francais berkenaan, pihak Kerajaan telah
membantu saya memperolehi kemudahan pembiayaan dan bimbingan
pengurusan perniagaan hingga saya mampu berdikari dan berjaya dalam
bidang yang mana penyertaan Bumiputra amat terhad dan mencabar.
4. Apabila Kompleks Membeli-Belah Suria KLCC dibuka pada tahun 1998
dalam suasana kegawatan ekonomi tersangat runcing ketika itu, saya
merupakan di antara segelintir penyewa pertama yang mengambil risiko besar
membuka perniagaan di Suria KLCC. Sampai sekarang saya sudah 14 tahun
berniaga di Kompleks tersebut.
5. Selama tempoh penyewaan, kadar sewa sentiasa dinaikkan iaitu sekitar 30%
setiap kali sewa diperbaharui. Malah untuk tempoh kontrak sewa 5 tahun
terakhir dari 2007 hingga 2012 kos sewa disyaratkan naik pada setiap
tahun. Sewa kedai saya sekarang ialah kira-kira RM22,500 sebulan untuk
ruang kira-kira 300 kaki persegi, berbanding RM7,500 sebulan pada 1998.
6. Walaupun dikena sewa begitu tinggi tanpa sebarang keistimewaan dari pihak
Suria KLCC, saya terus bertahan dan berdaya maju sambil membuktikan
bahawa Wanita Bumiputra juga mampu berjaya sepertimana peniaga lain
apabila diberi peluang berniaga di megamall yang gah seperti Suria KLCC.
Oleh itu, aduan saya bukan tertumpu kepada kadar sewa yang tinggi.
7. Aduan saya adalah mengenai tindakan Pengurusan Suria KLCC yang
kini enggan menyambung penyewaan saya yang akan tamat pada 30hb
September 2012. Mereka memberi alasan amat tidak munasabah iaitu
dengan sengaja memanipulasi fakta prestasi jualan saya bagi
menjustifikasi tindakan mereka, sedangkan mengikut rekod mereka
sendiri pencapaian saya selalunya adalah Terbaik atau Kedua Terbaik dari
5 kedai foto kamera, yang mana 4 kedai lain adalah milik bukan Bumiputra.
8. Dari 5 kedai foto/kamera di Suria KLCC, 3 dimiliki oleh Foto Flash Sdn Bhd
(bukan Bumiputra) dan 1 dimiliki oleh Fotokem Sdn Bhd (juga bukan
Bumiputra). Foto Flash juga mendapat keistimewaan membuka sebuah lagi
kedai tambahan iaitu Flash Gadgets bererti satu peniaga berbangsa Cina ini
boleh mendapat 4 ruang kedai di Suria KLCC tetapi saya yang satu-satunya
peniaga berbangsa Melayu hendak dihalau keluar.
9. Unsur diskriminasi kaum amat jelas bila banyak kedai-kedai milik bukan
9. Unsur diskriminasi kaum amat jelas bila banyak kedai-kedai milik bukan
Bumiputra dan Warga Asing diperbaharui sewa atau diberi ruang baru. Misalnya
baru-baru ini kedai Digi Store (bukan Bumiputra) berhadapan kedai saya telah
diberi ruang alternatif manakala ruang yang dikosongkan oleh Digi Store diberi pula kepada penyewa baru iaitu kedai Sweet Day (juga bukan Bumiputra).
10. Mereka menindas dan memperlekeh peniaga Bumiputra seperti saya dengan
memberitahu bahawa tiada ruang kosong alternatif untuk saya, jika ada pun
mereka berkata sudah tentu saya tidak mampu membayar sewa baru yang lebih
tinggi. Lebih hina lagi, saya mendapat tahu bahawa mereka menawarkan
ruang kedai saya sekarang kepada peniaga bukan Bumiputra yang sudah
pun ada kedai bersebelahan iaitu Celcom Blue Cube semata-mata untuk
membesarkan kedai dealer bukan Bumiputra ini.
