Tuesday, April 2, 2013

Mau saman ka.?


Politik babeng namanya. Sendiri tulis mengata orang fitnah. Ni namanya politik lahabau. Mungkin kalau kat Arab Saudi mamat ni dah kena hukuman pancung. 

KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Fahmi Mat Som memberi tempoh dua hari kepada akhbar Utusan Malaysia untuk menarik balik laporan berita yang mendakwanya menghina Nabi Muhammad saw.
Khairul Fahmi berkata, beliau telah melantik peguam bagi mengkaji undang-undang berhubung penyiaran berita yang dianggapnya sebagai fitnah.
“Saya menganggap Utusan Malaysia berniat jahat dengan sengaja menyiarkan kenyataan yang berbaur fitnah, hasutan serta menanam sentimen kebencian rakyat terhadap diri saya disamping mahu menjatuhkan reputasi diri saya.
“Sehubungan itu, saya memberi tempoh masa selama dua hari kepada Utusan Malaysia bagi menarik balik kenyataan tersebut serta memohon maaf secara terbuka.
“Sekiranya Utusan Malaysia gagal berbuat demikian, saya tidak teragak-agak untuk memfailkan saman serta tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

No comments:

Post a Comment