Tuesday, April 23, 2013

Dap lebih Islam dari Umno.?


Kalau dulu orang melayu begitu jijik melihat bendera Dap tetapi sekarang parti Dap dipuja bagai mereka pula yang membantu orang melayu selama ini. Fenomena ini dapat dilihat dengan jelas selepas beberapa siri sokongan terbuka oleh Nik Aziz@Pas.
Secara jujur aku mencari mengapa perkara ini terjadi kerana aku menolak Dap bulat-bulat. Adakah aku terkhilaf dalam mendapat maklumat seperti tidak membaca harakah atau blog-blog pembangkang.
Apa yang aku nampak semuanya adalah semangat politik yang dibawa oleh Pas dalam menarik undi bukan melayu untuk menang pilihanraya. Istilah Pas berjaya membawa perubahan pandangan Dap terhadap Islam adalah tahyul semata-mata sebaliknya Dap sebenarnya yang berjaya memperkudakan Pas.
Ketika ini 80% orang cina menyokong Pakatan Rakyat sedangkan ramai pemimpin melayu samada dari Pkr dan Pas berduyung keluar dan menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga dengan masyarakat India yang kembali menyokong BN dalam Pru kali ini setelah mereka menolak BN pada Pru yang lepas.
Sepatutnya kita berfikir sejenak mengapa perkara ini terjadi. Orang cina bukan mudah untuk diperdayakan kerana mereka adalah orang yang lebih licik berbanding kaum-kaum yang ada di Malaysia. Pasti ada sesuatu yang menarik disebalik tawaran pakatan rakyat sehingga perubahan sokongan ini meningkat dengan begitu tinggi.
Dengan ekonomi di tangan, orang cina banyak memiliki kelebihan berbanding kaum lain. Apa yang mereka mahu sebenarnya dari pakatan rakyat.
“ lubuk dah bagi kat cina, Tanjung dah bagi kat keling, jadi apa yang melayu dapat? ”. Ini perumpaan pembangkang dulu-dulu. Umno jawab lawak jenaka ini, lubuk bagi kat cina, tanjung bagi kat keling tapi jangan lupa, tanah ini masih tanah melayu.
Jadi orang cina sebenarnya mahukan kuasa dari tangan melayu. Dari kuasa mereka mahukan hak orang melayu atau lebih dari orang melayu seperti Singapore. Dari kuasa mereka akan menghapuskan DEB yang selama ini membela orang melayu dan seterusnya akan menghapuskan keistimewaan kaum bumiputera.
Pelbagai jenis produk ada di dalam DEB. Mara diwarnai pelbagai program dari bidang ekonomi sehinggalah pendidikan orang melayu. Walaupun pemilikan rumah juga ada dalam dasar ini, tetapi akibat dari tekanan politik ketika ini kuota pemilikan orang melayu sudah diperbaharui.
#pendidikan
Kita sering melupakan kerana kita selama ini mendapat pelbagai keistimewaan dari kaum lain. Mungkin kita hanya melihat pada biasiswa atau kemasukan ke universiti atau matrikulasi, tapi kita lupa bangsa melayu ini banyak dibantu oleh kerajaan dalam memberikan peluang kepada mereka yang gagal dalam kehidupan masa lampau.
#Hak Bangsa
Perkara ini luas untuk dibicarakan, tetapi aku hanya mengambil beberapa contoh apa yang termaktub di dalam perlembagaan penubuhan negara. Islam di Malaysia adalah diwarisi dimana Melayu satu-satunya bangsa di dunia yang menggazetkan bahawa orang melayu mesti menganut agama Islam.
Dengan menjadikan Islam agama rasmi dengan sendirinya Islam mendapat pelbagai keutamaan yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana agama dalam negara. Oleh sebab Islam sebagai agama rasmi maka peruntukan pembinaan masjid, surau atau aktiviti agama boleh disalurkan selain azan boleh berkumandang apabila sampai waktu solat.
Hal ini sebenarnya tidak disenangi oleh Dap secara senyap. Tidak menghairankan jika parti serpihan PAP ini menjadikan Lee Kuan Yew sebagai rujukan dalam rancangan dan tindakan yang akan dibuat. Suka atau tidak, Pas kena mengakui hakikat bahawa demi politik mereka prinsip perjuangan mereka sudah tiada. Kalau perjuangan umno dituduh hanya membela bangsa dan mengetepikan agama bagaimana dengan Pas.?
Adakah dengan penggunaan lambang Pas oleh Dap maka sudah dikatakan mereka akur dengan perjuangan mereka. Manifesto Pru13 secara jelas menunjukkan kesaksamaan antara agama sedangkan umno  masih konsisten membela agama walau ditekan secara tidak langsung dengan tindakan parti yang menyatakan parti Islam.