11. Sebagaimana umum sedia maklum, bilangan peniaga Bumiputra di Suria
KLCC sangat sedikit dan pada masa ini dipercayai kurang dari 5% dengan
angka sebenar enggan didedahkan oleh pihak Pengurusan. Menurut satu
laporan oleh CEO Suria KLCC pada tahun 2011, terdapat lebih 80 peniaga Luar
Negara di Suria KLCC, tetapi beranikah dia sebut bilangan dan berapa peratus
peniaga Bumiputra?
12. Isu penyingkiran peniaga-peniaga Bumiputra di Suria KLCC telah berlanjutan
dan semakin buruk sejak tahun 2007 dengan saya sendiri hampir menjadi
mangsa ketika itu. Nasib yang menimpa Restoran Kelantan Delights dan
Levi's Dockers yang dihalau satu demi satu oleh Suria KLCC manakala
peniaga-peniaga bukan Bumiputra dan Luar Negara terus diberi keutamaan.
Juga kes Muslimah Zaida's Collection di Alamanda Putrajaya pada tahun
2010 membabitkan pihak Pengurusan yang sama.
13. Kini giliran saya Foto Point pula dijadikan mangsa secara licik. Pihak Suria
KLCC telah mengancam untuk mengenakan sewa “double rent” jika saya
tidak keluar dari premis pada hujung bulan ini. Jika ini berlaku, saya kena
membayar kira-kira RM45,000 sebulan yang akhirnya boleh bangkrapkan
saya dalam beberapa bulan sahaja.
14. Sebenarnya pada tahun 2007 lagi pihak Suria KLCC pada mulanya enggan
memperbaharui penyewaan saya tanpa memberi sebarang sebab. Namun,
susulan publisiti buruk akibat penamatan sewa terhadap peniaga-peniaga
Bumiputra iaitu Kelantan Delights dan Levi's Dockers hingga menjadi
isunasional, mereka seperti terdesak menukar keputusan dengan menyambung
sewa saya di waktu senja sambil meminta supaya tindakan awal mereka
tidak dihebohkan kepada umum dan kementerian.
15. Lalu sambungan penyewaan saya pada 2007 adalah dengan syarat ketat iaitu
kedai perlu diubahsuai sepenuhnya, sewa untuk tempoh 5 tahun dengan
kenaikan sewa setiap tahun. Segala terma dan syarat Surat Perjanjian
ditentukan sepenuhnya oleh Suria KLCC tanpa boleh dipertikai oleh saya walau
satu ayat pun. Saya dimestikan menerima semua syarat jika mahu menyewa.
16. Sepanjang tempoh penyewaan selama 14 tahun di Suria KLCC, saya sentiasa
menjelaskan sewa bulanan mengikut jadual dan tidak pernah tertunggak sewa
walaupun sekali. Saya menyertai pelbagai program pemasaran yang dianjurkan oleh
Suria KLCC serta melaksanakan pengurusan pelanggan dengan bagus dan berjaya.
Kesimpulannya, saya tiada masalah penyewaandengan pihak Pengurusan Suria KLCC
walaupun ada pegawai-pegawai mereka cuba menimbulkan isu.
17. Pada tahun 2010 berlaku kejadian pecah kedai yang mengakibatkan saya kerugian
kira-kira RM10 ribu. Walaupun laporan polis dan aduan dibuat, pihak Pengurusan
Suria KLCC telah sambil lewa lepas tanggungjawab, tidak pernah memberi maklum balas
proses siasatan dan tidak response kepada pertanyaan saya walaupun kes ini sangat
berat kepada kredibiliti Pengurusan. Oleh kerana ingin menjaga hubungan dengan
pihak Suria KLCC, saya terpaksa mengambil sikap berdiam diri.
