Tuesday, April 30, 2013

Allah beri kita rezeki tapi kita kena usaha


Gaji kerajaan yang bayar bukan duit rakyat

Memang bukan sahaja rezeki malah galaksi alam adalah milik Allah. Tidak ada yang menidakkan kekuasaanNya kecuali orang kafir.
Secara total aku tidak la kata pembangkang tidak baik dan BN itu baik. Dalam memilih parti untuk memerintah kita harus mengambil semua aspek sebelum kita mengundi.
Tidak ada sesuatu kebaikan atau rezeki kalau kita tidak berusaha mencari atau memecahkan ruyungnya. Begitu juga dengan rezeki. Kalau kita tidak merancang dan berusaha maka kita tidak akan mendapat apa-apa kenikmatan yang Allah limpahk an.
Kalau kita tidak belajar adakah Allah akan berikan kita ilmu.? Tetapi jika kita rajin belajar dan berusaha untuk mendapat terbaik, hasil yang kita buat adalah ketentuanNYA dan kita perlu redha dengan apa yang ALLAH berikan.
Kalau tidak silap aku ada satu firman Allah tentang lihatlah bulan dan bintang di Langit. Andai umat Islam menjadikan ia hanya sekadar tanda kebesaran Allah, aku rasa itu adalah kesilapan umat Islam. Allah menyuruh kita berfikir dan beruasaha dan bukan duduk termenung.
Begitu juga dengan politik. Kita perlu berfikir sebelum memilih.
Ramai orang berpandangan kejayaan kita, pendapatan kita adalah kerana usaha kita sendiri. Tapi kita lupa, tanpa ekonomi yang baik majikan tidak mampu membayar gaji. Oleh kerana selama ini ekonomi kita dalam keadaan yang baik, faktor ini hanya dipandang sepi oleh kebanyakan rakyat.

Rakyat menolak umno.
Rakyat menolak umno kerana pelbagai sebab. Salah satunya ialah dari segi kenaikan kos kehidupan sementara pakatan rakyat pula menawarkan janji untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
Semua negara mengalami masalah inflasi. Itu fakta yang kita tidak boleh tolak. Tetapi sejauh mana inflasi itu menekan rakyat seharusnya kita membincangkanya secara jujur.
Memang duit kita semakin ‘kecil’. Hari ini gaji, esok dah habis. Orang dulu mengamalkan beli apa yang patut dan mengikut kemampuan. Tapi orang sekarang bukan mengikut kemampuan tapi mengikut trend. Orang lain ada ip5, dia pun nak mengikut. Maxis ada plan pembelian. Isi borang dapat terus telefon bersama talian. Ada telefon canggih tapi kalau tidak ada saluran maxis atau celcom, maka ip5 tidak ubah macam nokia 3310.
Orang kata itu keperluan mengikut zaman. Ironinya pendidikan mereka tidak mengikut zaman. Gred gaji macam aku, kerak macam gaji seorang engineer. Begitu juga seorang engineer baru, mana boleh pakai kereta lama. Kalau boleh mereka juga nak kereta besar macam orang pekerja lama.

Rumah dan kereta.
Tidak dinafikan, dua elemen ini kerajaan harus memberi tumpuan.  Kereta kita ada pilihan tapi bukan pemilikan rumah. Aku sendiri belum memiliki rumah. Tapi aku tidak salahkan kerajaan secara total kerana aku ada sedikit pilihan.
Tapi kalau anda menolak umno kerana tidak ada rumah, anda silap. Pakatan pandai berkata tapi bukan dari perlaksanaan. Bila diajukan soalan ada saje alasan diberikan. Tapi apa boleh buat, majoriti sukakan pakatan, kita kena terima.

No comments:

Post a Comment