Monday, April 15, 2013

mengapa yang buruk itu semua umno.?


Bukan niat dihati memperbesarkan isu seluar dalam putih. Suara Mustaffa Ali tidak selantang Khalid Samad atau Dzulkefly Ahmad  yang kuat menghentam umno. Dalam politik kita tidak boleh mempercayai sesiapa walau dia kawan sebantal. Berdasarakan artikel suarapakatanrakyat, ianya terjadi kerana angkara kawan tikam kawan dan ia didalangi sendiri oleh sebilangan orang Pas yang digelar "anwarinas".
Seperti biasa apa jua keburukan pakatan pasti yang dituduh ialah umno. Bumbung Aishah bocor dikatakan dikorek bagi memasang kamera. Walau tidak menyatakan umno secara jelas tapi  umum mengetahui pihak mana yang dituding oleh beliau.
Memasang kamera dari bumbung..? Agak bodoh kalau hendak memasang kamera dari bumbung. Masakan rumah Aishah tidak ada syiling. Banyak kerja hendak dibuat kalau dari bumbung sedangkan risikonya besar jika orang dilihat orang.
Apapun siapa Aishah untuk diskodeng dan dijatuhkan dalam politik.? Umno ialah parti politik dan bukan orang perseorang. Jadi sesuatu tindakan Umno mesti bermotifkan politik dan bukan perseorangan seperti yang terjadi pada Nasha Aziz.

Walau Aishah masih baru didalam kancah politik tetapi beliau diberikan tempat yang istimewa sehingga dicalonkan menjadi MP Jempol. Jika aku seorang pegawai polis, aku tidak menolak kemungkinan perkara ini didalangi oleh musuh beliau di dalam Pas.
Aku bukan hendak menyembang pasal video. Penyebaran video tersebut memang tidak beradab tetapi zaman masa kini, elemen maklumat dihujung jari memang sukar untuk dibendung. Walau semua tindakan telah dibuat, termasuk ada penangkapan tetapi kepantasan teknologi mengalahkan tindakan polis. Jadi siapa harus dipersalahkan.
Sepatutnya Mustaffa Ali atau orang yang ditomah membersihkan maruah dirinya dengan sekurang-kurangnya membuat laporan polis. Sehingga kini belum ada laporan dibuat oleh beliau. Beliau hanya mengambil tindakan mengunci mulut dan mengugut rakyat dengan melantik peguam.
Begitu juga gambar panas Azmin Ali bersama seorang perempuan. Isu ini cepat sejuk dan rakyat terus melupakan isu tersebut. Isu orang Pkr berasmara dengan seorang perempuan di dalam pejabat juga terus sunyi sepi apatahlagi isu Fareez yang mendakwa Wan Azizah mencemburi hubungan rapat beliau dengan Anwar. Kalau semuanya konspirasi umno, memang kita harus akui umno itu hebat kerana boleh mencipta semua keadaan yang diinginkan termasuklah hubungan seorang ketua pembangkang.

Chua Soi Lek terpaksa melepaskan jawatan tetapi Elizaberth Wong terus menjadi exco kanan negeri. Malah namanya juga turut tersenarai sebagai calon bagi Pru13. Bukankah ia sesuatu yang pelik. 
Sebenarnya apa yang aku kesalkan ialah sikap rakyat kita yang kurang kemahiran menilai sesuatu isu dengan bijak. Mereka menuduh umno mengamalkan politik lucah tanpa mendalami isu itu dari pelbagai sudut.
Memang benar penyebaran itu ditegah oleh agama dan tidak bertamadun tetapi jika dinilai dari perspektif lain, sebenarnya kita diajak berfikir tentang wajah sebenar ahli politik kita. Kalau benar video itu ialah keluaran umno, mengapa kita harus melepaskan kesalahan besar (andai perempuan itu bukan isteri dia ) yang dilakukan Mustaffa Ali begitu sahaja. Dimana kewajaran kita sebagai seorang muslim meredhakan perbuataan zina.? Bukankah sepatutnya kita mendesak beliau agar polis menyiasat perkara ini dan membawa mereka kemuka pengadilan dan seterusnya memberi pengajaran kepada orang ramai tentang hinanya budaya kelucahan.
Menjatuhkan politik dengan isu lucah atau seks bukan baru di Malaysia. Jika kita rajin membaca dan mengikuti politik sejak dahulu lagi, kita dapati ramai pemimpin umno telah terperangkap dengan skandal ini.
Ramai menolak pendapat aku jika aku katakan salah seorang dari mereka ialah Anwar Ibrahim. Sekarang di Facebook banyak share gambar dan cerita sivaji isu dia dipecat kerana isu liwat. Apa yang menariknya, cerita itu ada menyatakan tahun beliau dituduh iaitu 1997. Bila aku komen salah seorang rakan, “bukankah 1997 beliau masih dalam kabinet dan siapa yang menuduh beliau meliwat.?”mereka terdiam.
Jika visual atau video berkaitan dengan pemimpin pakatan, mereka mudah mengatakan ianya fitnah tetapi sebaliknya jika terjadi kepada pemimpin Bn maka mereka menyarankan agar ia disiasat. Kalau boleh mereka mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan. Aku seakan tidak percaya Loh Gwo-Brune boleh menjadi MP Kelana Jaya dengan hanya bermodalkan video VK Lingam. Jika cerita kedai kopi Najib pernah dikaitkan dengan Aleeza Kassim dan Ziana Zain orang percaya, mengapa benda yang kita boleh lihat ditolak mentah-mentah..
Satu persoalan yang sukar aku fahami ialah , mengapa kita percaya yang bobrok itu umno dan Pakatan itu maksum.?
Semalam diberitakan Muhammad Taib bekas MB Selangor telah mengisi borang Pas. Maka bertempik la penyokong pembangkang kerana bekas MB menyertai parti mereka. Mereka melupakan cemuhan dan kritikan kepada beliau agar beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar kerana isu Brisbane. Bagi mereka, yang berlalu biar la berlalu dan Muhammad Taib sudah diberi Hidayah.

Terfikir oleh ku, kalau Khir Toyo menyertai mereka, apa mereka akan kata.?Jika senario ini diguna pakai, bagaimana aku harus menyokong pakatan pembangkang..?? Kerana pemain politik ini sama, bukankah tidak ada beza antara BN dan pembangkang.?

Hakikatnya, jika kita benar-benar bersih, tidak mungkin ada video atau gambar kotor kita terpampang di blog-blog atau surat khabar dan jika kita memilih parti Pas atau pembangkang maka terhapus la dosa-dosa kita selama ini,



Beliau dituduh oleh pembangkang sebagai biseksual, ironinya sekarang ini dia la ketua orang yang menuduh . Pemimpin seperti inikah yang kita mahukan?   Penyokong bertempik untuk melaksanakan Hudud tetapi ketua mereka adalah berfahaman kebebasan beragama. 

No comments:

Post a Comment