18. Pada tahun 2009 terdapat 3 buah kedai foto/kamera di Suria KLCC dan saya
telah memohon untuk membuka sebuah Nikon Concept Shop serta
sebuah Camera Sub-Outlet tetapi ditolak oleh pihak Pengurusan atas alasan
tiada lagi peruntukan untuk kategori kedai kamera. Pada tahun 2010 sekali lagi
saya menghantar Cadangan dan Konsep untuk membuka Nikon Concept Shop
melalui sokongan pembekal saya namun sekali lagi permohonan saya disimpan
(KIV). Begitu juga dengan permohonan saya pada tahun 2011 terus diketepikan.
19. Sebaliknya pada tahun 2011 pihak Suria KLCC jelas prejudis dan pilih
kulit dengan memberi tambahan ruang sewa kepada dua (2) buah kedai
kamera baru yang kedua-duanya dipohon oleh peniaga bukan Bumiputra,
termasuklah Nikon Concept Shop yang cadangan awal dan asalnya sudah
dikemukakan oleh saya terlebih dahulu.
Saya tidak mempertikai keputusan pihak Nikon memberi kepada peniaga bukan
Bumiputra kerana itu hak Nikon.Yang dipertikaikan adalah tindakan pihak
Suria KLCC berbohong bahawa tiada peruntukan untuk tambahan kedai kamera,
tetapi sebaliknya memberi peluang kepada dua peniaga bukan Bumiputra. Pihak
Suria KLCC berunding terus dengan Nikon tanpa pengetahuan saya sehingga peluang
kepada usahawan Bumiputra diragut oleh peniaga bukan Bumiputra.
20. Oleh itu 3 buah kedai foto/kamera di Suria KLCC pada 2009-2010 telah
bertambah kepada 5 buah pada 2011-2012 dan 4 daripadanya adalah milik
bukan Bumiputra. Sudah tentu persaingan lebih hebat apabila ada tambahan
2 kedai yang menjual barangan fotografi dan kamera jenama yang sama dan
ini telah memberi kesan penurunan Sales Performance semua kedai kamera
pada 2011 berbanding 2010. Ini dijadikan alasan oleh Suria KLCC untuk
menyingkir saya, tetapi tidak kepada peniaga bukan Bumiputra.
21. Sungguhpun begitu, prestasi Sales Performance Ranking yang dikeluarkan oleh
pihak Suria KLCC mengikut kriteria jualan per kaki persegi (PSF) rasmi yang
mereka sendiri tetapkan, masih meletakkan prestasi jualan Foto Point saya
sering berada di kedudukan Terbaik dari 3 kedai pada 2009/2010 dan
Kedua Terbaik dari 5 kedai pada 2011/2012. Ini bermaksud dari tahun 2009
hingga 2012 prestasi Sales Performance Ranking Foto Point saya sangat
konsisten di kedudukan terbaik atau kedua terbaik di antara semua kedai
foto/kamera di Suria KLCC.
22. Malahan Sales Performance terkini saya iaitu 8 bulan pertama dari Januari
hingga Ogos 2012 telah menunjukkan peningkatan jualan sebanyak 12%
berbanding tempoh yang sama tahun 2011. Saya amat yakin ranking prestasi
jualan bulanan saya pada tahun ini masih kekal di kedudukan Terbaik atau
Kedua Terbaik sekiranya tiada manipulasi oleh pihak Suria KLCC. Sudah tentu
mereka tidak berani lagi mengeluarkan ranking terkini kepada saya.
23. Pada April 2012 iaitu 6 bulan sebelum tamat tempoh penyewaan sekarang, saya
telah menulis surat kepada pihak Suria KLCC untuk menyambung penyewaan.
Semasa perjumpaan dengan Pengurus Leasing Puan Tan Wei Lynn dan
Eksekutif Leasing Puan Debbie Ooi pada 07 Mei 2012, mereka memberitahu
bahawa sewa tidak akan disambung kerana Sale Performance saya turun
21% pada tahun berakhir 31 Mac 2011 berbanding tahun sebelumnya dan
mereka juga enggan mengambilkira kenaikan jualan saya pada tahun terkini.
24. Selain itu, mereka langsung tidak mahu mengambilkira rekod cemerlang
bayaran sewa saya, kedudukan ranking prestasi Pertama dan Kedua saya dan punca
mengapa jualan jatuh pada waktu itu (iaitu bertambah persaingan dari 3 kepada 5 kedai).
