Thursday, April 25, 2013

Nizar hebat sebab serbu markas Bn..

Aku boleh update blog setengah jam sekali  kalau aku nak. Tapi sebab aku bukan bloggersejati jadi apa yang post ialah sekadar nota-nota peribadi. 
Satu pendekatan yang bersahaja dari mantan MB Perak Dato Sri Nizar semasa kempen PRU pada kali ini.
Dengan selamber beliau menberanikan diri berkempen di dikubu kuat BN dun Changkat Jering dengan memasuki bilik gerakan BN sambil berkempen serta beramah mesra dengan penyokong kuat lawan .
Yang menariknya beliau disantun serta dilayan dengan ramah oleh penyokong BN di situ.Senaroi ini boleh menyebabkan Calon BN di situ boleh sesak nafas jika melihat gaya nizar berkempen. Grenboc

Yang bestnya, empunya blog mengaku Nizar dilayan dengan baik. Jadi yang baik ni Nizar ke penyokong BN.? Kalau setakat pi bilik gerakan orang, Tok Pa pun pi gak markas Pas. Apa ada hal.

Mengapa blogger pembangkang ini menyeru agar calon melakukan seperti Nizar.?
Ini disebabkan kebanyakkan orang Pas hanya bergaul dengan masyarakat bila nak dapat undi. Kehidupan penyokong Pas hanya terhad dengan rakan-rakan  parti. Penyokong tegar, mereka tidak akan berkawan dengan orang umno. Ini doktrin Pas.
Berbeza pula dengan orang umno yang mengamalkan sikap terbuka dalam etika bermasyarakat. Perbezaan pendapat atau berlainan parti tidak menjadi  halangan untuk bermasyarakat. Sebab itu dulu aku memilih umno. Islam tidak begitu.
Aku tak faham apa Nizar nak buat. Teringin nak masuk Umno ke.?

No comments:

Post a Comment