Kalau esok pilihanraya, aku nak undi sape.?
Sebelum ini, ada ketika aku buat keputusan undi pembangkang
dan ada masanya aku akan undi BN. Pada kebiasaan piliharaya, Dun aku bg BN tapi
parlimen aku akan undi pembangkang. Tapi pru yang lepas semua undi aku pada
pembangkang.
Untuk kali ini mungkin semua undi aku untuk BN.
Walau aku ahli Umno, pandangan tentang sesuatu isu politik
aku akan hadam. Akhbar atau penulis blog ada pandangan masing-masing mengikut kiblat
parti mereka. Malah ramai penulis blog ada kepentingan peribadi malah ramai
dikalangan mereka tulisan mereka berbayar. Jadi tak perlu la nak tarbiyahkan
aku untuk undi sape.
Mengapa aku nak undi BN..?
Susah aku nak terangkan dengan bentuk penulisan. Tapi untuk
ringkasan aku tak percaya pada orang politik walaupun dia berserban panjang.
Contoh, ramai penyokong Pas masih percaya bahawa Pas mahu melaksanakan hudud. Sebab
apa..? sebab ramai pemimpin mereka (berserban
panjang ) masih menipu bahawa Pas akan melaksanakan hudud.
Cuba kita lihat PKR..? Siapa pemimpin PKR..? Mereka semua
orang BN. Jadi apa bezanya PKR dengan BN..? Itu belum cerita laki bini, anak beranak
jadi pemimpin parti… aduhaii…. Sakit kepala mikir….
Cuba kita lihat politik licik Dap. Kalau pengundian parti
pun boleh ditentukan, tidak terfikirkah kita bahawa mereka ini lebih diktator
dari Umno..? Yang paling lawak ialah jawapan ketua menteri tentang kos terowong
dasar laut. “ Salah taip..?” ia bukan
lawak bodoh tapi edisi kantoi.
Kesimpulan dari contoh paling mudah ini hanya satu.
Penyokong pembangkang akan merima apa sahaja pemimpin mereka buat. Kerana apa jadi
camtu… aku pun tak tahu. Kalau aku fikir dan terus fikir, boleh jadi gila dibuatnya.
/me bersih
sangat ke pembangkang ni.? Kalau tender 6 ribu pun disebat… takan la tak ambik komisen projek berjuta.
No comments:
Post a Comment