Mereka tidak menggunakan kriteria Sale Performance sebagaimana biasa digunakan,
dengan niat jahat dijadikan alasan untuk menghalau keluar saya. Mereka berdolak-dalih
apabila saya mempertikaikan asas kiraan prestasi yang tidak munasabah itu.
25. Pengurus Leasing Suria KLCC itu dengan bongkaknya menyatakan bahawa
keputusan ini (menyingkirkan peniaga Bumiputra) telah mendapat restu
Lembaga Pengarah Suria KLCC sendiri. Saya difahamkan Lembaga Pengarah mereka
diterajui oleh pihak atasan Petronas, maka saya sangsi jika pihak Lembaga Pengarah
mengetahui hal sebenarnya atau tidak prihatin.
26. Pengurusan Suria KLCC yang terdiri daripada Eksekutif Leasing Debbie Ooi,
Pengurus Leasing Tan Wei Lynn, Pengurus Besar Centre Management
Francis Tan, Pengurus Besar Leasing David Monaghan dan Ketua Pegawai
Eksekutif (CEO) Andrew Brien kesemuanya terdiri dari Bukan Bumiputra
atau Warga Asing. Saya amat mensyaki bahawa tindakan sebahagian mereka
bermotifkan prejudis jantina, diskriminasi kaum atau anti aspirasi Kerajaan
terutama membabitkan kepentingan Bumiputra. Malah unsur amalan rasuah
juga tidak boleh diketepikan.
27. Pihak Pengurusan Suria KLCC seterusnya mengancam untuk mengenakan
“double rent” terhadap saya berdasarkan klausa ‘tiada peruntukan untuk
sambung sewa selepas tamat tempoh 5 tahun’ jika saya enggan keluar.
Alasan ini sangat prejudis dan berniat tidak ikhlas kerana ditegaskan segala
syarat dan terma perjanjian adalah mutlak "100% determined by Suria KLCC".
Maka, untuk Suria KLCC berlindung pada ketiadaan klausa pembaharuan sewa
amat tidak beretika sama sekali walhal ramai peniaga bukan Bumiputra
dilepaskan klausa ini.
28. Saya masih ingat akan jaminan lisan sewaktu perbincangan sambung sewa
pada tahun 2007 yang diberikan oleh Eksekutif Leasing Suria KLCC, Puan Aida
Ithnin pada masa itu bahawa tiada sebab untuk pihaknya tidak menyambung
sewa selepas tamat tempoh 5 tahun itu sekiranya tiada apa-apa masalah
atau isu bersabit sewa saya. Bagaimanapun Puan Aida tidak lagi kendalikan
kes saya kerana telah ditukarkan ke Kompeks Membeli-Belah Alamanda
Putrajaya yang juga diurus oleh pihak Suria KLCC serta diterajui oleh isteri
kepada CEO Suria KLCC yang juga warganegara Australia.
29. Kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum berakhir tempoh sewa
sekarang. Jika kes ini masih gagal diselesaikan secara rundingan dan Pihak
Pengurusan Suria KLCC terus bersikap sombong, angkuh dan degil terhadap
bangsa kita, maka saya minta agar semua pihak-pihak berkenaan termasuk
kementerian-kementerian, agensi-agensi dan badan-badan berkaitan
mempercepatkan proses siasatan dan tindakan susulan demi keadilan
dan kesaksamaan layanan terhadap peniaga Wanita Melayu dan
Bumiputra khususnya.
Saya percaya majoriti rakyat di negara berbilang kaum ini terutama bangsa
Melayu sedang menanti untuk melihat dan menilai sejauh mana tindakan tegas,
pantas dan berkesan diambil oleh pihak-pihak berwajib dan berkepentingan.