#umno sekular.
Melalui Nik Aziz, umno digambarkan sekular dan wajar ditolak atas alasan Umno menolak Islam (hudud ) dan penubuhan umno adalah berdasarkan kebangsaan dan bukan berlandaskan agama. JIka Nik Aziz berkata sedemikian, bagaimana dengan Pkr yang ditubuhkan semata-mata kerana mata bengkak Anwar Ibrahim atau Dap yang asasnya ditubuhkan untuk membuang Islam sebagai Agama Rasmi.?
Adakah dalam Islam ada double standard.? Atau hadith yang diriwayatkan hanya untuk keadaan yang menyebelahi mereka sahaja? Kalau Nabi bersikap sedemikian, nescaya Islam tidak berkembang seantero dunia.
Dap licik atau sebenarnya Pas yang kemaruk kuasa.
Mengambil contoh tanpa mengambil data sebenar, aku andaikan ia benar. Dap Penang memperuntukan  lebih banyak duit dari kerajaan BN kepada Jabatan Agama Islam Penang. Pertama kerana Dap menaikkan gaji kepada guru-guru KAFA dan elaun para imam. Jika ada kenaikan gaji maka secara tidak langsung kerajaan negeri akan memberikan budget tambahan kepada jabatan ini demi menampung keperluan kos yang meningkat.
Jadi jika melihat dari segi kos, memanglah peruntukkan itu akan meningkat daripada tahun terdahulu. Kita kena akui, kos operasi atau perbelanjaan akan meningkat  setiap tahun. Jadi adakah itu dikatakan satu jasa besar Dap kepada Islam.? Adakah kenaikan kos atau peruntukan tambahan kepada Jabatan Agama Islam hanya di Pulau Pinang.? Kalau benar, maka sewajarnya kerajaan di Kedah, Kelantan atau Selangor patut diserahkan kepada kepimpinan Dap.
Bagi aku, Pas menjadikan angka ini sebagai bahan politik untuk menyokong Dap walhal kenaikan kos ini sebenarnya diangkut dari budget lain seperti peruntukan rumah kos rendah atau rumah mampu milik. Golongan melayu adalah golongan yang banyak mendapat faedah dalam skim ini. Jadi, kita seharusnya lebih peka dengan helah puak yang bersikap racis ini.
#umno zalim
Apa yang dikatakan memang benar, tapi bukan sepatutnya ayat itu disuarakan oleh pembangkang berketurunan melayu atau Islam. Umno telah menzalami atau  racis dengan tidak berlaku adil ( dari segi angka pembahagian ) kepada semua kaum. Semua perkara, umno dahulukan melayu Islam terlebih dahulu dan selebihnya barulah untuk kaum2 lain seperti yang dirancangkan dalam dasar DEB.
Tapi jika kita teliti, walaupun angka pembahagian itu tidak adil tapi dari segi kemakmuran negara dan jurang pembahagian kekayaan dapat dikurangkan. Jika DEB ini tidak dilaksanakan, saya percaya apa yang terjadi di India atau Indonesia akan juga berlaku juga di Malaysia.
Sepatutnya orang melayu malu untuk berkata sedemikian. Walau cara pelaksanaan itu salah tapi dari tujuan umno cuba untuk berlaku adil. Apa yang aku lihat, isu ini timbul kerana umno membantu orang yang tidak tahu mensyukuri nikmat yang dilimpahkan.
Secara jujur, ramai lagi orang bukan melayu yang ingin menikmati kerja sebagai pegawai kerajaan. Tetapi oleh kerana dasar DEB, maka kebanyakkan pegwai kerajaan adalah beragama Islam.
Sebenarnya, kerajaan banyak memberi peluang dan bantuan dalam pendidikan kepada melayu. Mereka tidak sedar tanpa peluang pendidikan kita tidak kemana walaupun kita secerdik Hang Nadim.
Memang benar membangunkan dan memberi pendidikan atau membina insfrastruktur adalah tanggungjawab kerajaan tetapi kita jangan lupa bahawa kerajaan yang cemerlang sahaja yang mampu membuat semua itu.
Berbalik kepada harapan orang cina kepada pakatan rakyat, yang pasti mereka bukan sahaja mahukan kuasa, tetapi mereka mahu menjadi tuan kepada negara ini. Ayat aku agak keterlaluan tetapi inilah hakikat apa yang sebenarnya mereka mahukan.
Diharap audio dari parpukari ini dapat menyedarkan kita semua pentingnya kuasa . Kalau la audio itu dibuat oleh umno… percayalah, itu akan berlaku jika Dap akan memerintah. Kalau tidak masakan orang cina boleh bersatu hati menolak umno sedangkan mereka yang lebih mendapat nikmat kemakmuran Malaysia.


No comments:

Post a Comment