Friday, April 19, 2013

betul ke calon boleh menang.?


Selepas BN mengumuman calon, ada beberapa tempat kawasan putih menjadi hitam. Melihat senarai calon “winnable candidate”, aku tidak nampak sesuatu yang istimewa kecuali pertembungan diantara Abdul Ghani dengan Lim Kit Siang.
Sekiranya, MCA khususnya Jason memberi ruang kepada bekas MB Johor, BN mempunyai sedikit kelebihan berbanding dengan lawan mereka. Akan tetapi jika Jason masih berkeras dengan pendiriannya, peratusan kemenangan akan berpihak kepada Kit Siang.
Berbeza pula situasi di Tasek Gelugor Penang dimana Mohd Shariff Omar berkeras untuk dicalonkan semula. Sepatutnya, Datuk Seri berjiwa besar, Datuk sudah menjawat pelbagai jawatan disamping usia datuk yang semakin meningkat. Jadi pemilihan calon baru adalah digalakkan dan Datuk disarankan agar membantu berkempen agar kemenangan berpihak kepada parti. Tapi sikap Datuk amat mengecewakan.
Wanita dalam parti.
Sebelum ini Najib berkokok menambah suara wanita di dalam kerajaan. Tapi setelah pengumuman calon, ia tidak melambangkan apa yang dikata. Memang benar apa yang dikatakan oleh Naib ketua wanita, Datuk Kamalia. Suara wanita di peringkat pusat dilihat kurang menyengat kerana pemimpin utama wanita tidak disenaraikan.
Walaupun Najib menempelak tomahan ini dengan menyatakan bahawa beliau sendiri menolak tawaran jawatan exco, tetapi najib perlu ingat bahawa pilihanraya adalah politik dan kedudukan kerajaan juga berlandaskan kepada politik.
Jika Kamalia berpaling tadah ia akan membuatkan umno menjadi tertekan dengan sendirinya kerana wanita adalah jentera paling penting dalam  setiap kali pilihanraya. Keadaan sayap puteri yang lesu disamping ketua wanita yang dikaitkan dengan isu lembu, jentera wanita akan terus lemah dan tidak mampu digerakkan secara maksimum. Adalah lebih baik Najib mencalonkan beliau daripada Dr. Rozaidah Taib yang sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan secara menyeluruh.
Jika kita masih ingat, semasa isu Sharizat dimainkan oleh pembangkang, Datuk Kamalia juga antara orang dalam yang mendesak agar beliau berundur. Ada kemungkinan ini adalah sabotaj dari Sharizat sendiri atau calon MP Ampang adalah kenalan Rosmah. Apapun sejak isu membabitkan Sharizat, Ketua bahagian Umno Kuala Kangsar ini telah menunjukkan sikap sebenar beliau iaitu tamak kuasa.
Apapun, Najib kena ingat, untuk memenangi kerusi pilihanraya calon perlu ditimbang sepenuhnya dari pelbagai aspek dan keadaan. Bersih sesuatu calon tidak semestinya menjamin kemenangan sesuatu kerusi, tetapi ‘winnable candidate” yang sebenar perlu diteliti bukan sahaja dari akademik, kewarakan, kesetian atau kemesraan kepada pengundi tetapi ia lebih dari itu.
Politik Negeri Sembilan.
Minggu lepas aku ada membantu isteri aku membuat analisa berkenaan calon di negeri aku. Andai kata BN tewas di Negeri Sembilan, maka Dap akan memerintah dan orang yang perlu dipersalahkan ialah Mohamad Hassan selaku  ketua perhubungan negeri yang ditugaskan membuat senarai calon.
Mohamad Hasan tidak disenangi oleh orang umno. Nama yang disenaraikan hanya terdiri daripada penyokong beliau. Dikhabarkan parlimen Kuala Pilah berserta dun dibawah parlimen tersebut mempunyai masalah dan ada kemungkinan jika pembangkang mengambil kesempatan di atas kecelaruan parlimen tersebut, pembangkang boleh memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi seperti Johol atau Juaseh.
Calon dari Langit.
Sebenarnya apa yang terjadi di Johol aku mengetahui secara detail walaupun aku bukan pengundi di Dun tersebut. Apa yang aku ingin katakan, jika orang itu  mampu membuat kemelut dan menutup hampir sepenuhnya pusat gerakan, maka sewajarnya Mohamad Hasan perlu berfikir panjang.
Aku difahamkan calon yang dimahukan di Dun tersebut tidak akan keluar atau mengkhianati parti tetapi akan melepaskan semua jawatan yang disandangnya. Apapun jika beliau sabotaj, pembangkang ada harapan memenangi kerusi tersebut walaupun Dun tersebut adalah kerusi Umno sejak sekian lama.
Hakikatnya kita tidak boleh memuaskan hati semua tetapi secara kesimpulanya, apa yang dikatakan oleh Najib untuk menampilkan “winnable candidate’ atau calon segar adalah retrotik semata-mata. Lihat sahaja calon di Negeri Sembilan. Hampir tiada perubahan dan calon-calon sedia ada tidak disenangi oleh pengundi setempat.
Seburuk-buruk Barisan Nasional buruk lagi pembangkang. Semua parti ada masalah pencalonan tetapi parti pembangkang sehingga kini masih berebut kerusi untuk ditandingi.


No comments:

Post a Comment