Saya ingin ambil sikap yakin bahawa pasti bangkit keberanian muktamad
untuk menyelesaikan segera kes ini, menyekat dari berlarutan dan terus
merebak, menghakis gambaran negatif terhadap kepimpinan Kerajaan
dan memberi mesej dan pengajaran kepada elemen-elemen tidak
bertanggungjawab. Bertindaklah cepat, adil dan tegas sebelum terlambat.
30. Tujuan saya menyebarkan kes ini kepada pengetahuan umum agar nasib para
usahawan Wanita dan Bumiputra khususnya peniaga-peniaga peruncitan
di gedong-gedong membeli belah mega dan ikon kemegahan rakyat
seperti Suria KLCC tidak dibiarkan ditindas, diperlekeh dan dihalau keluar
sedemikian, rupa demi menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat berbilang
kaum di negara ini.
Apa erti kemerdekaan dan apa guna membina bangunan megah perkasa sedangkan nasib kaum bangsa sendiri diperkotak-katik dan diperlakukan sewenang-wenangnya terutama oleh Bangsa Asing.
Jangan biarkan bangsa kita Bagai Melukut Di Tepi Gantang dan bangsa lain Bagai Kaduk Naik Junjung. Jika ada yang menuduh bangsa kita rasis, nah inilah perbuatan rasis yang amat rasis terhadap bangsa kita.
sherry.salim@gmail.com
25 September 2012
Labels:
Melayu
(Nik Aziz tetap Nik Aziz)
Nik Aziz.
Ulama politik yang digelar tok guru. Kenyataannya sering mengundang pelbagai kontroversi. Malah pada satu ketika Nabi Muhamad disamakan dengan mamat-mamat di kampung. Mungkin maksud beliau lain tapi apa yang diungkapkan lain. Manusia tidak lari dari kesilapan.
Secara
tiba-tiba, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tentang pentingnya perpaduan
sedangkan sebelum ini beliau menolak perpaduan yang di ilhamkan oleh beberapa
pemimpin termasuk Harussani. Nik Aziz sanggup berkerat rotan dengan Nasharudin
Mat Isa semata-mata kerana ingin bersama pakatan dan menolak UG. Jika bukan
kerana Nasharudin mempunyai sokongan yang kuat dikalangan akar umbi, mungkin
nasib Nasharudin sama seperti Hasan Ali.
Setiap orang
punya pandangan dan setiap parti ada pendirian. Jika kita ada pandangan
berbeza, kita ketepikan, kita ambil kemahuan yang sama . Selepas itu barulah rungkai permasalahan yang sulit. Tapi jika kita tidak ikhlas bukan 20 tahun,
100 tahun pun mungkin tidak akan wujud perpaduan.
Jika Moro (MILF)
boleh berjaya mencapai rundingan dengan kerajaan Filipina mengapa sesama kita
tidak boleh duduk sepakat.?
Memetik dari laporan berita sinar harian,
KOTA BHARU- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, “kita tiru tindakan” bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, sejak lebih 20 tahun Kelantan, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud di antara parti Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini.
“Kita ajak orang Melayu supaya berbalik semula kepada Islam kerana apabila kita tinggalkan cara Islam, ertinya kita sudah terlajak.
“Apabila kita terlajak, kita tidak percaya kepada Islam dan apabila tidak percaya kepada Islam, kita tidak percaya kepada al-Quran, tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan tidak percaya kepada ALLAH…ini cukup bahaya,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program Sambutan Hari Keluarga Mawaddah Peringkat Negeri Kelantan di Taman Tengku Anis, Tanjung Chat, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Kerajaan Kelantan, Wan Ubaidah Wan Omar; isteri Nik Aziz, Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Pakar Motivasi, Dr Robiah K.Hamzah.
Nik Aziz berkata, sebagai umat manusia, mereka diminta menjaga Islam kerana ajaran agama itu cukup sempurna termasuk melalui demokrasi Islam.
Nik Aziz berkata, sebagai umat manusia, mereka diminta menjaga Islam kerana ajaran agama itu cukup sempurna termasuk melalui demokrasi Islam.
