Saturday, April 27, 2013

Pas nak buat hudud, dap bantah.. anwar reject hudud.

Seperti biasa demi menarik undi melayu, Pas akan memasarkan barang daganganya, “hudud”. Aku tak berniat mempermainkan suruhan Allah, tapi aku hanya bercakap tentang hudud Pas.
Sebenarnya bukan Umno, Karpal Singh sahaja yang menolak hudud, ramai pemimpin mereka termasuk Anwar Ibrahim  menolak undang-undang Islam.

Banyak info yang kita boleh dapat kalau kita rajin mencari, tapi bagi penyokong Pas, yang menolak hudud ini hanya umno dan hujah orang umno tidak boleh di terima pakai.
Dap terang-terang menolak hudud, tetapi Pas tanpa segan silu mempertahankan Dap sebagai rakan yang memperjuang agama. 

Sebelum ini, Presiden MCA telah memberi kenyataan terbuka kepada rakyat Malaysia bahawa  kalau rakyat Malaysia secara majoriti mahukan Hudud ini dilaksanakan, mereka akan berpandangan terbuka. Tapi keterbukaan MCA telah dipolitikan oleh pakatan.
Ramai pemimpin Pas telah mengeluarkan kenyataan menolak hudud malah Nizar sendiri telah menolak hudud semasa sidang dun. 

Aku nak tanya, Anwar Ibrahim menyokong hudud ke..? Manifesto Pakatan ada ke hudud..?

SHAH ALAM, 24 April — Pelaksanaan hukum Hudud tidak sesuai untuk dilaksanakan buat masa ini, kata penyandang Menteri Besar Selangor di sini hari ini.
Menurut Abdul Khalid Ibrahim, walaupun Hudud diterima oleh sebagai salah satu prinsip pentadbiran Islam, Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkannya untuk dilaksanakan bagi menghormati rakyat Malaysia pelbagai kaum.
“Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, Hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam.
“Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang,” kata Abdul Khalid merujuk kepada hukum Hudud dalam satu sidang akhbar di Dewan Perumahan Exco di sini.
Menurut Abdul Khalid lagi, untuk melaksanakan Hudud, persetujuan rakyat perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum ianya dapat diimplementasikan.
“Tetapi, pelaksanaan untuk masyarakat Malaysia, tidak dianggap sebagai satu ketetapan, sebab kita ada mempunyai perlembagaan, yang memberikan hak kepada semua kaum dan mengikut keadaan yang ada sekarang.
“Tapi pelaksanaan Hudud yang melebihi dari apa yang ditetapkan oleh perlembagaan, perlu mendapat kelulusan semula rakyat Malaysia,” tambah beliau yang juga merupakan pengerusi Pakatan Rakyat (PR) Selangor. Malaysiainsider.

Nik Aziz pandai putar belit. Pakatan melalui Dap melobi orang cina menolak hudud tapi pada yang sama marahkan Mca sebab menolak hudud. 


No comments:

Post a Comment