Wednesday, November 21, 2012

10 batu yang paling pelik


Tahukah anda bahawa ketika zaman batu, ais batu kacang bukanlah menu utama manusia pada waktu itu dan batu lesung juga belum lagi tercipta. Bercerita pasal batu, jom kita lihat antara 10 batu yang dikategorikan sebagai pelik :

[10]
Batu Tergantung di dlm peristiwa Israk Mikraj 
terletak di Qubah As Sakhra, di Palestin

[9]
Balanced Rock, Garden of the Gods.
Colorado, Amerika Syarikat

[8]
Gibson Steps (12 Apostles), 
Great Ocean Road.


[7]
Ko Tapu Island, Thailand

[6]
Reed Flute Caves, Guangxi Province, China

[5]
Meteora, Greece

[4]
Sahara Desert, Tassili N’Ajjer, Algeria

[3]
Giant’s Causeway, Ireland

[2]
Painted Cliffs, Tasmania

[1]
Batu asas Projek Lebuhraya Rakyat yang ditandatangani oleh Nik Aziz.
Terletak di negeri Kelantan.


Memang pelik kerana selepas dihias cantik-cantik untuk majlis pecah tanah 
Lebuhraya Rakyat, batu ini ditinggalkan begitu sahaja...



Friday, November 16, 2012

zuhud sungguh KP Pas



"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, di amanah sebagai ketua dewan pemuda Pas malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat pemuda jalan raja laut, isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang, simpanan tunai rm 9,000 dalam akaun simpanan tetap.

isteri yang bekerja sebagai guru, pendapatan gaji isteri rm 4,000, elaun saya yang diberi oleh dewan pemuda Pas malaysia rm 2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar rm 300. jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan rm 2,800, tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah rm 530 sebulan.

kenderaan rm 1,400 sebulan. sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa di bayar rm 1,230 sebulan, itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang Insyaallah selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa dewan pemuda Pas malaysia," 
hahhahha.... zuhud sungguh ketua pemua Pas ni...

/me kete besor, anak ramai,  tapi gaji lebih kurang aku..?huhuhu...

Monday, November 12, 2012

ABNxcess

Patutlah ASTRO baik hati bagi saluran berbayar ditonton secara percuma sejak dua menjak. Kerap promosi naiktaraf pakej HD semua. Patutlah Menteri Komunikasi beritahu sukan "rakyat" boleh disiarkan semua saluran TV yg berminat. Rura-rupanya pesaingan akan tiba. Pakej ABNxcess bermula dgn RM29.90, kualiti siaran HD mulai tahun depan. Trace HD adalah pakej saluran sukan. Buat masa ini, siaran percubaan sedang dilakukan. 


Sunday, November 4, 2012

[hudud] mCa ok ja..

argghh sudah... Dap kena checkmate atau Pas akan kehabisan modal politik.
Justeru itu, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi, maka Pakatan Rakyat perlu meletak hudud versi Pas dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang akan datang. Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia, maka MCA akan menghormati kehendak rakayat Malaysia. 
Sambung kat sinar... 

/me umno dah tarbiyah mca... apa status pas tarbiyah dap? ke dap terbiyah Pas?

Friday, November 2, 2012

[Langat 2] murah atau mahal


Aku tak pernah mengikuti isu air Selangor. Aku anggap ia propaganda politik BN untuk merampas Selangor atau kerajaan pusat cuba mengekang kenaikan kos yang ditanggung oleh mereka akibat kelewatan projek.
Walau aku tak mengikuti jalur cerita Langat 2, secara peribadi projek ini adalah baik untuk penduduk Selangor kerana kita sudah maklum bahawa Lembah Klang pernah mengalamai krisis air yang teruk. Begitu juga dengan Melaka dimana suatu ketika dahulu empangan yang sepatutnya dipenuhi air telah kering kontang akibat kemarau panjang.
Tapi kini dilaporkan Melaka tidak ada masalah air walaupun hujan tidak turun sepanjang tahun. Ini hanya peribahasa Ali Rustam yang menggambarkan Melaka telah membuat kerja-kerja menaik taraf pada empangan-empangan di Melaka.
Berlainan di Selangor.
Kerajaan Pakatan Selangor telah menolak projek Langat 2 dan menggantikan dengan teknologi mambran kerana kerajaan Selangor beranggapan ia lebih murah dan dapat menjimatkan sebanyak 500 juta.
Apa yang menarik minat aku sehingga aku menulis (nota aku) ialah pengertian penjimatan yang ditulis oleh blog Belantan. Bila aku check di google, rupanya ia ditulis oleh Bekas Pengarah di ruangan forum utusan.
Betul ke teknologi itu membrane itu murah dan menjimatkan.?
Dalam hal ini sama ada MB terkeliru atau sengaja mengelirukan orang ramai, teknologi membrane yang dicadangkan dengan harga RM800 juta ini hanya mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 1 juta liter sehari atau dalam terminologi pengeluaran air 1 Juta Liter per Hari (JLH).
Kos pelaburan untuk Loji Langat 2 pula adalah RM3 bilion untuk pengeluaran 1,300 juta liter sehari atau 1.3 bilion liter sehari. Tan Sri Khalid faham tak beza juta dan bilion? © Utusan Melayu (M) Bhd 
Kita ditipu oleh angka walhal sebenarnya nilai kosnya adalah berlipat kali ganda mahal daripada kos Langat 2. Dan yang lebih penting ialah teknologi mambran adalah teknologi ‘merawat’ dan bukan membekal air seperti Langat 2 yang menyalurkan air dari Pahang.
Persoalan, adakah teknologi mambran ini sesuai bagi jangka masa panjang sedangkan pembangunan di Lembah Klang begitu pesat membangun. Apa ertinya mambran jika air yang hendak diproses tidak ada.? Adakah Rakyat Selangor mahu dibekalkan air dari lombong yang sarat dengan logam berat.?
Hakikatnya, dulu Kerajaan Pakatan memberi jaminan bekalan air di Selangor mencukupi tapi setelah air di kebanyakan empangan semakin susut, maka mereka memperkenalkan teknologi membrane.
Apa yang hendak simpulkan ialah apa yang dikatakan kerajaan pusat ada kebenarannya dan secara tidak langsung Kerajaan Selangor telah memperjudikan kesejahteraan penduduk Selangor kerana politik sempit mereka.