Menurutnya, dalam politik, manusia perlu menghubungkan politik dengan Nabi Muhammad iaitu apabila menyebut nama Nabi Muhammad SAW, ia mengingatkan umat terhadap politik Islam.
“Dalam sembahyang, kita menyebut salam ke atas Nabi Muhammad biarpun Nabi tiada waktu kita solat, namun kita diajar ada hubungan rapat manusia dengan Nabi,” katanya.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, bagi melaksanakan mawaddah dalam kedua-dua parti (Pas-Umno) berkenaan, beliau ada membuat cadangan kepada rombongan yang sampai dari Kuala Lumpur semalam.
“Saya kata begini kepada rombongan itu semalam, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46.
“Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam,” katanya.
Katanya, Dasar Kebangsaan itu pertamanya adalah ajaran dari Eropah dan keduanya, Islam mampu menjamin manusia ke pintu syurga.
Nah… inilah Nik Aziz. Dalam banyak isu, perdiriannya boleh bertukar 360° dalam masa sehari. Hari ini beliau boleh menyokong esok beliau boleh mengeluarkan kenyataan menentang. Beliau tidak ada konsistensi dalam sesuatu kenyataan.
Nah… inilah Nik Aziz. Dalam banyak isu, perdiriannya boleh bertukar 360° dalam masa sehari. Hari ini beliau boleh menyokong esok beliau boleh mengeluarkan kenyataan menentang. Beliau tidak ada konsistensi dalam sesuatu kenyataan.
Apa yang diutarakan memang baik untuk kesejahteraan umat. Tapi ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian. Jadi aku berani katakan cadangan ini ia hanya sekadar ilusi. Kalau benar Nik Aziz ikhlas, sepatutnya tidak ada pra syarat untuk berbincang.
/me Mungkin perpaduan yang digambarkan akan menjadi kenyataan apabila beliau sudah tidak mampu membuka mulut.
Labels:
Melayu
(huduhd) Soi Lek Takut Anu Kena Potong
Bagi Umno, “pilihanraya
umno tidak boleh mengharap kerusi dari parti komponen. Umno kena berfikiran
umno akan menang semua kerusi untuk memimpin negara. Orang bukan melayu tidak
akan membantu orang melayu kecuali orang melayu itu sendiri. Tapi kerana pola
masyarakat kita yang majmuk kita tidak boleh lari mengharap kemenangan kerusi
mereka. Sebab itu biasanya Perdana Menteri akan membubarkan parlimen jika dia
percaya umno akan memenangi kerusi yang banyak.”
/me macam takde isu je kapir ni
Mca komponen BN yang terbesar di ikuti oleh Gerakan.
Kedua-dua parti ini ialah parti cina. Orang cina ialah opportunist bukan
seperti orang India yang lebih bersikap lalang. Jadi orang melayu sepatutnya
lebih berwaspada dengan tindak tanduk orang cina.
Semasa Singapore hendak keluar dari Malaysia, Lee Kuan Yew
sanggup memakai songkok bila berjumpa orang dengan melayu. Sekarang teknik itu dipraktikan oleh
beberapa pemimpin Dap Perak dimana mereka bukan sahaja memetik ayat Quran ketika berceremah malah sanggup pergi surau mendengar kuliah.
Kita orang melayu terutama penyokong pembangkang akan begitu teruja dengan pemimpin ini. Mereka akan anggap pemimpin cina ini telah berjaya ditarbiyahkan oleh mereka. Sebenarnya ini ialah psiko biasa yang tidak memerlukan ketajaman akal untuk berfikir.
Adakah sekarang mertabat melayu Singapore lebih tinggi dari cina Singapore?
Yang memerlukan ketajaman akal ialah kenapa Soi Lek
seringkali membangkitkan menolak hudud sedangkan ia akan mengurangkan undi
orang melayu dan merosakan undi BN.?
Ketika Perkasa secara terbuka menyatakan sokongan kepada
Umno tiba-tiba Soi Lek seperti dirasuk hantu membuat kenyataan seperti yang
tidak sepatutnya. Ada kemungkinan Soi Lek sengaja mengurangkan sokongan melayu
untuk mengurangkan kemenangan kerusi Umno. Dan jika ini berlaku, tidak mustahil
MCA akan berpaling tadah bersama-sama pakatan membentuk kerajaan.
Kenapa Mca tidak keluar pada
pilihanraya 1998..? Ada kemungkinan pada waktu itu Pas masih di lihat masih
ekstremis dan berdolak dalih dengan isu hudud. Sekarang Pas sudah 360° berubah. Bukan sahaja tidak ada negara Islam malah
Pas tidak ubah seperti adalah parti boneka. Jika ini berlaku, tidak ada tongkat
tidak ada talian hayat. Jadila kita bangsa yang berdikari.
Labels:
politk
Saturday, October 20, 2012
(kickdefella) debat isu minyak kelantan
Kalau benar minyak di perairan Kelantan, bagi kepada yang hak. Tapi kalau hanya sekadar atas nama then dipolitikan untuk populariti itu sudah tidak betul. Kepentingan negeri atau negara jangan sesekali kita politikan. Tapi sudah menjadi lumrah pembangkang semua benda dipolitikan.
Aku ambik dari kickdefella dan boleh sambung membaca disini.
Aku tak faham kenapa hero melayu tak faham. Samada tak faham atau sengaja tidak faham aku aku tak tahu. Yang penting ada penjelasan tentang isu royaliti minyak Kelantan oleh kickdefella.
Kenapa mereka harus mengutip derma rakyat untuk membawa isu itu ke makamah.? Pokai sangatkah kewangan negeri sampai takde duit untuk membayar kos.? Kalau kerajaan negeri yakin dengan kekuatan hujah, mengapa takut mengeluarkan kos. Kalau kos 100 juta sekalipun tapi kalau kerajaan persekutuan berhutang 10 billion seperti yang didakwa, bukankah ada untung..?
Makamah itu dikawal oleh BN.
Utusan memetik tulisan Zulkifli Nordin, akhirnya Khalid Samad menang kes itu walaupun hakim itu menyatakan, kenapa saman utusan dan tak saman Zulkifli Nordin..?
Persoalan kedua, kalau kerajaan Kelantan atau penyokong mereka beranggapan begitu, jadi untuk apa bawa isu ke makamah.? bukankah sia-sia menghabiskan duit poket rakyat..? Patut kerajaan bagi duit kepada rakyat dan bukan perhabis duit rakyat.
Apa yang aku nampak, mereka hanya hanya nak spin isu itu. Mungkin mereka hendak menutup kelemahan pentadbiran ekonomi negeri. Yang selalu dijaja kerajaan zalim walhal kerajaan negeri sendiri tidak berusaha meningkatkan produktiviti. Buka ladang rakyat tapi perlaksanaan gagal, buat jambatan yang tinggal hanya batu asas, buat ternakan biri-biri yang tinggal hanya bulu ketiak Husam... ermmm... itu lah pembangkang.
Kalaulah... kalau makamah memihak kepada kerajaan Kelantan... hurmmm... peguam negara tidoo... letak jawatan.
Aku ambik dari kickdefella dan boleh sambung membaca disini.
Labels:
politk
(bola) Nak Nesmilan Kuek Cam Arsenal
Bukan nak cito bola ATM vs Kelantan. Sebab aku dah sebulan aku
tulis artikel ini.
Negeri Sembilan adalah pasukan finalis sejak beberapa tahun lepas dan tahun lepas adalah pasukan juara piala Malaysia. Tapi tahun ini terkandas di suku akhir di tangan ATM.
Tahun lepas kekuatan Negeri Sembilan agak seimbang pada semua posisi. Pada perlawanan akhir Piala Malaysia apa yang aku nampak ialah kekuatan pada bahagian pertahan yang diketuai oleh Aidil dan Irwan Fadhli Idrus. Salah seorang dari mereka berdua ini akan bertindak seperti sweeper.
Dulu Negeri Sembilan pasukan adalah pasukan belasahan. Selepas lewat tahun 90’an pasukan ini antara pasukan yang memberi cabaran dalam liga bola sepak Malaysia.
Negeri Sembilan adalah pasukan finalis sejak beberapa tahun lepas dan tahun lepas adalah pasukan juara piala Malaysia. Tapi tahun ini terkandas di suku akhir di tangan ATM.
Pasukan ATM adalah wajah Negeri Sembilan kerana 7 pemain
utama pasukan ini adalah bekas pemain Negeri Sembilan. Jadi aku tidak salahkan Azrai Khor jika pasukan negeri aku tidak
layak memasuki perlawanan akhir.
Tahun lepas kekuatan Negeri Sembilan agak seimbang pada semua posisi. Pada perlawanan akhir Piala Malaysia apa yang aku nampak ialah kekuatan pada bahagian pertahan yang diketuai oleh Aidil dan Irwan Fadhli Idrus. Salah seorang dari mereka berdua ini akan bertindak seperti sweeper.
Tahun ini aku tidak mengikuti sangat perkembangan pasukan
ini tapi yang aku perasan ialah kerajinan Sahurain dan Syakir Ali. Bagi aku prestasi Effa Owana agak memuaskan tapi sebaiknya negeri perlu mencari pengganti
kedua-dua pemain import. Dikhabarkan musim depan Owana akan bersama Terengganu.
Tandukan Effa owana memang berbisa tetapi kelemahan yang
agak ketara ialah larian dan skill menggelecek yang agak lemah. Tidak seperti
Bakamengga, bukan sahaja penyudah yang tajam tetapi larian beliau juga sering
menjadi masalah kepada pertahanan lawan.
Fabrak atau Marian Fablak aku kira boleh mengucapkan selamat
tinggal. Mutu permainannya biasa-biasa sahaja. Ramai lagi pemain tempatan boleh
menjadi centre back. Adalah lebih baik mencari pemain tengah dari pemain
pertahanan. Antara pemain yang aku gemar untuk menggantikan tempat beliau ialah Mahalli Jasuli dan beberapa nama
lagi pemain harimau muda.
Aku suka Arsenal dan Arsenal juga kelab yang aku benci. Suka
tengok corak mereka bermain dan bengang sebab pemilik kelab pokai., kedekut dan
tidak ada semangat untuk menjadi juara.
Bila sebut corak atau taktikal kebanyakan pasukan (kat Malaysia dipanggil pasukan bukan kelab) taktikal mereka ala-ala eropah. Sedangakan saiz tubuh dan mutu tendangan tidak sebaik orang eropah. Sebaiknya pasukan atau pasukan kebangsaan menerapkan corak yang dipraktikal seperti Arsenal atau Barcelona.
Bila sebut corak atau taktikal kebanyakan pasukan (kat Malaysia dipanggil pasukan bukan kelab) taktikal mereka ala-ala eropah. Sedangakan saiz tubuh dan mutu tendangan tidak sebaik orang eropah. Sebaiknya pasukan atau pasukan kebangsaan menerapkan corak yang dipraktikal seperti Arsenal atau Barcelona.
Buat pengurusan PBNS, dah lama aku dengar Faizal Zainal
menjadi parasit. Coach tidak ada kuasa
untuk menentukan barisan pemain sebaliknya Faizal yang menentukan lineup
sebelum sesuatu perlawanan. Kenapa Faizal Zainal.? Orang kata sebab dia baik
Mr. MB. Entahlah.. Aku tak nak salahkan Faizal Zainal tapi salahkan MB itu sendiri. Dia ada
akal kan…..
Rumous Shukor akan ke ATM, Farizal ke Perak Kunalan ke
Selangor. Jadi tahun depan team The Jangs akan dibarisi pemain baru. Pemain
import baru coach pun baru.
Terima kasih Azrai.
/me Pemain sama tapi nama pasukan je lain.
Labels:
sukan
Subscribe to:
Posts (Atom)


















.jpg)

